Chapter 12

2929 Words
Bab 12 Atrisha menendang tayar kereta.Waktu itu pula tayar kereta hendak bocor.Mujur dia tidak memandu laju.Jam tangan sudah menunjukkan pukul tiga pagi.Tiada siapa pula yang lalu lalang disitu. Talifon bimbit pula tiada bateri.wayar kabel pun dia tertinggal di agensi.Malang sungguh nasib dia pagi itu.Seketika kemudian Atrisha terlihat ada cahaya kereta yang menuju kearah jalan,tempat keretanya tersadai.Hendak tahan,takut pula Atrisha.Mana tahu orang jahat.Cepat-cepat Atrisha masuk ke dalam kereta. “Tuk..tuk..”Atrisha pegun, pura-pura tidak mendengar panggilan orang diluar.Makin lama,makin kuat ketekukan di cermin kereta Atrisha. “Atrisha Najwa..”Atrisha tersentak.Suara macam dia kenal.Atrisha menjeling ke luar cermin kereta.Bila pasti yang diluar memang Asfan,Atrisha segera keluar.Jauh disudut hatinya,Atrisha merasa lega dengan kehadiran Asfan disitu. “Kenapa?kereta rosak ke?”Atrisha menggeleng sambil menunjuk kearah tayar yang sudah kempis.Asfan memeriksa tayar,mencari punca tayar Atrisha boleh bocor. “You langgar paku.Tempat gelap pula tu.Tayar spare ada?”Soal Asfan ringkas.Atrisha mengangguk sambil membuka bonet kereta. “Lahh,ni kempis juga ni.Macam mana lah you ni Sha?tak check ke?”Marah Asfan.Tayar simpanan Atrisha juga kempis.Kalau dah namanya perempuan.Asfan menggeleng. “So macam mana ni?” “Macam mana lagi.Mana ada kedai buka time macam ni.I hantar you balik.Esok I minta kawan I settlekan untuk you”Mahu atau tidak,Atrisha terpaksa bersetuju.Mana mungkin dia hendak tidur dalam kereta hingga ke pagi.Bahaya. “Macam mana you boleh lalu sini?”Soal Atrisha pelik.Rasanya jalan kerumah Asfan bukan disitu. “Tadi Kat kata you tak balik lagi.Kami call you tak dapat.So,I pergi tempat you photoshoot tadi.Dah wrap.So,I jalan jer ikut gerak hati I ni.Betul pula”Atrisha mencebik. “Poyo” “Ish,dia ni.Orang dah datang tolong bukan nak berterima kasih.I tengah tidur tadi tau Kat call”Asfan berkata jujur.Tadi memang Khatriana yang menelefon dia,minta dia membantu Atrisha. “Ialah..ialah superhero..Thanks a lot.I mengantuk ni.Esok I ada photoshoot pagi”Ujar Atrisha sambil menutup mulut yang sedang menguap. “Esok pagi I hantarkan you okay” “Tak apa.Tak perlu.Nanti I call cab or uber”Asfan tidak menjawab.Asfan membuka pintu kereta untuk Atrisha.Meminta wanita itu masuk kedalam kereta. “Betul you tak nak I hantarkan ni?”Atrisha mengangguk.Asfan terpaksa akur.Dia tidak mahu memaksa jika Atrisha tidak mahu. “Kasut siapa ni?”Soalan Atrisha membuatkan peluh jantan Asfan memercik.Siapa punya kasut pula yang tertinggal di dalam keretanya. “I tanya saja.You kan ramai girlfriend.Nak juga I tahu yang mana?”Atrisha pura-pura ketawa.Walhal didalam hati terasa ingin sahaja dia keluar dari kereta Asfan.Terasa panas pula wajahnya. “Entah.I pun tak sure siapa punya”Jawab Asfan bersahaja.Dia tiada jawapan untuk itu. “Oh ya,tadi Mawar kata semalam dia ketempat you?” “Mawar?Mawar mana pula ni”Asfan rasa,semalam dia tidak bersama mana-mana wanita.Sejak kebelakangan itu,dia selalu sendirian sahaja baik dirumah mahu di pejabat atau di kelab. “Tengok,buat-buat tak tahu pula” “ya Allah,kalau I kenal,I beritahu lah.Pelik juga I.Nama tu pun I tak pernah dengar.You sengaja nak uji I ke apa ni?”Sesekali Asfan menjeling Atrisha yang berada disebelah dia.Cantik wanita itu walau tanpa secalit make up.Dengan hanya berseluar jeans lusuh,T shirt dan berkasut sneakers,Atrisha tetap Nampak cantik. “Entah.Mawar yang cerita pada kawan-kawan I masa kami ada photoshoot bersama-sama semalam.Buat apa I malas nak cerita.Malu” “You percaya?”Atrisha mengangkat bahu.Tidak tahu mana satu yang benar. “Susah nak explain tapi I rasa I tak pernah kenal kawan you tu.Sebab tu orang selalu salah anggap dengan I.Perkara yang tak ada,diadakan.You tahu mana rumah I kan?kenapa you tak tanya di ketempat I yang mana?”Asfan benar-benar tidak puas hati.Dahulu dia sedikit pun tidak kisah.Tapi sekarang dia bimbang jika Atrisha fikir bukan-bukan tentang dia secara tak langsung akan menebalkan lagi benteng pemisah antara dia dan Atrisha. “Erm.Im sorry.I tak kenal you.Apa yang I dengar,itu yang I percaya”Asfan tersenggeh.Teruk betul dia pada pandangan Atrisha. “Habis tu,buka la mata you sikit untuk kenal i…”Ujar Asfan bersahaja.Atrisha tidak menjawab.Fikiran dia melayang.Sebaik sampai dirumah,Atrisha segera turun dari kereta.Tidak manis jika jiran-jiran lihat lelaki yang menghantar dia pulang. “Afan,im sorry pasal hal tadi.Thanks sebab hantarkan I balik.Assalamualaikum” Atrisha benar-benar berterima kasih pada Asfan.Jika tidak,tidur dalam kereta jawabnya dia pagi itu. “Welcome..Waalaikumusalam.Have a good sleep”Ucap Asfan.Dia beredar setelah pasti Atrisha selamat masuk kedalam rumah.Dengan mana-mana wanita pun dia akan buat begitu.Asfan akan pastikan mereka selamat. “Apa aku buat ni?Aku suka pada Atrisha atau..Ah,mana mungkin”Asfan menyaup muka wajahnya berkali.Seolah tidak percaya dengan apa yang sedang dia rasa.Dia suka Atrisha kerana wanita itu cantik semata atau memang hati dia sudah terpaut sayang dengan wanita itu.Asfan keliru dengan perasaannya saat itu. Asfan tidak dapat melelapkan mata.Setiap sudut di rumah itu semuanya ada wajah Atrisha.Apa lagi yang patut dia buat untuk Atrisha buka sedikit ruang untuk dia.Buat waktu itu,Asfan lihat tiada tanda-tanda yang Atrisha suka pada dia.Sakit pula kepala Asfan fikir tentang Atrisha.Belum pernah lagi Asfan rasa begitu.Satu pun ayat dia tidak termakan oleh Atrisha.Susah betul dia hendak mendapatkan wanita itu. ************ “Ya Allah..sha.Kau tengok tu”Katriana menarik tangan Atrisha keluar pagar.Sejak bila pula Asfan sampai. “Kau kata tadi tak ada sesiapa nak hantar?” “Memanglah.Aku tak janji pun dengan dia” “Kesian dia Sha.Kau manderem ke Encik Asfan ni sampai macam ni hah?”Atrisha tidak mengendahkan kata-kata Katriana.Asfan tidak balik ke dari pagi tadi.Tapi pakaian Asfan tidak sama.Enjin kereta masih terbuka.Risau pula Atrisha.Pengsan ke Asfan?Atrisha menghubungi talifon bimbit Asfan yang dia lihat ada dipangkuan lelaki itu.Hendak ketuk cermin kereta,Atrisha takut menggangu jiran tetangga.Setelah beberapa kali membuat panggilan,barulah Asfan tersedar.Seketika kemudian Asfan menurunkan cermin kereta sambil memisat-misat mata. “You buat apa park kereta kat sini?”Atrisha menekan suara sedikit. “I tunggu you.Kereta you pukul sepuluh nanti kawan I ambil dan tukarkan tayar”Jelas Asfan. “Kan I kata tak perlu ambil I pagi ni”Geram pula Atrisha bila Asfan seolah-olah tidak mengerti.Dia tidak mahu terhutang budi dengan Asfan. “I ikhlas nak hantar you.Lagipun I cuti hari ni”Beritahu Asfan. “Tak apa.Kat ada boleh hantarkan i.You balik sajalah.Tak faham bahasa betul!”bentak Atrisha.Seraya berlalu tanpa menoleh kebelakang. “Encik Asfan,sorry.Atrisha tu memang tak suka susahkan orang.Selalu dia tak macam tu”Serba salah Katriana dibuatnya.Atrisha memang dah melampau.Kalau ya sekalipun tidak suka Asfan datang,dia tidak patut melayan Asfan begitu. “Tak apa Kat.I faham.You hantarkan dia dulu.Nanti lambat”Lemah sahaja suara Asfan.Mungkin kecewa dilayan begitu.Riak wajah Asfan juga berubah.Katriana pun tidak tahu kenapa Asfan sanggup diherdik dan dilayan begitu oleh Atrisha.Kalau perempuan lain apa agaknya Asfan akan lakukan.Katriana melambai tangan,menghantar Asfan dari pintu pagar rumah.Kemudian,Katriana segera berlari anak menuju ke kereta.Atrisha perlu disekolahkan. “Kau dah kenapa Sha?” “Kenapa apa pula?”Jawab Atrisha acuh tak acuh.Tangannya masih ligat membalas whatapp dari Dorine. “Kenapa kau layan Encik Asfan macam tu?”Katriana menekan sedikit suara.Sakit pula hati dia apabila Atrisha langsung tidak mengendahkan pertanyaan dia. “Apa salah dia pada kau.Aku tak pernah tengok dia bersungguh-sungguh macam tu” “Tak dapat lagi memang lah.Sebelum tergadai body aku ni,baik aku menggelak” “Kau takut tergadai body ke atau kau takut fall in love dengan dia Sha?” “Kau jangan pandai-pandai.Tak pernah termimpi pun aku nak jatuh cinta pada buaya macam dia”Katriana menggeleng.Agak kecewa dengan keangkuhan Atrisha.bimbang kata-kata Atrisha memakan diri. “Kau jangan angkuh sangat Sha.Allah balikan hati kau nanti baru kau tahu” “Sudahlah.Jangan cakap pasal dia boleh tak.Bosan aku”Atrisha memeluk tubuh,memalingkan muka keluar cermin tingkap kereta.Dia malas hendak fikirkan perbuatan dia tadi.Bukan tidak ada rasa serba salah tapi dia perlu cekalkan hati.Kena kuat pendirian.Jika tidak,pasti dia akan terkulai dalam mainan lelaki bernama Asfan Azriff si BadBoy. Sepanjang perjalanan ketempat photoshoot Atrisha terpaksa memekakan telinga mendengar bebelan Katriana.Katriana bercakap seolah sudah berpuluh tahun mengenali Asfan.Bosan Atrisha dibuatnya. “Sha,nak balik nanti beritahu aku.Aku ambil.Aku nak jumpa Dato’ dulu”Pesan Katriana sebaik mereka tiba di bangunan Heart Fashion. “Tak apa Kat.Balik nanti aku nak pergi Pavillion kejap.Ada benda nak cari” “Kalau macam tu tak apalah.Hati-hati”Pesan Katriana mengakhiri perbualan mereka.Atrisha harap photoshoot mereka hari itu tidak lama.Sudah seminggu dia langsung tiada rehat.Jadual Atrisha agak padat.Selesai projek dengan syarikat Asfan,Atrisha menerima banyak tawaran kerja.Baik photoshoot studio mahupun di pentas peragaan.Hendak menolak,Atrisha takut nanti tiada pula tawaran yang datang.Oleh kerana itu selagi mampu,Atrisha tidak akan menolak.Lagipun dia tidak terikat dengan komitmen cinta.Dia bebas bergerak dan bekerja semahunya. Hampir jam empat petang barulah Atrisha selesai.Ketika mahu pulang,Atrisha ditegur oleh salah seorang kakitangan di syarikat itu. “Cik Trisha.Tadi Encik Asfan hantar kereta cik Trisha.Ni kuncinya”Atrisha menyambut kunci kereta yang dihulur.Kenapa Asfan tidak maklumkan pada dia dulu. “Thanks.Encik Asfan tak pesan apa-apa?”Soal Atrisha ingin tahu. “Tak ada.Nampak macam nak cepat tadi” “oh,ok.Thanks”Kunci di dalam genggaman di belek-belek.Atrisha ingin menghubungi Asfan untuk ucapkan terima kasih tetapi dia gusar Asfan masih marah tentang peristiwa pagi tadi.Mesej dia pun tidak.Kebiasaannya hampir tiap jam.Ada sahaja mesej yang Asfan kirim.Tidak mengapalah,nanti Atrisha cari waktu yang sesuai untuk ucapkan terima kasih kepada Asfan.Atrisha memeriksa tayar kereta yang sudah ditukar.Tayar baru semuanya.Malunya Atrisha.Nampak sangat yang dia tidak ambil tahu pasal kereta.Yang dia tahu,hidup enjin,jalan.Atrisha tersenyum sendiri bila teringat wajah ‘blur’ Asfan bila dia suruh pulang pagi tadi.Kesian Asfan. ********* Dari sebuah butik ke sebuah butik Atrisha masuk.Tapi masih belum bertemu apa yang dia cari.Semua tidak berkenan.Atrisha mengambil keputusan untuk ke KL Fahrenheit saja.Sejak akhir-akhir itu,suka pula dia pada satu jenama yang selalu dipakai Asfan.Nampak simple tapi menarik.Dari Pavilion Atrisha perlu melintas jalan kerana pusat membeli belah yang ingin dia tuju terletak diseberang jalan. Ramai betul orang pada hari minggu begitu.Lebih ramai warga asing dari warga Malaysia disitu.Seperti tinggal di luar negara pula Atrisha rasa.Atrisha menari nafas lega kerana tidak ramai di dalam butik yang dia ingin masuk.Jadi,dapatlah dia memilih dengan senang hati.Tidak perlu bersesak-sesak. Sedang kusyuk memilih barang,Atrisha perasan pada susuk tubuh yang begitu dia kenali. “Ish,mana aku pergi ada saja mamat ni”Getus hati Atrisha.Tiba-tiba rasa geram bila melihat wajah Asfan.Ingin lari pun dia tidak bisa kerana Asfan sedang berdiri di hadapan pintu masuk butik.Nampaknya Asfan bersama-sama dengan seorang wanita seksi.Entah kekasih gelap Asfan yang mana Atrisha pun tidak tahu.Ramai sangat wanita yang sering berdamping dengan Asfan. “Eh,Afan.Tu bukan ke girl yang you suka sangat tu?”Jessica mencuit bahu Asfan yang sibuk memilih pakaian meluncur.Asfan menoleh kearah Atrisha yang sedang bercakap dengan jurujual.Sejak bila pula Atrisha suka pada jenama-jenama begitu. “Oh.Biarlah Jess.She need some space”Jessica merenung mata Asfan tajam.Seperti Asfan sedang sembunyikan sesuatu.Bebarapa bulan lepas semasa Asfan sedang mabuk,lelaki itu tidak sengaja membuat pengakuan bahawa dia menyukai Atrisha.Asfan tidak sedar waktu itu.Tidak sangka pula Jessica Asfan punya hati.Dia fikir semua wanita hanya untuk dibuat main-main oleh Asfan. “Pandang I macam tu kenapa Jess?” “you dah fall in love dengan dia ya Fan?I dah kenal you almost three years.Tak pernah I tengok you macam ni”Asfan mengangkat kening.Pura-pura tidak faham. “Jangan merepek”Pendek jawapan Asfan.Cuba menafikan perasaannya. “Haha.Sensetif”Jessica menurut langkah Asfan ke satu lagi rak.Tawanya masih bersisa.Geli hati lihat wajah mencuka Asfan. “Hai,buat apa kat sini?”Soal Atrisha spontan bila Asfan tiba-tiba berada dihadapan dia.Dia gugup sebenarnya. “Cari baju lah Cik Atrisha Najwa.Tak mungkin pula cari ikan disini”Atrisha mengetap bibir,Asfan sengaja menyindir dia.Asfan mahu memalukan dia dihadapan wanita cantik disebelah lelaki itu. “You kan selalu pancing ikan darat.Mana tahu tengah cari lubuk”Sindiran Atrisha langsung tidak terkesan dihati Asfan.dia sudah tahu Atrisha pasti sudah sedia dengan jawapan. “Tak perlu,I ada ikan duyung sebelah I ni.Jess jom”Asfan menarik tangan Jessica keluar dari butik.Dia malas hendak bertekak dengan Atrisha.Cukuplah pagi tadi Atrisha buat dia seperti sampah.Perempuan macam Atrisha bukan boleh diberi muka.Nanti makin melampau.Tidak tahu hendak cakap baik-baik. “Afan..you ni dah kenapa?Dengan perempuan pun nak bergaduh?”Bentak Jessica.Dia menarik tangan yang sedang digenggam Asfan.Dia kurang selesa Asfan melayan Atrisha begitu dan Jessica tahu Asfan bukan begitu orangnya. “I malas nak layan perangai sombong dia tu” “Hah,how do feel bila kena reject?”Asfan menjeling Jessica yang sedang tersenyum sinis.Jessica sedang menyindir dia? “Apa maksud you?” “Fan,selama ni you petik jari,berderet perempuan yang nak bersama you kan?lepas tu you buat apa?”Asfan menghela nafas panjang.Betul juga apa Jessica katakan itu. “I pun you pernah reject.Sakit tau” “So,you puaslah tengok I kena macam ni?”Jessica mengusap belakang Asfan.Serba salah pula dia terlepas cakap.Sensetif pula Asfan hari itu. “Sorry,I didn't mean it.I faham keadaan you.Mungkin ada yang special kan pada dia yang kami semua tak ada.Come on Fan.Tak kan you nak give up.Macam ni ke Afan yang I kenal”Asfan menggeleng,tangan Jessica di bahu dia capai. “You ni kan,I tak faham lah.You suka I tapi you tak kisah pula I suka orang lain..Pelik lah you Jess”Jessica memandang Asfan dengan wajah tenang tapi penuh makna.Memang dia suka pada Asfan.Bukan suka sahaja,tapi dia cintakan lelaki itu.Cuma sampai sekarang Asfan memang tidak membuka hati untuk mana-mana wanita.Dulu ada Marissa,bila Asfan sudah putus dengan Marissa,Jessica fikir ada peluang tapi memang Asfan bukan untuk dia.Asfan sudah terangkan pada dia tentang batas hubungan mereka.Asfan pernah kata yang Asfan tidak mahu terikat dengan apa-apa komitmen dan Jessica sangat menghormati pendirian Asfan. “You tak perlu faham I lah Fan”Jessica mula bersuara setelah lama diam tidak bersuara. “Apa-apa pun thanks Jess”Diusap lembut tangan Jessica.Asfan langsung tidak perasan yang perbuatan dia sedang diperhatikan oleh Atrisha.Entah mengapa dia sakit hati lihat kemesraan Asfan dan Jessica.Depan orang ramai tidak segan mereka berpegang tangan,belakang orang?.Mood untuk bershopping hilang.Dia mahu pulang.Jika terus disitu boleh sakit jantung dibuatnya kerana melihat drama Asfan dan teman wanita lelaki itu. “Dum!”Terkejut Katriana dibuatnya.Balik-balik terus meluru masuk kebilik.Kata hendak beli barang.Katriana tidak Nampak pula Atrisha bawa apa-apa beg balik.Angin monsoon apa yang sedang melanda.Bergaduh dengan siapa pula Atrisha.Macam-macam perangai Atrisha.Malas Katriana hendak layan.Nanti bila marah Atrisha sudah reda pasti dia akan dicari temannya itu. ********** Asfan berhenti di hadapan pintu pagar Atrisha.Syukur Atrisha sudah selamat sampai.Asfan bertekad untuk beri ruang pada Atrisha.Mungkin Atrisha tidak selesa dengan dia.Katriana pernah beritahu dia yang Atrisha pernah kemalangan dan menyebabkan wanita itu hilang ingatan sehingga hari ini.Mungkin disebabkan perkara itu Atrisha tidak mahu ada lelaki yang mendekati dia kerana dia bukan dia.Makin dalam Asfan fikir,makin rumit pula.Selama ini,dia tidak pernah rasa bagaimana bila dia bersama-sama Atrisha.Segala presepsi negetif dia tentang wanita sedikit terhakis.Wanita itu sangat tegas dengan pendirian dia.Atrisha seksi tapi seksi yang sukar untuk Asfan tafsirkan.Asfan fikir,Atrisha yang masih mentah dalam dunia peragaan itu sama seperti yang lain.Tapi semakin dia mengejar,semakin jauh pula Atrisha cuba lari.Bayangan Marissa juga sudah jauh menghilang entah kemana.Asfan tidak tahu sebenarnya apa yang dia rasa. Asfan keliru. “Trut..trut…”Asfan mencapai handphone di tempat duduk penumpang.Nama Mikail naik di skrin talifon. “Hah,ada apa Mika?” “Kau kat mana ni?Aku tunggu lama kot kat sini”Asfan menjeling jam di kereta.Baru dua belas tengah malam.Masih awal lagi untuk dia ke kelab. “Aku ada hal tadi.Aku tak ada mood malam ni” “Apahal?Pasal Trisha ke?”Teka Mikail.Untuk beberapa waktu itu.Atrisha sahaja yang menjadi punca Asfan hilang mood.Apa lagi agaknya masalah Asfan dengan Atrisha. “Tak ada lah” “So,don’t give any reason.Aku tunggu kau.Datang cepat” “Ya la,Ya lah..Aku datang”Asfan akhirnya menurut sahaja permintaan Mikail.Sejak kebelakangan ini memang dia jarang melepak dengan Mikail kerana mereka sama-sama sibuk.Asfan pula lepas waktu bekerja,terus memerap di rumah. Suasana hingar bingar memekak kan telinga Asfan.Semakin kacau pula jiwa dia disitu.Kehadiran wanita-wanita seksi yang terliuk lentok menari mengikut iringan muzik sedikit pun tidak menarik hati Asfan.Dia terus berjalan mencari meja Mikail. “Afan”Jerit Shima sambil melambai-lambai tangan kearah Asfan.Memanggil lelaki itu datang ke meja mereka.Asfan lihat,ada dua orang wanita yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. “Monyok jer muka.Kenapa ni?”Asfan hanya membiarkan sahaja Shima mengelus pipinya.Goda bagaimana pun memang dia tidak akan tergoda. “Betul tu Fan.Kau kenapa ni?Chill lah bro”Gelas berisi minuman keras yang dihulur Mikail beralih tangan.Perlahan Asfan meneguk.Dia kemudian bersandar dikerusi. “Letih lah.Banyak kerja.” “Orang lain pun kerja.Selalu okay jer,sekarang ni mana pergi Asfan yang cool,energetic.Hilang dah?”Asfan tersenggeh.Entah.Dia pun tidak tahu mana pergi Asfan yang dulu. “Apa kata malam ni I temankan you?”Shima menawarkan diri.Asfan menyaup muka sebelum menggeleng. “Why?”Asfan ketawa kecil.Perlu ke dia beri alasan.Wajah Shima masam mencuka melihat reaksi Asfan.Asfan sudah tidak seperti dulu.Dia bangun dan terus beredar dari meja Asfan dan Mikail.Asfan tersenyum menggeleng.Tiada rasa ingin menghalang. “Kalau macam tu Fan,ni kawan Nurul ada”Nurul menunding kearah teman-temannya yang berada di kerusi berhadapan dengan Asfan.Asfan mengangkat tangan sambil membalas senyuman teman-teman Nurul. “Hehe.Tak mengapalah Nurul.I just wanna be alone tonight” “Alone?Chill Fan..Ni mesti pasal Atrisha kan?”Duga Mikail.Kebelakangan ini,Atrisha sahaja boleh buat Asfan hilang mood. “Mengarut”Mikail ketawa.Asfan sengaja berdalih. “Mesti kau bengang tak dapat dia kan?Tak kan nak pandang saja kan?”Tambah Mikail lagi. “Eh,Atrisha bukan perempuan yang macam tu Mika”Spontan keluar ayat itu dari mulut Asfan.Dia tidak suka Mikail samakan Atrisha dengan perempuan-perempuan lain. “Sudah Mika.Kita tinggalkan Asfan dulu.Biar dia tenangkan fikiran”Tangan Mikail,Nurul tarik keruang tarian.Asfan tidak menghiraukan hiruk pikuk didalam kelab itu.Dia ingin bersendirian tanpa diganggu.Lepas segelas,Asfan menambah lagi sehingga habis beberapa botol.Makin lama,makin dia hilang dari dunia nyata.Yang Asfan Nampak setiap ruang ada wajah Atrisha.Semua wanita disitu Asfan nampak Atrisha.Mabuk betul dia malam itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD