Chapter 11

3010 Words
Bab 11 Hati Asfan berbunga-bunga apabila Atrisha menerima pelawaan untuk keluar dengannya malam itu.Sudah dua hari disitu.Dia belum sempat bertemu Atrisha kerana jadual yang terlalu padat. Sengaja juga Asfan tidak mahu menganggu Atrisha dua hari itu.Tadi saja baru Asfan cuba-cuba meninggalkan pesan menerusi aplikasi Whatapp kepada Atrisha.Hampir dua jam baru berbalas.Syukur penantian dia berbaloi.Mahu juga Atrisha terima pelawaan dia.Cepat-cepat Asfan naik ke apartment yang disewakan syarikat untuk dia dan Mikail. Ada lagi satu jam.Apa yang dia hendak pakai agaknya malam tu.Asfan tersenyum sendiri. Sudah lama dia tidak rasa teruja begitu sebelum ini.Alahai Atrisha. "Kau nak kemana ni Fan.Bukan main lagi.Macam ada blind date pula aku tengok"Pelik Mikail lihat Asfan. Sejak baik dengan Atrisha makin pelik pula perangai Asfan. Asfan berubah 180 darjah. Kalau 360 darjah ,parah. "Biarlah dia Mika.You ni" Ceceilia menepuk belakang Mikail.Bukan kah bagus jika Akif mendapat pengganti Marissa.Atrissa jauh lebih baik berbanding Marissa. Mungkin dengan Atrisha, asfan akan berubah. "Kau tengok CC.Tak macam kau"Asfan mengenyit mata kearah Ceceilia yang berpihak pada dia. Ceceilia membalas dengan isyarat mini love kepada Asfan sebelum mencebik muka kepada Mikail. "Kau ada date dengan Isha ya?"Teka Mikail. Asfan hanya tersenyum. "Serius?Berjaya you mengurat that lady?!"Wajah Ceceilia teruja mendengar berita itu kerana dari cerita Mikail,Atrisha memang sukar untuk didekati. "Early stage.Ni pun tak tahu apa mimpi dia nak pula keluar dengan aku" Jawab Asfan jujur. Tidak mahu terlalu yakin kerana Atrisha sukar dijangka. "Kau serius ke nak dia Fan?"Asfan mengangkat kening. Kenapa tiba-tiba Mikail bertanyakan dia soal itu. "Kalau dia nak aku on jer" "Maksud Mika,you serius ke nak jadikan dia steady girlfriend you?"Sampuk Ceceilia.Asfan tersenyum panjang.Dia tiada jawapan. Biar waktu yang menentukan semua itu.Soal hati sukar untuk ditafsir. "Tengok CC,dia tak akan berani jawab punyalah.I kenal Afan ni macam mana" Asfan mengetap bibir. Kata-kata Mikail hanya seperti angin lalu. asfan malas hendak fikir. "Aku dah lambat.Balik nanti jumpa"Mikail hanya menggeleng.Asfan sengaja menggelak.Dia tidak mahu berbahas soal itu dengan Mikail.Dia sendiri tidak pasti tentang Atrisha.Buat ketika itu Cuma Atrisha sahaja yang berjaya mencuri hatinya. Asfan menjeling jam tangan.Atrisha janji pukul lapan malam.Ini sudah hampir setengah jam dia tunggu.Atrisha masih tidak muncul-muncul.Risau pula Asfan.Mahu tidak mahu,dia melangkah juga kelobi hotel.Jika ikutkan hati sememangnya Asfan tidak mahu sesiapa pun lihat dia bersama-sama Atrisha tetapi bila whatapp tidak berbalas,call tidak berangkat dia terpaksa juga mencari Atrisha. "Hai,Encik Asfan.Cari siapa?"Asfan menoleh kearah suara dibelakangnya. "Eh,Kudsia.Elok I jumpa you ni.Ada Nampak Atrisha?"Kudsia tersenyum.Dalam diam-diam Atrisha berhubungan dengan bos mereka itu.Kata tak mahu.Patutlah pakai cantik semacam. "Tadi dia dah turun" "I tunggu dia dah setengah jam.Call tak angkat,whatapp tak reply" "Ermm,I pun tak sure"Untuk seketika mereka berdua terdiam. "Hah,tu pun dia"Kudsia menunding jari kearah Atrisha yang sedang berjalan beriringan dengan Iqbal.Jurufoto syarikat Asfan.Siap bergelak ketawa lagi. "Aku penat tunggu,dia boleh jumpa lelaki lain pula.Dasar perempuan"Bentak Asfan didalam hati.Sakit pula hati dia.Dah la lambat.Entah dari mana lah mereka berdua itu. "Sha"Kudsia menekan sedikit suara memanggil Atrisha yang sedang rancak berbual dengan Iqbal.Dia tahu Asfan kurang senang melihat Atrisha dan Iqbal bermesraan begitu. "Tak apa lah Kudsia,maybe Atrisha ada date dengan Iqbal.I pergi dulu" Suara Asfan berbaur hampa. "Afan,tunggu"Atrisha segera mengejar langkah Asfan yang sudah berlalu ke tempat letak kereta.Iqbal yang ditinggal begitu saja terpana.Pelik.Atrisha dan Asfan ada hubungan ke?.Berkejar macam filem hindustan. "Kenapa diorang berdua tu?"Kudsia hanya mengangkat bahu.Dia memang tidak tahu tentang hubungan Atrisha dan Asfan. Atrisha tidak pernah cerita. "Afan.Tunggu lah..Auch"Langkah Asfan terhenti apabila Atrisha mengaduh.Kerana terkocoh-kocoh mengejar langkah Asfan,kaki Atrisha terpelecok. "You okay?"Cepat-cepat Asfan mendapatkan Atrisha yang sudah terduduk di atas tar. "You punya pasal lah ni.."Atrisha segera menepis tangan Asfan yang ingin memegang kakinya.Suka-suka saja Asfan hendak sentuh dia. "Yang you pakai high heel malam-malam buta ni kenapa?"Menyirap pula darah Asfan.Dia pula dipersalahkan. "Suka hati I lah.Yang you pergi macam tu saja kenapa?" "Huh.Janji dengan I pukul berapa?Sekarang pukul berapa?I macam orang bodoh tunggu kat bawah ni.You seronok-seronok dengan boyfriend you"Asfan melepaskan geram. "Dia bukan boyfriend I lah.Kalau dia boyfriend I,tak kan I nak keluar dengan you"Penjelasan Atrisha membuatkan Asfan tersedar tiba-tiba.Dia cemburu ke?Jangan Atrisha fikir dia cemburu sudah. Asfan tersenyum.Kalut betul dia kerana seorang perempuan bernama Atrisha. "You larat nak berjalan tak ni?Esok you ada catwalk.Nak I angkat you?"Buntang mata Atrisha bila mendengar kata-kata Asfan.Seraya Asfan ketawa. "Haha.I gurau sahaja lah.Jatuh saham I nanti kalau girls lain Nampak" "I pun tak teringin tau"Asfan menghulur tangan,membangunkan Atrisha yang masih terduduk di atas jalan. "Tak apa.I boleh bangun sendiri" "Berlagak betul you ni kan?"Asfan menggeleng.Belum pernah pula dia jumpa wanita seperti Atrisha.Keras betul hati Atrisha.Susahlah dia nak cairkan.Bersusah payah Atrisha bangun.Mujur kakinya tidak tercedera. "I berlagak?mana ada" "Dah,jomlah.I lapar you tahu tak?"Asfan memegang perut yang mula berbunyi.Satu hari itu dia belum menjamah apa-apa makanan lagi kerana terlalu sibuk. "Kenapa you tak makan lagi?" "I busy" "Busy sampai tak sempat makan?"Soalan Atrisa tidak berjawab.Dia hanya tersenyum.Nak juga Atrisha ambil berat tentang dia.Atrisha masuk ke dalam perut kereta apabila pintu dibuka oleh Asfan.Sepanjang perjalanan ke tempat makan.Asfan banyak membisu.Fikiran Asfan melayang.Fikirkan tentang kerjanya yang masih bersisa untuk diselesaikan. "You senyap saja kenapa?"Soal Atrisha pendek.Dia terasa kurang selesa bila Asfan hanya diam membisu.Bagai ada jarak besar antara mereka.Baru dia lihat Asfan dari sisi lain. "I fikir pasal kerja" "You ni workaholic betul kan?" "Selain women,my career obsession I?"Atrisha mengangkat kening. "You ni kan.Perempuan,perempuan..Kesian tahu orang perempuan you buat macam tu"Atrisha meluahkan rasa kurang senang dia dengan perangai Asfan yang satu itu. "Dah tu?Apa lagi I nak fikir.Lagipun,dia orang yang cari I.Bukan I yang pergi cari dia orang" "Sama sahaja tu.Scary tahu I dengan you ni" Atrisha buat wajah seram hingga buat Asfan tersenyum panjang.Comel. "You jangan risau.I tak akan buat apa-apa pada you melainkan you yang bagi green light"Atrisha mencebik.Selamba betul muka Asfan.Macam tak bersalah. "Memang tidak lah.You carilah perempuan lain.Dengan I memang tak mungkin" "Kita tunggu dah lihat saja"Ujar Asfan separuh berbisik. "Apa you cakap?" "Nothing.I lapar" "Ye lah tu" "You memang tak ada boyfriend ke Sha?"Soal Asfan selamba.Dia ingin sangat tahu.Tapi kalau ada sekalipun dia tidak peduli.Selagi belum kahwin,bermakna dia masih ada peluang.. "I dah jawab dah tadi kan" "I Cuma nak kepastian.Itu sahaja"Asfan tersenyum puas.Puas dengan jawapan Atrisha.Peluang terbuka luas.Cuma dia perlu bijak mencari peluang. Malam itu Atrisha dibawa restoran kegemaran Asfan.Suasana disitu begitu menenangkan. "You memang pandai seduce perempuan kan?" "Kenapa you rasa macam tu?" "Bawa tempat makan macam ni plus you memang sweet talker lagi" "So,you dah cair dengan i?"Soal Asfan tersenyum sinis. "Tak ada lah" "Ni memang tempat favorite I lah.I belum pernah lagi bawa perempuan makan dengan I kat sini.Kalau ada pun dengan kawan-kawan I"Jelas Asfan panjang lebar.Memang dia tidak pernah berdua dengan mana-mana perempuan disitu.Atrisha yang pertama. "Kenapa?Tak percaya?Its up to you"Kata Asfan bila lihat wajah tidak percaya Atrisha. "I tak cakap apa-apa pun.Lagipun siapa nak percaya dengan lelaki macam you" "I tak kisah pun apa yang you nak fikir tentang I.Tapi I memang ikhlas nak berkawan dengan you.Cuma mungkin sebab siapa I buat you rasa tak mahu langsung bagi peluang pada I" "I tak kata tak boleh berkawan.I tak kisah pun kalau niat you nak berkawan.Tapi you jangan fikir you ada harapan nak tackle I pula?"Asfan tersenggeh.Boleh tahan perasan juga Atrisha. "Eh,perasannye you ni" "Betul lah.Lelaki macam you memang tak boleh diberi muka" "Apa sahaja lah Atrisha"Malas Asfan hendak bertekak dengan Atrisha.Asfan pun tidak meletakkan harapan tinggi.Dia bukan mahu memperisterikan Atrisha pun.Belum ada niat hendak serius dengan mana-mana wanita sekalipun. "Kenapa tersenggeh tu?"Tegur Atrisha bila lihat Asfan tersenggeh-senggeh seorang diri. "Tak ada apa,tengah bayangkan you." "Bayangkan apa?you jangan nak gatal-gatal okay!"Potong Atrisha laju. "Apa benda lah you ni.Fikiran lagi kotor dari i.I nak kata tengah bayangkan you terjelepuk tadi.Rugi I tak Nampak"Merah padam wajah Atrisha.Malunya dia.Mana dia tahu Asfan tengah fikir tentang apa.Lelaki serupa Asfan bukan boleh percaya sangat.Imaginasi memang entah apa-apa. Itulah.Jangan selalu sangat pandang serong dengan i.I ni tak ada dua puluh empat jam fikir pasal benda tak elok jer.Ujar Asfan dalam tawa yang masih bersisa.Negetif betul diri dia dipandangan Atrisha.Langsung tidak ada yang baik agaknya. "Sorry.Dont get me wrong"Asfan tersenyum menggeleng.Dia sedikitpun tidak ambil hati.Mugkin Atrisha tidak biasa dengan lelaki. "Serius I tak ada niat nak buat you terasa hati" "I tak kisah pun.Tak salah pun you fikir macam tu.You tahu siapa I tapi you tak kenal dengan I lagi Sha"Asfan mula bersuara setelah selesai menelan makanan di dalam mulut. "You buaya.." "Ya la..Ye la..I memang buaya darat" "Trut..trut.."Perbualan Asfan dan Atrisha terhenti seketika apabila talifon bimbit Asfan berdering minta diangkat.Dua kali Asfan menolak panggilan.Dia tidak mahu diganggu waktu itu. "Kenapa tak angkat?"Soal Atrisha sekadar bertanya.Mungkin ada hal penting sipemanggil menelefon Asfan berulang-ulang. "Tak penting pun" "Angkat saja lah.Tengok tu call lagi.Ke takut kantoi ni"Wajah Asfan berubah bila diusik Atrisha begitu.Nak takut dengan siapa pula.Dia bukan ada kekasih pun.Rasa tercabar pula Asfan bila Atrisha kata begitu.Bila talifonnya masih tidak berhenti berdering membuatkan Asfan akur akhirnya. "Erm,hello Su.You nak apa?" "I ada kat tempat you.I tunggu di lobi"Asfan menggaru keningnya yang tidak gatal.Siapa agaknya yang beritahu Suzi dia ada disitu.Leceh betul perempuan yang satu itu. "I kat luar lagi" "Dengan perempuan?"Soalan Suzi membuatkan Asfan sedikit berangin.Dia tidak suka sesiapa mencampuri urusannya.Dia tiada komitment dengan sesiapa dan dia bebas untuk bersama-sama siapa. "Ya,dengan my friend.Makan.You nak tunggu,tunggu saja.I tak tahu lagi balik pukul berapa"Belum sempat Suzi bersuara,Asfan sudah mematikan talifon.Geram pula dia dengan Asfan.Dengan perempuan mana pula agaknya malam itu. "Girlfriend?Scandal?" "Wow,personal attack Nampak?"Asfan ketawa. "Saja Tanya" "Nope.My friend" Pendek jwapan Asfan.Atrisha mengetap bibir.Masih kurang berpuas hati dengan jawapan Asfan.Ah,peduli lah siapa pun yang call Asfan tadi.Bukan urusan dia. Baik dia makan makanan yang sudah terhidang. Jika layan Asfan, kebuluran lah dia jawabnya. Hampir jam dua belas malam barulah Atrisha dan Asfan tiba dipekarangan hotel.Sebaik Asfan muncul,Suzi terus menerpa kearah Asfan membuatkan lelaki itu sedikit terkejut.Bukan kerana apa.Dia tidak mahu Atrisha sampai fikir bukan-bukan jika lihat Suzi berkelakuan begitu. "Sayang,lama betul I tunggu you.Mana you pergi" "I keluar dengan Trisha.Makan.Isha kenalkan.Ni Suzi..Suzi,ni Trisha.."Suzi menyambut huluran salam Atrisha dengan berat.Kalau bukan Asfan ada,tidak ingin dia bersalaman dengan perempuan dihadapan dia itu. "Erm,Afan.I minta diri dulu"Atrisha yang terasa dirinya tidak diperlukan disitu memohon diri.Lagipun dia tidak selesa bila Suzi asyik memandang dia tajam.Macam dia ada buat salah pula. "Isha,Jumpa esok okay.Thanks temankan I makan"Ucap Asfan.Atrisha membalas dengan senyuman sebelum melangkah meninggalkan Asfan dan Suzi di Lobi. "Amboi.Tak kelip mata pandang" "Dia cantik,I pandang lah.Jomlah"Asfan melangkah laju kehadapan.Dia tidak mahu sesiapa pun Nampak Suzi mengikut ke apartment dia. *********** "Best dating?"Teguran Kudsia,Atrisha jawab dengan cebikkan. "Kenapa aku tak tahu yang kau orang berdua ni ada scandal ya?Pandai sorok" Kudsia membuat muka merajuk. "Scandal apa ke namanya.Kami tak ada apa-apa hubungan tahu.Dia ajak makan,aku pergi lah.Kau tahu tak?Masa kita orang sampai kat lobi tadi,dah ada perempuan tunggu dia.Dasar buaya"Luah Atrisha. "Kau jelouse ke?" "Simpang malaikat empat puluh empat.Memang tidak lah.Aku ni suci murni lagi tau" Kudsia ketawa mengekek.Dari riak wajah Atrisha,Nampak seperti cemburu.Ego tinggi melangit. "Aku percayalah kau tak cemburu.Dah lah.Pergi mandi dan rehat" Tuala dibucu katil,dicampak kepada Atrisha sebelum merebahkan tubuh ke katil.Mengantuk awal pula Kudsia malam itu.Tinggal Atrisha sendirian dibilik itu.Bosan juga dia kerana mata masih belum mengantuk.Mungkin kerana perut baru sahaja diisi. Dia pantang lepas makan tidur. "Tit..Tit.."Atrisha menjeling kearah skrin talifon yang becahaya di atas meja solek.Siapa agaknya yang whatapp dia malam-malam begitu. "Good Night Atrisha Najwa.Thanks a lot temankan I dinner tadi.I dah start rindu you" -Asfan Atrisha mencebik sebaik selesai membaca whatapp yang dikirim oleh Asfan.Rindu.Entah-entah tengah seronok dengan perempuan tadi.Atrisha meletak semula talifon tanpa membalas.Buang masa kalau dia melayan lelaki seperti Asfan itu. Asfan menjeling jam tangan dimeja sisi katil.Lapan pagi.Masih awal lagi.Ditoleh Suzi yang masih berselibung dalam selimut disisinya.Baik dia mandi dan bersiap sebelum Suzi bangun.Dapat juga dia menyelinap keluar tanpa wanita itu.Kalau Suzi ada,susahlah dia nak dekat dengan Atrisha.Mana tahu ada rezeki jumpa Atrisha di coffee house.Asfan tersenyum menggeleng.Angau ke dia pada Atrisha.Asfan tersenyum sendirian.Selepas mandi,Asfan terus turun ke coffee house hotel tempat dia menginap.Sudah tidak begitu ramai orang.Asfan mencari kelibat Mikail dan Cecelia. "Cari siapa Encik Asfan?"Tegur Dorine yang sedari tadi hanya memerhati Asfan yang terjenggah-jenggah seperti mencari seseorang. "You Nampak Mika tak?Dalam bilik tak ada" "Eh,Encik Mika tak beritahu you ke yang dia balik KL.Ada urusan di office"Asfan mendengus.Kenapa pula Mikail tidak maklum pada dia.Mustahil dia hendak berduaan sahaja dengan Suzi di dalam apartment mereka. "Kenapa Encik Asfan?Macam ada masalah saja?"Asfan menggeleng sebelum minta diri.Dia melangkah kesudut yang agak tersorok diluar coffee house menghadap swimming pool.Mata Asfan meliar memerhati sekeliling.Fikirannya melayang jauh.Teringat kepada dua adiknya.Apa agaknya kedua adiknya sedang buat waktu itu.Rindu pula dia dengan keletah Fariza dan Fatihah.Dia membelek-belek gambar Fariza dan Fatihah di dalam handphone. "Assalamualaikum.Morning.Boleh kami duduk disini?"Asfan tersenyum.Lamunannya terhenti. "Waalaikumusalam.Duduklah"Asfan memerhati sekeliling,semua meja sudah penuh. "Seorang saja Encik Asfan?Encik Mika mana?"Soal Katriana sebaik melabuhkan punggung disebelah Asfan.Dia baru sahaja sampai pagi itu.Dia tidak terlibat dengan acara malam nanti,tapi sengaja datang sebagai tanda sokongan terhadap sahabatnya Atrisha. "Mika?Dia dah balik KL tadi.Uruskan hal office disana.I sorang cukuplah disini"Ujar Asfan ringkas. "Isha mana Kudsia?"Soal Asfan bila dia lihat kelibat Atrisha disitu.Katriana tersenyum sinis.Sejak bila pula Asfan panggil Atrisha denga nama Isha sahaja.Setahu Katriana,Atrisha tidak akan benarkan sesiapa memanggil dia dengan nama Isha.Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang boleh panggil dia begitu. "Atrisha tengah ambil makanan di dalam" "Oh,okay.Kat,you tak ada projek ke?Selalu bukan main payah nak dapatkan you" "Atrisha punya pasal Encik Asfan.Lagipun dia tak berapa sihat.Tu yang I datang"Dahi Asfan bekerut.Tidak sihat?Bukan semalam dia tengok Atrisha baik-baik sahaja.Hendak kata kaki tercedera pun tidak rasanya. "Hari tu dia demam"Katriana berharap,Asfan tidak bertanya lagi.Bagaimana dia boleh terlepas cakap.Kudsia juga sudah buat muka pelik.Setahu dia,Atrisha tidak demam pun. "Alamak,kenapa dia orang ni duduk sekali dengan mamat tu"Getus hati Atrisha bila lihat Katriana dan Kudsia sedang rancak berbual dengan Asfan.Mahu atau tidak,terpaksa juga Atrisha mengatur langkah ke meja Asfan. "Hai" "Hai,duduk lah"Jemput Asfan.Matanya tidak lepas memandang Atrisha sehingga wanita itu duduk.Katriana dan Kudsia berpandangan sambil tersenyum.Lain macam saja mereka lihat Asfan dan Atrisha.Macam ada sesuatu yang Asfan dan Atrisha cuba sorokkan.Katriana menjegil mata kearah Atrisha tetapi Atrisha tetap dengan wajah selambanya.Dia tahu Katriana pasti ingin tahu tentang dia dan Asfan. "Kenapa semua senyap saja ni.Macam ada kematian pula" "Masa makan tak baik berbual"Pendek jawapan Asfan membuatkan Atrisha terdiam.Ada sahaja ayat Asfan untuk menyakitkan hati dia. "Encik Asfan bukan makan pun"Asfan mengigit bibir,menjeling Atrisha.Encik?Formal betul.Semalam okay sahaja Atrisha panggil nama dia. "I hormat orang yang tengah makan"Atrisha mencebik bibir.Sudah tiada jawapan untuk berlawan kata dengan Asfan.Ada sahaja jawapan Asfan.Geram dia dibuatya. "Rehearsal pukul berapa ya?"Sengaja Katriana menyampuk bagi mengendurkan suasana yang dia lihat agak tegang itu.Katriana gusar Atrisha akan cari pasal dengan Asfan. "Pukul dua setengah.Di ballroom"Jawab Kudsia pendek. "Saya tengok boleh Encik Asfan?"Katriana mengalihkan pandangannya kepada Asfan yang sedang menikmati teh panas.Apa-apa pun dia perlu meminta kebenaran dari Asfan. "Boleh.Ada juga I kawan nak berbual nanti"Memang Asfan ada hal untuk bertanya pada Katriana tentang Atrisha.Jika Asfan tidak silap,Katriana dan Atrisha bersahabat baik. "I okay jer Encik Asfan" "Thanks Kat.I nak naik bilik.Nanti kita jumpa dua setengah"Asfan baru teringat tentang Suzi yang dia tinggalkan didalam bilik. "Handsome kan Encik Asfan tu Sha?"Soalan Katriana tidak dijawab Atrisha.Kacak tapi perangai macam hantu buat apa. "Semalam bukan main lagi hang dok mengejar Encik Asfan bagai.Pagi ni dah macam orang tak kenal" "Wah..Ada hot story yang aku terlepas ke nii?"Katriana memandang Kudsia dan Atrisha berulang. "Kau orang berdua ni macam-macam lah.Memang aku tak kenal sangat pun" "Ke kau jelaouse bila dapat tahu Encik Asfan bawa perempuan balik bilik malam tadi ni"Duga Kudsia lagi.Sengaja mengusik Atrisha. "Sorry.Aku jealous?Buat apa nak jealous?Dia bukan boyfriend aku pu.Lagipun tak nak aku ada kena mengena dengan lelaki buas macam tu"Ujar Atrisha berterus terang.Tidak mahu kedua temannya itu terus salah sangka. "Sha,jangan cakap besar sangat.Nanti jadi suami baru kau tahu.Mungkin satu hari nanti dia berubah.Lagipun Encik Asfan tu baik sebenarnya.Cuma ialah,pasal perempuan and his life memang ruin sikit"Jelas Katriana.Dia lebih lama mengenali Asfan.Selama bekerja dengan Asfan,tidak pernah pula lelaki itu bersikap kurang sopan dengan dia.Kalau tidak melayan,tidak akan jadilah.Katriana lihat,ramai model sekarang yang tidak tahu menjaga diri.Sanggup lakukan apa sahaja,asalkan ada kerja. "Engkaulah kahwin dengan dia" "Aku pula.Dato Alif nak campak mana?" "Lupa pula tasted kau memang yang dah forty above kan"Usikan Atrisha membuatkan Kudsia dan Katriana ketawa.Katriana tidak ambil hati pun.Sudah selera dia pada lelaki yang sudah berumur.Lelaki muda sukar nak dijaga. Lelaki berumur lebih memahami. Sewaktu Asfan sampai di dalam bilik apartment.Suzi masih lagi tidur.Asfan menggeleng.Bagaimanalah Suzi boleh tidur lama begitu.Jika dia,mahu sakit kepala.Asfan naik kekatil dan duduk bersandar dikepala katil.Asfan terbayangkan wajah mulus Atrisha yang sentiasa masam mencuka bila bersama-sama dia.Wanita itu sebenarnya manja tetapi ego.Susah betul hendak membaca hati Atrisha.Asfan dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada Atrisha.Mengapa lambat sangat dia bertemu Atrisha.Asfan mencapai talifon bimbit,dia membuka satu folder yang kesemua didalamnya ada gambar Atrisha.Kalau sesiapa tahu.Pasti dia akan diketawakan.Mujur tiada sesiapa yang berani buka talifon bimbit dia.Lama Asfan membelek gambar Atrisha.Dia langsung tidak perasan Suzi sedang memerhatikan dia. "Sayang,kusyuk betul you belek gambar model you tu"Asfan tersentak apabila ditegur Suzi begitu.Cepat-cepat Asfan menutup skrin handphone. "Mangsa baru you ke tu?" "So,you mangsa I lah ya?"Sindir Asfan. "Erm,janganlah marah.Sensetif betul you ni sekarang ni.Nak jumpa pun susah.Kalau I tak serbu macam ni,memang tak dapatlah jumpa you"Suzi berkata sambil jari jemarinya bermain di bahu Asfan. "Kan I kata sekarang ni I busy" "Busy kerja,atau you busy adjust model you tu"Asfan mengetap bibir.Lantak lah Suzi nak kata apa sekalipun. "Su,Mika tak ada.I feel uncomfortable berdua dengan you dalam apartment ni" "Eh,sejak bila you ada comfort zone dengan I ni" "Luar waktu bekerja I tak kisah.Tapi I tengah bekerja sekarang ni.I tak nak staff,crew or model I Nampak."Terang Asfan.Dia harap Suzi faham. "Kalau macam tu tak apa.I faham.Nanti after lunch I balik.Okay"Asfan tersenyum sambil mengucup bahu Suzi yang tidak beralas.Dengan Suzi tidak susah hendak dibawa berbincang.Suzi bukan sehari dua bersama dia. "Thanks.Nanti balik KL,I cari you"Suzi tersenyum.Dia memang perlu pulang ke Kuala Lumpur.Tadi baru sahaja bapanya menelefon dia.Ada mesyuarat yang perlu dihadiri.Jika tidak.Liat juga dia mahu pulang kerana baru saja dia berjumpa Asfan.rindu pun masih belum habis. "Tapi sebelum balik.." Asfan mengangkat kening.Suzi tersenyum nakal.Jari runcingnya bermain didada Asfan yang masih berbaju kemeja.Dia sudah siap untuk membuka butang baju lelaki itu.Rindu pada Asfan masih belum terubat. "Rindu i ke ni?" Suzi mengangguk manja.Asfan mengangkat Suzi keatasnya sehingga wanita itu terjerit kecil dan ketawa.Asfan tidak pernah mengecewakan.Kerana itu dia sukar melepaskan lelaki itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD