Chapter 10

2193 Words
Bab 10 Malam itu Asfan mengajak teman-teman dia lepak setelah acara di Port Dickson tamat.Minggu depan mereka akan ketempat lain pula.Jadi,masa sisa masa yang ada,baik dia habiskan dengan kawan-kawan lamanya. "Fan,kau tengok tu.Trisha dengan lelaki mana tu?"Mata Asfan tertancap pada Atrisha yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki.Hati Asfan diragut cemburu.Dengan dia punya payah Atrisha hendak tersenyum. "Itu kan Iqbal.Photographer yang kau hired untuk event kau ni"Jelas Alex yang juga rakan perniagaan dia. "Bukan main mesra lagi.Kau tak jeles ke Fan..Tak kan kalah dengan budak macam tu"Sengaja Mikail membakar Asfan.Dia tahu Asfan tidak akan duduk diam. "Boyfriend dia kot.Aku tengok asyik berkepit jer sepanjang event kat PD tu"Sambung Alex bagi memanaskan lagi suasana.Mereka tahu yang Asfan menaruh hati kepada Atrisha.Sepanjang menjadi pengarah projek,ada-ada saja alasan Asfan untuk mendekati Atrisha.Jika diikutkan,Asfan tidak perlu pun turun padang untuk bersama-sama kru tapi itu yang membuatkan mereka pelik. "Biarlah.Entah-entah dia dengan perempuan-perempuan yang bersama dengan aku selama ni sama jer"Ujar Asfan pura-pura tidak hairan.Namun,di dalam hati cuma dia sahaja yang tahu. "Bunyi macam orang kecewa jer Fan.." Bahu Asfan ditepuk Alex berkali-kali.Hingar bingar didalam kelab malam itu tidak menganggu tumpuan Asfan untuk terus memerhati tingkah Atrisha yang kelihatan mesra dengan Iqbal.Sungguh,hati dia benar-benar cemburu.Belum pernah Asfan rasa cemburu begitu.Dengan dia bukan main payah Atrisha hendak buka mulut.Malam itu Asfan tiada mood untuk berhibur.Sudah bergelas-gelas minuman keras diteguknya tetapi dia masih tidak mabuk.Fikiran Asfan asyik pada Atrisha.Gila bayang ke dia pada Atrisha? Waktu bersama Marissa pun dia tidak begitu.PARAH! ************** "Hei you!"Atrisha terkejut melihat Asfan terjelepuk di tepi tangga.Bau busuk menusuk hidung hingga Atrisha rasa ingin muntah. "Asfan"Pipi Asfan ditampar perlahan.Sah,Asfan mabuk teruk.Atrisha melilau memandang sekeliling.Tiada orang disitu.Kereta pun Cuma tinggal tiga buah.Takut pula Atrisha.Tapi,tak mungkin dia tinggalkan Asfan sendirian disitu.Lelaki itu lembik. "Minum lagi air setan tu.Orang lain pun minum juga,tapi tak adalah macam ni"Atrisha mengomel sendirian.Diraba saku seluar Asfan,mencari kunci kereta.Ditekan butang alarm kereta,sebuah kereta Audi Q8 e-Tron bercahaya. "Jauh lah pula" Dengan bersusah payah Atrisha memapah Asfan ke kereta yang terletak lima puluh meter dari tangga. "Nak bawa I pergi mana ni"Asfan menolak Atrisha membuatkan wanita itu hampir jatuh. "You mabuk la Afan" "Mana ada..i boleh jalan lagi kan"Baru hendak bangun,Asfan terjatuh.Kepala dia benar-benar sakit.Kebiasaan jika mabuk,begitulah jadinya.Malam itu dia yang tidak mahu dihantar sesiapa.Tadi,Asfan minta Mikail pulang dahulu kerana Atrisha belum pulang. "Boleh jalan apa nya.Jom I hantar you balik"Sekali lagi Atrisha cuba untuk memapah Asfan,kali ini lelaki itu tidak melawan.Geli pula hati Atrisha lihat Asfan yang begitu macho,jadi lembik begitu.Teruk juga Asfan bila mabuk. "Kejap..kejap"Belum sempat Atrisha membukakan pintu Asfan sudah termuntah.Nasib dia sempat mengelak.Atrisha menakup mulut kerana dia juga ingin muntah.Busuk betul bau muntah orang mabuk.Asfan membuka pintu dan terus hilang kedalam perut kereta.Dia betul-betul tidak larat.Banyak benar dia minum malam itu. "Mana aku nak campak mamat ni? Mana aku tahu alamat dia?" Atrisha mencari-cari sesuatu yang boleh memberi dia petunjuk dimana tempat tinggal Asfan.Kemudian dia terlihat pelekat penghuni kondomium di cermin kereta.Kondominium Asfan berhampiran dengan rumah dia rupa-rupanya.Atrisha menghidupkan enjin kereta dan terus memandu kereta mewah Asfan dengan berhati-hati.Dia harus menghantar Asfan pulang.Kemudian,dia akan minta Katrina,untuk ambil dia disitu. Kemudian menghantar dia ke tempat letak kereta dikawasan kelab untuk mengambil keretanya kembali.Walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua pagi masih banyak kereta di atas jalan.Kebanyakkan mungkin baru pulang dari pusat-pusat hiburan sekitar ibu kota. "Asfan,dah sampai.Rumah you yang mana?"Pertanyaan Atrisha tidak berjawab.Asfan sudah tidak sedarkan diri.Atrisha mati akal.Baru dia teringat untuk bertanya terus pada pengawal.Lagipun bukan dia boleh masuk.Dia tiada excess kad.Seketika kemudian,tingkap kereta diketuk oleh salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas. "Boleh kami bantu cik..Eh,kenapa dengan Encik Asfan?"Soal pengawal keselamatan tersebut sebaik melihat Asfan terlentok tidak sedarkan diri. "Kenal ke?" "Apa pula tak kenal.Ni mesti Encik Asfan mabuk teruk lah ni,mari.Cik parking di tempat parking Encik Asfan di blok B.Nombor tapak parking encik Asfan B16 dan B17,sebelah kereta Vellfire hitam.Saya ikut dari belakang.Nanti saya tolong cik bawa Encik Asfan naik atas"Atrisha Cuma mengangguk mendengar penjelasan pengawal separuh abad itu.Selalu agaknya Asfan mabuk begitu. "Cik ni kekasih Encik Asfan?Tak pernah saya tengok Encik Asfan bawa perempuan balik.Selalu Encik Mikail yang hantar Encik Asfan balik kalau Encik Asfan mabuk teruk" Atrisha hanya tersenyum.Tidak tahu hendak jawab apa. "Saya minta diri dulu ya cik" "Atrisha"Pintas Atrisha.Dia tidak suka ber cik,cik. Atrisha kagum seketika melihat dekorasi kondominium milik Asfan.Kemas dan teratur.Perabot juga tidak banyak.Tiada gambar wanita.Setahu Atrisha,Asfan sudah putus hubungan dengan Tengku Marissa.Mengapa mereka putus Atrisha tidak tahu kenapa dan dia tidak mahu ambil tahu. "Kepala I sakit"Atrisha tersedar dari lamunan apabila terdengar Asfan mengaduh.Lelaki itu memegang kepala.Seketika kemudian,Asfan bangun dan terus berlari ke bilik.Atrisha menurut langkah lelaki itu.Bimbang jika ada sesuatu terjadi pada Asfan.Habis segala isi dimuntahkan Asfan.Selalu tidak begitu.Sakit betul kepala dia.Penangan minuman keras yang bercampur-campur.Dia tidak sedar pun yang menghantar dia pulang adalah Atrisha.Dia masih separuh sedar. "Asfan,you okay?"Soal Atrisha dengan nada bimbang.Sudah hampir sepuluh minit lelaki itu didalam bilik mandi tidak keluar-keluar.Asfan tidak menjawab. "Apa lah dia buat dalam bilik air tu lama-lama.Aku nak balik ni.Pengsan ke?Tapi dengar bunyi air" Atrisha berkira-kira hendak pulang atau menunggu sehingga Asfan keluar.Setengah jam kemudian Asfan keluar dari bilik dengan hanya bertuala.Cepat-cepat Atrisha menyurukkan wajah dengan bantal.Malu lihat Asfan tidak berpakaian. "Eh,you siapa.Macam mana boleh masuk rumah I?"Soal Asfan pelik.Perlahan Asfan melangkah kearah Atrisha.Mata dia agak kabur kerana Kepala masih berdenyut-denyut. "Atrisha.."Asfan ketawa kecil.Mabuk lagi agaknya dia.Tahap angau dah dia. "Aduh,I ni angau ke apa ya.Semua perempuan I nampak you ni Isha" Asfan menarik bantal tetapi Atrisha menarik semula. Tidak peduli siapa dihadapan dia tika itu.Mana mungkin Atrisha. "Pakailah baju dulu"Meremang bulu roma Atrisha.Menyesal pun ada.Tergadai juga diri dia malam nanti.Asfan hanya menurut.Menuju ke almari dan mencapai Tshirt tanpa lenggan. "Dah,I dah pakai baju"Atrisha teragak-agak untuk lihat.Takut-takut Asfan bohong. "Sah lah I ni angau dengan Isha.Mana mungkin depan I ni Atrisha..Kepala I sakit…I nak tidur"Terpingga Atrisha dibuatnya.Macam itu ke orang mabuk?Selamba Asfan menhenyak tubuh ke tilam.Kepala dia makin berdenyut-denyut. "You cari apa?"Soal Atrisha apabila melihat Asfan meraba-raba ke dalam laci meja sisi katil seperti mencari sesuatu. "Penadol,kepala I sakit"Timbul rasa simpati takala melihat wajah Asfan yang bekerut menahan sakit.Mungkin lelaki itu memang sakit kepala.Sebelum ini Asfan pernah membantu dia.Apa kata kali ini biar dia membalas agar tiada lagi dia rasa terhutang budi pada Asfan. "You baring.I tolong you"Atrisha membetulkan kedudukan kepala Asfan.Asfan hanya menurut kerana dia benar-benar tidak larat.Kalau ummi tahu dia berdua-duaan dengan lelaki begitu,teruk dia dibebel.Tapi dia tidak buat apa-apa pun,dia cuma mahu membantu Asfan.Tidak sampai hati pula Atrisha hendak biarkan Asfan begitu.Atrisha membuka laci,mengeluarkan ubat.Dia kedapur dan kembali membawa segelas air masak. "Asfan,bangun sekejap.You makan ubat ni,then you tidur" Asfan hanya menurut.Dia mengambil ubat dari tangan Atrisha dan ditelan sekali.Habis segelas air,Asfan terus saja menekup muka ke bantal.Cahaya lampu bilik membuatkan kepala Asfan bertambah sakit. ******** Asfan hanya terjaga apabila wajah terkena cahaya matahari yang masuk dari celah-celai langsir bilik.Lena betul tidur malam tadi.Entah kenapa Asfan rasa dia bermimpi yang Atrisha menjaga dia sepanjang malam.Asfan menyaup wajah sebelum tersenyum sendiri.Parah betul penyakit angau dia. "Aku ni mimpi ke apa?"Bisik hati kecil Asfan.Dia menggosok mata berkali.Asfan terjun dari katil meluru ke sofa.Asfan ingin pastikan dia tidak berkhayal.Memang benar depan mata dia itu Atrisha.Asfan cuba mengingati apa yang terjadi semalam,tetapi dia langsung tidak bisa untuk ingat.Dia begitu mabuk semalam. "Cantiknya kau Isha"Perkara-perkara jahat mula muncul dikepala Asfan.Atrisha yang selama ini sukar untuk dia dapatkan sudah ada didepan mata.Atrisha sendiri yang menyerah.Mana mungkin dia lepaskan.Lama Asfan merenung setiap inci tubuh Atrisha yang masih dengan gaun ungu yang di pakai Atrisha di kelab malam semalam.Pipi mulus Atrisha dielus lembut. "Ish,Asfan.Ni bukan kau lah."Cepat-cepat Asfan tersedar dari khayalan dia yang semakin jauh.Asfan membatalkan niat untuk menyentuh Atrisha.Dia mengambil selimut dan menutup tubuh Atrisha yang terdedah.Jika lama dia lihat Atrisha begitu pasti dia gagal mengawal akal fikiran. Asfan tidak mahu nanti dituduh memperkosa Atrisha.Dari dia boleh dapat Atrisha langsung tak dapat. Dia yakin,Atrisha lain dari wanita yang pernah dia kenali.Asfan juga yakin,Atrisha masih dara. Asfan terbaring di sofa sendirian.Hari itu dia tidak ke pejabat.Tubuh dia masih letih.Punat alat kawalan jauh ditekan-tekan.Tiada satu pun rancangan yang menarik minat dia.Fikiran Asfan ligat memikirkan wanita yang sedang lena dibiliknya.Kenapa perasaan dia lain bila berhadapan dengan Atrisha.Jantung Asfan rasa ingin meletup bila melihat Atrisha dengan lelaki lain.Kalau perempuan lain dihadapan dia begitu,sudah lama Asfan telan tetapi dengan Atrisha dia tidak sanggup.Rambut halus,wajah mulus Atrisha buat dia gila bayang. "Aku cintakan kau ke Isha?"Asfan menggeleng.Mana mungkin.Dia baru sahaja enam bulan putus dengan Marissa.Ah,tapi hati dia pada Marissa sudah dua tahun mati. "Ehem..ehem"Atrisha berdehem.Dia mahu Asfan sedar kewujudan dia disitu.Malunya Atrisha mendengar kata-kata Asfan tadi.Asfan terkejut.Atrisha dengar ke apa yang dia katakan? "Dah lama ke you kat situ?" "Baru jer.Kenapa?" Asfan menggeleng.Mengurut dada.Berharap Atrisha tidak dengar. "Yang you berbalut dengan selimut ni kenapa?"Asfan bertanya pelik.Nak kata sejuk,dia sudah tutup penghawa dingin.Lama-lama baru Asfan tersenyum. "You takut I buat apa-apa dengan you?kalau I nak buat apa-apa,masa you tidur tadi I dah buat"Ucap Asfan selamba.Atrisha malu sendiri.Tapi apa salahnya dia berhati-hati.Lelaki dihadapan dia itu bukan boleh percaya.Pantang nampak ikan,mesti diNgap.Atrisha melabuhkan punggung di sofa berhadapan Asfan. "You yang bawa I balik semalam ya?" Atrisha menelan air liur ditenung Asfan.Kacaknya dia.Patut lah ramai perempuan yang cair.Suara jangan cakaplah,seriau Atrisha. "Err..yup.You mabuk teruk.I tak sampai hati nak tinggalkan you kat situ seorang"Jelas Atrisha jujur.Asfan tersenyum lagi. "Sayang juga you kat I kan?" Atrisha mencebik.Sayang?,perasan.Dia Cuma mahu membantu. "Social awareness.Tak mungkin I nak biarkan you sendiri macam tu.Teruk juga ya you bila mabuk?Buruk I tengok" Asfan geli hati mendengar omelan Atrisha.Comel bila gadis itu mengomel. "Sorry susahkan you.I kalau over drunk memang macam tu.Tapi I tak kacau orang tau.Thanks.Tak sangka pula you sudi tolong I.Selalu bukan main sombong dengan i" Ujar Asfan sambil memusing-musingkan remote telivisyen. Dia sendiri gugup untuk terus berhadapan dengan Atrisha.Lagi-lagi berdua. "I tak sombong.You bukan kenal I pun.Cara you nak kenal dengan I tu salah.Lagipun you kan memang terkenal dengan perangai Badboy.I tak nak tergadai body nanti"Spontan Asfan mendengus.Sampai macam tu sekali tanggapan Atrisha pada dia. "Eh,you ingat I ni kemaruk sangat ke sampai main terjah jer.You tak offer,I tak paksa tau.Lagi pun mana ada kucing tolak ikan depan mata?Perempuan,asal kena ayat sikit dah cair..Bagi semua"Atrisha mencegil mata.Asfan lupakah yang dia seorang perempuan.Nampak sangat lelaki didepan dia itu pernah kecewa atau dipermainkan perempuan.Ah,kalau ya sekalipun bukan alasan untuk Asfan balas pada wanita lain. "I qtak macam tu tau" "Sebab kau tak macam tu la aku syok kat kau Isha"Ujar Asfan separuh berbisik. "You cakap apa,I tak dengar" "Eh,tak ada apa lah.I cakap ye lah tu" "Tak percaya sudahlah.Suami I jer yang boleh buktikan"Ujar Atrisha penuh semangat. "Kalau macam tu,you kahwin dengan I jer la..hehe" Kata Asfan dalam gurauan.Tapi kalau Atrisha mahu,apa salahnya.Tapi,sedia ke dia untuk terikat dengan komitment. "Lelaki macam you ni,tahu ke apa tu komitment?" "I kalau dah sayang seorang,seorang jer la I hadap tahu.Sebab tu I bercinta sebelum ni sampai bertahun-tahun.Tapi jodoh tak ada kan.Nak buat macam mana.Sebab tu I kata,perempuan ni bukan boleh percaya,dah lah Isha.I nak mandi.Lepas ni kita keluar makan.I lapar.Lagipun I tak boleh tengok you lama-lama,I geram."Kata-kata dan pandangan Asfan membuatkan Atrisha meremang.Seram betul. Dasar lelaki miang!. "I gurau jer lah. I hormat you Isha. You jangan risau.Selagi you dengan I, I will make sure you akan rasa safe dan I tak akan sentuh you..Lain lah kalau you yang goda I" Serentak itu Atrisha membaling bantal disofa kearah Asfan dan lelaki itu tidak sempat menggelak.Lelaki itu ketawa dan menghilang ke dalam bilik tengah kondominium itu.Beberapa minit kemudian Asfan keluar membawa sepasang baju kurung buat Atrisha.Asfan harap,ukuran tubuh Atrisha sama dengan adiknya Fateha.Jika Fariza,Atrisha tidak muat mungkin kerana Fariza rendah sedikit. "Nah,you guna lah dulu" Atrisha agak terkejut.Siap ada baju perempuan.Semalam pak cik pengawal itu beritahu Asfan tidak pernah bawa balik perempuan. "Kenapa pandang I macam tu?Ni baju adik perempuan I lah.I ada dua orang girlfriend tetap dalam rumah ni.Sebab tu I tak pernah bawa balik perempuan.Ini,kalau dia orang tahu letih I nak jawab" Penjelasan Asfan membuatkan Atrisha sedikit lega.Entah mengapa dia rasa lain bila lihat baju perempuan itu tadi. "Betul ke ni?ke you yang pakai"Duga Atrisha.Sengaja mengusik Asfan. "Ada pula I nak pakai.Kalau tak percaya,you tengok sendiri kat bilik tengah tu.Adik I sekolah asrama.Dua kali sebulan jer dia orang balik"Jelas Asfan sambil menarik Atrsiha masuk ke bilik Fateha dan Fariza.Atrisha tidak membantah.DIa membiarkan sahaja Asfan menarik tangannya ke bilik.Asfan punya adik kembar rupa-rupanya. Untuk seketika mata Atrisha Atrisha terlekat pada potret keluarga Asfan di dinding.Asfan tiga beradik. "You yang jaga adik-adik you?"Lambat-lambat Asfan mengangguk.Baik dia terus terang dengan Atrisha. "Kami yatim piatu.Papa I dah lama meninggal.Masa twins umur enam tahun" "Your mum?"Asfan menghela nafas panjang.Benci bila ada bertanya tentang Mama. "My mum?i tak pernah anggap dia ada.Dia curang dengan arwah papa.Lepas arwah Papa meninggal,I anggap I yatim piatu" Atrisha jadi serba salah kerana dia membangkitkan soalan itu tadi.Bertapa dia rasa amat simpati dengan Asfan.Baru dia tahu mengapa Asfan suka mempermainkan perempuan.Ada cerita disebalik wajah tenang lelaki itu.Atrisha simpati dengan nasib Asfan. "Im so sorry..i tak sengaja" Asfan tersenyum pahit.Atrisha tidak salah.Wanita itu Cuma ingin tahu. "Nothing to say sorry.I keluar dulu.You siap kat sini ke you nak mandi sekali dengan I” Merona merah wajah Atrisha diusik Asfan. Tadi bukan main sedih.Boleh tiba-tiba okay pula.Pelik betul Atrisha tengok lelaki itu. "You ni memang gatal kan" Asfan buat tidak tahu dan terus berlalu.Lagi lama disitu.Lagi macam-macam boleh jadi.Baik dia keluar.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD