Bab 9
Selesai rehearsal petang itu Atrisha segera beredar kebilik.Lengguh seluruh urat saraf setelah seharian berlatih dengan kasut tumit tinggi.Ini acara yang kedua dia turut serta.Entah kenapa pula hari itu semua penaja turun padang untuk melihat sesi latihan dan reherseal.Rehat pun tak sempat kerana Dorine minta dia melayan penaja ketika waktu rehat.
“Atrisha…”Atrisha mendengus sebelum mematikan langkah.Kacau daun betul Dorine.Waktu bekerja dia sudah tamat.Pantang betul Atrisha jika ada yang menganggu.
“Senyum sikit.Nak marah sahaja lah you ni.Mari,I nak kenalkan you dengan one of penaja kita”Atrisha hanya menurut.Jika melibatkan penaja,Atrisha memang lemah.Nanti apa pula kata mereka.
“Tengku,ini I kenalkan model I yang akan pakai dress you malam ini”Lambat-lambat Atrisha menyambut salam tangan Tengku Puteri Marissa.Jika Atrisha tidak silap,itu kekasih Asfan.Kekasih rasmi Asfan Azriff.Cantik orangnya.Sesuai sangat dengan Asfan.Tapi dengar-dengar hubungan mereka sudah berakhir.
“Cantik.Asfan tak try you ke?”Terkedu Atrisha mendengar pertanyaan keras Marissa itu.
“Kenapa Tengku tanya macam tu?Between us cuma ada hubungan professional” Marissa tersenyum sinis.Bukan dia tidak tahu Asfan sedang cuba memikat Atrisha.
“Bagus lah macam tu.Jangan cuba-cuba caras I okay” Sengaja Marissa memberi peringatan kepada Atrisha.Biar Atrisha tahu siapa dia pada Asfan.Dengan wajah angkuh,Marissa berlalu meninggalkan Atrisha terpingga-pingga.Marissa lupa Dorine ada disitu.
“Sorry Trisha.I tak tahu yang dia nak warning you”Serba salah Dorine dibuatnya.Mana dia tahu yang Tengku Puteri Marissa beria-ia mahu bertemu muka dengan Atrisha hanya disebabkan soal peribadi.
“I tak faham lah.I tak layan pun jantan tu.You yang tergedik-gedik dengan dia tak kena pula”Bentak Atrisha.Hilang mood dia untuk berehat.
“Dah I pula..Kalau Asfan tu layan I,I pun kena tau.Tapi dia tu syok kat you”Atrisha menggeleng.Peduli apa dia.Dia sedikit pun tidak terasa hendak melayan Asfan.
“Esok you jangan tak turun pula.”
“Tengok mood I lah Dorine”
“Hei,mana boleh macam tu Trisha”Terkejar-kejar Dorine mengikut langkah panjang Atrisha.Menyesal pula dia kenalkan Tengku Puteri Marissa dengan Atrisha.Jika Atrisha tidak turun pagi esok,matilah dia hendak menjawab dengan Asfan.
*********
Malam itu,Atrisha bersiap ala kadar.Malas dia hendak turun sebenarnya.Tapi kalau bukan kerana dipujuk Kurdsia berkali-kali,Tidak ingin Atrisha turun.
“Sha,aku turun bawah dulu.Iqbal dah lama tunggu”
“Okay.Lagi lima minit aku turun”Sahut Atrisha dari dalam bilik mandi.Dia perlu menukar pakaian kerana dress yang dia pakai koyak tersangkut di tepi katil.Selesai menukar dress,Atrisha terus keluar dari bilik ketika itu dia terserempak dengan Asfan dan Marissa yang baru keluar dari bilik.Atrisha tidak tahu pula bilik mereka bersebelahan.Asfan terpana.Bagaimana bilik mereka boleh bersebelahan.Dia yakin Ini pasti kerja Marissa.Untuk seketika mereka berpandangan tetapi segera Atrisha melemparkan senyuman seraya beredar.
“You tahu kan Isha menginap kat bilik sebelah ni kan?”Soal Asfan keras.
“Mana I tahu.I bukan kenal dia tu.Kenapa you concern sangat pasal dia?”Geram pula Marissa.Memang dia sengaja minta bilik disebelah Atrisha.Biar Atrisha makin benci pada Asfan.Puas hati Marissa.Tentu sekarang Atrisha makin tawar hati dengan Asfan.
“You kena ingat perjanjian kita.You tak boleh lagi masuk campur urusan i.Kan I dah inform you untuk check in dua bilik?”
“Bilik semua dah penuh”
“Apa-apa jer lah”Asfan segera melangkah meninggalkan Marissa termanggu-manggu.Sakit hati Asfan mengenangkan sikap Marissa.Makin susahlah dia hendak mendekati Atrisha.Tentu Atrisha fikir dia masih berkasih dengan Marissa.
Sebaik sampai di coffee house hotel Asfan berjalan laju mendapatkan Dorine yang sedang berbual-bual dengan beberapa orang gadis.Dia tidak Nampak Atrisha disitu.
“Ah,tak apa.Cuba nasib”Getus hati Asfan.Malu sebenarnya hendak bertanya.Nanti mereka kata dia terhenggeh-heggeh dengan Atrisha pula.Tapi akan daya.Hatinya melonjak-lonjak untuk tahu dimana gadis itu.
“Wah,handsome malam ni you Asfan.Nak kemana?”Tegur Dorine sebaik sahaja terlihat Asfan yang sudah tercacak dihadapan mereka.
“I hari-hari pun handsome Dorine”Ujar Asfan berseloroh.
“Kalau tidak bagaimana ramai yang tergila-gila pada you kan?”Sambung Dorine sambal ketawa kecil.
“Eh,Isha mana ya Dorine.I tak Nampak pun dia kat sini?”Baik Asfan segera bertanya tentang Atrisha.Itu tujuan asal dia kemeja Dorine.Baik dia tanya sebelum Marissa sampai.Kalau boleh,dia hendak lari dari Marissa malam itu.
“I dah agak dah.Mesti cari Atrisha.Petang tadi baru Tengku Marissa touchier Atrisha.I tak mahu la personal crisis terbawa-bawa and ganggu model I Asfan.Pandai makan,pandai simpan lah”Asfan sedikit terkejut dengan kenyataan Dorine.Patutlah sinis betul senyuman Atrisha.
“Sorry Dorine.I will make sure all this thing doesn’t happen anymore”
“Asfan,you jangan marah Tengku pula.Nanti tak pasal-pasal I dengan Atrisha kena marah dengan Tengku.nanti dia fikir Trisha pula yang mengadu”Asfan hanya mengangguk-angguk tanda mengerti.Tapi geram pula dia dengan Marissa.Pandai-pandai jumpa Atrisha tanpa pengetahuan dia.Marissa masih tidak dapat terima kenyataan agaknya yang hubungan mereka dah berakhir.Kalau bukan Marissa buat cubaan bunuh diri kelmarin,memang Asfan tidak mahu layan kerenah Marissa yang bukan-bukan itu.
“So,mana Atrisha?”
“Hurmm,you ni memang tak tahu give up kan?I ada tak nak?”
“Dorine,I serius ni?”Wajah Asfan sedikit serius.Dia kesuntukan masa waktu itu.
“Okay..Dia and others pergi club biasa kita”Wow,tak sangka pula Asfan,Atrisha juga pandai berhibur ke kelab malam.Baik dia kesana cepat.Tidak sanggup dia fikir tubuh Atrisha itu disentuh oleh lelaki lain.Eh,tapi apa hak dia.ah,Asfan cemburu.
“Ok,I pergi dulu.Kalau Marissa tanya you.kata tak tahu”Dengan pantas Asfan meminta diri dan terus berlalu.Dorine hanya menggeleng.Tidak faham dengan perangai Asfan.Pelik pun ada.Asfan seolah-olah cuba menggelak dari Marissa tetapi Marissa pula sepertinya tidak henti-henti mengekori Asfan.
********
“Woi!”Sergah Mikail yang sedang menunggu minuman di bar.Pelik dia lihat Asfan datang sendirian.Setahu dia Marissa turut serta selama tiga hari itu.
“Kau pun kat sini Mika”
“Kau cari siapa Fan..tu ke?”Mikail menunjuk kearah Atrisha yang sedang bersendirian di meja yang agak tersorok didalam kelab itu.Nampak seperti wanita itu kurang selesa.
“Aah.Aku cari dia.Dia datang dengan siapa?”
“Tak sure la.Tadi aku Nampak ada dua perempuan and seorang lelaki.Budak krew agaknya Fan.Rissa mana?” Mika memerhati sekeliling. Tiada kelibat Marissa disitu.
“Potong mood aku lah kau ni.Aku tinggalkan dia.menyemak jer”Mikail ketawa melihat wajah masam mencuka Asfan.
“Wow,move on betul kau ni.Ke kau dah jumpa cinta baru bro”Asfan menggeleng sambal tersenyum.Kelakar pula dengar perkataan cinta.Tak mungkin lah dia jatuh cinta dengan Atrisha.Asfan memesan segelas Martini,cocktail wajib yang akan dipesan Asfan jika kesitu.
“Good starting..Tak nak mabuk nampak?”Mikail menjeling gelas yang berada ditangan Asfan.
“Mengarut.Kalau nak mabuk,mabuk juga aku”Kedua-dua lelaki itu ketawa serentak.Hanya mereka berdua sahaja mengerti apa yang dibualkan.
“Mika,Asfan,bukan tu model you ke?i tengok ada orang lelaki ganggu dia.Rasa bukan kawan dia tu”Kehadiran Khatty mematikan perbualan Asfan dan Mikail.
“Ya lah Fan.Macam tak selesa jer aku tengok”
“Aku pergi tengok kejap”Mikail dan Khatty hanya membiarkan Asfan pergi mendapatkan Atrisha.Mikail tahu Asfan tidak suka dia mengikut.Asfan boleh uruskan sendiri.Bukan sekali dua Asfan jadi penyelamat gadis-gadis.Tetapi kadang-kadang selepas menyelamat,ada juga yang terselamat didalam ‘dakapan’ Asfan.
“Bro,kan dia tak suka you pegang-pegang dia”Tegur Asfan.Keadaan bising dengan bunyi muzik membuatkan Asfan terpaksa meninggikan suara.
“Kau siapa?”
“Aku boyfriend dia”Ringkas jawapan Asfan lantas menarik Atrisha kedakapannya.Atrisha hanya menurut kerana bimbang akan diapa-apakan lelaki dihadapan dia itu.Kudsia,Ariana dan Iqbal entah dimana.Lama sudah dia ditinggalkan disitu.
“Oh,okay.Aku ingat dia tak ada teman.So,aku nak temankan.Enjoy your night”Ujar lelaki itu dan terus berlalu.Hendak bergaduhpun,nampak Asfan bukan lawan dia.Tengok tubuh sasa Asfan pun dia rasa akan kalah.Baik dia pergi.
“Thanks”Pendek ucapan Atrisha sambal meleraikan rangkulan Asfan.Wangian yang dipakai Asfan menusuk ke lubang hidung.Dia kurang selesa berdekatan dengan lelaki itu.
“You datang dengan siapa?”
“Kenapa you nak peduli I datang dengan siapa?”Soal Atrisha kurang senang.
‘’I concern pasal you.I tak nak jadi apa-apa pada model I faham?”
“Concern?ialah…”Sinis Atrisha menyindir Asfan.
“Kalau tak biasa maksud kelab,jangan masuk.Kat dalam ni banyak buaya”
“Ya lah kan.You kan salah seorang.Memang bahaya kat sini”Sindiran Atrisha membuatkan Asfan tersentak.Apalah yang Atrisha benci sangat pada dia.Atrisha mencapai tas tangan dan terus berlalu.Sakit hati dia apabila teringat amaran Tengku Puteri Marissa yang berlagak tadi.Asfan mengetap bibir.Macam tu sahaja Atrisha meninggalkan dia.Ucap terima kasih pun tidak.
“Hahaha..macam mana rasa kena reject Asfan?”Soalan Marissa membuatkan Asfan kembali ke dunia nyata.Bila pula Marissa sampai.Menyemak betul.
“You buat apa datang sini?”
“Kalau you cari Atrisha,I cari you..Sudah lah sayang.I kan ada”Asfan membiarkan sahaja Marissa merangkul lenggannya.Kalau ditepispun Marissa bukan faham.
“I nak joined Mika.Malas nak layan you.Buang masa I”Melihat wajah kecewa Asfan membuatkan Marissa puas.Tahulah bagaimana dia hendak merawat rasa kecewa Asfan ketika itu.Marissa mengikut langkah Asfan dari belakang.
*********
“Morning sayang” Asfan memaling tubuh ke arah lain apabila melihat Marissa disebelahnya sedang mengusap pipinya.Tangan Marissa ditepis.Mesti dia mabuk teruk malam semalam.Semua gara-gara Atrisha.Asfan benar-benar tidak dapat menerima cara layanan Atrisha terhadap dirinya.Atrisha layan dia seperti sampah.
“You sama saja macam dulu.Sebab tu I tak boleh lupakan you Afan”Sentuhan demi sentuhan Marissa membuatkan Asfan rimas.Semuanya tidak seperti dulu.Kini,belaian Marissa membuatkan dia lemas.Rimas.Kalau dulu,belaian itu yang paling dia rindukan tapi kini kosong.Dia lihat Marissa tidak lebih dari perempuan-perempuan yang pernah ditidurinya.
“Jangan merepek.I nak mandi..”Asfan segera bangun dari katil sebaik Marissa mahu memeluk tubuh sasanya yang tidak beralas.
“Kenapa dengan you ni.Malam tadi okay jer”
“I mabuk semalam..And please.I nak you leave from this room.You tak kisah orang bercakap pasal you.I don’t care but I really care about my reputation.I sedang bekerja faham”Keras peringatan Asfan.Dia tahu Marissa tidak akan mengendahkan kata-kata dia.
“You takut reputasi you atau you takut Atrisha fikir bukan-bukan”Kata-kata Marissa membuatkan Asfan tersenyum.Jika bukan sebab Atrisha pun,dia tidak akan bawa perempuan ke bilik hotel sewaktu bekerja.Itu bukan cara dia.
“Suka hati you lah” Bentak Asfan.Tuala di birai katil Asfan capai dan terus menghilang ke dalam bilik mandi.Tiada guna dia bertikam lidah dengan Marissa.Membazir air liur sahaja.
“Dummm!”Terkejut Marissa.Tidak pernah Asfan menghentak pintu begitu.
“Dah kenapa lelaki seorang ni.Angin tak pasal-pasal.Malam tadi bukan main lagi”Gomel Marissa sendirian.Dia harus fikir bagaimana cara hendak menambat hati Asfan semula.Sudah hampir lima belas tahun dia bersama Asfan.Belum pernah dia lihat kekasihnya bersikap begitu.Tetapi Marissa yakin bahawa Asfan masih cintakan dia,Cuma Asfan masih marah pada dia.Lambat laun Asfan akan okay semula.
“Yang you termenung ni kenapa?”Lamunan Marissa terhenti takala Asfan menarik kemeja miliknya yang digenggam Marissa.Asfan kemudian melempar kemeja tersebut ke sofa.
“I rindukan you yang dulu Fan”Asfan pantas menggelak ketika Marissa tiba-tiba mahu memeluk dia dari belakang.
“Wow,cukup..I nak cepat ni”Asfan mengangkat kedua belah tangannya sambil berundur kebelakang menjauhkan diri dari Marissa.Dia tidak akan cair dengan godaan Marissa.Marissa bukan jenis wanita pilihan dia lagi.
“Kenapa you layan I macam ni Fan?you tak sayang pada I lagi”Kepala yang tidak gatal digaru.Asfan rasa sudah beratus kali dia jelaskan pada Marissa soal kedudukan hubungan mereka Cuma Marissa sahaja yang tidak mahu merima kenyataan.
“I dah tak nak pada you lagi.You yang tak faham.You nak I terangkan macam mana lagi Marissa”
“Semua ni sebab Atrisha kan?”
“Tak ada kena mengena dengan Atrisha.You punca kita berpisah.I dah tak boleh lah nak terima perempuan macam you ni jadi kekasih I”Penjelasan Asfan membuatkan hati Marissa sakit.Sampai hati Asfan kata begitu pada dia.Hina sangatkah dia.Dia dan Asfan tidak jauh berbeza.Asfan juga main perempuan di belakang dia.
“You tengok diri you tu?You fikir I tak tahu you main perempuan di belakang I”
“Sorry..You jangan nak samakan I dengan you.You tahukan dulu I tak pernah sekali pun curang dengan you.Tapi tengok apa you buat?You curang pada i.Patutpun you cari lelaki lain dibelakang I sebab memang sedap makan luar..Bosan kan dengan i?”Untuk sekian kalinya Marissa mendengar sindiran yang sama dari Asfan.Memang dulu Asfan tiadak pandai pun mencari perempuan lain.Asfan hanya setia pada dia.Dia yang bodoh.Baru sebulan Asfan tinggalkan dia kerana pulang ke Malaysia atas urusan keluarga dia sudah tidak betah.Kawan serumah Asfan pula tu.Sekali tidak sengaja,lama-lama jadi seronok pula.
“I kan dah janji I tak akan curang pada you lagi”
“Once okay Tengku Puteri Marissa,but twice…Dah lah.i dah lambat.Lagipun dah beratus kali kita discuss pasal perkara ni.I banyak benda lain lagi nak kena fikir.i got to go”
“You tak boleh buat I macam ni Asfan..You memang tak guna”Bentak Marissa.Habis bantal diatas katil Marissa baling ke lantai.Asfan hanya membiarkan sahaja Marissa tingkah Marissa itu kerana dia sudah masak dengan sikap Marissa.Begitulah Marissa tiap kali mereka bertengkar.Kadang-kadang habis pakaian dia juga menjadi mangsa.Kerana sudah acap kali terjadi,Asfan malas hendak layankan.
“Hai Encik Asfan”Teguran Kudsia disambut dengan senyuman.Bagai hendak luruh jantung Kudsia.Kacak betul lah Bos mereka itu.
“Baru nak turun ke?Rehearsal 15 minit lagi kan?”Asfan menjeling jam.Lambat betul mereka turun.Sempat ke?
“Tadi dah turun,Naik sekejap temankan Atrisha.Barang tinggal”Asfan hanya mengangguk tanda mengerti.
“Kud..Dah..Sorr..ry..Encik Asfan”Atrisha kehilangan kata-kata melihat Asfan dihadapan dia ketika itu.
“I turun dulu.Jangan lambat”Asfan meminta diri dan terus berlalu membuatkan Atrisha rasa bersalah.Asfan marah ke?Langsung Asfan tidak mahu menoleh pada dia.
“Menung lagi..Cepat lah.Nanti lambat.Kau tengok,bos dah turun dulu”Cepat-cepat Atrisha menutup pintu.Baik dia cepat.Lagi sepuluh minit untuk dia bersiap.Nasib sudah make up awal-awal tadi.Entah kenapa Atrisha rasa jantung dia berdebar-debar.Tidak sedap hati juga ia.Ini kali pertama Asfan sendiri turun melihat mereka bekerja.Dengar kata Asfan seorang yang sangat cerewet.
“Five minute more.I nak semua ada dihadapan I termasuk crew!”Terdengar suara Asfan melalui pembesar suara.Atrisha lihat semua yang terlibat sudah berlari meninggalkan kerja masing-masing dan berkumpul dihadapan pentas utama.
“Dorine.Seorang lagi model you mana?”Soal Asfan sebaik semua sudah berkumpul dihadapannya.
“Err.Shima?”
“Ialah..You Cuma ada Atrisha,Kudsia,Catteline,Richard,Malique,Irwan,dan juga Shima kan?”Lambat-lambat Dorine mengangguk.Apa alasan dia mahu beri kali ini.Sudah dua kali Shima buat hal.
“Kalau dia tak berminat,dia boleh keluar dari projek ni.Jangan susahkan orang lain.kalau nak enjoy,I tak kisah tapi jangan sampai overdose,time kerja,kerja.Termasuk krew.I tak nak dengar ada yang main barang masa bekerja.Kalau I dapat trace,I terminate 24 hours..”Ucap Asfan tegas.
“Sorry Asfan.I dah try call Shima dari pagi tadi tapi dia tak angkat.”
“You dah cari kat bilik Farizal?”Soal Asfan selamba.
“Farizal anak Tan Sri Khalil?”Dorine menyoal kembali kepada Asfan.
“You ni Dorine,budak you pun you tak tahu?Concern sikit diorang buat apa,dengan siapa,keluar sampai pukul berapa..I hired company you untuk you uruskan benda-benda macam ni.Kalau tak,baik I cari freelance model”Berdesing telinga Dorine mendengar bebelan Asfan.
“Sorry lah.I pun tak tahu akan jadi macam ni”
“you tahu kan,I pantang betul kalau lambat..Kalau tak datang lagi I sakit hati..Richard,you kan rapat dengan Shima.Tak kan you tak tahu”
“Semalam balik dari kelab,dia terus ikut Farizal bos”
“You all dengar sini.I tak kisah malam-malam you nak enjoy sampai pengsan.Sebab diluar waktu bekerja itu bukan urusan i.But please jaga diri..Lagi enam jam show nak start.Siapa nak ganti.Fikir sikit.Company I bayar untuk apa?”Semua yang ada disitu terdiam.Marah betul Asfan.Tiada senyuman.
“Dorine.I nak you pergi bilik Farizal.Shima ada dekat situ.Mika text I tadi.Kalau dia tak nak,you boleh terminate dia.I tak nak orang bermasalah”
“Okay.i pergi sekarang..”
“Yang lain boleh mula..Good luck”Sebaik menghabiskan kata-kata,Asfan terus meninggalkan pentas dan mengambil tempat duduk betul-betul dihadapan pentas.Dia mahu lihat dari awal.Dia mahu segala-gala berjalan lancar.Asfan mementingkan kesempurnaan dalam kerja.
“Asfan..sorry I lambat”Shima segera menerpa kearah Asfan yang sedang duduk dikerusi VIP.Dia tahu Asfan pasti akan marah.Bukan dia tidak tahu Asfan bagaimana.Bukan dia tidak pernah bersama Asfan.Asfan bukan kira siapa dia.
“Dah memang lambat kan.I nak kata apa lagi?”
“Sayang,please.Give me one more chance.I tak sedar tadi”
“One more,jangan panggil I sayang waktu kerja,and number two I nak warning you.kalau you lambat lagi,replace you dengan model lain.Company you banyak lagi model baru yang berbakat tahu”Shima mengetap bibir.Mati dia kali ini.Itu semua kerana Farizal punya pasal.
“Sorry.I janji”Asfan hanya mengangguk sambil memberi isyarat supaya Shima kebelakang pentas untuk bersiap.Dengan pantas Shima bergegas ke belakang pentas.Ketika sampai dibelakang pentas,Dorine sudah menanti dengan muka kelat.
“Seronok kena marah?I tadi sudah kena…You sekali tak bagi I susah tak boleh ke Shima?”
“Apa you fikir you skandal dengan Encik Asfan you selamat?”Sampuk Richard.
“Ish korang ni.Kenapa pula masuk hal peribadi aku.Aku tak pernah minta special treatment tau.Korang bukan tak kenal Asfan”Kedengaran tawa Richard,catteline dan Malique memecah suasana yang tadinya senyap sunyi.
“Hei Shima,lain tak dia bila dekat luar dengan dalam bilik?”Catteline mula mengusik nakal.
“Ish korang ni,geli lah aku dengar”Atrisha yang sedari tadi hanya mendengar mula menyampuk.Tak sanggup hendak dengar lagi cerita-cerita tidak senonoh rakan-rakan.Cerita dalam bilik pun nk dijadikan bahan bualan.Apa mereka tidak segan ke dengan orang sekeliling?Patutlah orang diluar pandang serong dengan kerjaya mereka.sedangkan bukan semua begitu.
“Geli?Isha,baik-baik.bukan kami tak tahu yang bos tengah adjust kau.Dia baik tapi lelaki liar macam dia memang susah nak dijinakkan”Shima menggosok belakang Atrisha.Sewaktu bersama dia pun Asfan asyik sebut nama Atrisha.Tengah angau agaknya Asfan pada Atrisha.Mentang-mentang Atrisha antara yang paling cantik dan yang penting Atrisha ayam kampung.
“Tak pe Shima.Aku tak berminat pada dia pun.Aku hormat dia sebagai majikan.Tapi diluar waktu bekerja,tak mungkin aku nak kawan dengan dia pun”Kagum juga Shima pada pendirian Atrisha.Bukan senang hendak jumpa model yang seperti Atrisha.
“Baguslah kalau macam tu.Tapi,aku yakin satu hari nanti kau akan jatuh juga ketangan dia Trisha”Kata Shima dengan yakin.
“Sudahlah Shima,aku nak keluar dah.Nanti kita sembang lagi”Atrisha tersenyum sebelum berlalu.Sebentar lagi giliran dia.Dia perlu kosongkan minda agar tiada apa yang menganggu fikiran dia.Langkah Atrisha diatur,melangkah dengan yakin menuju ke luar pentas.Atrisha membayangkan malam nanti,dewan itu akan dipenuhi dengan ratusan tetamu kehormat.Dia akan mempergakan pakaian yang direka oleh kekasih Asfan dan sudah tentu barang kemas yang berharga puluhan ribu.
Baru separuh jalan,Atrisha rasa dadanya sebu.Mungkin penyakit gastriknya datang balik.Sakit Allah sahaja yang tahu.Dalam menahan kesakitan itu,Atrisha gagahkan diri untuk terus melangkah.
“Atrisha Najwa!”Muzik terhenti serentak dengan jeritan Asfan.
“Muka you tu kenapa?tak boleh senyum?Ke sakit gigi”Tegur Asfan tegas.Dari tadi dia lihat wajah masam mencuka Atrisha.
“Kenapa Encik Asfan?”
“You nak I bawa cermin”Sindir Asfan keras.Dia memberi isyarat supaya Atrisha senyum.
“Apa masalah Encik Asfan?Malam nanti I senyumlah”
“Dorine,model you ni memang tak boleh ditegur ke?You tengok dari tadi dia senyum tak.Ingat kita nak buat show orang mati ke?”Asfan menepuk tangan betul-betul dihadapan muka Atrisha sebelum berlalu.sakit mata dia lihat rehearsal petang itu.Sudah dua hari latihan pun,masing-masing masih tidak fokus.Sedikit sebanyak Asfan kecewa dengan sikap Atrisha.Dia tidak menyangka Atrisha keras begitu
*****
Asfan duduk bersendirian di lobby hotel sambil menikmati alunan muzik jazz.Dari pagi dia tidak menjamah apa-apa kerana tiada selera.Kebelakangan itu Asfan agak sibuk dengan kerja diluar kawasan.Sudah lama dia tidak menjenguk adik-adiknya di asrama.Tadi Asfan ada meninggalkan masej kepada Fateha dan Fariza tapi keduanya masih belum membalas.mungkin sibuk.Hendak pulang ke bilik Asfan malas.Bimbang jika Marissa masih dibilik.Malam nanti,dia akan bersiap di bilik Mikail.Nasib ada pakaian yang dia simpan di dalam bonet kereta.Jadi,tidak perlu dia kembali ke bilik.
“Uits,jauh menung”Kehadiran Mikail mengejutkan Asfan yang sedang leka berkhayal.Tanpa dipelawa Mikail duduk di kerusi menghadap Asfan.Keruh benar wajah Asfan.
“Aku dengar kau mengamuk masa rehearsal.Atrisha pun kena.Whats up?”Mikail memulakan bicara.Jika tunggu Asfan,memang membisu sampai ke malam la mereka jawabnya.
“Kau pergi mana sampai tak balik hotel katanya”
“Aku tanya soalan lain,lain kau jawab Fan”
“Tak tahu lah aku.Shima kau tahu lah macam mana.Dah la lambat.Atrisha pula,masa tengah catwalk boleh buat muka tak semenggah.Memang kena lah dengan aku” Luah Asfan kecewa.
“Ke kau marah lagi Atrisha pasal malam tadi?Sampai mabuk teruk semalam”Asfan membesarkan mata,seperti menyangkal kata-kata Mikail.Pandai sahaja Mikail serkap jarang.
“Kau kenal aku kan?Semalam punya hal,semalam lah..Cuma aku tak sangka pula keras kepala juga Atrisha tu”Mikail menahan tawa.Baru Asfan tahu macam mana Atrisha.Dia pun tak berani nak ganggu gadis itu.
“Kau betul-betul suka dia ke Fan?atau one night stand?”Asfan menyandar badan ke penyandar kerusi empuk itu.Keningnya dan bahu diangkat serentak.Dia pun tidak pasti apa dia mahu dari Atrisha.Main-main atau dia benar mahukan gadis itu.
“Kau ni Fan.Selalu tak macam ni.Chill lah.Lama-lama dapat lah tu”
“Kau ingat dia anak kucing ke?Aku memang akan make sure aku dapat dia”
“Dalam kepala you all berdua ni tak ada benda lain ke nak fikir?Asyik perempuan jer”Sampuk Khatty.Dari tadi dia mencuri dengar perbualan kedua jejaka itu.Kadang-kadang bosan juga Khatty menjadi kekasih simpanan Mikail.Serba serbi perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum.Kerana bekas model dan juga rakan kongsi Asfan itu sudah punya kekasih rasmi.
“You ni,selalu menyampuk.Cuba bagi salam dulu”
“Both of you masih pandai jawab salam ke?”Sindiran Khatty tidak sedikitpun tidak berbekas dihati Asfan dan Mikail.Bukan seorang dua selalu menyindir begitu.Malah,mereka sudah lali.
“You nak I baca kan surah Yassin kat telinga you ke Khatty.I hafal setiap baris ayat sampai habis.Siap makna sekali kalau you nak”Kali ini giliran Asfan pula mengenakan Khatty.Sejujurnya memang dia hafal.Bukan dia tidak arif mengenai agama.Cuma dia yang pilih untuk hidup seperti orang yang jahil agama.
“Kan dah sentap.Itu lah you Khatty.Nak kenakan tengok orang dulu.Haha..”Berderai tawa Mikail melihat wajah masam mencuka Khatty.
“Suka betul dapat kenakan orang.Eh,tadi Shima call i.Kata Atrisha menangis kat belakang stage”
“Aik,tak kan kena sikit dah menangis.Teruk ke kau kerjakan dia Fan?”Tawa Mikail terhenti.Kenapa sampai menangis.Setahu Mikail Asfan tak mungkin marah sampai buatkan orang menangis.
“Nak attention jer kot”Ujar Asfan bersahaja.
“Amboi,selambanya jawab”
“Biar jer lah Khatty.Shima pun kena dengan I tadi.Kalau salah.I tegur.Dalam industri diorang kena tough.Kalau lembik,simpan jer cantik tu kat rumah”Asfan menghabiskan baki air didalam cawan.Terasa pahit pula air teh yang sedang dia minum.Jauh disudut hati bimbang dengan keadaan Atrisha.
“Asfan,sorry ganggu.But I have something urgent to tell you”Melihat wajah cemas Dorine menyebabkan Asfan juga diregut rasa cemas.Majlis lagi lima jam,jangan ada khabar yang tidak baik.Asfan dan Mikail tidak mahu dengar.
“Atrisha collapse.Kami dah hantar dia ke bilik.I nak tanya you ni.Kalau dia tak larat boleh I gantikan Atrisha dengan Katrina?”Dorine segera memberi cadangan.Harap-harap Asfan setuju.Kasihan pula Dorine melihat keadaan Atrisha.
“Dah bawa dia pergi klinik?”Dorine mengangguk.Asfan menghela nafas panjang.Patut lah masam mencuka muka Atrisha tadi.Mana dia tahu.
“Yang lain terus berlatih.You minta Katrina datang lah.Kunci bilik Atrisha you ada?”Masing-masing berpandangan mendengar kata-kata Asfan.Hendak buat apa pula Asfan dengan kunci bilik Atrisha.
“You ingat I nak buat apa dengan dia?Dont worry Dorine.I tak akan apa-apakan model you.Kalau tak percaya dengan I,Khatty dengan Mika ikut i.I just nak make sure dia cepat recover”
“Sorry encik Asfan.Ni kunci bilik.Tadi Atrisha baru tidur”Kudsia serba salah untuk menyerahkan kunci bilik mereka pada Asfan.Takut juga dia jika Asfan apa-apakan Atrisha.Tapi mana mungkin,bukan ke mereka semua boleh jadi saksi.Asfan bukan begitu rasanya.
“You jangan risau Kudsia.I tak akan apa-apakan Atrisha..I tahu do and don’t"
“Kalau macam tu Asfan,I settle kan yang lain-lain dulu.Nanti malam kita jumpa”Ujar Dorine sebelum meminta diri.Banyak yang perlu dia uruskan lagi.Nasib Asfan setuju untuk gantikan Atrisha dengan Katrina.
“Mika,Kat,nak temankan aku tak?”
“Aku rasa tak perlu kot Fan.Kau kan biasa handle perempuan”
“Aku tak kisah.Aku takut Atrisha tu nanti.Tak pasal-pasal dia maki aku lagi nanti Mika.Ikut jer lah”Hendak atau tidak,Mikail dan Khatty terpaksa mengikut permintaan Asfan.Benar juga kata Asfan.Atrisha bukan seperti yang lain.Jika wanita lain dengar Asfan hendak datang bilik,awal-awal sudah melonjak.Dengan kunci Kudsia,Asfan membuka pintu bilik Atrisha.Kemas bilik Atrisha dan harum.Asfan menjenguk ke bilik tapi tidak sampai sesaat,dia berpatah semula.
“Kat,I rasa you lah yang pergi check Atrisha.Kalau I nanti,lain pula I check”Berpeluh Asfan walaupun bilik dipasang penghawa dingin.Takut pula dia melihat Atrisha yang nampak begitu menggiurkan dimata dia.
“Kenapa pula?”
“Perempuan kalau dalam bilik memang macam tu ya?”Khatty menjenguk kedalam dalam dan keluar dengan senyuman.
“Alah Asfan,macam tak pernah tengok perempuan macam tu”
“I nak tengok boleh Kat”Belum sempat Mikail melangkah,Asfan sudah menarik lenggan Mikail.Memang tak mungkin. Asfan tidak izinkan.
“You Nampak penumbuk I ni Mika”Mikail menelan air liur melihat jari yang tersarung cincin besar.Kalau kena,mahu berparut wajahnya.
“I gurau jer lah.Sensetif pula you ni Kat”
“Shh,bising lah korang ni.Kat,you kejutkan Atrisha.Minta pakai proper sikit.I dah order bubur untuk dia.Kejap lagi sampai lah tu”Khatty hanya menurut kata-kata Asfan.
“Atrisha…Atrisha..bangun”Perlahan Khatty mengoncang bahu Atrisha.Pucat wajah Atrisha.Menahan sakit agaknya.
“Ermm,you siapa?”Lemah suara Atrisha.Digagahkan diri untuk membuka mata.Pedih ulu hati masih bersisa.
“I Khatty, kawan Shima.Tadi Dorine beritahu you collaps.Yang lain Asfan minta teruskan latihan.Jadi I temankan you.Asfan and Mika ada kat luar.Better you pakai bathrobe or something else yang proper”Jelas Khatty.Kasihan sungguh dia lihat keadaan Atrisha.Atrisha melihat dirinya.Serupa tidak pakai apa pun.Sampai dibilik tadi,Atrisha melepaskan apa yang dipakainya kerana dia rasa sungguh tidak selesa.Lagipun tiada siapa di dalam bilik melainkan dia dan Kudsia.
“Asfan ada masuk bilik ke tadi?”Khatty pantas menggeleng.Jika Atrisha tahu Asfan orang pertama yang menjenguk dia.Entah apa pula Atrisha akan fikir.Atrisha menarik nafas lega.Seketika kemudian kedengaran suara Asfan memanggil Khatty keluar.Mungkin makanan sudah sampai kerana dia terdengar ada bunyi loceng.
“Khatty,you and Mika tolong tengok kan Atrisha.I kena turun,ada hal sikit.Nanti apa-apa just let me know.Thanks Khatty”Belum sempat Khatty dan Mika memberi persetujuan,Asfan sudah menghilang dalam keadaan tergesa-gesa.
“Apa yang penting sangat tu Mika?Selalu releks jer I tengok Asfan.Hari ni kelam kabut”Soal hatty pelik.
“Project manager tak ada untuk event kali ini.Wife dia bersalin.Yang paling arif pasal projek ni,Asfan.So,biarlah dia yang handle.Dia tak suka banyak tangan”
“Habis you datang buat apa?”
“Lagi nak tanya.kalau kat KL,mana dapat macam ni sayang.Kalau CC dapat tahu.Masak I”Khatty melepaskan satu keluhan.Nampak sangat Mikail lebih sayangkan Cecilia dari dia.Mikail hanya diam.Dia tidak mahu memanjang-manjangkan isu itu lagi.Mereka sudah bincang berkali-kali.Apa pun terjadi,Cecilia tetap nombor satu.Kalau Khatty tidak sanggup,Mikail pun tak kisah.
“I nak beri makanan pada Atrisha”Mikail hanya mengangguk.Tangan mencapai remote telivisyen.Mujur ada siaran sukan.Tidak lah dia bosan.
Di dalam bilik,Khatty membantu Atrisha bersandar dikepala katil.Dulang berisi bubur diletak pada pangkuan Atrisha.Khatty kemudian menarik kerusi meja solek dan duduk disisi katil Atrisha.
“Trisha,Asfan amanahkan I untuk jaga you…”Atrisha yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut,berhenti menyuap.Apa maksud Khatty.
“Kan tadi dia marah you.Dia tak tahu you sakit”
“Dia memang macam tu ke Khatty?”
“Maksud you?”Soal Khatty kembali kurang mengerti.
“I pun tak reti nak explain.Tapi dia tu annoying”Khatty tersenyum penuh makna.
“You tak kenal dia lagi.Kalau you dah kenal dia,you tahu lah dia macam mana?”
“Bukan dia suka ada affairs dengan model-model dia ke?”
“Wow,you ambil tahu juga pasal dia kan?”
“Don’t get me wrong.Kawan-kawan I yang cerita”Jelas Atrisha.Tidak mahu Khatty salah sangka.
“I lama kenal dia.memang dia playboy tapi dia tengok-tengok perempuan juga.Tapi selalunya,perempuan yang datang pada dia tahu”
“Bukan dia dah ada steady girlfriend ke?”
“Tengku puteri Marissa?Tu ex girlfriend dia lah.Hal peribadi dia you jangan tanya I pula”Atrisha tersenyum.Ramah betul kekasih Mikail itu.
“You makan dulu.Then boleh makan ubat.”Atrisha hanya menurut.Dia benar-benar tidak larat.Dia mahu berehat supaya cepat sembuh. Atrisha tidak suka melepek begitu. Dia datang kesitu untuk bekerja bukan berehat di dalam bilik begitu.
Keesokannya mereka diberi sehari lagi untuk berehat di pusat peranginan itu.Kerana program malam amal itu berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan diluar jangkaan.Puan Sri Anita sebagai penaung telah berbesar hati untuk menaja penginapan mereka disitu untuk satu malam lagi.Dapat lah mereka berehat-rehat sebelum mula bekerja untuk venue seterusnya minggu hadapan.Atrisha pagi-pagi sudah bangun mengambil angin di tepi pantai.Rasa lega sedikit perutnya.Atrisha tidak perasan yang sedari awal Asfan memerhatikan dia dari tepi tembok pantai.Pelik Asfan dengan wanita yang satu ini.Atrisha suka menyendiri.Macam ada sesuatu yang cuba disorokkan wanita itu.Ini kali pertama dia jumpa wanita yang sukar sungguh untuk dihampiri. Apa cara lagi untuk dia rapat dengan Atrisha.
“Isha..Isha…Aku yakin satu hari nanti,kau jadi milik aku juga”Ucap Asfan sendiri sambil tersenyum.
Tengahari itu semua krew dan model dijemput untuk makan tengahari restoran milik kawan Asfan.Sengaja Asfan aturkan makan tengahari itu disitu kerana waktu itu lah dia boleh wajah Atrisha lama-lama.
“Sikit sahaja makan?Diet?”Atrisha mengangguk.Yang sebenar dia tiada selera. Takut hendak makan sebarangan pun ia juga.
“I minta maaf sebab marah you semalam.I hope you understand”Atrisha masih lagi mengangguk.Dia malas hendak melayan Asfan.Atrisha ingin bangun,beralih tempat tetapi pantas Asfan mencapai lenggan Atrisha.Meminta dia duduk kembali.
“You tak payah bangun.Biar I yang beralih tempat”Kata-kata Asfan membuatkan Atrisha terkesan. Nampak sangat ke yang dia kurang senang dengan Asfan?.
“I tak makan orang. Lagipun I tak desperate sangat Cik Atrisha” Bisik Asfan sebelum bangun dari kerusi,beredar dari meja Atrisha dan Kudsia.
“Wei.Kau tengok.Encik Asfan dah merajuk”
“Ah,peduli apa aku.Bukan Boyfriend aku pun.Dia tahu aku tak suka,yang kacau aku juga kenapa?”Bentak Atrisha.Dia pura-pura tidak kisah.Walhal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.Dia bukan sengaja untuk menyakiti hati Asfan.