Bab 8
Kerana jalan sesak,mereka agak lewat tiba di pejabat.Asfan meminta setiausahanya untuk membawa fail-fail dari kereta kerana semalam dia bawa pulang kerumah untuk diperiksa satu persatu.Hanya tinggal seminggu lagi untuk dia membuat persediaan sebelum kerja-kerja mengaudit aset syarikat dijalankan.Asfan cukup teliti dalam kerjanya.Segalanya perlu sempurna.Sempurna sebagaimana dia memilih seorang wanita untuk menjadi pendampingnya begitu juga dalam kerja.Asfan cerewet.
“Zana,hantar terus ke bilik fail.Nanti pukul sebelas minta akauntan syarikat datang jumpa I”Arah Asfan sambil memimpin tangan Atrisha ke lift.Asfan tidak peduli bila ada mata-mata memandang.Dia jarang sekali membawa Atrisha ke pejabat.Orang lebih kerap lihat dia bersama-sama Marissa.
“You ni,tunggulah masuk office dulu.”
“I takut lupa..Zana,you okay kan?”Zana mengangguk tersenyum.Kalau dah bos beri arahan begitu,begitu lah yang dia ikut.Tidak berani dia membantah arahan orang atasan,lagi-lagi bos dia bernama Asfan Azriff.Bukan boleh diduga angin bos dia itu.
“Bawa PA lah hari ni?”Usik Mikail ketika mereka bertembung di dalam lift.
“Kalau boleh,hari-hari nak bawa”Pendek sahaja Asfan menjawab.
“Kalau I jadi PA dia ni,habis.Patah kaki dia Mika..”Ucapan Atrisha membuatkan Zana hampir ketawa tetapi cepat-cepat dia menyorok muka dengan fail apabila Asfan menjeling kepadanya yang berdiri belakang sedikit dari Asfan.Mungkin Asfan perasan menerusi dinding lif yang bercermin.Nanti tak pasal-pasal dia dimarahi oleh Asfan.Sampai di tingkat 12,mereka berempat keluar dari perut lift.Asfan terus membawa Atrisha kebiliknya dahulu.Dia akan terangkan pada Atrisha mengenai sesi fotografi pagi itu.Mikail terus kebiliknya.Banyak kerja yang perlu disiapkan hari itu.Petang nanti dia perlu ke KLIA,menjemput Ceceilia.Sudah empat hari Ceceilia tebang ke London.Sudah menjadi rutin dia mengambil Ceceilia disana sejak dua tahun lalu.
“Sampai pun dalam bilik”Kendengaran Asfan mengeluh.Tie dilonggar sedikit.
“Kenapa?”
“Dari turun kereta sampai ke floor office I,ada jer mata gatal pandang you.Tu yang I malas nak bawa you datang sini”Atrisha ketawa kecil.Patut lah kuat semacam genggaman tangan Asfan.Muka pula serius memanjang.
“I ingat you dah tak reti nak cemburu” Atrisha melabuhkan punggung disisi Asfan yang sudah tersandar disofa.
“You cantik,mestilah I cemburu.Sayang,kalau boleh I tak nak you seksi lagi..I tak nak orang tengok apa yang sepatutnya I sahaja yang tengok”Sekali lagi Atrisha ketawa.Mimpi apa agaknya Asfan sampai kata begitu.Bukan sebelum itu,Asfan yang suka dia berpakaian seksi.Up to date katanya.
“I seriuslah sayang”Dipeluk bahu Atrisha lembut.Dia serius.
“Bukan ke dulu you yang suka tengok I pakai seksi..Bikini pun you pernah beli untuk I” Atrisha teringat sewaktu mereka beramai-ramai bercuti ke Pantai Kuta Bali.Teperanjat dia apabila Asfan menghadiahkan sepasang bikini untuk dia pakai.Nasib tangan dia tidak hinggap ke pipi Asfan.Berani-berani Asfan hadiahkan dia benda-benda begitu.
“You ni,dulu i ingat you sama macam girlfriends I yang sebelum ni..Nak sentuh pun kepunan tahu masa tu.Tapi tengok,berkat kesabaran I,dapat juga I buat bini ,wanita idaman buaya ni kan.Tapi betul sayang,I tak nak you seksi lagi.Dulu you bukan isteri I,I tak kisah orang nak pandang you macam mana tapi tu dulu.Sekarang you isteri I,I tak selesa bila orang asyik jeling wife I”Ujar Asfan panjang lebar.Dia mahu Atrisha faham.Sudah lama dia pendamkan perkara itu,menanti waktu yang sesuai untuk diluahkan pada Atrisha.Memang dia cemburu jika ada mata-mata nakal yang menjeling Atrisha.
“I faham sayang.InshaAllah.I will.You jangan risau.Setiap inci tubuh I,hanya untuk you saja.”Dielus lembut pipi Asfan sebelum mengucup dahi suaminya.
“Okay done sayang.Now lets talk about photoshoot session.I wanna brief you first” Asfan memanggil zana.Ada perkara yang perlu dicatat Zana mengenai sesi fotografi yang akan berlangsung sebentar lagi.
“Zana,studio dh ready?”
“Sudah bos,semua crew dah ada kat studio B.Tunggu bos sahajalah”Asfan mengangguk.
“I nak brief Trisha,kejap lagi I turun,you pun turun juga.Ada benda I nak you buat untuk i.Trisha gantikan Juita,dia bleeding semalam” Zana mengangguk.Patutpun semalam bos dia itu sibuk mencari ganti.Zana meminta diri untuk turun dahulu bagi memberi laluan kepada Asfan untuk menerangkan tentang perjalanan sesi fotografi mereka sebentar lagi.Jantung Atrisha berdegup kencang.Sudah lama dia tidak beraksi di depan kamera.Kali terakhir adalah sewaktu ambil gambar perkahwinan mereka.
“Releks la sayang.Macam baru setahun dua jadi model.Kacang jer kan” Asfan mengenggam tangan Atrisha sebelum dikucup berkali.Dia tahu Atrisha gementar kerana sudah lama meninggalkan dunia peragaan.Namun,dia yakin pesona Atrisha masih ada.
“Wah bos,romantik nya”Tegur Kamarul,pemandu syarikat yang sudah agak berumur.
“Haha..biasa jer ni”Jawab Asfan dalam ketawa.Dia tidak kisah pun jika pekerja dia lihat.Atrisha isterinya.Kalau dengan Marissa lain lah.
“Beruntung bos ada isteri cantik macam ni.Kalau saya,memang tak kasi keluar rumah lah jawabnya” Asfan ketawa mendengar Kata-kata Kamarul.Asfan bertambah bangga.Bangga kerana dalam ramai yang memikat Atrisha,dia yang dapat.Dia akui memang Atrisha cantik.
“Bang,padan lah dengan bos,handsome,kerjaya bagus..baru lah sesuai”Sampuk Nori.Kerani Asfan.
“Amboi,mengampu ke apa?Ingat puji-puji saya dapat naik gaji ke?” Atrisha hanya tersenyum melihat kemesraan Asfan dan para pekerja mereka.Apa yang Atrisha tahu,Asfan sangat tegas tetapi ada masa-masa,Asfan juga kuat mengusik.
“Saya ikhlas ni bos.”
“Eh,layan you all ni boleh buat I lambat tahu.Jom sayang” Nori dan Kamarul berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.Kagum melihat pasangan sama cantik sama padan itu.Mereka masih tidak melepaskan pandangan sehingga kelibat Asfan dan Atrisha hilang di dalam perut lift.
“Ish,Nori.kakak lama kerja dengan bos kan?Tu betul ke isteri bos” Soal Siti,salah seorang pekerja bahagian pentadbiran yang selalu diganggu Marissa.
“Ye lah,dah tiga tahun lah bos kahwin dengan Puan Trisha tu.Kenapa tiba-tiba kau Tanya macam tu” Soal Nori pelik.
“Habis tu,Cik Marissa tu siapa?.Dia selalu call saya minta sambungkan pada bos sebab dia kata Zana tak boleh harap.Saya tak pernah lah sambungkan sebab takut bos marah.Dia pun selalu datang office ni,berkepit dengan bos” Ujar Siti separuh berbisik.Takut juga dia jika bosnya terdengar.
“Jangan pelik lah..Tu perempuan tut..tut bos.Jangan kecoh-kecoh.Kalau Puan Trisha tahu,habis bos nanti” Bukan Nori sahaja yang tahu tentang skandal Asfan dan Marissa tetapi mereka sudah maklum dari sebelum syarikat itu jadi milik Asfan lagi.
“Ya ke?Nasib saya tak Tanya kak.Orang kaya,macam tu pula ya?Nampak bos macam sayang sangat pada isteri dia tapi..ish,tak sangka lah saya”
“Bos bukan nak layan sangat Cik Marissa tu.Perempuan tu sahaja yang lebih-lebih.Bos sayang dengan bini dia yang cantik tu.Dah lah cantik,baik,rendah diri,selalu masakkan untuk kita…” Kamarul yang hanya menjadi pendengar mengangguk setuju.Mereka amat menyenangi isteri bos mereka itu.Puan Atrisha nampak senderhana.Walaupun isteri sah bos,tetapi Puan Atrisha tidak pula mengedik-gedik apabila dihadapan mereka.Berbeza dengan Cik Marissa yang asyik melekat dengan bos.Bila datang bertandang ke pejabat,terus menerjah masuk bilik bos.Kalau Puan Atrisha tahu,bagaimana agaknya.Tentu perang besar seperti tiga tahun lepas.
“Dah la tu.Ni kau dah tahu Siti,diam-diam sahaja lah.Bos pantang kita ambil tahu hal peribadi dia.Sebelum Zana,akak yang jaga Encik Asfan tu.Dari bujang sampai kahwin.Akak tahu sangat perangai dia.Ingat.Kalau Cik Marissa tu call,kau reject jer.Bos tak akan marah” Siti hanya mengangguk-angguk tanda mengerti.Patutlah Encik Asfan seperti kurang senang setiap kali Cik Marissa datang ke pejabat. Baik dia jangan masuk campur.Lagipun,Encik Asfan baik orangnya.Sepanjang dua bulan dia bekerja disitu,belum pernah lagi dia dimarahi.Kata Encik Asfan,dia akan marah kalau dah diajar tapi masih tidak tahu.Semua tempat pun begitu.
****************
“Kenapa you tak beritahu yang ni photoshoot Hijab?” Soal Atrisha lembut.Memerhati wajah yang sudah sudah di make up.Lama dia tidak make up setebal itu.
“Cantik lah isteri I bertudung.Macam ni sejuk kubur I kalau I meninggal tahu..” Mata Asfan tidak kelip-kelip merenung Atrisha dari cermin.Cantik sungguh ciptaan Allah yang satu ini.
“Kenapa lah you asyik cakap bukan-bukan sekarang ni.Dah cukup ke amal ibadat you sayang?” Atrisha memusing badan,menghadap Asfan.Atrisha tidak suka Asfan asyik sebut pekara-pekara yang melibatkan kematian.Atrisha tidak mahu dengar.Dia masih perlukan Asfan disisi dia.
“Ingat mati tu kan sunat.Sayang.I tinggalkan you dengan diorang ya.I naik atas,ada kerja sikit.Nanti dah sudah kerja,I turun balik”Pipi Atrisha dikucup sebelum keluar dari studio.Asfan tidak mahu menganggu kerja disitu.Banyak lagi kerja yang perlu dia siapkan.Atrisha mendengus.Macam itu sahaja Asfan pergi.Sedang mengomel sendirian,Atrisha ditegur seseorang.
“Trisha?” Atrisha menoleh.Iqbal.
“Iqbal?”Iqbal mengangguk sambil tersenyum panjang.Makin cantik pula Atrisha.Patutlah ringan betul langkah dia kesitu.Rupa-rupa dia akan bertemu gadis pujaan dia satu ketika dulu.
“You bukan dah berhenti modelling ke?”Soal Iqbal pelik.Tapi rasa pelik itu diganti dengan senyuman.
“Afan minta tolong I ganti Juita.You tahu kan Afan macam mana.Dia cerewet.” Iqbal mengangguk setuju.Sudah tiga tahun dia menjadi jurufoto sambilan syarikat Asfan.Faham sangat Iqbal dengan kehendak Asfan.
“Oh,patutlah.Cantik you bertudung” Puji Iqbal ikhlas.Dari dulu dia cuba memikat Atrisha.Akhirnya,Asfan pula yang dapat.Tidak tahu bagaimana Atrisha boleh tersangkut dengan buaya darat itu.Sedangkan Iqbal tahu bertapa benci Atrisha pada Asfan.Tapi itu lah dikatakan jodoh.Benci boleh jadi sayang.
“I belum bertudung lah.Photoshoot ni yang perlukan I bertudung”
“Kalau you terus bertudung pun apa salahnya” Atrisha tersenyum malu.Bila agaknya dia akan bertudung.
“Trisha,I ambil gambar Mona dulu.Then you.Tak sabar I nak tengok you thru camera.Mesti gorgeous macam dulu juga” Kata-kata Iqbal membuatkan Atrisha bertambah gemuruh.Boleh ke dia beraksi seperti dulu.Tiba-tiba Atrisha teringat waktu mula-mula dia bertemu Asfan.
Throwback
“Hai..Asfan Azriff”Salam Asfan bersambut.Atrisha membalas senyuman Asfan sekadar menjaga adab.Ini lah mamat yang keluar surat khabar semalam.Usahawan muda yang berjaya seiring dengan kehendak Negara untuk melahirkan generasi berdaya saing. Bijak tapi akhlak teruk.Banyak cerita yang tidak elok Atrisha dengar tentang Asfan dari kawan-kawan.Ada juga teman-teman yang pernah bercerita tentang hubungan terlarang antara mereka dan Asfan.Sampai hendak muntah Atrisha dengar.Tak malu betul.Suka pula bila dapat tidur dengan lelaki seperti Asfan.Berapa ramai agaknya gadis pernah diperdaya Asfan.Tak sanggup Atrisha jadi mangsa Asfan.
“Atrisha Najwa..just call me Trisha”
“I nak panggil Isha boleh?”
“Isha tu,family and special person sahaja boleh panggil”
“So,let me be the one” Meluat Atrisha lihat lelaki dihadapan dia itu.Pandai-pandai pula nak panggil nama timangan dia.Dasar buaya.
“Encik Asfan,can you release my hand” Asfan tersenggeh.Terpaku melihat kecantikan Atrisha hingga tidak sedar yang dia masih menggengam tangan gadis itu.Harap-harap masih gadis.Lihat pada gaya,Atrisha masih belum terusik.
“Sorry Cik Isha.Hope you already read the contract properly” Ucap Asafan sambil menghulur file berisi kontrak antara syarikat mereka dan Atrisha.Atrisha akan bertindak sebagai peragawati yang akan mengikuti pertunjukkan pentas oleh Persatuan Pereka Fesyen Malaysia yang telah melantik mereka sebagai syarikat yang bertanggjawab untuk menguruskan segala-gala yang berkaitan dengan acara yang dianjurkan Persatuan tersebut.
“Tak apa,nanti i akan bagi jawapan thru manager I”
“Dorine minta I beri pada you contract ni sendiri sebab dia outstation.Events ni akan melibatkan dua belas venue yang you kena attend.Grand finale di KLCC..Iaitu end of this year.Maknanya you akan bekerjasama dengan kami selama enam bulan.Cukup rasanya untuk I dekat dengan you” Ujar Asfan selamba.Tiada riak main-main di wajah Asfan.
“Don’t interfere your personal interest dalam soal kerja.I tak suka” Asfan tersenggeh.Garang betul Atrisha.
“Time kerja I tak akan kacau,don’t worry.I professional”
“Professional taik kucing.Sekarang ni bukan waktu bekerja ke kau ganggu aku.Nasib baik handsome.Kalau tak,dh lama aku cekik-cekik kau” Atrisha rasa mahu sahaja dia menyepak muka selamba Asfan waktu itu.Langsung tak ada rasa bersalah.
“Kenapa pandang I macam nak terkam?i tahu la I macho.Jangan sampai macam tu sekali Cik Isha” Atrisha tersentak mendengar usikan Asfan.Dia pula yang kena.
“Perasan.I got to go..Tentang kontrak.Lets Dorine decide”
“I will make sure you sign kontrak ni Isha..”
“Trisha..” Asfan ketawa kecil.Geli hati melihat gelagat Atrisha.Merah padam wajah wanita itu.
“Comel..Aku akan make sure kau jadi milik aku Isha” Asfan berkata sendiri.Matanya masih tidak lepas-lepas memandang susuk Atrisha yang semakin hilang.Makin susah hendak dapat,makin Asfan akan terus kejar.Perempuan garang seperti Atrisha sama macam burung merpati,jinak-jinak, nanti pasti dia bawa lari.
***************
Asfan rasa selesa apabila terasa bahunya dipicit.Mungkin Atrisha sudah habis sesi fotografi.Elok juga tu,jam sudah pukul 2 petang,perut dia pun sudah berkeroncong minta diisi.
“Sayang,yo..uu..Eh,kenapa you datang sini”Tangan Marissa dibahu Asfan segera tepis.Mati dia kalau Atrisha nampak.Asfan yang sedang baring disofa bilik pejabatnya terus bangun.
“You kenapa macam nampak hantu?”Soal Marissa pelik.Di lihat kiri kanan.Hanya dia dan Asfan.
“Memang,you yang macam hantu.Tiba-tiba sahaja dah ada kat sini.”
“I rindu pada you..You langsung tak balas mesej I,I call tak angkat…Kenapa ni Afan?” Marissa membontoti langkah Asfan yang berjalan laju ke pintu bilik.Dia gusar jika Atrisha nampak Marissa disitu.
“Kan I dah kata I tak nak jumpa you..Eh,Atrisha ada dekat office I tahu..Mati I kalau dia nampak”Bentak Asfan,cuba menepis-nepis tangan Marissa yang cuba menyentuh tubuhnya.
“Patutlah takut semacam.I tak peduli..Biar Atrisha tahu apa yang you buat belakang dia selama ni”Wajah Marissa bertukar masam sebaik mendengar nama Atrisha.Lagi-lagi Atrisha.
“You jangan berani-berani nak rosak kan rumah tangga i..kalau you berani,I will do something yang boleh rosakkan reputasi syarikat you dan keluarga you faham…” Asfan sudah hilang sabar dengan sikap Marissa yang tidak mahu melepaskan dia.
“You nak buat apa?”Soal Marissa dengan wajah angkuh.
“You lupa yang you pernah buat abortion..Five time babe..five time…I ada copy rekod hospital you.You nak semua orang tahu,anak tunggal Tengku Muinnudin dan Tengku Asparina melakukan hubungan terlarang hingga lima kali bertindak gugurkan kandungan.Banyak ya you rahsiakan dari i.Anak siapa semua tu?” Marissa tergumam.Tiada daya untuk menjawab pertanyaan Asfan.Semua itu anak Zarul.Teman mereka sejak dari belajar diluar Negara.Zarul yang selalu temankan dia jika Asfan pulang ke Malaysia.Tapi bagaimana Asfan boleh tahu.
“Semua rekod tu masa kita belajar di Gold Coast Marissa…I tahu tu anak I ke bukan..Dah,baik you keluar sebelum Atrisha sampai” Wajah Marissa ditenung tajam.
“I tak akan lepaskan you faham…You jangan ingat senang-senang you nak buang I macam tu jer Asfan.I akan pastikan you menyesal”
“Menyesal sebab apa ya?”Kehadiran Atrisha yang tiba-tiba mengejutkan Asfan dan Marissa.Bagai hendak gugur jantung Asfan.Asfan tidak sedar Atrisha membuka pintu.
“Atrisha,kau dengar sini.Bertahun-tahun Asfan dengan aku.Aku lebih tahu siapa dia” Atrisha memaling wajah takala Marissa menunding jari ke wajahnya.
“Apa you cakap ni Rissa”Tangan Marissa yang menunding jari ke wajah Atrisha ditepis.Atrisha agak terkejut dengan kehadiran Marissa disitu tetapi dia pura-pura tenang.
“You buang I macam tu jer sebab perempuan ni ya..You tahu tak I cintakan you Afan.Kau tahu tak Asfan ni kekasih aku Atrisha?Semua orang tahu dia kekasih aku tapi kau berani-berani rampas dia dari aku” Asfan menarik tubuh Atrisha apabila terasa wanita itu ingin menjauh dari dia.Asfan tahu hati Atrisha sakit bila dituduh begitu.
“I nak you tahu,I cintakan Atrisha seorang sampai I mati tahu” Asfan menekan suara.Bertapa sakit hati Marissa lihat Asfan mengucup kepala Atrisha.Asfan masih mendakap Atrisha kuat.Dia takut Atrisha bertindak meninggalkan dia.Perlahan Atrisha mengalih tangan Asfan yang sedang mendakap tubuhnya.Atrisha menghampiri Marissa tetapi Marissa berundur.Benci dia pada Atrisha tidak pernah padam.Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Asfan sepenuhnya.Asfan milik dia,bukan Atrisha.Wanita itu tidak layak untuk Asfan.
“Rissa,dah tiga tahun kami kahwin.Jangan diungkit lagi.Lagipun,I tak pernah rampas Asfan dari you.Dia datang pada I lepas you berpisah dengan dia” Atrisha cuba mencapai tangan Marissa tetapi wanita itu menepis kasar. Meluat tengok lakonan Atrisha. Saja nak tunjuk baik depan Asfan.
“Kami tak pernah putus faham! Cuba kau faham Atrisha…Kau bukan untuk dia”Jerit Marissa.seperti orang gila dia beberapa kali mahu menarik Atrisha tetapi dihalang oleh Asfan.
“Apa yang you merepek ni Rissa.Baik you keluar dari sini sebelum I panggil security” Asfan perlu mengambil langkah drastik.Jika dibiarkan,makin melarat.Silap haribulan,Marissa akan membocorkan rahsia mereka.Jika itu terjadi,matilah dia.
“Tak payah nak panggil security.I boleh keluar sendiri.Bukan I tak biasa kan?Eh Atrisha,kau fikir suami kau ni baik sangat…Kalau dah biasa makan luar,kau ingat dia lalu hari-hari makan kat rumah”Serentak dengan itu tangan Asfan naik tetapi cepat-cepat Atrisha halang.
“Stop Asfan…Cukup Marissa.Dengan you memang tak boleh buat baik!Keluar!”Keras suara Atrisha.Sakit pula hati dia.Sepatutnya dia yang harus marah.Mungkin Asfan juga bersalah.Tiga tahun sudah berlalu,tak mungkin Marissa saja-saja datang jika Asfan tidak menghalang.Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan Asfan dari dia.Jika tidak mengapa Asfan Nampak takut?Atrisha menjeling Asfan sekilas.Siap Asfan jika sangkaan dia benar.
“Dum!” Asfan dan Atrisha sama-sama terkejut.Kuat betul Marissa menghentak pintu.
“What you explanation?”Soal Atrisha serentak duduk disofa menghadap Asfan.Asfan bersandar sambil melonggarkan tali leher yang dia rasakan seperti hampir menjerut lehernya.Peluh memercik didahi walau penghawa dingin terpasang.Asfan gentar waktu itu.Silap kata badan binasa.
“You marah?”Atrisha tersenyum membuatkan Asfan makin takut.Senyum Atrisha banyak makna.
“I nak expect apa dari suami I yang memang terkenal dengan perangai Playboy ni” Telahan Asfan benar.Asfan lebih rela Atrisha menampar wajah dia tika itu.Berdesing telinga Asfan mendengar sindiran Atrisha.
“Habis,you ingat I ada affair dengan dia?” Atrisha mengangkat bahu.Dia sendiri tidak pasti.
“Terpulanglah pada you sayang.Kalau I nak dia,kenapa I kahwin dengan you?”
“She your first love…”
“But you are the last…”Pintas Asfan.Dia bangun dan beralih kesebelah Atrisha.Kedua tangan Atrisha dicapai dan dielus lembut.Atrisha melarikan lirikan mata apabila Asfan merenung matanya tajam.Atrisha pasti tewas dengan pandangan mata redup lelaki itu.
“You tahu kan Marissa tu gilakan I macam mana dan I nak you tahu,yang I pula hanya gila kan you Isha.You satu-satunya perempuan yang buat I percaya semula yang ada lagi perempuan yang baik dan setia dalam dunia ni.I tahu I tak sempurna.I gagal jadi suami yang baik untuk you.I tak pernah imam kan you pun.Tapi,percayalah,I cuba…I sedang cuba jadi suami terbaik untuk you.I cuba jadi macam suami yang you impikan.I cuba jadi macam suami-suami lain”
“Habis sekarang you bukan macam suami-suami lain ke?”Soalan Atrisha membuatkan Asfan terdiam.Isteri dia soal serius atau sedang berjenaka.Atau Atrisha tidak mengerti apa yang dia katakan.
“I faham lah sayang”
“You buat lawak ye?” Tawa Atrisha berderai melihat wajah ‘blur’ Asfan.Handsome.
“You jiwang sangat.I tak boleh lah..I tak nak ayat yang you cakap tu sama dengan you cakap dengan perempuan lain.I tak tahu apa jadi antara you dan Marissa.I tak tahu nak fikir apa.Tapi yang pasti,I tak boleh hilang you Afan” Atrisha merangkul erat tubuh Asfan.Dia sakit hati tetapi dia cuba buang jauh perasan cemburu itu.Atrisha tidak tahu apa yang Asfan sorok dari dia,tetapi biarkan waktu yang dinanti itu tiba jua.Atrisha mahu satu hari nanti,Asfan benar-benar berubah.Atrisha mahu Asfan mengotakan segala yang telah Asfan janjikan dan bukan hanya sekadar kata.
“You buat I takut bila you tak marah sayang”Ujar Asfan jujur.
“Habis tu,you nak I marah-marah?apa I dapat?”Atrisha menggeleng sambil tersenyum.Tangan Asfan dicapai dan diusap lembut.
“Sayang,I harap.I satu-satu wanita yang you betul-betul cinta.I tahu you siapa dulu.I maklum sejauh mana hubungan you dan Marissa dan I nak you tahu I dapat rasa ada sesuatu yang masih belum selesai antara you dan Marissa”
“Isha..”Belum sempat Asfan ingin membuka mulut.Atrisha sudah meletakkan jarinya dibibir Asfan.Dia tidak mahu Asfan menipu lagi.Sakit jika itu berlaku.
“Afan,I love you so much.I terima you seadanya.I nak you betul-betul berubah kalau betul you cintakan.Jangan sampai nanti tertangkap ya”
“I promise sayang.You satu-satunya wanita yang I cinta dan sayang.I promise yang I tak akan sesekali luka kan hati you..”
“Jangan janji jer ya”Asfan mengangguk.Dia janji kali ini dia akan tinggalkan semua termasuk Marissa demi Atrisha.Sepatutnya dari dulu lagi dia sudah tinggalkan semua itu.Entah kenapa nafsu yang meraja hati.Dia lupa soal dosa pahala.Asfan gagal.