Chapter 7

1522 Words
Bab 7 “Kenapa Am tak beritahu ibu yang Atrisha dah kahwin?Am tahu kan apa hukum menganggu rumahtangga orang lain?” Saiful Amri berhenti menyuap makanan.Ibu sudah jumpa Atrisha. Saiful Amri masih berlagak tenang. “Ibu jumpa Isha dengan suami dia tadi.Happy sahaja ibu tengok dia.”Tiada senyuman.Wajah Datin Hajah Halimah serius. Dia tidak mahu Saiful Amri menganggu rumahtangga orang. “Tak apa lah bu.Dia happy,Am happy..Cuma Am nak pastikan betul ke Atrisha Am” Datin Hajah Halimah menggeleng.Dia tahu Saiful Amri cuba menolak kenyataan.Saiful Amri tidak pernah terima pun selama ini bila mereka katakan yang Atrisha sudah tiada.Sekarang bila segalanya jelas,Saiful Amri sengaja memberi alasan untuk pastikan sama ada benar itu Atrisha mereka. “Asfan yang beritahu ibu nama penuh Atrisha.Siap nama babah Atrisha lagi Amri.Dia sendiri bagitahu umi yang dia tinggal di alamat yang sama dengan tempat Atrisha kamu tu” Saiful Amri mengetap bibir. Rasa hendak tercekik nasi di tengkoroknya. “Kalau betul dia Isha,kenapa dia tak ingat pada Am?” Soal Saiful Amri tidak puas hati.Datin Hajah Halimah tidak tahu samaada wajar atau tidak dia menceritakan hal sebenar pada Saiful Amri. Dia tidak mahu Saiful Amri menyalahkan diri lagi. Sebagai ibu, Datin Hajah Halimah juga tidak sanggup lagi lihat Saiful Amri terus merana. Zahirnya sahaja Saiful Amri kelihatan okay. Didalamnya Datin Hajah Halimah tahu, kacau bilau. “Am,ibu rasa mungkin bukan jodoh kamu berdua..mungkin ada hikmah..” “Mungkin ada hikmah Allah pertemukan kami semula bu” Saiful Amri mengangkat pinggan ke dapur.Dia tiada selera lagi untuk menjamah makanan.Semua terasa kelat. “Bawa mengucap Amri.Ingat,Atrisha tu isteri orang.Lagipun dia tak ingatpun kamu siapa.” Kata-kata Datin Hajah Halimah tidak Saiful Amri hiraukan.Hatinya pedih.Pedih bagai dihiris-hiris.Atrisha patutnya milik dia.Bukan orang lain.Bukan Saiful Amri tidak menerima kenyataan.Malah dia redha dengan ketentuan Allah.Lagipun,apa yang terjadi berpunca dari dia.Air mata yang lama bertakung,mula tumpah. Saiful Amri tidak dapat menahan sebak. “Am..”Cepat-cepat Saiful Amri menyeka air mata dengan lenggan baju.Tidak mahu ibu melihat tangisan dia. “Am…”Kali ini panggilan Datin Hajah Halimah disambut dengan senyuman pahit.Dia melangkah kearah Saiful Amri yang sedang bersandar di penjuru katil.Datin Halimah duduk bersimpuh menghadap Saiful Amri.Dia dapat rasakan bertapa Saiful Amri kecewa dengan apa yang terjadi.Jika tahu akan jadi begini,Datin Hajah Halimah tidak akan benarkan Saiful Amri berpindah kesitu.Dia lagi rela Saiful Amri tinggal di luar negara selama-lamanya. “Ibu,ibu tahu kan macam mana Am sayang kan Isha?susah Am nak lupa kan dia.Lapan tahun Am tunggu,Am cari dia.Akhirnya,dia jadi milik orang lain bu..Hati Am ni macam nak pecah bila dapat tahu dia masih hidup bu” Jelas Saiful Amri.Kedua siku ditumpang ke lutut. “Cuba kamu terima hakikat yang Atrisha tu bukan untuk kamu.Cuba alih perhatian kamu pada yang lain.Cikgu Adriana tu suka pada kamu.Memang kamu tak cintakan dia.Tapi cinta tu boleh dipupuk Amri.Ibu mana yang tak nak tengok anak dia bahagia.Tapi bukan bahagia atas kehancuran orang lain” Dielus kepala Saiful Amri lembut. “Susah Am nak cintakan orang lain bu.Hati Am,pandangan Am,semua pada Atrisha.Am takut tak mampu nak cintakan orang lain.Am tak nak aniaya perempuan bu.Am tak kisah duda sampai bila-bila pun” “Itu kata orang kecewa Saiful Amri.Kamu boleh cuba.Atau pindah sahaja dari sini.Mana tahu bila kamu tak tengok dia,kamu dapat terima..Dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang,kamu pun kenalah hidup bahagia Am”Hati Saiful Amri benar-benar berkecamuk waktu itu. “Lagipun,kamu ada Najlaa..”Saiful Amri tertunduk.Untuk kesekian kalinya.Najlaa jadi pengubat.Kerana Najlaa dia kuat. “Ibu,ibu doakan untuk Am..”Wajah ibunya direnung lama sebelum tersenyum.Saiful Amri sedikit lega.Jika ibu tiada,bagaimana dengan dia.Ibu yang banyak memberi dia semangat.Jika tidak bagaimana dia dapat membesarkan Najlaa. “Am nak tengok Najlaa kejap” Saiful Amri bangun dan terus melangkah dalam kesamaran,menuju kebilik Najlaa.Waktu dia pulang tadi,Najlaa sudah tidur.Sudah menjadi rutin dia menjengah Najlaa di bilik setiap malam.Dia mahu melihat Najlaa setiap kali mahu tidur dan juga bila bangun dari tidur. “Daddy sayang Naj macam daddy sayangkan arwah mummy Naj..”Bisik Saiful Amri sebelum mengucup lembut pipi mulus Najlaa. *********** Lena Asfan terganggu sebaik mendengar deringan jam loceng.Dia memusingkan tubuh kearah Atrisha tetapi isterinya itu tiada.Dari samar-samar cahaya dari beranda,Asfan dapat lihat ada sesusuk tubuh sedang berteleku diatas sejadah.Asfan ralit memerhati.Adakah dia tidak silap.Dia tidak pernah lihat Atrisha bersolat.Dia?Asfan rasa,kali terakhir dia solat ialah selepas selesai upacara pernikahan dia dengan Atrisha.Ya Allah,jauh betul dia dengan maha pencipta.Nama sahaja Islam tapi satu rukun Islam pun dia tidak ikut.Membimbing Isterinya jauh sekali.Bukan dia tidak belajar agama.Malah,dia merupakan bekas pelajar Matrikulasi UIA.Arwah papa dulu cukup beri didikan agama pada dia dan adik-adik.Begitu juga arwah nenek.Cuma dia sendiri yag memilih jalan hidup begitu.Asfan tahu apa yang dia lakukan selama ini salah.Malah berdosa besar.Tapi entah mengapa hatinya seolah menidakkan hukum agama. “Dah habis solat?” Soal Asfan sebaik melihat isterinya menanggalkan telekung.Sejuk mata memandang. “Sudah,sorry kalau menganggu…You nak breakfast?”Atrisha naik keatas tilam.Duduk disisi suaminya. “Eh,tak menggangu pun.Tak lah sayang.Eja dengan Teha dah bangun?” Pipi mulus Atrisha dielus lembut.Direnung tiap inci wajah Atrisha.Sampai bila pun dia tidak akan muak memandang wajah dihadapannya itu. “Sudah,dalam bilik rasanya.You tak nak bangun lagi?” “Kejap lagi I bangun.sayang,sebelum terlupa.I need you favour.Boleh tak you gantikan seorang model,hari ni ada photoshoot di office.Jangan risau..Photoshoot ni you mesti suka” “You tahu kan I dah lama tak aktif.Boleh lagi ke I ni?” “Don’t worry sayang.You born to be a model..Isteri I,I tahu you boleh punya..Tak ada yang sesuai nak gantikan Juita melainkan you” Lama Atrisha berfikir sebelum bersetuju.Dia tahu Asfan cerewet.Jika dia tidak beri apa yang Asfan mahu,pasti dia akan dimarah. “You jangan risau,I tak akan marah you okay.I tak campur dah dengan kerja-kerja melibatkan model ni.Nanti sangkut,susah.”Spontan,seperti biasa cubitan hinggap di peha Asfan. “I gurau jer la sayang.Model depan I ni dah cukup perfect…Macam model Victoria Secret” Usik Asfan lagi. “Afan..you ni gatal lah..Ngeri lah dengan you ni” Atrisha menolak Asfan bila lelaki itu menerpa kearahnya hingga menyebabkan Atrisha terbaring.Semput Atrisha dihempap Asfan yang berbadan sasa itu. “Gatal-gatal pun suami you juga.You suka tapi malu kan?” Asfan pura-pura mahu mencium bibir Atrisha,kemudian ciuman beralih kebahu sebelum bangun dari katil.Jika dilayan nanti,lambat ke pejabat lah dia jawabnya. “Siapa gatal..”Asfan ketawa besar dapat mengenakan Atrisha.Malu Atrisha dibuatnya.Memang Asfan hendak kena.Atrisha berlari mengejar Asfan yang sudah menghilang kedalam bilik mandi.Kedengaran tawa pasangan itu apabila masing-masing mengenakan satu sama lain.Begitu lah rutin Asfan dan Atrisha.Jika tidak mengusik sesama mereka.Bagai tidak lengkap hidup. Selepas bersarapan,Atrisha bersiap-siap untuk mengikut Asfan ke pejabat.Dia sudah bersetuju untuk membantu Asfan hari itu.Lagipun dia tiada program dengan adik-adik iparnya. “Sayang,cepat..nanti terlambat..I tunggu kat luar”Jerit Asfan.Malas dia hendak turun naik tangga.Kasut di dalam rak,dicapai satu.Kasut Atrisha sahaja sudah penuh satu almari kasut,nasib lah masih ada tempat untuk kasut dia.Kalau dah nama perempuan. “Morning…” “Morning..Eh,Najlaa…awal bangun?” Asfan menjenguk sekeliling.Najlaa seorang. “Hari ni ikut Daddy pergi office,opah kena balik kejap.Ada hal” Beritahu Najlaa dengan senyuman meleret. “Assalamualaikum Fan” Asfan yang sedang menyarung kasut menjawab salam Saiful Amri yang sudah tercacak di hadapan rumahnya. “Waalaikumsalam.Sama pula keluar hari ni.Kenapa nak bawa pergi office.Adik aku dua-dua ada.Boleh sahaja tinggal di rumah kami” “Ish,Tak apa lah.Susahkan adik-adik kau jer.Anak aku ni dah lah nakal..”Najlaa mencebik muka.Mana pernah dia nakal.Dia bukan anak kecil lagi.Seketika kemudian Atrisha keluar dari dalam rumah membuatkan mereka berhenti berbual. “Hai aunty cantik…”Sapa Najlaa manja. “Hai my twin..Nak kemana cantik-cantik ni?”Soal Atrisha sambil mencium pipi Najlaa.Comel sungguh anak jiran dia itu.Bila lah dia dapat merasa punya anak sendiri. “Ikut daddy pergi office” “Lah,En.Amri..tinggalkan sahaja Najlaa di rumah kami.Lagipun saya dah masak.Kesian lah nanti kalau Najlaa bosan.Naj tinggal rumah aunty nak?Aunty Eja dengan Aunty Teha ada kat atas” Atrisha tidak kisah jika Najlaa ditinggalkan dirumah mereka.Lagipun,Fariza dan Fateha suka pada Najlaa.Sudah beberapa kali mereka minta Atrisha meminjam Najlaa dari Saiful Amri tapi Atrisha yang segan.Sudahlah dia malu dengan Saiful Amri. “Boleh tak daddy?” “ “Nanti susahkan Aunty Eja dengan Aunty Teha” “Don’t worry,kami okay abang Am” Ujar Fariza dan Fateha serentak.Entah bila keduanya muncul pun mereka tidak pasti. “Tu,tuan punya badan yang offer.Naj,masuk lah.Encik Amri jangan risau.Mereka ni the best babysitter in town”Pantas Najlaa berlari kearah Fariza dan Fateha sebaik bapanya bersetuju untuk dia tinggal disitu. “Amboi,tak salam Daddy pun Naj” Najlaa berpatah semula,bersalam dengan Saiful Amri.Kemudian berlari kedalam semula.Takut Saiful Amri berubah fikiran. “Bye Daddy..Naj masuk dulu” “Bertuah punya budak”Ujar Saiful Amri menggeleng. “Itu lah guna hidup berjiran bro..Kami nak gerak dah,jom lah sekali ke basement”Pelawa Asfan.Saiful Amri mengangguk.Atrisha hanya menurut langkah kedua lelaki itu dari belakang.Dia perasan yang sesekali Saiful Amri seakan mencuri pandangan padanya.Mujur Asfan tidak perasan.Jika tidak,tentu suaminya cemburu.Misteri sungguh lelaki itu.Pandangan Saiful Amri bukan pandangan menggoda,tetapi mata lelaki seolah-olah ingin memberitahu sesuatu pada dia.Atrisha juga seperti biasa melihat wajah itu tapi seingat Atrisha,belum pernah dia berjumpa dengan lelaki itu,kecuali di KLCC tempoh hari.Itupun secara tidak sengaja.Ah,buat sakit kepala dia sahaja.Fikiran dia sahaja yang selalu fikir yang bukan-bukan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD