Chapter 6

1676 Words
Bab 6 “Kak…” Atrisha berhenti melangkah sebaik lengan dia disambar Fateha.Terkejut dia. “Ya Allah,tak perasan akak dengan korang berdua” Fateha dan Fariza berpandangan.Entah kenapa kakak ipar mereka terkocoh-kocoh keluar pagi-pagi buta begitu. “Mana nak perasan kalu jalan dah macam the Flash..tak tengok depan pula tu…”Ujar Fateha berseloroh. “Akak ada hal sekejap” Fariza menjeling jam,pukul 4.45 pagi.Hal apa yang penting sangat sampai Atrisha kena keluar pagi-pagi begitu. Patutnya Abang mereka ambil mereka di station bus tapi Asfan lambat sangat. Fateha dan Fariza sudah mengantuk. “Akak cari abang ya?Abang on the way balik..Tadi Eja baru call..Dia kat rumah abang Mika” Fateha hanya mengangguk-angguk kan kepala tanda apa yang Fariza katakan itu benar. “Mana tahu ni?” Duga Atrisha.Tahu pula kembar itu mana dia hendak pergi. “Alah,apa lah hal penting sangat pada akak selain Abang long”Kedua beradik itu mengekek ketawakan Atrisha. “Abang Long korang tu buaya..susah kalau terlepas” Tawa Atrisha juga terlepas sebelum mereka sama-sama menakup mulut dengan tangan.Baru tersedar yang mereka berada di luar rumah.Mungkin ketawa mereka boleh menganggu jiran-jiran. “Jom masuk,nanti kena sound pula dengan jiran-jiran.Kenapa last week tak jadi datang?Abang long dah bising” Tanya Atrisha. “Kami ada program kat Universiti.Kak,lapar lah..Maggie ada?” Soal Fariza sebaik mereka masuk kedalam rumah.Fateha menghenyak tubuh ke sofa empuk diruang tamu.Penat betul duduk di dalam bas berjam-jam. Fariza menarik luggage hingga ketangga.Tunggu Abang mereka balik nanti,biarlah Abang mereka sahaja yang bantu mereka bawakan luggage ke atas. “Korang tak letih?tak nak tidur dulu..tapi,kalau lapar akak boleh masak kejap” “Letih,tapi lapar…Akak tak payah masak.Eja masak Maggie jer” “Nope,biar akak masak.Maggie tak ada.Abang Long tak kasi makan” Jelas Atrisha.Dia bangun menurut Fariza ke dapur. “Eja tolong akak lah” Atrisha hanya membiarkan sahaja Fariza membantu dia di dapur.Mereka telah terbiasa begitu kerana Asfan cukup pantang jika mereka tidak masuk kedapur.Sedang asyik membantu Atrisha membersihkan sayur,bahu Fariza dicuit Asfan.Entah bila abang sulung dia itu pulang.Tidak pula Fariza perasan.Asfan memberi isyarat supaya Fariza diam dan keluar dari dapur.Sambil tersenyum,Fariza hanya menurut.Ada-ada sahaja Abang Long. “Eh..eh…”Terkejut Atrisha apabila terasa pinggang dipeluk dari belakang.Nasib senduk tidak terkena pada Asfan. “You ni,nasib tak benjol kepala tu terkena senduk ni”Bebel Atrisha pura-pura marah.Asfan tidak mempedulikan bebelan Atrisha malah makin galak memeluk Atrisha.Dikucup tengkuk isterinya membuat Atrisah mengeliat kegelian. “Ish,Afan…budak berdua tu ada lah…” Atrisha menggelak wajahnya dari dikucup Asfan.Malu jika Fariza dan Fateha terlihat. “I rindu kat you lah sayang…Jangan risau.I dah suruh Eja dengan Teha naik atas” Atrisha menjengil mata.Ada sahaja muslihat Asfan. “Jangan pandang macam tu,I cucuk mata you nanti” Wajah Atrisha merona merah sebaik Asfan merenung nakal ke arahnya. “You tak payah masak lah sayang..Kejap lagi kita keluar breakfast terus…Tapi sebelum tu kan…” Asfan menekan butang off pada punat dapur membuatkan Atrisha terkejut. “Kan I dah start masak tu” Asfan mencapai senduk ditangan Atrisha dan dicampak ke dalam sinki. “Berdosa tau melawan cakap suami…”Belum sempat Atrisha menjawab,Asfan sudah mengangkat Atrisha membuatkan wanita itu terjerit kecil.Takut terjatuh.Asfan mencembung tubuh Atrisha kebilik mereka di tingkat atas. langsung terlupa niatnya untuk merajuk dengan Asfan.Pandai sungguh Asfan memainkan peranan sehingga dia lupa akan rajuknya tika itu. ************* “Tuk..Tuk…Assalamualaikum” “Waalaikumusalam..masuk lah” Jawab Asfan malas. Fariza melabuhkan punggung di atas tilam manakala Fateha terus membuka pintu gelongsor untuk keberanda.Asfan janji tadi,mereka akan keluar jam 6.30 pagi selepas subuh.Dingin angin subuh menerpa masuk. “Abang Long,bangun lah…Eja lapar ni” Digoncang kaki Asfan berkali.Belum ada tanda-tanda Abang Long dia akan bangun.Atrisha sedang mandi. “Abang Long,bangun lah..Kami lapar.Berdosa tahu tak bagi kami makan” Fariza ketawa mendengar kata-kata Fateha.Macam seminggu tidak makan. “Lima minit..Kak Long kan tengah mandi” Jawab Asfan malas.Mata seakan tidak dapat dibuka lagi. Dia masih mengantuk. “Sayang,I dah mandi..wake up”Lima minit kemudian Atrisha keluar dari bilik mandi. “Mengantuknya...”Dengan malas Asfan bangun sebelum bersandar di birai katil. “Cepatlah Along” Fariza menarik tangan Asfan bangun.Jika tidak,sampai tengahari Asfan tidak bangun dari katil. “Iya.Along bangunlah ni.Korang berdua pergi tunggu kat bawah dulu”Arah Asfan lembut.Dia lantas mencapai tuala yang tergantung sebelum mendapatkan Atrisha sedang bersiap. “Mandi cepat,nanti kesian budak berdua tu” Satu kucupan hinggap di dahi Atrisha lama.Sungguh Asfan cinta pada Atrisha.Atrisha selalu fikirkan tentang dia dan adik-adiknya dahulu sebelum orang lain.Mana nak cari wanita sebaik itu lagi.Bertuah sungguh Asfan punya isteri seperti Atrisha. ********* Setelah bersarapan,mereka berempat ke kolam mandi di Kondominium.Asfan akan terus ke tempat mesyuarat,mungkin dia akan bawa Atrisha sekali hari itu. “Sayang,do you love me?” Atrisha mengangkat kening. “Kenapa tanya macam tu?Of course lah I do love you..” Asfan mengurut dada.lega.Jawapan masih sama. “You ni kelakar lah”Dicuit hidung mancung Asfan sekali sebelum berbaring disisi Asfan. “You tahu tak Sha,I jer yang tahu macam mana I sayang you tahu”Ubun-ubun Atrisha dikucup lama.Semakin hari,semakin dia cintakan wanita itu. “Ye ke sayang?” “Ya,you kena percaya.I boleh mati kalau hilang you tau.”Tangan Atrisha yang melingkari pinggangnya dicapai. “Afan,you ingat tau kata-kata I ni…I tak kisah siapa you dulu.Tapi kalau I dapat tahu you ada simpan perempuan lagi dibelakang i,no turning back” Asfan menelan air liur.Jika itu yang keluar dari mulut Atrisha maka itu yang akan Atrisha buat. “Kenapa diam?You ada buat salah dengan i?” Asfan tidak menjawab.Tapi hanya menggelengkan kepala.Atrisha juga terdiam.Dia melemparkan pandangan kekolam.Kedua adik Asfan sedang asyik berenang bersama-sama dengan beberapa orang penghuni kondo itu. “Dushhhh!!!”Asfan dan Atrisha sama-sama bangun apabila air kolam terpercik kearah mereka berdua. “Sorry..sorry….” Datin Hajah Halimah memohon maaf.Tindakan Najlaa dan Murni diluar kawalan.Buat malu sahaja cucu-cucu dia itu. “Tak apa aunty..budak-budak…”Cepat-cepat Asfan mencapai tuala dan menutup tubuh Atrisha yang sudah lenjun.Bukan kerana lenjun dia kisahkan.Tetapi pakaian Atrisha yang berwarna putih itu menampak pakaian dalam Atrisha. “Terkejut betul tadi..ingat adik-adik saya tadi” Ujar Asfan mesra sambil menunjuk adik-adiknya yang mula menganggu Najlaa di tengah kolam. “Maaf ya aunty” Atrisha memohon maaf kerana sibuk mengeringkan pakaian. “Aunty..”Asfan menjingkit bahu apabila Atrisha menjeling kepadanya.Dia hairan lihat wanita dihadapan dia itu tidak kelip-kelip memandang wajahnya. “Maaf,Kamu berdua ni jiran anak aunty rasanya” Datin Hajah Halimah menyambut salam Atrisha.Malu jika Atrisha perasan tingkahnya.Datin Hajah Halimah terkejut.Benar kata-kata Saiful Amri. “Aunty ibu Am ke?”Datin Hajah Halimah tersenyum mengangguk. “Itu yang macam Mat salih tu anak dia lah ya?”Soal Asfan pura-pura tidak pernah bertemu dengan Najlaa. “Kepoh,Macam perempuan,mana you tahu?” Sampuk Atrisha terkejut.Sampaikan Saiful Amri punya anak pun Asfan tahu. “Haha..ye la..tu anak Mat Salih celup tu,anak dia lah tu…” “Am mana Aunty?”Asfan memandang sekeliling,mencari kelibat Saiful Amri. “Kerja,petang baru balik.Cuti sekolah ni,Aunty tinggal sini,jaga Najlaa dengan anak kawan Amri.Apa nama kamu berdua?Aunty lupa lah.Am ada bagitahu,maklumlah dah tua-tua ni”Sengaja Datin Hajah Halimah pura-pura tidak ingat.Dia mahu dengar sendiri dari mulut Atrisha. “Saya Asfan Azriff bin Abdul Malik dan yang cantik jelita ni,isteri saya..Nur Atrisha Najwa binti Muhammad Faliq” Datin Hajah Halimah tersenyum.Sedikit rasa bersyukur.Atrisha masih hidup.Sihat walafiat. “Panjangnya nama..Nak panggil apa ni?” “Panggil Afan dengan Trisha jer Aunty..”Beritahu Asfan sambil mengenyit mata kepada Datin Hajah Halimah.Dia memang suka mengusik. “Panjang-panjang nama,panggil itu sahaja?” “Senang.Aunty borak dulu dengan Trisha..Saya nak joined dia orang dalam kolam” Belum sempat Atrisha membantah,Asfan sudah menanggal baju dan melompat kedalam kolam.Atrisha janggal ditinggalkan dengan orang yang tidak dikenali.Dia bukan peramah seperti Asfan. “Duduklah Aunty”Pelawa Atrisha cuba beramah.Datin Hajah Halimah mengucap terima kasih sebelum duduk di bangku menghadap Atrisha.Lembut cara percakapan Atrisha masih sama.Cuma berbeza cara berpakaian,dan wajah Atrisha sedikit nampak dewasa.Rindu Datin Hajah Halimah hendak berbual-bual dengan Atrisha. “Isha dah lama tinggal sini?”Soal Datin Hajah Halimah memulakan perbualan.Mahu merisik-risik sedikit tentang wanita dihadapan dia itu. “Lama tak lama juga la Aunty.Lepas kahwin,terus tinggal sini.” Datin Hajah Halimah mengangguk.Pelik,kenapa Atrisha langsung tidak ingat tentang dia. “Isha asal mana?Aunty rasa macam pernah jumpa kamu sebelum ni” Dia terus memancing.Mana tahu dapat merungkai segala persoalan yang mula berlegar dipundaknya. “Saya?Saya asal Pandan Indah,tapi dah pindah ke Pahang lapan tahun lepas.So,sekarang jadi orang Pahang lah” Atrisha mula rasa selesa dengan wanita dihadapan dia itu.Lihat pada wajah,mungkin tua sedikit dari Ummi. “Aunty pun duduk situ dulu jalan 2/22b…Tapi lepas dapat tanah lot dekat Damansara ni,kami terus beli dan jual rumah di Pandan tu”Sengaja Datin Halimah menyelit-nyelit cerita tentang dia.Mana tahu Atrisha akan ingat. “Sama lah Aunty.Alamat dalam IC saya sebelum ni,disitulah..Aunty tak pernah nampak saya ke?”Bekerut dahi Datin Hajah Halimah mendengar soalan Atrisha.Atrisha sengaja menguji dia atau apa? “Sebab tu la tadi aunty rasa macam pernah jumpa kamu tu?Kamu tak ingat ke jiran-jiran sana?” Lambat-lambat Atrisha menggeleng.Siapa pun dia tak ingat kecuali dirinya dan keluarga. “Aunty,saya pernah accident..Jadi,disebabkan kemalangan tu,saya tak ingat apa-apa”Beritahu Atrisha jujur.Dia tidak mahu nanti Datin Hajah Halimah fikir dia tidak bercampur dengan orang masa tinggal di pandan. “Oh,maaf ya..Kesian kamu..InshaAllah,Aunty doakan kamu akan dapat semula ingatan kamu satu hari nanti”Datin Hajah Halimah menghela nafas panjang.Begitu rupanya cerita Atrisha.Tapi sampai hati Faliq dan Rosaliza buat dia sekeluarga begitu.Selama lapan tahun mereka fikir Atrisha sudah meninggal dunia. Benci bagaimanapun Faliq dan Rosaliza kepada keluarga mereka, soal hidup mati tidak patut dibuat main. “Tak apa aunty.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada saya.Lagipun,saya ada suami yang sayang pada saya.Itu dah memadai pada saya” Datin Hajah Halimah mencapai tangan Atrisha dan digenggam lembut.Tahu lah dia kenapa Atrisha langsung tidak ingat pada dia.Kasihan wanita itu.Tentu perit untuk Atrisha jika tahu perkara sebenar.Biarlah buat waktu itu,Atrisha tidak tahu.Soal Saiful Amri,nanti Datin Hajah Halimah akan uruskan.Mungkin memang tiada jodoh Saiful Amri dan Atrisha. Cuma Datin Hajah Halimah kesal dengan tindakan Kedua orang tua Atrisha yang merahsiakan perkara itu dari mereka.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD