Bab 47 Atrisha hanya memerhatikan Saiful Amri bermainn Ski dari tepi pantai.Bukan dia tidak mahu turut serta tetapi pakaian Atrisha tidak sesuai untuk dia bermain ski.Lagipun jika ke laut akan mengingatkan dia pada Arwah Asfan.Lelaki itu suka sangat meluncur.Tiba-tiba fikiran Atrisha melayang jauh teringatkan percutian mereka di Bali setahun yang lalu.Waktu itu Atrisha pun dia sudah rasa sesuatu pada Saiful Amri.Apakah waktu itu Saiful Amri sudah jatuh cinta pada dia tetapi demi menjaga hubungan persahabatan dengan arwah Asfan,Saiful Amri pendamkan sahaja.Atrisha menghela nafas panjang. “Ya Allah,kau tempatkanlah Arwah Asfan dikalangan hambamu yang beriman.Terima kasih kau hadirkan dirinya untuk aku walau seketika”Atrisha tidak sedar airmatanya mengalir keluar.Dia juga tidak perasan akan