Bab 46 Empat jam perjalanan ke Johor Baharu sangat memenatkan.Saiful Amri sudah menempah bilik di tengah bandar raya Johor Baharu untuk mereka berdua untuk malam itu. “Besarnya bilik ni..” Atrisha memerhati sekeliling ruangan hotel yang agak luas. “Siap Sofa kan?Kalau tak ada sofa,abang nak tidur kat mana?”Atrisha terkedu.Saiful Amri sengaja menyindir dia. “Hotel kan ada single bed?Abang sindir Isha ya?”Kepala yang tidak gatal digaru.Menyesal Amri terlepas kata.Mulut…mulut… “Eh,tak ada lah.Abang dah biasa tidur kat sofa.Isha,siap.Kita turun dinner.Abang lapar plus penat.Esok abang ada kerja”Jelas Saiful Amri sambil meletup letupkan lehernya.Lengguh segala urat sarafnya kerana sudah lama tidak memandu jauh. “Kalau macam tu,Tak perlu keluar dinner kan?kita call room service jer”Lihat w