Bab 14
Kepala Afeeya masih berat.Afeeya tidak tahu apa yang dia minum.Dipicit kepala yang masih pening-pening lalat.Afeeya bangun dan bersandar di kepala katil.Pakaiannya sudah berganti.Afeeya rasa semalam seperti dia mimpikan Akif.Semua bagai benar-benar berlaku.Kenapa Akif yang muncul bukan Farish.Afeeya rasa keliru dengan apa yang bermain dimindanya.Balik-balik Akif yang muncul dalam kepalanya.Tak mungkin.Hati Afeeya masih ada Farish.
"Dah bangun?"Kehadiran Shima secara tiba-tiba,mematikan lamunan Afeeya.
"Kepala aku sakit lagi"Adu Afeeya.
"Aku tak tahu kau minum apa semalam sampai high.Mujur aku ada" Afeeya menghela nafas panjang.
"Siapa buat?" Shima mengangkat bahu.
"Farish mana?Dia ada kan semalam?"
"Mana aku tau.Boyfriend kau.Memang dia ada semalam.Dia nak hantar kau kebilik tapi aku tak bagi.Kau nak jadi macam aku?" Gertak Shima.
"Farish tak mungkinlah buat aku macam tu" Keluhan Shima makin kuat.Tidak tahu hendak kata apa lagi.
"Kau nak sampai sesuatu terjadi baru kau menyesal?Kau tu isteri orang Feeya..isteri orang..Jangan sampai berzina pula dengan orang yang tak sepatutnya" Sakit jiwa Shima melayan Afeeya.Elok semalam,biar Akif yang selesaikan Afeeya.Baru Afeeya tahu langit tinggi rendah.
"Kau tahu kan aku tak akan buat macam tu.Aku nak bagi pada suami aku yang sah jer..Aku yakin nanti,Farish akan jadi suami aku"
"Arghhhhhhh!!!!Lantak kau la Feeya..Malas aku nak layan.Aku nak keluar kejap" Tas tangan dia atas katil,Shima capai.Shamil mengajak dia keluar sarapan bersama-sama dengan Akif sekali.
"Kau nak pergi mana?"
"Breakfast dengan Akif and kawan dia Shamil" Afeeya bertambah pelik dengan Shima.Asyik Akif sahaja yang Shima jumpa.Ada apa-apa ke Akif dan Shima.Ah,tak mungkinlah.Afeeya cuba menolak dari fikir yang bukan-bukan.
***********
"Hai,morning" Sapa Shima bila sudah duduk dimeja Akif dan Shamil.
"Morning..Feeya tak turun sekali Shima?"Shima sudah mengangak,Akif pasti akan bertanyakan Afeeya.
"Dia kata kepala dia pening.I tak pelawa pun dia" Akif mengangkat kening.Tidak jadi minum kopi.Cawan diletak kemeja semula.
"Kenapa?Gaduh ke?Biasa korang macam kembar"
"Tak ada apa lah Kif.Kadang-kadang gaduh juga bila tak sependapat.You tahu lah Feeya tu macam mana.Keras kepala" Akif senyum.Faham sangat perangai Afeeya bagaimana.
"Bagi dia masa Shima"
"Kau sure Akif nak bagi masa?Ini pun dah macam-macam terjadi" Sampuk Shamil.Kurang setuju dengan sikap sambil lewa Akif.
"Jangan risaulah Mil.Tahulah aku nak buat apa" Akif masih tersenyum sebelum mengalihkan pandangan kearah laut.
"Ombak cantik.Surfing bagus ni.Nak join tak Shima?"Pelawa Akif.Sengaja mengubah topik perbualan.Jika hendak bercerita tentang masalah dia dan Afeeya hingga esok pun belum tentu habis.Mujur persidangan yang dianjurkan semalam satu hari sahaja.Akif fikir,esok baru dia akan pulang.Dan yang pasti,Afeeya harus pulang ke Kuala Lumpur bersama dengan dia.Noktah.
"You surfing?" Lambat-lambat Shima mengangguk.Selama ini dia memang suka lihat lelaki yang pandai meluncur kerana nampak macho sangat.Bukan semua lelaki minat dengan sukan ekstrem begitu.
"I pun boleh surfinglah Shima" Shamil rasa tercabar pula bila Shima lihat Akif begitu.Bukan Akif sahaja yang hebat.Dia tiap-tiap tahun juga menyertai pertandingan meluncur di Cherating.
"Iya ke..?Wow..Nak..i nak ikut" Shima begitu teruja bila dipelawa dua sahabat itu untuk meluncur hari ini.Kebetulan aktiviti snorkeling mereka dibatalkan hari itu.Dari tiada aktiviti,baik Shima ikut.Kawan-kawan mereka yang lain mahu berjalan ke pekan.Shima sudah biasa,dia malas hendak ikut.
"Pukul dua macam tu.Pagi ni i nak jumpa orang" Akif menjeling jam.Dia ada janji dengan Fiona jam sepuluh pagi itu.Ada pekara yang hendak dibincang Akif dengan Fiona berkaitan Dian.Lusa Fiona akan pulang ke Paris.kebetulan pula Fiona dan kawan-kawannya bercuti disitu.
"Dating ya?" Duga Shima,menyerkap jarang.
"Tak lah.Jumpa sepupu i..Ada hal nak settle" Supaya tidak terjadi salah sangka,Shamil bertindak menjelaskan tujuan mereka keluar selepas itu.
"Oh...okay.Tak apa.Kita jumpa pukul dua nantilah.I nak ambil makanan kejap"
"Kau syok kat Shima ya Mil?"Akif menepuk kedua tangan dihadapan muka Shamil membuatkan lelaki itu tersentak.Kusyuk sungguh pula Shamil memerhatikan Shima.
"Cantik,aku pandanglah.."
"Miang..."
"kau lah miang..Kalau tak miang,tak adalah bertanda-tanda leher tu"
"Orang ada bini bro" Shamil menjuih bibir.
"Dia tengah tak sedar boleh lah bro" Sindiran Shamil sedikitpun tidak menjentik hati Akif.Dia yakin satu hari nanti,Afeeya akan jadi milik dia sepenuhnya.
"Ada ke orang sedar kalau dah kesitu" Shamil ketawa.Walaupun tiada pengalaman.dia tahu apa yang Akif maksudkan.
************
Suasana di pinggir pantai agak riuh dengan pengunjung yang sedang mandi manda.Tidak kurang yang sedang meluncur.Afeeya berjalan sendiri.terfikir tentang kejadian semalam.Belum ada siapa yang berani buat dia begitu.Afeeya agak terkilan kerana Farish tidak menjaga dia sebaiknya.Apa pun boleh terjadi ketika dia dalam keadaan khayal semalam.memang Afeeya cintakan Farish,tetapi itu tidak bermakna dia rela menyerahkan mahkota diri yang dia pelihara dengan baik selama ini.Biar orang kata dia gadis liar tapi hanya dia sahaja tahu sejauh mana dia pergi.
"Feeya.."Terkejut Afeeya bila Farish memeluk dia dari belakang.Cepat-cepat Afeeya meleraikan pelukan Farish.Jika Akif nampak,masak mereka.Silap haribulan,kehospital Farish dibuatnya.
"Kenapa ni Feeya?"
"Abang i ada tau Farish.Jaga sikit" Farish membulatkan mata.Memandang sekeliling.Apa Afeeya bergurau.
"Dia buat apa kat sini?Masih lagi nak kongkong you?You bukan budak kecil lagi" Menyampah pula Farish.Dimana sahaja,ada sahaja abang Afeeya.
"Dia ada conference kat sini semalam.Kalau you berani,you cakap lah macam tu depan dia.Dulu,you lupa Daniel kena belasah dengan abang i tu sebab dia suka sentuh-sentuh i?" Farish menelan air liur.Terbayang bagaimana teruk Daniel cedera kerana dibelasah abang Afeeya.Jika dia kena,hancurlah wajah cari makan dia itu.
"Mana abang you Feeya?"
"Entah.Biasa kalau kesini dia surfing.Tapi i tak nampak pula dia" Pandangan dilempar ke sepanjang pantai.Dia tidak perasan kelibat Akif mahupun Shamil.Biasa,Shamil dan Akif awal-awal sudah berada dipantai untuk meluncur.Kemudian Afeeya terpandang Shamil yang sedang berjalan beriringan dengan Shima menuju ke pantai.Wow..Sejak bila Shima kenal Shamil.Mesra semacam pula Afeeya lihat.
"Shima..Shamil!Jom Farish"Afeeya berjalan laju menuju kearah Shima dan Shamil yang sedang berjalan di gigi air pantai.
"Tu siapa dengan Shima?" Tanya Farish hairan.
"Kawan baik abang i"Jerit Afeeya.Lama baru Farish mengangguk.Mengikut langkah Afeeya berjalan kearah Shima dan Shamil.
"Ermm,Shamil.Sejak bila you kenal kawan baik i ni?" Tegur Afeeya.
"Sejak semalam.Kawan you single kan?" Tidak tahu apa niat Shamil kata begitu.Tapi yang pasti,Afeeya lihat,Shamil kurang senang dengan kehadiran Farish disitu.
"No worries Shamil.If i isteri orang,i sedar diri tau.i tak kanlah nak dekat dengan lelaki lain" Kali ini Afeeya pasti,sindiran Shima untuk dia.Afeeya mengetap bibir.Shima patut sebelahkan dia.Tak boleh pakai punya kawan.
"Ermm.Whatever..Akif mana?"
"Tu,panjang umur"Tunjuk Shima.Akif dilihat baru naik kepantai.Disisi Akif,ada seorang gadis seksi yang hanya memakai baju renang yang menampakkan perut.Afeeya rasa tergugat pula dengan kehadiran gadis disisi Akif itu.Pasangan itu kelihatan mesra,bergelak ketawa.
"Oi.."Panggil Shamil,Akif tidak perasan teman-temannya ada disitu.Fiona meminta diri untuk ke tempat dia meletakkan tuala.Lagipun,Fiona tahu Afeeya isteri Akif.Dia tidak mahu Afeeya salah tanggapan tentang mereka.Baik dia tidak masuk campur hal rumahtangga orang.Akif mencacak papan luncur ke pasir bila sudah berdiri dihadapan Afeeya dan yang lain-lain.
"Siapa ni?"Akif buat-buat bertanya.padahal dia sudah sedia maklum itu Farish.
"Akif,Farish...Farish..Akif.."Mudah sahaja cara Afeeya memperkenalkan Akif dan Farish.Kedua lelaki itu berjabat tangan untuk pertama kalinya.
"Siapa perempuan tu?"Soal Afeeya agak keras.
"Feeya,that girl ada nama tau.My cousin.Fiona" Shamil kurang senang dengan cara Afeeya memanggil sepupunya dengan hanya memanggil perempuan sahaja.
"Sorry..mana tahu girlfriend baru Akif ke?" Akif malas hendak layan sindiran Afeeya.
"Ermm..Boyfriend Feeya?"Tanya Akif.Farish teragak-agak hendak menjawab.
"Feeya dah nak habis study.Kau?Dah plan nak kerja mana lepas ni?" Bertubi-tubi soalan untuk dijawab Farish.Lelaki itu gugup melihat wajah serius Akif.
"Feeya ni maintenance tinggi tau.Kau sanggup ke?Ke dia yang habiskan duit untuk kau?"
"Akif.Apa ni?" Bentak Afeeya.Tidak suka cara Akif menyerang Farish.Akif seperti memperkecilkan kekasihnya. Akif patut beri peluang pada Farish untuk membuktikan yang Farish layak untuk dia. Bukan menghina begitu.
"Kenapa?I tanya jer.Belum habis study berani bawa anak dara orang sampai kesini"
"Maaf bang.Saya...saya.."
"Akif..i lah yang plan ke sini"Afeeya cuba mempertahankan Farish.Tidak mahu Akif terus-terusan menyerang Farish lagi.
"Then,tipu i dengan mama?Esok balik dengan i" Shamil dan Shima yang menjadi pemerhati masih berdiri disitu.Takut Akif mengapa-apakan Farish.Wajah Afeeya merah padam antara marah dan malu.
"Afeeya ni bawah tanggungjawab aku lagi faham"Suara Akif perlahan tetapi tegas.Akif mengingatkan Farish.
"Saya faham bang.."
"You ni kan Akif.."
"Lawanlah.I beritahu mama tahulah"Ugut Akif.Seronok melihat Afeeya yang sedang menahan marah.Dia tahu Afeeya tidak akan berani melawan jika hal berkaitan dengan keluarga mereka.
"Jom Farish.Jangan layan dia ni" Tangan Farish ditarik beredar dari situ.Afeeya sempat menjeling,baru dia perasan kissmark dileher Akif.Itu tentu perbuatan wanita yang bersama Akif tadi.Akif curang bermain dengan wanita lain dibelakang Dian.Tak malu.
"Seronok kau kenakan budak tu Kif?" Shamil mula bersuara bila Afeeya dan Farish sudah beredar.
"Baru sikit.Tapi nak salahkan dia pun tak boleh.Dia tak tahu apa-apa pasal Afeeya dengan aku.Feeyalah yang salah"Secara rasionalnya,memang Afeeya yang berslah.Tetapi Akif tetap juga tidak berkenan dengan Farish yang seolah-olah memfaati Afeeya yang sememangnya lurus bendul.Afeeya akan sayang pada siapa yang menyanyangi dia.Afeeya mudah percayakan sesiapa sahaja.Itu yang merisaukan Akif.
"I setuju Kif.Feeya tak boleh macam tu.Tapi Farish tu i tak suka sebab suka enjoy.Macam tak ada masa depan" Luah Shima jujur.
"Nanti tengok macam mana" Mereka sama-sama terdiam seketika.Merenung kearah pantai yang semakin ramai orang.Akif masih mahu memberi peluang pada Afeeya tetapi dia tidak rela bila Afeeya terus menerus menjalinkan hubungan mesra dengan Farish begitu.Dia bukan lelaki dayus.Afeeya hak dia seorang.Akif tidak akan membuka ruang lagi untuk Farish mendampingi Afeeya.