Bab 15
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.Akif sudah tercacak di pintu hadapan pejabat.Patut semalam dia sudah masuk tetapi sebab kepenatan memandu dari Mersing ke Kuala Lumpur sendiri kelmarin membuatkan dia tidak larat.Afeeya sudah mula kelas semalam.Wanita itu masih tidak mahu bercakap dengan dia.Merajuk pasal dia menegur Farish.Akif tidak peduli.Dia tidak boleh lagi berlembut dengan Afeeya.Dia suami.Afeeya patut dengar kata dia,bukan dia yang dengar kata Afeeya.
"Mia.Masuk bilik i kejap"Panggil Akif bila melalui meja Damia.Wanita itu hanya menurut
"Encik Akif nak saya bacakan jadual untuk hari ni?" Akif menggeleng.
"Tak apa.i dapat email you semalam" Akif meminta Damia duduk di sofa yang tersedia didalam bilik sementara dia bersiap membawa satu file ditangan.
"You tolong check siapa yang sediakan dokumen ni" Damia membelek setiap muka surat didalam file.Itu dari unit kewangan.
"Ni signature Datuk ni Encik Akif" Itu yang menghairankan Akif.Setahu dia,Pak Ngah tidak pernah menurunkan tanda tangan untuk amaun sebesar itu menerusi orang ketiga.
"You kenal Maria?" Lama Damia diam.
"Kenal,tapi tak rapat sebab dia kat floor 13 Encik Akif" Akif curiga dengan pengurus bahagian kewangan mereka sejak sekian lama.Cuma dia tiada bukti.Maria cuma pengurus dibahagian kewangan,tetapi Maria memandu kereta mewah.Pakaian Maria juga bukan calang-calang.Semua dari butik terkemuka.
"Yang lain i tak kisah sangat.Tapi ni berkaitan dengan projek i. Sangkut nanti,mana i nak jawab dengan Datuk"Luah Akif.
"Cuba Encik Akif risik pada Umar.Dia kan orang kepercayaan Encik Akif.Kebetulan,sekarang dia satu floor dengan Cik Maria dan yang pasti,Umar tak baik dengan Cik Maria"Menarik.Akif menaik-naikan keningnya.Perkara itu menjadi bertambah menarik.Dia akan siasat apa yang terjadi sebenarnya.Dia tidak perasan jika ada pergerakan yang mencurigakan kerana dia kini sudah berpindah ke tingkat lain.Lagipun Datuk Zamri yang mahu dia fokus pada pengurusan atasan syarikat.
"Banyak you tahu Mia.Macam perisik" Ujar Akif dalam nada bergurau.
"Haishh...Tengok oranglah Encik Akif.By the way.Tadi Cik Dian ada call.Dia minta saya sampaikan pesan pada Encik Akif yang dia nak balik lagi dua minggu"Kening yang tidak gatal digaru.Dian masih tidak faham agaknya.Akif sudah tawar hati.Dia sudah tiada hati pada Dian.
"Erm.Tak apa.Kalau Cik Dian call,beritahu saja i tak ada"
"Baik Encik Akif.Anything else?"
"Nope.Eh,Mia.Nanti minta Encik Shamil masuk jumpa i.Suruh dia bawa file projek kat Pahang tu" Pinta Akif.Dia agak sibuk kebelakangan ini dengan projek-projek baru melibatkan dia.Datuk Zamri,Abang kepada bapanya sangat tegas dalam kerja.Cuma yang menghairankan Akif.Pak Ngah cukup sayang pada Maria sehingga tahun lepas duit syarikat lesap sebanyak RM20 ribu pun,Pak Ngah masih senyap.Ini,bajet projek Akif sudah dipotong 10% oleh bahagian kewangan tanpa sebab munasabah.Ingin berjumpa Pak Ngah,bapa saudara dia itu masih belum pulang dari mengerjakan umrah.Akif takut sesuatu terjadi kepada Syarikat itu.Riana pun masih belum pulang.Jika Riana sudah pulang,tidak perlu Akif ribut-ribut mengerjakan syarikat itu seorang diri.Riana satu-satunya anak Pak Ngah,dan satu-satunya pewaris Zamri Corporation Berhad.Selepas habis pengajian,Riana akan kembali menerajui syarikat itu bersama Akif.Cuma didalam perancangan jangka panjang,Akif mahu bergerak sendiri.Akif tidak mahu bergantung pada keluarga mereka.Dengan bapa dia sendiri pun dia tidak mahu bekerja.Mujur ada Imani.Jika tidak,siapa lagi yang boleh diharapakan.Hendak tunggu Jannah.tiga empat tahun lagilah jawabnya.
Tuk..Tukk..tuk..tuk..tuk.tukkk!
"Masuk" Muncul Shamil seperti yang disangka.Hanya Shamil yang berani mengetuk pintu bilik dia berirama seperti itu.
"Kenapa Kif.Aku sibuk ni" File yang dihulur Shamil Akif capai dan diletak ketepi.
"Kau kenal Maria?"Tanya Akif straight to the point.
"Kenapa tiba-tiba tanya aku macam tu?Tentu lah kenal. Department aku nak claim kena menghadap dia dulu". Jelas Shamil.Shamil membelek File projek Akif yang satu lagi di Perak.
"Datuk sign untuk reduce 10% dari jumlah asal?" Akif mengetuk-ngetuk meja dengan jari berkali-kali.
"Kau pun pelik kan?Sedangkan ni projek Pak Ngah aku yang luluskan tau.Bukan aku yang bawa proposal projek ni pada dia" Jelas Akif.
"Kau rasa Maria seleweng?" Akif diam.Dia menyaup rambut kebelakang.
"Aku rasa dia ada affair dengan Pak Ngah aku" Akif memberi pendapat apa yang ada dalam fikiran dia saat itu.
"Aku dah lama fikirkan benda tu tapi tak berani nak cakap.Tu kan Pak Ngah kau" Akif melepaskan keluhan.Jika benar,Kasihan Mak Ngah.
"Tak payah lah fikir jauh sangat Kif.Tunggulah Datuk balik.Aku ada appointment kejap lagi ni.Minggu ni jangan lupa.Birthday Shima" Pesan Shamil sebelum keluar.
"Eh,engkau pula yang lebih-lebih" Shamil ketawa,meneruskan langkah.Sejak berkenalan dengan Shima,Shamil rasa hidupnya sedikit berwarna.Jika tidak,masanya hanya dengan Akif dan futsal.Sudah lama dia tidak rasa senang begitu.Cuma terlalu awal untuk mengharapkan apa-apa dari perkenalan dia dan Shima.
Sewaktu Damia hendak ke pantri pejabat,Sara yang merupakan pekerja internship disyarikat mereka,menegur Damia.
"Kak..Encik Akif tu single ke?"
"Amboi..Kalau single,kenapa?Nak try?" Sara tersenyum malu-malu. Dari mula masuk dia suka melihat Akif yang sentiasa segak.Cuma susah hendak senyum.Beruntunglah siapa yang menjadi kekasih bos mereka itu.
"Tanya jer lah kak.."
"Dah ada girlfriend..Tak payah berangan" Ucap Damia.Berlalu meninggalkan Sara.Gadis itu tersenggih hingga menampakkan lesung pipit dikiri kanan pipi.
"Orang gurau sajalah Kak Mia" Damia memberi isyarat apa sahaja dengan tangan tanpa menoleh kearah Sara.Damia sudah terbiasa dengan gadis-gadis yang menaruh hati pada Akif.Bosnya kacak,kaya,apa hendak dihairankan sangat.Cuma pelik,Akif mampu bertahan tanpa ada wanita lain walaupun kekasih jauh nun disana.
************
Akif menghenyak tubuh kekatil kerana Afeeya masih belum pulang.Kepalanya sakit.Mungkin tidak cukup tidur.Ubat didalam laci,Akif capai dan ditelan dua biji sekaligus.Talifon dimatikan.Akif tidak mahu diganggu.Dia mahu rehat petang itu.
"Akif..Tak sihat ke nak?" Suara mama membuatkan Akif tidak jadi tidur,Mujur dia tidur diatas katil.Jika disofa bed tadi.Jenuh dia hendak menjawab.
"Sakit kepala sikit ma.Tadi kena panas rasanya" Akif bangun,duduk bersandar dibirai katil.Meletup-letupkan tengkuk.
"Dah makan ubat?" Akif mengangguk.
"Nak makan?" Risau pula Datin Nora.Sudah lama Akif tidak sakit kepala begitu.Tadi dibawah,dipanggil Akif,tetapi Akif tidak menyahut langsung.Sebab itu dia naik keatas.Afeeya sudah petang begitu masih belum pulang.Sibuk agaknya.
"Feeya tak balik lagi Kif?Selalu balik lambat sekarang ni?"
"Feeya kan final year ma..Final sem..Biar dia focus.Akif tak nak nanti dia stress" Tangan mama dipegang.Akif serba salah.Dia tahu mama risaukan rumahtangga dia dan Afeeya.Siapa sahaja boleh perasan kerana dia dan Afeeya seperti orang asing.Masing-masing dengan hal sendiri.Jarang nampak Akif dan Afeeya berduan seperti pasangan yang baru bernikah yang lain.
"Akif ingat mama tak tahu yang Akif dengan Feeya tak tidur sekali?Akif masih dengan Dian lagi?" Akif menjeling Datin Nora.Mana mama tahu.
"Akif minta bibik cuci selimut sampai dua tiap kali..Tak kan satu selimut tak cukupkan?" Akif kematian akal.Hebat betul Mama.
"Ma..bagi Akif dengan Feeya masa.." Pinta Akif dengan pandangan kuyu.Kepala sakit ditambah pula dengan melihat wajah risau mama.
"Kalau pasal Dian,selesaikan cepat.Mama tak nak dia ganggu Akif lagi,faham?Kalau Akif tak boleh cakap,biar mama jer yang cakap"
"Ma..no..no..Jangan risau.Akif tak ada apa-apa dah dengan Dian" Datin Nora merenung mata Akif.Dia inginkan kepastian.
"Sumpah ma.Akif tak ada hati dengan Dian lagi" Akif mengangkat tangan kanannya.Datin Nora berpuas hati kerana Akif tidak pernah berbohong jika tahap bersumpah bagai.Rambut Akif diusap lembut sebelum dikucup.
"Akif rehatlah.Mama turun dulu.Kalau lapar nanti turun makan.Tak perlu tunggu Feeya" Kepala diletakkan semula kebantal.Akif ingin sambung rehat.Mandi pun dia tidak larat.Biarlah dahulu.
Baru sejam Akif terlelap,Afeeya pula pulang.Bunyi pintu bilik dihentak kuat membuatkan Akif terjaga.Afeeya masih mogok lagi agaknya.
"Sorry,i tumpang tidur atas katil.Kepala i sakit tadi"Adu Akif dengan harapan Afeeya simpati.Tapi Afeeya tidak memberikan apa-apa respond.Wanita itu mencapai tuala dan terus masuk kedalam bilik mandi.Keras hati Afeeya.Langsung tidak peduli akan dia.Akif benar-benar terasa hati.Sofa bed dibuka dan Akif terus berbaring.Dia tidak larat hendak membuka mata.
Satu malam Akif tidak sedar-sedar.Takut pula Afeeya.Akif berpeluh walaupun aircond sudah dibuka paling rendah.Afeeya membuka lampu biar dapat lihat Akif dengan jelas.Tidak pernah Akif tidur dengan baju kerja.Afeeya berlutut menghadap Akif yang masih lena.Akif tidak demam tapi berpeluh-peluh.Apa yang tidak kena dengan Akif agaknya.
"Akif..bangun..Akif..."Tubuh Akif digoyang perlahan.Lambat baru Afeeya lihat dahi Akif berkerut.Mata Akif terkedip-kedip kerana cahaya lampu.
"Errmm" Akif berpaling kearah dinding.
"You okey tak ni?"Rasa bersalah menyelubungi diri Afeeya.Tadi dia langsung tidak pedulikan lelaki itu.Jika dia yang sakit,beria-ia Akif menjaga dia tapi bila giliran Akif,dibiarkan sahaja lelaki itu.
"I okay" Suara Akif serak.Sahlah Akif memang tidak sihat.
"You dah makan?" Akif menggeleng.Dia lapar,tapi langsung tidak larat hendak bangun.Apatah lagi hendak turun.
"You tunggu,i ambilkan makanan untuk you ya.Tunggu sekejap.Jangan tidur lagi" Dengan pantas,Afeeya turun ketingkat bawah mengambil makanan untuk Akif.
"Feeya lapar ke?Tadi Mak Ros ada masak sup"
"Bukan Feeya ma.Akif..Nampak macam tak sihat" Ujar Afeeya bimbang.
"Tadi lagi tu.Petang tadi mama dah jenguk Akif,dia kata sakit kepala.Tak okay lagi?"
"Belum ma.Bangun pun tak larat tu.Feeya ambil makanan dulu ya.Takut Akif lapar" Datin Nora tersenyum.Afeeya nampak risau dengan keadaan Akif.Dia amat bersyukur jika Afeeya mengambil berat tentang Akif sebegitu.Mujur Afeeya tidak tegelincir ditangga kerana tergopoh gopoh membawa makanan.Dia bimbang Akif terlelap kembali.
"Akif,wake up.."Panggil Afeeya lembut.Tubuh AKif diangkat,supaya lelaki itu duduk.
"Makan..I suapkan" Pujuk Afeeya.Biasa Akif yang rajin kata begitu.
"I ingat you tak pedulikan i dah" Ucap Akif separuh merajuk.
"Sorrylah..I geram dengan you lagi" Luah Afeeya sambil menyuap makanan kedalam mulut Akif.Sukar untuk Akif menelan kerana tekaknya luka barangkali.Semua terasa pahit.Tapi disebabkan Afeeya yang menyuap,Akif telan juga.
"Sorry pasal tu.I nak yang terbaik untuk you.Itu saja"
"I tahu you sayang i,tapi tak perlu lah sampai macam tu sekali" Kata-kata Afeeya membuahkan senyuman dibibir Akif.Jika Afeeya tahu perasaan dia lebih dari sayang.Dia cintakan Afeeya.Cuma tidak terucap dibibirnya.Dia takut Afeeya lari dan semakin jauh.Buat sementara itu,biar dipendam sahaja rasa itu.Kelak,Afeeya pasti akan faham perasaannya.
"Kenapa sampai sakit kepala ni?"
"I kena panas agaknya.."
"Lepas makan you mandi.Nanti i picitkan kepala you"
"Picit kepala jer?" Dalam sakit Akif masih sempat menggatal.Geram betul Afeeya.Dicubit peha Akif membuatkan lelaki itu terjerit.
"Sakitlah Feeya..."Digosok tempat yang dicubit Afeeya.Perit.
"Gatal lagi.."
"i gatal dengan you jer,Bukan dengan orang lain pun" Rasa seperti mahu sahaja Afeeya tangkup wajah Akif dengan mangkuk nasi berisi sup itu.Menipu sahaja kerja Akif.
"Kissmark tu apa?" Akif tersenyum-senyum.Afeeya perasan rupa-rupanya.Mama tak perasan pula.
"You ada mimpi i tak malam masa you high tu?" Wajah Afeeya ditatap seketika.
"You.."Malu Afeeya.Jadi dia bukan mimpi.Memang betul la Akif yang dia kerjakan malam itu.Dia buak bermimpi rupa-rupanya.Malunya Afeeya.Kejadian malam itu terbalik.Bukan Akif mengambil kesempatan pada dia,tapi dia yang mengambil kesempatan keatas Akif.Afeeya mengigit jari.
"You bayangkan kalau malam tu bukan i? Apa jadi?" Afeeya mengigit bibir.Malu.Afeeya tebayangkan bagaimana Akif menepis tiap godaan yang dia buat.Jika lelaki lain,awal-awal lagi dia sudah diratah.
"Erm,i mandi dulu boleh?Nanti jangan lupa tau.You janji nak picitkan kepala i" Kerana keadaan menjadi sangat janggal dengan pengakuannya,Akif mengambil keputusan untuk bangun dan mandi.Biar Afeeya menenangkan diri.Akif pasti Afeeya pasti segan dengan dia.Tapi Akif lega.Sekurang-kurangnya Afeeya tidak fikir bukan-bukan tentang dia.