Bab 16
Pagi itu,Akif mengenakan baju kemeja merah jambu cerah dipadankan dengan seluar slack berwarna coklat pekat.Segak seperti biasa.Cuma pagi itu Akif tidak memakai tali leher.Rambut disisi rapi.Haruman Givenchy memenuhi ruang bilik berlawan dengan haruman yang dipakai Afeeya.Wanita itu masih belum siap walaupun sudah mandi dahulu dari Akif
"Thanks Feeya.." Ucap Akif sebelum berangkat ketempat kerja.Sakit kepala sudah pulih.Semalam Afeeya membenarkan Akif tidur dikatil mereka kerana Akif masih tidak sihat.
"Welcome..and thanks pasal hari tu" Akif hanya tersenyum. Terima kasih?Afeeya tidak ingat agaknya bahagian dia melayan Afeeya.Elok Afeeya tidak ingat.Akif terbayang bagaimana cantiknya fizikal Afeeya yang bisa buat mana-mana lelaki naik gila jika melihatnya.Akif jadi cemburu bila mengingatkan Afeeya yang suka mendedahkan tubuh dengan pakaian yang tidak cukup kain.
"Kenapa muka macam tu?"Tegur Afeeya pelik.
"Tak ada apa..I dah iron baju you tadi.You pakai yang itu ya?"Akif menunjuk kearah sepasang baju kemeja dan seluar slack yang tergantung di penyidai baju.
"Thanks..Susah-susah jer"Afeeya tersenyum.Sakit-sakit pun Akif rajin juga bantu dia menggosok baju.Tapi Afeeya tahu niat Akif.Jika dia,tentu bukan persalinan itu yang dia pilih.
"I pergi dulu.Malam ni i balik lambat.Nak siapkan kerja sikit"
"You janganlah asyik kerja jer.Makan pun tak tentu" Selalu sahaja Afeeya lihat Akif sambil lewa waktu makan.Sekarang,Akif jarang makan dirumah.Dipejabat entah makan,entah tidak.
"Tak ada orang nak jaga"
"Dian kan nak balik tak lama lagi?" Hilang mood Akif mendengar nama Dian pagi-pagi begitu.
"I pergi dulu Feeya.." Afeeya mengangkat bahu.Tiba-tiba sahaja Akif tiada mood bila sebut nama Dian.Bergaduh atau apa,Afeeya tidak pasti kerana sudah lama benar Akif tidak menyebut tentang Dian.Jika diikutkan,lagi dua minggu Dian akan pulang Tapi Afeeya lihat,Akif buat tidak tahu sahaja.Ah,Afeeya malas hendak ikut campur urusan peribadi Akif.Tapi pasti lepas ini Akif bertambah sibuk kerana tentu banyak masa Akif akan dihabiskan untuk Dian.Afeeya memegang bibirnya yang kebelakangan ini sering menjadi sasaran Akif.Apa lepas ini,Akif sudah tidak hairan kerana Dian sudah ada.Bukan Afeeya tidak tahu bagaimana Akif bila dengan Dian.
Tutt..tut...
Sayang,jangan lambat.tolong ambil i dulu ya. Farish.
Afeeya menjeling jam.Sempat ke dia hendak mengambil Farish dahulu.Dia masih belum siap lagi.Farish tidak tahu mahu pergi sendiri agaknya.Afeeya tergesa-gesa bersiap kerana bimbang akan lewat kekelas.Dia juga tidak mahu Farish sampai ponteng kelas pagi itu.kadang-kadang,letih juga Afeeya hendak mengingatkan Farish supaya tidak ponteng kelas,jaga soal kewangan.Jangan bercampur dengan rakan-rakan yang suka berparti kerana mereka bukan budak-budak lagi.Bukan masa untuk bermain-main lagi.Jika Farish serius inginkan dia,Farish mesti berubah sebelum hati dia yang berubah.
********
"Sayang,this week ada birthday party Shima kan?" Baru Afeeya teringat.Dia masih belum membelikan Shima apa-apa hadiah lagi.
"Nanti kita cari hadiah untuk dia" Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Afeeya.Dia masih menumpukan pemerhatiannya pada jalan raya walaupun kadang kala fikiran melayang teringat kejadian di Tioman itu.
"You macam tak nak cakap dengan i jer Feeya?"
"Hah..apa?,you cakap i jawab.I penat buat assignment. You punya dah siap?" Due date untuk mereka hantar tugasan sudah makin hampir.Afeeya sudah siap.Cuma mahu menambah baik.Itu pun atas bantuan Akif.Bagus juga mereka satu bidang.Tidaklah Afeeya perlu bersusah payah kerana ada buku rujukan yang ada mulut.
"Belum..you?"
"Dah.Tak print out jer lagi.."
"Pinjam sayang.i nak buat rujukan" Dahi Afeeya bekerut.Menjeling sekilas.
"Amboi,nak copy paste lah tu.Usahalah sikit Farish.I banyak kali ajak you buat sama-sama tapi ada jer alasan you.Bila keluar dating on,bila nak buat kerja mulalah bagi macam-macam alasan" Bebelan Afeeya membuatkan Farish mula bosan.Afeeya jika bab pelajaran,memang tidak boleh bertolak ansur.Apa salahnya Afeeya bantu dia.Nanti dia berjaya bukan untuk orang lain,untuk mereka juga.
"Kalau tak nak bagi,tak payah membebel.I boleh buat sendiri" Ujar Farish separuh merajuk.
"Tengok.Bila tegur merajuk.You ni macam perempuan tahu tak?" Kacamata hitam diatas kepala Afeeya turunkan kerana silau bila cahaya mula memancar menembusi cermin hadapan kereta.
"I malas nak bertekak dengan you.Nanti,hujung-hujung,i yang kena mengalah" Afeeya hanya senyum.Menggeleng dengan perangai Farish.Jauh berbeza dengan Akif.Aduh Feeya.Akif lagi.Afeeya cuba memadamkan wajah Akif dipundaknya.Bahaya jika terus begitu.
************
Sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah,Akif berselisih dengan Afeeya tapi yang memandu bukan Afeeya.Lagipun sudah jam sembilan malam.Akif tidak nampak sangat siapa yang memandu kerana cermin kereta Afeeya sangat gelap.Siapa pula yang memandu kereta Afeeya malam-malam begitu.Hati Akif penasaran.Tidak sabar hendak sampai dirumah.Bila sampai diperkarangan rumah,kereta Afeeya tiada.Akif segera masuk kerumah.
"Kereta you mana?Rosak?"Akif terus bertanya sebaik melihat Afeeya sedang menonton televisyen bersama-sama Imani dan Jannah.
"Tak..Farish pinjam" Akif mendengus.Beg dan tali leher dilempar ke sofa.Talifon Afeeya diatas meja Akif capai dan dihulur kepada Afeeya.Imani dan Jannah tidak berani masuk campur.Mereka tahu Akif bagaimana.Itu sudah tentu ada yang tidak kena.
"I nak you call dia,minta dia hantar balik kereta you"
"Apa ni Akif.Dia pinjam sebab motor dia rosak"Jelas Afeeya.
"I dont care.I beli kereta tu untuk you,bukan untuk senangkan orang lain" Bukan Akif sengaja hendak mengungkit tetapi dia tidak suka tindakan Afeeya yang sesuka hati.
"I ada kereta you suruh jual,then you nak control everything" Akif mengetap bibir,menjeling Imani dan Jannah yang masih ada disitu.Dia tahu Afeeya akan tetap berlawan kata dengan dia.
"I tak kira.By hook or by crook,suruh dia hantar kereta tu balik malam ni juga.Kalau tak,siap you i kerjakan" Ugut Akif.hanya itu sahaja yang boleh menutup mulut Afeeya.
"Dengar tak Afeeya..?"Afeeya mengangguk.Pintu bilik dihentak kuat menyebabkan mereka bertiga terkejut.
"Feeya..Cepatlah call kawan Feeya tu.Minta dia hantarkan kereta tu balik.Ni kalau mama dengan baba dengar,habis korang" Imani mengosok lenggan Afeeya.Dia tahu Afeeya terkejut.
"Tak faham lah dengan adik Kak Long tu..orang tu pinjam jer.."
"Kak..Angah jealous lah tu.Tak akan tak faham" Afeeya memaling kearah Jannah.Akif cemburu?.Afeeya tidak percaya.Untuk apa Akif hendak cemburu.Buang masa.
"Betul lah Feeya...Akif jealous tu" Mahu tidak mahu,Afeeya segera menghubungi Farish,minta Farish menghantar kereta malam itu juga.Takut juga Farish terasa hati tapi dia harap Farish faham.Memang tidak sepatutnya dia pandai-pandai beri orang lain guna keretanya.Bahaya.Akif memerhati Afeeya mengambil kereta dari Farish diluar pagar rumah.
"Sorry ya Farish..i terpaksa" Ucap Afeeya serba salah.
"Its okay sayang.I faham..esok kita jumpa ya" Afeeya mengangguk.Dia tahu Farish terasa hati.Tadi dia yang beria-ia suruh Farish bawa sahaja balik kereta kerana Afeeya tidak mahu berpatah-patah semula.Tidak tahu pula Akif akan mengamuk sampai macam tu sekali.Afeeya masuk kebilik dengan berbagai rasa.Waktu itu Akif baru sahaja habis solat.
"Nah..puas hati" Afeeya melempar kunci ke atas tilam.
"Sebab Farish you kurang ajar dengan i kan Feeya? You dengar ni Feeya.Last warning.If you berlebih-lebih lagi sebab dia atau you beyond the limit,i tahu macam mana nak ajar you.Satu,jangan cabar i" Sedikitpun Akif tidak menoleh kearah Afeeya yang sedang berdiri di tepi katil tanpa rasa bersalah.Akif mengemas sejadah,mengambil bantal dan keluar dari bilik.Afeeya melepas nafas panjang.Takut sebenarnya bila lihat Akif setenang itu.Kenapa dia bertindak kurang ajar begitu sekali.Tidak pernah dia terfikir hendak melempar-lempar barang begitu pada Akif.hendak minta maaf?.Tak mungkin.Afeeya tidak mahu.
Esoknya pagi-pagi lagi Akif sudah keluar.Bersarapan pun tidak.Malam pula Akif tidak balik.Jannah kata,Akif tidur dirumah Shamil.Jika mama tahu mereka bergaduh,apa dia mahu jawab.Tiada mesej dari Akif dua hari itu.Lelaki itu senyap sahaja membuatkan Afeeya risau.Akif tidak pernah begitu sejak mereka bernikah.Itu kali pertama Afeeya dibiarkan sendiri.Rasa lain tanpa Akif malam itu.
"Shima.Kau ada jumpa Akif?" Afeeya nekad untuk bertanya Shima.Mana tahu Shamil ada cerita apa-apa pada Shima.Sekarang Shamil agak rapat dengan Shima.
"Ada,semalam.Masa Futsal.."
"Dia ada cakap apa-apa?Dah dua hari dia tak balik rumah"Afeeya mula becerita.
"padan muka kau.Melampau sangat buat dia Feeya..Dia tak ada ni patutnya kau happy.Tak ada yang ganggu kau kan?" Kadangkala Afeeya memang patut diajar begitu.Kasihan Shima lihat Akif semalam.Akif tidak masuk gelanggang langsung.Lelaki itu monyok sahaja dah tidak banyak bercakap.Shamil kata,makan pun Akif tidak mahu.Teruk benar penangan Afeeya.
"Hurmm..Macam mana ni?Kalau mama dengan baba aku tahu,mati"
"Kau bukan fikir pasal Akif?Tapi fikir pasal mentua kau?Akif tu siapa ya?" Afeeya bersandar dikerusi.Menakup muka kemeja.
"Aku buntulah Shima.Apa perlu aku buat ni?"Afeeya benar-benar buntu waktu itu.
"Pujuklah dia.."
"Aku tak salah.Kenapa nak pujuk.Lagipun tak penting"Shima mendengus.Afeeya tidak takut agaknya Akif cari perempuan lain.Jika dia jadi Akif,bye..byelah Afeeya.
"Kalau macam tu,tak perlu sampai kau nak buntu.Ego kau tinggi sangat Feeya.." Jika dia nasihat pun,Afeeya tidak mahu dengar.
"Kau ni tak membantu langsung tau Shima" Pen ditangan Afeeya putar-putar berkali.Mahu cari Akif dipejabat Afeeya malu.Apa yang perlu dia buat lagi.Pening kepala.Tidak sangka pula Akif kuat merajuk begitu.Macam perempuan.Bila diluar bukan main garang,tetapi dengan dia.Mengada-ngada betul.
**********
"Kau ni dah kenapa Kif..Macam orang mati bini jer aku tengok,pecah skrin talifon tu kalau lama kau tenung tahu tak?"Tegur Shamil.Lama sudah dia tidak lihat Akif termenung begitu.
"Tak ada apa lah..Feeya memang tak kisahkan aku agaknya"Shamil ingin ketawa.Akif yang dia kenal bukan begitu.Dipejabat bukan main tegas.Tapi bila hal berkaitan Afeeya,Akif terus berubah watak.Jadi lembik.
"Seriuslah kau jadi macam ni sebab Feeya bro?"Bahu Akif ditepuk berkali.
"Aku sayang dia kau tahu tak?"
"Sayang?"
"Cinta..Aku tak pernah rasa macam ni masa dengan Dian..Dia lain"Shamil tersenggih.
"Apa yang lain?Aku tengok sama jer dengan Dian..Seksi.."Akif menggeleng.Dia sahaja tahu apa yang berbeza antara Dian dan Afeeya.Isterinya seksi tapi jual mahal.Afeeya sudah banyak berubah sejak mereka bernikah.
"Kau apa tahu.Dia bini aku.."
"Oh..so.."
"Tak..tak pernah.."Potong Akif,seolah-olah dapat membaca fikiran Shamil.
"Tahan kau kan dengan bini daring macam tu.."Kagum Shamil dengan daya tahan Akif.Jika dia,sudah lama Afeeya menjadi hak mutlak dia.
"Aku nikah dengan dia bukan untuk tu jer..Tipulah kalau aku kata tak siksa...Tapi tak kan nak paksa"
"Kalau terpaksa?Kau nak biarkan Farish yang buat kerja dulu?"Akif menjungkitkan bibir,memandang Shamil.Afeeya dia bukan begitu.
"Feeya bukan macam tu la.."
"Kau lelaki,aku lelaki..Kau sendiri tahu apa yang lelaki nak dari seorang perempuan..Kalau aku jadi kau.Dah lama dah Feeya tu aku ikat"Akif menyaup wajah.
"Feeya buka toys aku nak paksa-paksa Mil..Aku kesian dengan dia"Ujar Akif jujur.Dia tidak mahu Afeeya menyerah diri pada dia secara paksa.Lagipun perkara begitu bukan main-main.Sekali mereka sudah terlanjur,tidak akan dapat berpatah semula.Dia lelaki tetapi Afeeya?.
"Kalau dah terpaksa..Kau tak ada niat nak berpisah dengan dia kan?"
"Aku tak akan lepaskan dia Mil..Tak pandang muka dia dua hari ni pun aku dah siksa"Luah Akif.Dia tidak kisah jika Shamil fikir dia kemaruk dengan isteri sendiri.Tapi itulah kenyataan yang harus dia terima.Dia gilakan Afeeya tanpa sedar.
"Dah tu..Ikatlah dia..Fikirlah balik Kif..Kita suami.Kita yang memimpin,bukan dipimpin..Jangan jadi dayus"Shamil tidak bermaksud hendak menghasut Akif tetapi dia tidak mahu Akif terus tersepit begitu. Ada isteri tetapi seperti lelaki bujang.Isteri bukan perhiasan untuk dipandang sahaja.Jika Akif terus biarkan,takut lambat laun Afeeya makin jauh.