Chapter 18

1231 Words
Bab 18  "Lebar senyum Kif"  Terkejut Akif. Kacau daun betul. "Lambat.aku dah nak balik dah tadi" Akif menjemput Shamil duduk.Tadi dia fikir hendak pulang awal tapi Shamil pula beritahu hendak datang tempat dia bertemu clients tadi.Lelaki itu cuma berseluar slack pendek dipadankan dengan kemeja t biru dan bertopi.nampak begitu santai,berbeza dengan hari bekerja. "Orang datang betulkan paip tadi.Tu yang lambat" Menu diatas meja Shamil belek.Memilih menu apa yang hendak dipesan.Rasa seperti sama sahaja.Bosan.Alih-alih,Shamil memilih untuk minum sahaja.Perut dia belum benar-benar lapar.Jika dia lapar,Shima kan ada.Boleh dia beri alasan untuk bertemu Shima nanti.Shamil tersenyum bila terfikirkan hal itu. "Yang kau senyum sorang-sorang dah kenapa?"  "Tak ada apa..Apa cerita semalam?Kenapa kau tak debik jer budak Farish tu?" Shamil mula bertanya tentang hal semalam.Jika dia jadi Akif,sudah lama Farish makan penumbuk.Akif sabar sangat. "Macam tu jer lah.Aku tak bagi dia jumpa Farish lagi"  Ujar Akif tenang. "Macam tu sahaja?I dont thinks so bini kau tu nak dengar..Ke kau ada buat apa-apa kat dia ni Kif"  Shamil tidak percaya langsung dengan Akif.Akif jika sudah marah macam semalam,apa pun boleh jadi.Dan Afeeya tidak mungkin mahu dengar cakap Akif bulat-bulat begitu sahaja.Pasti ada sesuatu yang cuba Akif sorokkan pada dia. "Tak ada apa lah.Nak buat apa pula" Akif menggelak bila Shamil merenung matanya.Shamil sejenis tidak mudah percaya.Dia akan korek selagi boleh hingga dia berpuas hati. "Kau apahal ni?"  "Kif..kau..Hah..kan?" Teka Shamil.mengusik Akif.Wajah Akif sudah merah padam. "Apa bendalah budak ni...Otak kau tu fikir tu jer kan?" "Aku tak cakap pun tu..Jadi betul lah kan" Akif teperangkap dengan kata-kata sendiri. "Tak apa lah.." Shamil tersenyum lebar.Walaupun Akif tidak mengaku tapi dia yakin dan pasti itu yang terjadi semalam. "Okay,aku tak nak tanya lebihlah kan.Haha...Faham-faham cukup"Akif menggeleng.Malas hendak melayan Shamil.Miang mengalahkan orang yang sudah berkahwin. "Kau siapa hantar balik semalam?"  "Shimalah.Siapa lagi..Tapi kena tunggu dia habis event" Wajah Shamil nampak gembira bila menyebut nama Shima.Akif perasan yang Shamil menaruh hati pada Shima. "Kau suka kat dia ke Mil?"  Lama Akif memandang Shamil.Akif senang jika Shamil memilih wanita seperti Shima,cuma Akif tidak pasti samaada Shamil boleh menerima Shima seadanya.Akif tahu sejarah hitam Shima cuma pada Akif,biarlah Shima sendiri yang beterus terang dengan Shamil.Jangan datang dari mulut dia.Akif tidak suka membuka aib orang. "Suka,tapi dia tak tahulah..awal lagi kan" "Betul tu.Awal lagi...slow..slow lah tackle dia" "Slow macam kau?Dah enam bulan kahwin baru dapat?"Seraya terdengar Shamil mengaduh bila kaki Akif laju menendang Shamil dari bawah meja. "Sakitlah Kif.." "Baru sikit.Kau sindir aku lagi macam tu,penerajang aku kau dapat"  Akif ketawa berdekah melihat dahi Shamil bekerus menahan sakit sambil menggosok kaki yang disepak Akif. "Sensetif betul kau sekarang ni kan?" Perli Shamil. "Banyak benda lagi nak buat bahan gurau.Aku nak balik lah Mil.Dah pukul 6.Dari pagi aku keluar"Sedar tidak sedar satu hari suntuk juga dia menghabiskan masa diluar.Pertemuan tadi terpaksa dilanjutkan kerana terdapat banyak isu yang perlu mereka bincangkan.  "Kenapa?Biasa okay jer lepak sampai pagi esok" Bukan Shamil tak tahu yang Akif hendak balik sebab apa.Tentu rindu dengan Afeeya agaknya. "Kau ni..Aku ni laki orang.Kau lainlah,bujang" Shamil mencebik.Baru beberapa hari lepas Akif berkampung dirumahnya kerana merajuk dengan Afeeya. "Time elok.Cuba bergaduh.Rumah aku juga jadi mangsa" "Kau pun nak merajuk?Malas nak layan.Aku nak balik ni.." "Baliklah.Aku kejap lagi balik.Tunggu Shima reply mesej kejap.Aku ajak dia dinner" Akif menepuk bahu Shamil sebelum bangun. "Good luck bro.Pergilah dating.Apa-apa jumpa esok" Duit minum,Akif letak diaatas meja.Dia mahu segera pulang.Apa agaknya Afeeya sedang buat waktu itu.Rindu pula pada Afeeya.Bermacam pekara nakal muncul dikepala tapi Akif tahu,Afeeya tentu masih marahkan dia lagi. ********** "Assalamualaikum" "Waalaikumusalam"Afeeya tidak berganjak dari meja study.Dia sedang sibuk menelaah kerana dua hari lagi dia akan menduduki ujian.Akif nampak Afeeya memang tidak mengendahkan kehadiran dia disitu.Sah,Afeeya masih marah.Talifon bimbit,jam tangan dan kunci kereta Akif letak ditempat biasa.Baik dia membersihkan diri dahulu.Tubuh sudah belenggas.Afeeya lega Akif tidak menganggu tumpuannya.Lelaki itu nampak letih.Afeeya tidak tahu Akif dari mana dan berjumpa siapa.Pagi tadi,dia bangun,lelaki itu sudah tiada.Afeeya teringat ungkapan Akif pagi tadi dan malam kejadian.Afeeya tidak salah dengar dan dia dalam keadaan sedar.Akif serius atau sekadar berkata tanpa berfikir.Afeeya mengeluh sendiri.Buntu. "Panjang mengeluh" Terkejut Afeeya bila Akif sudah berdiri dibelakang kerusinya dengan hanya bertuala.Mengigil Afeeya rasa.Takut jika Akif buat seperti semalam lagi. "Feeya..releks. You kenapa ni?"Tangan Afeeya digenggam.Akif melutut disisi Afeeya.Melihat Afeeya yang diam membisu.Afeeya takut pasal kejadian semalam ke?. "Nothing..Boleh lepaskan tangan i  tak" Perlahan-lahan Akif melepaskan tangan Afeeya tetapi dia masih lagi duduk melutut menghadap Afeeya.Afeeya tidak berani menjeling lelaki yang super hot itu.Dengan rambut basah.Dia sudah lihat segala-gala milik Akif semalam.Afeeya cepat-cepat mematikan khayalan dikepala.Dia tidak boleh lemah.Akif mungkin sudah menyihir dia.Afeeya rasa ingin menjerit. "Sorry pasal semalam..I tak sengaja" Rasa ingin dimaki-maki sahaja Akif.Tak sengaja?Mudah benar Akif memberi alasan. "Tak sengaja?You tahu tak apa you dah buat pada i?"Akif mengigit bibir.Menunduk seketika. "Benda dah jadikan..You wife i.Tak ada apa yang berubah" "I malu dengan Farish..I dah tak suci..Semua gara-gara you"Bentak Afeeya.Dia ingin bangun tapi ditahan Akif.Akif mengangkat dagu Afeeya kearahnya. "Malu?Dengan i,dengan tuhan you,you tak malu..Dia tu siapa?I dah penat layan you sampai i jadi dayus.Biarkan isteri i leka dengan lelaki lain" Suara Akif sedikit mendatar.Dia tidak mahu terlalu keras dengan Afeeya.Cukuplah semalam dia lihat Afeeya sakit kerana dia. "Tapi i tak cintakan you"  "You sure?" Tanya Akif.Akif tersenyum.Tak cinta tapi layan juga semalam. "Yes..." "Tak apa..I akan buat you falling in love with me.."Bisik Akif sebelum bangun.Afeeya rasa wajahnya kebas bila Akif hampir dengan dia begitu. "Jangan mimpi..You dah ada Dian" Akif tersenyum sinis.Berlalu kesudut bilik pakaian. "I dah lama break off dengan Dian.Cuma tak beritahu you..And i love you more than her" Suara Akif jauh tapi masih dapat didengari dengan jelas. Afeeya tidak bersuara lagi.Tidak percaya dengan omongan Akif. Lelaki itu sengaja mereka-reka cerita.Entah bila Dian dan Akif putus.Tiada angin,tiada ribut.Setelah berpakaian,Akif berbaring diatas katil.Membuka tabletnya.Akif perlu menghantar laporan berkenaan perjumpaan dia dengan clients siang tadi.Dia tidak suka bertangguh-tangguh. "You nak pergi mana bawa bantal tu?"Bantal yang ingin Afeeya ambil,Akif tarik semula. "Tidur disofa bed.You tidurlah atas katil" "Jangan mengada.tidur dengan i"  "You ni..suka-suka hati nak mengarah-arah i kenapa?" Bentak Afeeya.Tapi dia tidak berani melebih-lebih.Takut Akif naik angin pula nanti. "Sebab you isteri i.." "I ada Farish tau" Kata-kata Afeeya tidak dilayan.Akif memberi isyarat supaya Afeeya naik keatas katil. "I bukan nak suruh you layan i..Lagipun i tak kisah pun you ada Farish ke sebab i nak you putus dengan dia" Tablet diketepikan.Tumpuan dia pada Afeeya yang masih berdiri di tepi katil. "Apa?" "Nak i ulang..I nak you break dengan dia atau you nak i yang cakap sendiri dengan dia?"  "Kenapa suddenly you buat keputusan macam ni Akif.Pasal semalam tu,kita lupakan.Tapi i tetap akan teruskan hubungan i dengan Farish" Afeeya benar-benar tidak puas hati dengan Akif.Lepas satu,satu Akif buat. "You degil teruskanlah..I tahu nak buat apa" Kali ini,ugutan Akif,Afeeya tidak rasa itu main-main.Lelaki itu kelihatan tenang seperti tiada apa membuatkan Afeeya bertambah geram. "Ingat Feeya" Afeeya mengetap bibir menahan marah.Akif memang sudah hilang akal.Setan apa agaknya yang merasuk Akif sekarang ini. "Apa masalah you ni ya?" "You nak i paksa macam semalam?" Afeeya menelan air liur.Takut dengan pandangan Akif. "Sampai hati you buat i macam ni..."Afeeya rasa ingin menangis bila diperlakukan begitu.Akif fikir dia patung agaknya. "I nak you tahu apa yang buat selama ni salah..I suami you Feeya..."Afeeya hilang kata-kata..Rasa ingin pengsan bila Akif duduk bersila diatas katil menghadap dia.Afeeya terpaku.Dia akui yang Akif cukup sempurna,wajah,tubuh,segak,berkerjaya dan berharta.Apa lagi seorang wanita ingin dari seorang lelaki seperti Akif.Cuma dia sudah Farish.Kenapa dari dulu keluarga mereka tidak cakap yang bila sudah besar dia kena bernikah dengan Akif.Jika tahu dari awal,dia tidak akan bercinta dengan lelaki lain. "I cintakan you Feeya..i tak tipu.." "Dian?" "You isteri i..You sahaja yang layak i cinta"Akif bangun melutut.Mencium kepala Afeeya lama.Dia kemudian bangun menuju ke pintu bilik. "I tak akan paksa you layan i lagi macam semalam.Sorry buat you sakit"Ucap Akif sebelum keluar dari bilik.Afeeya mengetap bibir. "Arghhhh!"Afeeya menyebam wajah ke bantal.Dia sudah terikat dengan lelaki itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD