Sudah dua hari Akif tidak menegur Afeeya,balik pun lewat malam.Tidak tahu angin apa lelaki itu.Benar kata bidalan,habis manis,sepah dibuang.Akif sudah dapat apa yang dimahukan dan sekarang,dia sudah tidak dipedulikan lagi.Afeeya merenung ke tasik .Apa akan jadi pada dia.Afeeya malu hendak berhadapan dengan Farish. Afeeya menarik-narik jari runcingnya,menahan rasa yang sedang berkecamuk.Afeeya benci Akif.Jika boleh,Afeeya hendak sahaja keluar dari rumah mama.Hendak lari dari Akif. Talifon bimbit Afeeya berbunyi.Nama Farish naik lagi untuk kesekian kalinya.Afeeya tahu Farish bimbang kerana dia menghilang dua hari ini.Afeeya mengambil cuti sakit tanpa maklumkan pada Farish.Afeeya sudah dua hari tidak masuk kelas.Dia mahu menenangkan fikiran.Masih belum redha dengan apa yang terjadi.Nanti baru dia akan mencari lelaki itu semula.
"Hurmm,macam mana kalau Akif cerita pada Farish?"Teringat amaran Akif dua hari lepas membuatkan Afeeya bertambah rungsing.Jika itu terjadi,sudah pasti Farish akan kecewa.Sakit kepala Afeeya.
"Afeeya...?" Afeeya menoleh wanita bertudung labuh kuning cair itu.Lama diamati wajah wanita itu.
"Pia?" Tanya Afeeya inginkan kepastian.Safia mengangguk.Lain sungguh sepupu Akif itu sekarang.Dulu Safia seperti dia juga.Pakaian hanya tutup mana yang perlu.Sejak berkahwin dengan ustaz,berubah terus 360 darjah.
"Buat apa kat sini Feeya?" Tanya Safia pelik.Jauh Afeeya berjalan.
"Saja,makan angin.Keisha mana?Tak bawa..Rindu dengan budak montel tu" Keisha anak tunggal Safia dengan bekas suami.Bila ingat semula kisah Safia,boleh jadi benci Afeeya dengan lelaki.Suami tidak guna,sanggup menjual isteri demi perniagaan yang tak seberapa.Padan muka perniagaan lelaki tak guna itu lingkup terus.
"Dengan Abi dia.Akif mana?Sorry tak datang wedding korang.Masa tu Keisha demam"
"Tak apa.Kami buat kecil-kecilan jer.Tahulah opah macam mana kan?"Safia ketawa kecil.Teringat cara opah mereka jika mula membebel.
"Akif okay?"Lambat-lambat Afeeya mengangguk.
"Ada masalah dengan Akif ke?Ke Akif masih lagi dengan Dian?"Teka Safia.Semua mereka sedia maklum hubungan Akif dan Dian.Tapi Safia tidak pasti jika Akif masih meneruskan hubungan dengan Dian setelah bernikah dengan Afeeya.
"Taklah..Kami okey jer.Biasalah kalau gaduh sikit-sikit"
"Ermm,Feeya...Dalam rumahtangga ni kena tolak ansur.Kurangkan ego.Kita sebagai isteri ni kena utamakan suami.Jangan jadi nusyuz.Tak cium bau syurga nanti" Afeeya tersenyum kelat.Lagi-lagi Afeeya dengar nasihat yang sama.
"Kau rasa aku ni isteri yang baik tak Pia?" Lama Afeeya dan Safia diam.Mereka melemparkan pandangan ketengah tasik.
"Kenapa kau cakap macam tu?"Afeeya dari kecil berkawan dengan Safia.Dia tahu Safia jenis yang bagaimana.Mungkin hatinya akan lega bila dapat berkongsi masalah dengan Safia.
"Aku dengan Akif sama-sama ada orang lain..rumahtangga kami ni fake"
"Maksudnya,Kau dengan Akif kahwin sebab Mak lang dengan Mummy Rita yang arrange?" Afeeya mengangguk dan Safia pula menggeleng.Afeeya dan Akif buat main-main soal nikah kahwin.
"Feeya..Aku dulu,kahwin sebab cinta sangat dengan Razak.Sedang aku tahu Razak tu macam mana.Useless,drunk,drugs addicts..Lagi malas aku nak ungkit.Tak baik sebab benda dah lepaskan.."
"Maksud kau,cinta sahaja tak janjikan bahagia?" Safia tersenyum.
"Ingat,reality life bukan macam dalam drama.Kau tetap kena layan Akif tu walau kau tak cinta dia.Berdosa tau" Jelas Safia dalam nada bergurau.Afeeya ketawa kecil.Faham maksud Safia.Terbayang-bayang wajah Akif malam itu.Afeeya mengigit ibu jarinya.Kenapa pula dia terfikir sampai kesitu?Apa Akif sudah buat pada dia?Afeeya,wake up.
"Aku buntu..Sampai bila nak macam ni"
"Nafkah Zahir batin dia tak abaikan kan?"Safia cuba memancing.Mahu tahu juga sejauh mana masalah Afeeya dan Akif.
"Tak agaknya" Safia ketawa menutup mulut.
"Kalau macam tu.Tak besar sangat masalah tu.Aku tak nasihatkan kau lupakan cinta lama kau Feeya.Tapi kau wajib taat dengan Akif tu walaupun dia ada perempuan lain" Nasihat Safia cuba Afeeya hadam.Walau dia kurang bersetuju tetapi itu lah kenyataannya.Seorang isteri wajib taat pada suaminya.Tapi dia?Tidak pernah dia menghormati hati Akif.Dia hanya fikirkan hati dan perasaan dia sahaja.Afeeya lupa akan dosa kerana dikaburi cinta pada Farish.Dia lebih fikirkan tentang Farish dari Akif.
"Nanti aku fikirkan macam mana"
"Hey,jangan fikir-fikir sangat.Ikut sahaja hukum alam Feeya..Wanita tak boleh dua suami.Nanti anak lahir,tak tahu benih siapa" Kali ini Afeeya yang ketawa.Sampai kesitu Safia.
"Lawak la kau ni.Tak berubah-ubah"
"Appearance aku sahaja Feeya.Aku tetap sama..Berubah untuk kebaikan tu dituntut" Afeeya mengangguk,setuju.Lihat cara dia berpakaian,malu. Sampai bila semua yang ada pada dia hendak ditayang-tayang.Farish suka dia up to date begitu tetapi tidak Akif.Akif dari dahulu lagi cukup tidak berkenan dengan pemakaian dia.Dia sahaja yang buat tidak endah.
"Erm.Thanks Pia.Lega aku dapat share dengan kau"
"Aku ada six sense kan?Biasa dulu kan bila kau ada masalah jer aku muncul.Macam ada telepati pula" Kedua wanita itu ketawa. Seronok dapat berbual dengan Safia.Mereka sempat makan ais krim di tepi tasik,sambil sambung berbual tentang masa kecil mereka.Afeeya terlupa seketika masalah dia,Akif dan Farish.
**********
"Baru balik Feeya?"Tegur Dato Mirza bila Afeeya muncul dimuka pintu.Semua sudah ada dimeja makan.Akif juga ada.Awal pula lelaki itu pulang.Biasa susah nak nampak muka Akif dimeja makan.
"Ya Ba..Tadi Feeya jumpa Pia" Beritahu Afeeya teruja.Akif tersenyum.Safia datang juga jumpa Safia disana.Tadi Akif mengikut kereta Afeeya dari belakang.Kebetulan Safia tinggal di kawasan tasik itu.Jadi,Akif mohon Safia cuba menyelami hati Afeeya pula.Mana tahu Afeeya hendak berkongsi apa yang wanita itu rasa.Akif ada juga berjumpa suami Safia untuk mendapatkan nasihat dalam bab-bab agama.Itu kadang-kadang terkeluar juga cerita dia dan Afeeya.
"Iya?Sihat tak dia?"Sampuk Datin Nora.Afeeya mengambil tempat disebelah Akif tetapi sedikitpun dia tidak menjeling suaminya itu.Akif dianggap seperti tidak wujud disitu.
"Sihat Ma..Tengah pregnant second baby"
"alhamdulillah..mesti cute nanti macam Keisha.Bila lah Mama nak timang cucu sendiri"
"Uhukk!"Akif tersedak mendengar kata-kata mama.Spontan Afeeya menggosok belakang Akif.Dia juga tersentak dengan soalan Datin Nora itu.
"Tersedak Kif?Mama dah kepingin sangat tu" Usik Dato Mirza. Imani dan Jannah menahan tawa melihat muka Akif bekerut kerana tersedak.
"Tak senonohlah dia ni"Afeeya mengomel sambil menuang air kedalam gelas dan diberi kepada Akif.Akif meneguk hingga habis segelas.
"Mama cakap jerlah..Bukan mama paksa.Ada rezeki,adalah" Risau pula Datin Nora,takut Afeeya terasa hati.Bukan niat dia hendak membuka cerita tentang cucu tapi normal sebagai orang tua.Mereka mengharap anak menantu dapat memberi mereka cucu secepat mungkin kerana rumah sebesar itu sunyi tanpa anak kecil.
"Mama suruh Kak Long kahwinlah ma..Cepat dapat cucu" Sakit hati Akif melihat Imani mengejek dia.
"Eh,apa kena mengena dengan kita pula?"Marah Imani.Dia tidak termasuk dalam cerita itu.Kini dia pula menjadi sasaran.
"Betul juga tu?Umur nak 30 tahun.Cari sahaja lah ganti Herry tu.Nak tunggu apa lagi?" Imani menjeling.Tak pasal-pasal dia yang kena.Bukan dia tidak mahu cari pegganti tetapi hatinya masih belum terbuka untuk menerima cinta baru.Lagipun dia sibuk dengan kerja dipejabat.Tiada masa untuk fikir soal cinta.
"Baba suruh Akif balik uruskan company kita,Imani kahwin" Imani tahu Akif tidak akan buat begitu.Dia kenal sangat dengan Akif.
"Akif..balik lah..Tolong Kak Long tu..Ni,sanggup kerja dengan Pak Ngah dari Babah" Akif tidak menjawab.Dia rasa semua tahu,dia tidak akan merubah pendiriannya untuk berdikari.
"Tak apa lah Babah.Nanti bila Feeya habis study,Feeya tolong Babah dengan Kak Long boleh?" Akif menjeling Afeeya.Pandai-pandai Afeeya buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan dia dahulu.
"Kak Long setuju. Beritahu sahaja nak masuk department mana.." Ujar Imani gembira.Memang dari dahulu lagi dia sudah tawarkan Afeeya bekerja dengan mereka kerana Imani tahu keupayaan Afeeya.
"Ikut field Feeya la Kak long.."
"Eh,banyaknya berbual..Makan dulu.Lepas ni kita boleh coffee coffee.." Datin Nora mula bersuara bila Afeeya masih tidak menjamah makanan kerana asyik berbual.
***********
Kertas bersepah bila Afeeya masuk kedalam bilik mereka.Apa agaknya sedang Akif kerjakan sampai berantakkan begitu.Hendak bertanya Afeeya malas.Sakit matanya lihat.Kertas yang terjatuh Afeeya kutip satu persatu.Banyak kertas yang sudah berconteng.Mata Afeeya tertancap pada sehelai kertas yang tertulis,
Afeeya,i love you so much..Miss everything about you
Afeeya tidak sedar dia tersenyum sebelum meletakkan semula kertas itu diatas meja.Afeeya tidak mahu melayan perasan.Tidak lama kemudian,Akif masuk kebilik dengan membawa mug berisi air kopi kebilik.Hendak menyambung kerja agaknya.
"You tak pergi kelas?" Tiba-tiba Akif yang sudah dua hari bisu mula membuka mulut.
"I MC" pendek jawapan Afeeya.
"You sakit ke apa?" Risau juga Akif.Afeeya tidak mengadu apa-apa pula.Biasa wanita itu jika demam,melepek.Tapi Akif lihat elok sahaja.
"Tak.."
"Then..?" Afeeya menggaru hidung yang tidak gatal.Malas hendak bersoal jawab dengan Akif.
"Tak ada mood.."
"Sebab hal hari tu ke?" Jarang Afeeya tidak hadir kelas jika tiada perkara penting.Shima mesej dan telefon juga Afeeya tidak jawab.
"Jangan sebut lagi boleh?"Bentak Afeeya.tidak senang bila Akif masih sebut tentang kejadian itu.
"I pun tak nak sebut tapi you yang paksa i sebut..You menung sana sini,boleh pusing waktu?"
"Ni semua salah you!"Afeeya bengang dengan Akif yang memaksa dia bersuara.
"Salah i?Salah sebab i cari hak i?" Akif sedaya upaya mengawal suaranya.
"Apa hak you buat i macam tu?" Akif mndengus.sebab itu dia malas hendak buka mulut kerana dia tahu akan membuahkan pertengkaran.Afeeya keras kepala.
"I suami you tau Feeya.I ingatkan sekali lagi..I suami you.Yang you sayang dan cinta tu tak ada hak keatas you.."Bahu Afeeya digoncang lembut.Bahasa apa lagi yang Akif hendak guna untuk buat Afeeya faham.
"You tak boleh paksa i untuk terima you faham?" Tangan Akif dibahu Afeeya tepis kasar.
"I tak minta you bagi hati you pada i tiba-tiba..At least belajar cinta i"
"No..."
Trut..trut....
Akif berundur,melangkah kemeja sisi katil mengambil talifon bimbitnya.Dian.Mahu apa lagi Dian.Hari ini sahaja sudah bepuluh kali Dia menghubungi dia walaupun dia tidak menjawab.Akif megerling kearah Afeeya.Melangkah kearah beranda bilik.Akif merapatkan sliding door.
"Dian..Kata tak ada apa-apa lagi" Getus hati Afeeya.Bukan main jauh menjawab talifon.Jika tidak salah Afeeya,Dian akan pulang minggu hadapan.Lepas ni,Akif akan berkepit sahaja dengan Dianlah.Dia entah Akif hiraukan lagi atau tidak.
Dalam 15 minit kemudian,baru Akif masuk semula dengan wajah kelat.Afeeya tidak berani menegur.Talifon Akif lempar ketilam sebelum turut menhenyakkan tubuh ke tilam.Dian mahu jumpa Akif esok.Jika Akif tidak jumpa,Dia mengugut hendak datang ke pejabat Akif.Akif tidak mahu Dian membuat kecoh dipejabatnya.Jadi,esok mereka akan bertemu ditempat biasa.Akif harap,itu pertemuan terakhir mereka kerana selepas itu,Akif mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada Afeeya.