Bab 20
Lama Dian menunggu Akif.Lelaki itu tidak pernah lambat jika sudah berjanji.Sudah jam 11.30 tetapi Akif masih juga tidak muncul-muncul.Sakit hati Dian.Jika Akif tidak datang,dia sendiri yang akan menyerbu pejabat Akif.Sejak kejadian di Paris beberapa bulan lepas,Akif terus hilang.Segala pesanan menerusi whatapp,panggilan talifon,semua Akif tidak jawab.Semalam sahaja entah mimpi apa Akif mengangkat panggilan talifon dari dia.Dian tekad mahu memujuk Akif walau apa jadi sekalipun.Dia mahukan Akif semula.Hidupnya kucar kacir selepas ditinggalkan Akif.Dian tidak boleh tanpa lelaki itu.
"Hai..Lama tunggu"Akif duduk dikerusi menghadap Dian Awina.Wanita yang pernah dia cinta bagai hendak gila.Lima tahun mereka menjalin hubungan yang sia-sia.Buang masa bagi Akif.
"Lama juga..Kesian i..Dahlah balik you tak ambil" Adu Dian manja tetapi tiada reaksi kasihan dari Akif.Lelaki itu kelihatan sangat dingin.Dian merenung Akif lama.Lelaki itu makin segak.Gaya rambut juga sudah berubah.
"You nak apa jumpa i Dian?I busy" Akif mengerling jam ditangan tanda dia tidak banyak waktu.
"You memang tak nak jumpa i lagi ke?Masih marah?Tak cintakan i lagi?" Tangan Akif dimeja Dian cuba capai tetapi lelaki itu mengelak.Menarik tangan dan sandar ke sisi kerusi.
"I rasa hubungan kita dah jelas.I dah tak boleh nak get back dengan you.."Akif beterus terang agar Dian faham.Semua sudah jelas dari malam Dian curang padanya.Hati Akif sudah tertutup buat Dian Awina.Pujuk rayu lah bagaimana sekalipun,Akif tidak akan cair.Kerana hati dia sudah beku.Hanya tinggal untuk pecah bederai.
"I tak percaya you boleh lupakan i macam tu sahaja?" Ujar Dian dengan nada bongkak.Jika Akif tidak cintakan dia,sudah lama Akif tinggalkan dia sewaktu dia membatalkan pernikahan mereka dahulu.
"You yakin sangat hati i ni untuk you sahaja.Sebab tu you take for granted.."Kata-kata Akif sungguh tenang.Tiada rasa kesal meninggalkan Dian untuk wanita seperti Afeeya.
"I kan dah kata,kejadian tu salah faham.I tak ada apa-apa dengan lelaki tu.I tak buat apa-apa?" Dian cuba menyakinkan Akif walau dia tahu harapan tipis kerana semua jelas didepan mata.Sekurang-kurangnya dia mencuba.
"I bukan budak tadika you nak bodoh-bodohkan Dian.I dah maafkan you sebab buang masa i.Dan i tak nak you ganggu hidup i lagi" Dian menakup wajah menahan tangisan.Akif tidak boleh buat dia begitu.Mereka sudah lama bercinta.Semua orang pernah buat silap.Dia juga tidak terlepas.Akif jauh dan dia sunyi.Damian sahaja yang sering menghiburkan hati dikala sunyi.
"Hurm..I tak boleh hidup tanpa you Akif..Please.."Rayu Dian.Dia tidak peduli padangan orang sekeliling.Biar orang kata dia muka tak malu.
"You boleh.Kalau tak,you tak buat macam tu"
"Tapi Akif.."
"Dian..lupakan i.Kita memang tak ada jodoh" Dian menggeleng.Air mata sudah tumpah.Akif langsung tidak buka ruang untuk dia.
"Kenapa kita tak boleh start all over again Akif?"
"Sebab i dah kahwin...i suami orang"Bagai ditampar,Dian mengangkat muka merenung mata Akif meminta penjelasan lanjut.Mana mungkin Akif kahwin dengan orang sedangkan Akif mencintai dia.
"Kenapa?"
"Family arrange..Actually, i ke Paris jumpa you pun my wife yang arrange sebab nak beri i jumpa you.Tapi apa yang you buat?You curang dengan i" Dian tergamam.Apa yang Akif cuba sampaikan pada dia.
"Maknanya you yang lebih dulu curang pada i?"Akif tersenyum sinis menggeleng.Sudah agak,Dian akan menembak dia semula bila dia beritahu hal sebenar.
"I dah kata,family arrange.You tahukan mama tak suka you tapi i degil..I kahwin dengan wife i sebab nak tutup relationship kita.."Jelas Akif panjang lebar.
"Siapa dia?" Dian ingin tahu siapa wanita yang berani merampas Akif dari dia.Dia akan cincang-cincang wanita itu sampai lumat.Lihatlah.
"Afeeya..."
"Budak yang mama you bela tu?I dah agak dah yang dia memang ada hati dengan you dari dulu" Ucap Dian dengan wajah penuh kebencian.Dari dulu dia tidak suka pada Afeeya.Musuh dalam selimut.Pura-pura baik dihadapan dia.
"So,kalau family arrange,mesti you tak ada hati pada dia kan?You pernah sentuh dia?" Dian inginkan kepastian soal itu.Akif tidak boleh disentuh sesiapa selain dia.
"Sebelum you hancur remukkan hati i,memang i tak buka hati untuk Feeya..But now,she is my everything" Ujar Akif beterus terang.
"You..." Dian mengenggam penumbuk,menahan geram.
"Bagaimana rasa bila tahu ada perempuan lain yang bersama i? Sakit?" Senyuman Akif makin meleret.Puas hati bila lihat Dian marah sebegitu.Akif mahu Dian tahu,tidak selalu peluang akan datang.Dia sudah beri Dian peluang kedua tiga tahun lalu.Tapi apa yang Dian buat untuk terakhir kali,amat menyakitkan.
"I tahu you buat semua ni sebab you dendam dengan i kan?.Bukan sebab you cintakan perempuan tu" Akif memejamkan mata sekejap.Menarik dan menghembus nafas panjang.
"Tak..I cintakan Afeeya.."
"Tak mungkin Akif..You tipu.I tak kan biarkan perempuan tu rampas you dari i" Dian mehendak meja hingga menyebabkan meja bersebelahan mereka menjeling.Tidak selesa dengan perbuatan Dian.
"I rasa dah tak ada apa-apa untuk dibincangkan.One more.I tak nak you dekat-dekat dengan Feeya.Dia tak salah sikit pun.Malah i bersyukur sebab family i jodohkan kami" Akif bangun dari kerusi untuk beredar tetapi cepat-cepat Dian mengejar langkah Akif.
"Akif..Please AKif,jangan buat i macam ni.You nak i buat macam mana?I sanggup buat apa sahaja untuk you but please.Jangan tinggalkan i"Rayuan Dian tidak Akif endahkan.Ditolak tangan Dian yang bergayut dilenggannya.Akif rimas.Dengan pandangan orang lagi.
"Sorry Dian.i hope you jumpa lelaki lebih baik dari i" Akif meneruskan langkah.Membiarkan Dian terjelepuk dilantai.Hilang malu Dian.Tidak peduli dengan pandangan orang di luar restoran itu.
"Bodoh..Jahanam punya perempuan..Siap kau Afeeya.Jangan harap kau nak bahagia dengan Akif.Dia aku punya" Bentak.Dian perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan Akif semula.Dia tidak akan membiarkan kekasih hatinya dirampas.Jika Dia tahu,dahulu lagi dia sudah kerjakan Afeeya.Sudahlah menumpang.Kekasih orang juga ingin dirampas.Memang tidak tahu malu.
********
"Encik Akif.Boleh tolong sign voucher ni tak?" Akif berhenti melangkah.
"Yang mana satu?" Akif membelek beberapa keping Voucher yang dihulur Sara.Semua itu claim pekerja.Akif menarik kerusi milik Sarah sambil masih memerhatikan isi kandungan voucher.Takut Sara tersilap buat.
"Semua.Encik Shamil punya yang penting,Big amount.Nanti dia bising" Kepala yang tidak gatal digaru.Sara tersenggih.
"Ni tak lunch ke?Semua dah keluar"Pelik Akif,Sara selalu sahaja tidak keluar makan.
"Malas Encik Akif"
"I malas?" Sengaja Akif bergurau.Niatnya untuk buat Sara lebih rasa selesa dengannya.Sara ketawa kecil.Kelakar pula Bos dia yang kacak bergaya ini.
"Maksud saya..Saya malas turun lunch" Akif ketawa kecil.Lurus betul Sara.
"Ke,elaun tak masuk lagi..Jom ikut i lunch.I pun tak makan lagi ni" Sara ragu-ragu untuk menerima pelawaan Akif.Ramah semacam pula bosnya hari itu.
"Tak sudi?"
"Malu.Nanti apa orang kata.Saya dahlah budak intern jer" Akif ketawa melihat reaksi Sara. Apa yang hendak ditakutkan sangat.Dia pun sudah biasa makan dengan staff kerana malas hendak keluar dari kawasan pejabat.Hendak keluar ke parking kereta pun jauh.Tak ada masa Akif hendak redah jam semata-mata hendak makan tengahari.
"I boleh kata hari-hari makan dengan Damia.Dia tak kisah pun.Isteri orang lagi.Come on Sarah.Jom.i ajak sekali jer ni.next time belum tentu lagi" Ajak Akif.Dia tidak suka lihat pekerja dia tidak makan. Bukan tiada pekerja yang meminjamkan duit dahulu dari akif tetapi dia tengok-tengok juga.Tidak mahu mengajar.
"Kalau macam tu baiklah.Saya letak atas meja dahulu" Voucher yang sudah Akif tanda tangan,Sara letak semula diatas meja.Gugup hendak makan bersama bos.Dia takut jadi bahan umpatan pula nanti.Selepas membuat pesanan,Akif sambung berbual dengan Sara.Baru dia tahu,Sara asal dari utara tanah air kerana tidak dengan pula bunyi-bunyi loghat utara yang keluar dari percakapan Sara.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam..Farah..Mana tahu abang kat sini?" Wajah Farah agak kurang senang dengan kehadiran Sara disitu.Susah payah dia datang untuk menghantar bekal buat Akif.
"Damia beritahu abang kat sini" Tanpa dipelawa Farah duduk disisi Akif.Sara cuba memaniskan muka.Dia tidak pasti apa hubungan Akif dan wanita yang memanggil bosnya abang itu.Hendak kata adik beradik,wajah tidak sama langsung.
"Sara..Ni Farah.Adik angkat i..Farah,ni Sara,staff internship abang" Farah menyambut huluran salam Sara dengan senyuman kelat.Cantik.Dia rasa tercabar.Sara dapat rasakan yang Farah tidak senang dengan kehadiran dia disitu.
"Petang ni abang datang gym tak?Lama abang tak datang..Oh ya.Ni Farah ada bawakan abang bekal.Abang kan malas nak makan" Akif menggeleng dikenakan oleh Farah begitu.Bekal yang dibawa Farah Akif buka.Takut nanti merajuk pula Farah jika dia letak ketepi terus.
"Petang ni tak..Abang busy.Tengoklah nanti.Bila free abang datang.Farah tak ada kelas?"
"Tak..Dah habis.Farah teman abang ya?" Akif mengangkat kening.Mana boleh Farah duduk dibilik dia.Nanti apa orang kata.
"Encik Akif bukan ada meeting ke pukul 2 sampai 4.30 ni?" Sara yang perasan Akif seperti serba salah mula memainkan peranan.Lagipun memang dia ada lihat jadual Akif didalam komputer Damia pagi tadi.
"You PA Encik Akif ke?Setahu i ,Damia.." Soal Farah kurang senang.
"Tak.Tapi saya duduk dimeja sebelah Kak Damia.Kadang-kadang nampaklah" Sara cuba buat muka ceria.Walhal dia agak meluat dengan perangai Farah.Lebih sudu dari kuah.
"Farah..Dia internship student.So,semua benda dia patut tahu" Farah mengetap bibir.Akif menangkan Sara dari dia.
"Ya la..Kejap lagi Farah balik" Akif ketawa kecil melihat wajah ketat Farah.Macam-macam.