Chapter 21

1294 Words
Bab 21 Mata Akif terkebil-kebil.Sudah beberapa kali Akif cuba melelapkan mata.Semua serba tidak kena.Dijeling kesebelah,Afeeya sudah lena dibuai mimpi. Akif mengalihkan bantal peluk yang diletakkan ditengah-tengah oleh Afeeya sebagai sempadan.Buat sementara waktu itu,Akif memang tidak mahu berlebihan dengan Afeeya walaupun kadangkala,naluri lelaki dia sangat meronta-ronta.Akif tidak mahu Afeeya jadi takut pada dia. "Feeya..feeya.." Akif berpaling menghadap Afeeya dalam posisi berbaring.Diusap lembut rambut Afeeya sambil merenung wajah polos milik wanita yang semakin dia cintai itu.Akif rindu hendak bergurau dengan Afeeya,sekarang ini,Afeeya dalam mood marah lagi.Pantang Akif buka mulut,mesti terjadi pergaduhan.Kepala afeeya dikucup lama sebelum merangkul tubuh wanita itu erat. Akif tersenyum bila Afeeya membalas rangkulannya.Mungkin Afeeya fikir bantal peluk agaknya.Akif hanya membiarkkan sehingga dia sendiri terlelap.Bila Afeeya terjaga,dia lihat Akif sudah tiada.Sejak akhir-akhir itu memang Akif selalu keluar awal dan balik larut malam.Rindu pula Afeeya pada Akif. Tuk..Tuk...Pintu diketuk.Siapa pula mengetuk pintu bilik dia pagi-pagi begitu. "Masuk" Dengan malas Afeeya beri kebenaran kepada si pengetuk pintu. "Tak bangun lagi...?"Shima menarik selimut.Tak malu betul Afeeya.Sudah jam sembilan pagi masih berselubung.Akif pergi kerja entah Afeeya tahu atau tidak. "Hurmm..Kau..Nak apa datang rumah orang pagi-pagi ni?" Shima menggeleng.Naik kekatil Afeeya tanpa kebenaran. "Kau lah.beberapa hari senyap.Kelas tak datang.Kau tahu tak yang Farish tu sibuk jer cari kau.Naik rimas aku" Luah Shima.Dia lega lihat Afeeya sihat walafiat.tetapi yang menjadi hairan,mengapa Afeeya tiba-tiba menghilangkan diri sejak kejadian dimajlis hari jadinya kelmarin. "Aku tak ada mood.." "Eh,sedapnya kau.Final exam tak lama lagi.Ponteng pula dia" Bebel Shima.Afeeya bangun dan bersandar di kepala katil sambil menyaup wajah.Mengikat rambut yang sudah panjang keparas pinggang. "Aku MC.." "Kau sakit ke?Lama pula kau MC tu.." Shima meraba-raba dahi Afeeya.Tidak panas. "Kepala tak sakit tapi sini yang sakit" Afeeya memegang dadanya.Hati Afeeya masih sakit.Shima ketawa.Apa kena dengan Afeeya agaknya.Emosi semacam. "Amboi..Macam tu sekali marah.Pasal Akif ke Farish?"  "Akiflah..Siapa lagi?" Shima menggaru kepala yang tidak gatal.Apa Akif buat kali ini. "Apa lagi Feeya..?Dia buat apa sampai kau marah sangat ni?" Kali ini Shima memberi tumpuan kepada Afeeya.Mungkin ada sesuatu yang Akif buat hingga Afeeya marah begitu.Biasa apa sahaja Akif buat,Afeeya tidak lah marah hingga hilang dari radar begitu sekali lagi. "Aku tak tahu nak mulakan dari mana..Aku malu dengan Farish.."Dahi Shima berkerut.Cuba menafsir kata-kata Afeeya. "Akif ada buat apa-apa pada kau?Dia berkasar dengan kau ke?" Shima membelek-belek tubuh sahabatnya itu.Tiada kesan calar atau lebam.Mana tahu Akif berkasar dengan Afeeya.Lelaki,fikiran mereka sukar untuk dijangka. "Kau ni kan..."Afeeya menepis tangan Shima yang sibuk membelek wajah dan tubuhnya.Afeeya rimas. "Ialah..Apa dia buat sampai kau marah sangat..Malu dengan Farish lah" Malas Shima hendak berteka teki.Susah sangat Afeya hendak buka cerita. "Ke dia...?betul ke?" Shima cuba meneka.Jika sudah semua benda bukan.Afeeya mendengus.Mengangguk berat.Merah padam wajahnya malu. "Itu jer?" "Itu jer kau kata?Aku ni dah tak suci lagi tau" Bentak Afeeya geram.Shima tidak faham bertapa dia rasa hilang harga diri diperlakukan begitu. "Kenapa?Kau nak save untuk siapa?" Shima menyoal dengan wajah selamba.Shima ingatkan apa yang Akif buat sampai Afeeya marah begitu sekali. "Untuk Farish..Orang yang aku cinta" Seraya Shima menunjal kepala Afeeya sekali kerana tidak tahan geram. "Aduh..sakitlah..Kau ni kenapa?" Afeeya menggosok kepala yang ditunjal Shima. "Elok sangatlah Akif kerjakan kau tu..Eh,syukurlah suami kau yang buat macam tu.Aku.Apa nak malu dengan Farish.Dia bukan sesiapa..Malam yang kau khayal tu pun siapa agaknya yang buat kau jadi macam tu?Aku malas nak cakap dengan orang tak ada otak macam kau ni Feeya.."Panjang bebelan Shima.Susah hendak bagi Afeeya faham.Afeeya kalau cakap elok-elok bukan mahu dengar cakap. "Kau nak cakap,Farish cuba ambil kesempatan pada aku?" Shima diam.Tidak mahu menuduh tapi dia dapat rasakan yang Farish cuba mengambil kesempatan pada Afeeya. Malam itu cuma Farish dan kawan-kawannya sahaja yang menyediakan minuman. "Feeya.Allah dah hantar lelaki sebaik Akif tu untuk kau.Kalau kau tak jaga..Jangan salahkan sesiapa if one day orang ambil dia dari kau" Kata-kata Shima membuatkan Afeeya terdiam.Afeeya mengigit bibir sambil memintal hujung cadar.Dia peduli ke kalau Akif ada wanita lain. "Aku kawan kau,aku nak yang terbaik untuk kau.Aku tak suka Farish bersebab.Kalau kau dah gila sangat dengan Farish tu,minta cerai dengan Akif cepat-cepat.Jangan tambah dosa" Sambung Shima.Dia memandang wajah Afeeya yang sedang kalut itu.  "Cerai?"Afeeya mengangkat kening.Dia tidak pasti soal itu. "Ya,cerailah..Kau punya perjanjian tak ada tetapkan tarikh bila dia boleh ceraikan kau kan?" Shima terus-terusan melakukan provokasi terhadap Afeeya hingga menyebabkan sahabatnya itu hilang kata-kata. "Aku keliru.." "Kalau keliru minta pertunjuk..dah ada suami,buat cara dah bersuami.Kalau mummy tahu macam mana Feeya?"Itu satu lagi pekara yang paling Afeeya takutkan.Jika mummy tahu,matilah dia.Mujur Akif tidak pernah kata apa-apa bila Mummy menelefon mereka. "Ermm,bagi aku masa Shima.." "Fikirlah dalam-dalam.Kesian Akif"  "Kenapa semua orang asyik fikirkan perasaan dia tapi bukan aku" Tiba-tiba suasana menjadi agak sayu.Alamak.Shima menjadi serba salah.Afeeya kecil hati dengan diakah?.Dia tiada niat untuk sakitkan hati Afeeya.Dia cuma mahu Afeeya sedar.Apa yang Afeeya buat pada Akif itu tidak betul. "Feeya..bukan macam tu..Aku cakap ni,sebab aku sayang kau.Tapi kalau kau tak suka.Aku tak akan masuk campur lagi urusan korang" Shima bangun dari katil. "Shima..Janganlah merajuk..Aku merajuk,kau pun nak merajuk.Macam mana?" Afeeya mendepakan tangan minta Shima memeluknya.shima tersenyum.Lambat-lambat baru datang kepada Afeeya. "sorry buat kau risau" "Aku pun..sorry ya kalau cakap melepas..Kau degil sangat" Kedua wanita itu ketawa.Shima lega melihat Afeeya yang sudah agak riang semula. "Tadi mama suruh ajak kau keluar sebab dah berapa hari kau terperap dalam bilik ni.Kita pergi tengok wayang nak?"Bagus juga cadangan Shima.Afeeya sudah penat merajuk. "Tunggu aku siap" Dengan pantas Afeeya turun dari katil untuk bersiap.Muka dia pun sudah naik sembab kerana asyik menangis. ********** Hampir jam sembilan malam,baru Afeeya sampai dirumah.Dilihat Akif sedang duduk disofa dengan talifon ditangan.Rambut Akif masih basah.Pasti Akif baru pulang dari pejabat. "Lambat balik..Dari mana?" soal Akif. "I keluar dengan Shima"Beritahu Afeeya.Akif masih merenung Afeeya dengan serius. "kenapa pandang i macam tu?"Afeeya tidak suka pandangan begitu.Macam dia ada buat salah pula. "Nothing.I hope you tak tipu" "Kenapa?You ingat i jumpa Farish?"Tak percaya,tanya mama"Afeeya menggeleng geram.Malas hendak melayan cemburu Akif.Akif mahu percaya atau tidak,bukan masalah dia.Akif melemparkan talifon kesebelahnya.Akif tidak puas hati dengan jawapan Afeeya.Dia tidak pernah rasa insecure begitu sebelum ini.Kenapa dia jadi begitu cemburu.dengan Dian juga dahulu tidak begitu.Jika begini terus,pasti Afeeya makin jauh dari dia.Akif tidak mahu itu terjadi. "Afeeya...Tolong buatkan coffee i boleh?"Pinta Akif bila Afeeya sudah siap berpakaian. "Coffee?Dah pukul berapa ni?" Afeeya mengerling jam dinding. "I ada kerja malam ni" Wajah Afeeya berubah.Akif ketawa kecil,tahu apa yang bermain difikiran Afeeya. "You fikir apa?Tak nampak kertas yang berlambak atas meja ni...I nak buat kerja office i,bukan nak kerjakan you"Afeeya mencebik.Jika dia offer,mampu ke Akif untuk menolak. "I racunkan air coffee you tahulah"Akif ketawa lagi.Gelihati melihat wajah kelat Afeeya. "I sanggup kalau you yang racunkan i Feeya" "Mengada.Sekejap i buatkan"Akif tersenyum menggeleng bila dengar Afeeya mengomel sendiri.Sekurang-kurangnya Afeeya mahu juga melayan kehendak dia.Sementara menanti,Akif memulakan kerjanya.Dia jarang bawa pulang kerja pejabat kerumah.Tetapi banyak kerja yang perlu dia submit minggu itu juga. Tidak lama kemudian Afeeya masuk semula kebilik dengan membawa mug berisi air kopi kegemaran Akif. "Nah.."Afeeya meletak mug keatas meja sebelum berlalu. "Nak pergi mana tu?duduk temankan i" Pinta Akif.Menepuk bahagian kerusi disebelahnya. "Malas.I nak tidur" "Tidur sini.."Tangan Afeeya ditarik hingga wanita itu jatuh kepangkuannya, "Apa ni..Tadi kata nak buat kerja?" "Memanglah i nak buat kerja" Afeeya bangun tetapi Akif memberi isyarat sekali lagi supaya Afeeya duduk disisinya. "Tak nak.." "Feeyaa..."Akif menjeling Afeeya tajam. "Ialah..ialah..." Afeeya menghentak kaki,merungut bila diarah-arah Akif begitu. "Baringlah..." Akif menarik bahu Afeeya hingga kepala wanita itu jatuh kepahanya.Afeeya terpaku.Gumam,malu..semua menjadi satu.Lama baru Afeeya membetulkan kepala,mencari posisi yang selesa. "Tidur?"Tanya Akif bila Afeeya diam. "Belum.Tengah berfikir" "Fikir apa..?"Sesekali,sebelah tangan Akif mengusap rambut Afeeya lembut. "Nothing..You buatlah kerja you dulu" Akif menghela nafas panjang.Afeeya masih tidak mahu bercakap dengan dia lagi. "i am sorry about that night.I loose myself. I promise, that will never happen again"Kata-kata Akif membuatkan airmata Afeeya hampir tumpah.Semua sudah terjadi.Masa tidak mungkin akan dapat diundur semula.Mahu tidak mahu,Afeeya perlu menerima kenyataan itu walau pahit. "Jangan asyik berjanji" "I cintakan You Feeya..."Afeeya tidak menjawab.Membetulkan posisi kepala dan membiarkan Akif tetap membelai rambutnya.Akif yang malam itu sangat berbeza dengan Akif yang berada disisi dia saat itu.Afeeya keliru.Apa yang Akif buat malam itu nafsu atau cinta.Sejak bila Akif mula mencintai dia?.Tapi Afeeya sudah punya Farish.Tapi benarkah hati dia sepenuhnya milik Farish atau sebenarnya cinta dia pada Farish sudah lama goyah dek kerana perangai tidak matang Farish dan Akif datang tepat pada waktunya untuk cuba memasuki hatinya.Ah,Afeeya keliru.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD