Bab 22
Pagi itu,Afeeya turun awal membantu ibu mentuanya menyiapkan sarapan pagi.Sekarang,Afeeya jarang membantu kerja-kerja didapur kerana dilarang Datin Nora.Datin Nora mahu Afeeya menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir.Datin Nora faham kesibukan anak menantunya.Dia tidak pernah rasa terbeban kerana ada pembantu rumah yang boleh membantu.
"Akif dah bangun Feeya"Tanya Datin Nora.
"Tadi Feeya turun,belum lagi Ma..Semalam,Akif stay back buat kerja office" Datin Nora menggeleng.Akif masih tidak berubah.
"Asyik bawa balik kerja office jer.sibuk sangat ke dia?"
"Dah tengah tahun Ma..Biasalah.Mana-mana company pun busy"Sampuk Imani yang sedang menyiapkan meja makan.
"Tapi janganlah bawa balik kerja kerumah..Jannah esok jangan jadi macam Kak Long dengan Angah tau"Pesan Datin Nora kepada anak bongsunya.
"Bukan senang nak senang Ma.Kan Baba selalu ingatkan"Afeeya pula bersuara.
"Jannah nak jadi cikgu tak bagi"
"Ingat jadi cikgu tu tak busy nak oi.Opah tu kan Cikgu..Mama tahulah busy macam mana" Jannah memuncungkan mulut.Dia tidak berminat kerjaya seperti kakak dan abangnya.Tetapi disebabkan keluarga Dato Mirza memang dari keluarga orang meniaga,semua anak-anak mereka perlu juga meneruskan tradisi itu.Minat boleh dipupuk.
"Feeya,panggil Akif.Lagi setengah jam kita breakfast,tunggu babah sekali" Afeeya mengangguk.Dia naik keatas berkira-kira apa yang Akif sedang buat.Mungkin masih tidur lagi.Subuh tadi Akif bangun,Afeeya perasan tapi pagi tadi,dia lihat Akif sudah lena disebelahnya.Mungkin keletihan.
"Akif..Bangun..."Perlahan Afeeya mengejutkan Akif dengan mengoncang bahu Akif.Lelaki itu jarang bangun lewat.Biasa sekali kejut sudah bangun.Susah pula pagi itu Akif hendak bangun.
"Akifffff...bangunlahhhh!"Afeeya menjerit kecil ditelinga Akif membuatkan lelaki itu terkejut.Afeeya hampir jatuh dari katil.Mujur Akif pantas mencapai tangan Afeeya.Rasa hendak tercabut nyawa Afeeya kerana terkejut.Kuat betul tolakkan Akif tadi.
"Itulah..Lain kali kejutlah betul-betul..Jatuh tadi" Akif menyauk rambut yang terjuntai menutup dahi. Afeeya melarikkan lirikan matanya apabila sedar dia terpegun melihat wajah baru bangun tidur Akif.Oh,my god!Kacaknya.Engkau datang dari mana ni Akif Ikhmal?.
"I nak mandi.You dah mandi?"Pertanyaan Akif mematikan lamunan Afeeya.Terkebil-kebil mata Afeeya bila disoal begitu oleh Akif.
"Err..dahla.Kenapa?"
"Saja tanya.Kalau belum mandi,nak ajak you mandi sekali" Ujar Akif berseloroh.Merah padam wajah Afeeya.Akif memang miang.
"Tak ingin i" Akif tidak jadi berjalan ke bilik mandi,berpatah semula kearah Afeeya masih duduk dikatil.
"Betul tak ingin?"Akif membongkokkan badan bila sudah berada dihadapan Afeeya.Direnung kedalam mata coklat Afeeya sambil jarinya menyentuh dagu Afeeya.Untuk seketika pandangan mereka berlaga sehingga.
"Akif apa ni?"Wajah Akif ditolak bila jarak mereka hanya tinggal sejengkal.
"I nak you Feeya"Pinggang Afeeya Akif rangkul erat.
"I tak nak..please" Afeeya rasa rimas.Teringat kejadian malam itu.Afeeya jadi takut.Tangan Akif cuba dileraikan tapi makin kuat.Menyesal dia masuk tadi.
"Akif..I tak nak faham..."Kali ini suara ditekan.
"Kenapa?Sebab Farish?" Afeeya menelan air liur.Tiada jawapan.Pandangan Akif beralih.
"I tak ready" Akif melepas nafas panjang.
"Tak apa..I faham.Sorry.."Akif melepaskan rangkulan.Dikucup ubun-ubun Afeeya sebelum bangun dan berlalu.Akif tidak mahu memaksa.Mungkin Afeeya masih trauma.Apa pun,peluang masih ada selagi mereka masih bersama.Afeeya menarik nafas lega.Kemudian dia terfikir kata-kata Mama,Safia dan Shima.Dia menolak mentah-mentah permintaan Akif.Berdosakah dia?Dia masih belum lupa kejadian malam itu.Kadangkala dia jadi takut dengan Akif.Malam itu,Afeeya lihat sisi lain Akif.Lelaki setenang Akif boleh jadi begitu buas jika sudah marah.
"Akif,i turun dulu.Nanti siap terus turun..Breakfast.Semua tunggu you" Afeeya menjerit dari luar pintu bilik mandi.Dia tahu Akif dengar bila lelaki itu menutup seketika pili air pancuran,kemudian menyambung semula.
************
"Angah..Kak Feeya.Jomlah turun,Swimming sekali"Ajak Jannah.Selepas sarapan tadi,mereka duduk bersantai di tepi kolam renang.
"Sejuklah..." Afeeya buat muka kesejukan hingga membuatkan Jannah ketawa.Jannah tahu Afeeya memang tidak suka berenang.Imani baru tiba menatang dulang berisi kueh goreng yang baru Mak Ros masak tadi.
"Aduhh..boleh gemuk Feeya macam ni Kak long" Adu Afeeya sambil menggosok perut yang kempis.
"You gemuk pun i tetap sayang.Jangan risau" Ujar Akif selamba tanpa menoleh Afeeya yang wajahnya sudah merah bila mendengar Akif kata begitu.
"Dengar tu Feeya.." Imani duduk disebelah Afeeya.Mengensot hingga Afeeya terhimpit pada Akif.Afeeya tahu Imani sengaja.Dia ingin bangun tapi Akif menahan dengan meletak tangan dipeha Afeeya.
"Amboi.Nak juga menyempit tu?"Tegur Datin Nora yang baru muncul bersama-sama Dato Mirza.
"Best Ma.Warm sikit kan?" Imani terus-terusan mengusik.
"Ingat ni Canada?"Mereka ketawa mendengar kata-kata Dato Mirza.Datin Nora tersenyum melihat tangan Afeeya yang digenggam Akif erat.Dia berharap,hubungan anak menantunya makin baik.Selama ini dia tahu yang Afeeya dan Akif hanya berpura-pura baik dihadapan mereka demi menjaga hati semua.Tapi tidak pernah Datin Nora lihat Akif dan Afeeya semesra itu sebelum ini.
"Turun pool nak?"Bisik Akif.
"Tak nak lah.I dah mandi.
"Nak i dukung?"Afeeya mencebik.Akif bukan tidak tahu dia tidak suka mandi swimming pool.
"Bisik...Bisik...Apa benda lah yang dibisikkan berdua tu?" Tegur Datin Nora.
"Sekarang ni semua bisik Ma..Haha..." Imani masih lagi dalam mood mengusik.
"Sibuklah Kak Long ni.."Bentak Akif.
"Akif ni Ma..Dia bukan tak tahu Feeya tak suka swimming pool.Lagi nak ajak" Afeeya mengomel.
"Okay Akif ajak mandi swimming pool.Kalau dalam bilik...Swimming lain nanti" Serentak satu cubitan hinggap di peha Akif yang hanya beralas seluar pendek.Akif mengaduh kecil.Perit.
"Sakitlah sayang..."
"Tulah.Gatal lagi"Marah Afeeya.
"Alalalalala....comelnya korang.Dari kecil sampai kahwin macam ni juga perangai" Imani tersenyum.Seronok melihat perkembangan terbaru Akif dan Afeeya yang makin baik.
"Hari cuti ni Kif,bawalah Feeya keluar.Ni asyik sibuk dengan urusan masing-masing" Dato Mirza memberi cadangan.Mereka tidak pernah lihat Akif dan Afeeya keluar bersama-sama sejak berkahwin.Masa sebelum kahwin,ada juga Afeeya dan Akif keluar.Bila sudah kahwin bagai orang asing.
"Kalau tak busy boleh jer Babah" Ujar Akif.Rasanya dia tidak ada hendak dibuat hari itu.Boleh juga Akif dating dengan Afeeya.
"Jangan asyik busy kerja.Awak tu bukan bujang lagi" Dato Mirza mengingatkan Akif lagi.Kadangkala dia takut dengan perangai anak-anaknya yang workaholic. Akif dari bujang terbawa-bawa hingga sudah berumahtangga,kerja 24 jam.
"Betul cakap Babah tu Kif..Ingat-ingat sikit.." Sampuk Datin Nora.
"Mama jangan risau.Akif tahu nak bahagikan masa untuk Feeya dan kerja"
"Feeya faham Ma.Akif macam mana"Jujur memang Afeeya tidak kisah kerana dia sudah faham benar cara kerja Akif.Akif memang seorang lelaki yang gila kerja.
"Dulu lain,sekarang lain Feeya.."
"Baik mama.."Jawab Afeeya.Akif tersenyum.Menjawab lagi.
"Lepas ni siaplah.Kita dating ya"Afeeya rasa ingin ketawa bila dengar perkataan dating keluar dari mulut Akif.Kali terakhir mereka berjalan-jalan berdua ialah di Paris tiga bulan lepas.Selepas itu mereka sibuk dengan urusan hidup masing-masing.
"Nak ikut"Jerit Jannah dari tepi kolam.
"Angah nak dating,nak bawa Jannah buat apa?Sibuk ja" Jannah mencebik.Boring hari minggu terperuk dirumah.Hendak tunggu panggilan Universiti lambat lagi.
"Anak-anak Mama memang tak pandai bersosial ya?Keluarlah.Bukan tak ada kenderaan.Bukan tak ada kawan"Bebel Datin Nora.
"Kak Long pun nak keluar kejap lagi Ma..Jannah tu.Duduk terperap dalam bilik main game PUBG tu dua puluh empat jam"
"Sibuklah Kak Long ni.Suka hati adik lah"
"Basahlah dik!"Jerit Akif,Afeeya dan Imani serentak bila Jannah menepuk dipermukaan air hingga terpercik kepada mereka yang duduk berhampiran kolam.Jannah ketawa.Padan muka.Datin Nora dan Dato Mirza menggeleng melihat keletah anak-anak dan menantu mereka.Jarang dapat meluangkan masa bersama-sama kerana masing-masing sibuk.Jika hari biasa tinggal Datin Nora sendiri.Mujur ada Mak Ros dan bibik sebagai peneman.Jika tidak tentu sunyi.Kerana itu dia selalu berdoa agar Akif dan Afeeya cepat-cepat menimang cahaya mata.
***********
"Feeya..You lapar tak?" Tanya Akif sebaik mereka sampai di D'Curve.Akif jarang kesitu kecuali jika mahu mencari barang di Ikea.Hari ni disebabkan Afeeya yang minta mereka kesitu sahaja kerana tidak sesesak tempat lain,Akif ikut sahaja.
"Belum..I nak tengok barang sekejap"Akif mengangguk,mengikut langkah Afeeya kesebuah butik pakaian wanita.Perempuan,jika tidak menyinggah tidak sah.
"Akif..Cantik tak?" Lama Akif memerhati.Terlalu terdedah.Pakaian itu menampakkan belahan dada Afeeya.Akif langsung tidak faham,apa yang seronok sangat berpakaian seksi begitu.Hendak tunjuk pada siapa.
"Tukarlah Feeya.Seksi sangat.Tapi kalau you nak pakai dekat rumah i okay jer" Rumah maksud Akif,rumah mereka sendiri.Akif masih belum beritahu Afeeya tentang Kondo yang baru dibelinya berhampiran rumah keluarga mereka.Akif mahu privasi bersama Afeeya.Sekarang,jika bergaduhpun Akif risau.Takut orang tua mereka dengar.Jika dirumah sendiri,Afeeya hendak pakai apa sahaja pun tak kisah.Yang penting tiada batasan hendak bermesra dengan Afeeya pada bila-bila masa sahaja.
"Alah..Kan cantik ni?" Afeeya membelek dicermin.Sangat sesuai gaun itu dengan dia.
"Cantik.Tapi seksi sangat.Macam i kata,nak pakai kat rumah,i okay.Ambil lah" Akif memberi tawaran.Jika Afeeya mahu,dia akan belikan juga tapi untuk pakai diluar,Akif tak akan benarkan.
"Baju mahal-mahal nak pakai dirumah saja?"
"Apa salahnya?"Afeeya membentak.Hilang mood.Dia masuk semula menukar semula pakaian.Tidak jadi hendak beli tetapi Akif tetap ambil dan bayarkan untuk Afeeya.Dia tahu Afeeya mahu tapi merajuk.Memberontak kerana dia tidak setuju dengan pilihan Afeeya.
"Feeya..sayang.."Panggil Akif.Tangan Afeeya dicapai.
"Kenapa panggil i macam tu?I tak suka" Tegur Afeeya.Rasa semacam bila Akif panggil dia begitu.Naik bulu romanya.
"Suka hati i lah nak panggil you sayang ke apa" Afeeya tunjuk muka meluat.Dengan Dian pun bersayang-sayang juga.
"Dengan Dian,i more panggil dia baby sebab muka dia baby face" Ujar Akif terus terang seperti dapat membaca fikiran Afeeya.
"Baby..baby...Gelilah i" Akif ketawa.
"You ni comel lah Feeya kalau marah.geram i" Belum sempat Akif mencubit pipi Afeeya wanita itu sudah berjalan lebih pantas kearah jalan penghubung dari Dcurve ke Ecurve.Afeeya tidak mahu mereka terlepas waktu tayangan yang tinggal setengah jam lagi.Akif sudah membeli tiket secara atas talian sebelum mereka keluar.Jadi,mereka tidak perlu hendak beratur membeli tiket lagi.Akif membeli bertih jagung dan air mineral untuk mereka makan sewaktu menonton nanti sementara Afeeya menanti di hadapan pintu masuk.Afeeya hanya memerhatikan lelaki itu.Sungguh menyenangkan dapat keluar berdua dengan Akif.Layanan Akif pada dia juga sangat berlainan dari sewaktu sebelum berkahwin.Mungkin dahulu Akif melayan dia hanya sebagai adik.Jadi dia tidak nampak bagaimana Akif sebenarnya.Afeeya keliru dengan perasaan sendiri.Sudah lama dia tidak menjawab panggilan Farish atau menjawab mesej dari lelaki itu.Afeeya serba salah.Tetapi rasa rugi jika tidak menggunakan waktu bersama-sama Akif sebaiknya.