Bab 23
Farish mengejar langkah Afeeya.Sudah hampir dua minggu kekasihnya menghilang.Farish jadi tidak keruan.Dia takut wanita itu meninggalkan dia begitu sahaja.Farish bukan sesiapa tanpa Afeeya.Dia perlukan wanita itu.
"Feeya...tunggu!"Panggil Farish.Afeeya menoleh.Tidak perasan bila Farish ada dibelakang dia.
"Kenapa Farish?" Farish pelik.Afeeya berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku selama dua minggu itu.Dia bagai nak gila merindui Afeeya.Farish lihat ada kelainan pada Afeeya cuma dia tidak pasti apa.
"Mana you pergi dua minggu ni Feeya?Puas i cari you" Afeeya menggelak bila Farish ingin menyentuh bahunya.Afeeya perlu menjaga batas.Jika tidak tentu Akif bertukar menjadi singa lapar lagi.Afeeya tidak mahu itu terjadi.Lagipun dia agak terkesan dengan nasihat Mama,Safia dan Shima.
"Sorry.I ikut family i.Tak ada line"Bohong Afeeya.Dia tidak tahu alasan dia itu boleh pakai atau tidak. Tapi jika berbohong itu demi kebaikan,Afeeya sanggup.Dia tidak mahu melukakan hati Farish.Mereka akan menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi.
"Hurmm.At least leave mesej pada i.I risau.You pergi mana?" Serba salah Afeeya bila melihat wajah Farish.Dia tidak sanggup hendak berbohong dengan Farish.Tetapi dia belum bersedia hendak berterus terang.
"Sorry.i tak teringat langsung..my family pergi vacation.Tempat tak ada line"
"Macam tu jer sayang"Pasangan itu berjalan seiring melalui koridor fakulti mereka.
"Habis,you nak i buat apa?"Dijeling Farish yang masih berjalan seiring dengannya.
"Ermm..Tak apa lah.I lega bila tengok you sihat"Afeeya tersenyum.Kasihan Farish.
"I sihat.You tu.I dengar you skip kelas.I takut you kena kick jer Farish" Afeeya menghentikan langkah.Berdiri memeluk tubuh dan memandang Farish lama.
"I tak tahu lah Feeya.."
"Apa yang you tak tahu?Parents you kat kampung tu hantar you belajar tinggi-tinggi dengan harapan you boleh ubah nasib keluarga.Tapi kalau you terus macam ni,i don't think you boleh kemana-mana" Ujar Afeeya panjang lebar.Dia tahu Farish tidak akan dengar.Tapi sampai bila Farish mahu begitu.
"You lain..Lahir-lahir dah tinggal dalam rumah besar"
"Itu tak ada kena mengena dengan apa yang you buat ni?Habis,you bercinta dengan i selama ni sebab apa?Kalau i ni miskin..You nak i?" Afeeya bengang.Farish tidak kenal siapa dia.Dia dari kecil dibesarkan oleh orang lain.Tidak kenal siapa bapanya.Farish patut bersyukur punya ibu dan ayah yang membesarkan dia.Nasib mereka berbeza.
"Bukan macam tu Feeya..I cuma" Farish tidak tahu hendak cakap apa lagi.
"You ni memang jenis tak tahu bersyukur.ada mak ayah.You tahu tak.Ada orang,lahir kaya raya tapi tak dapat kasih sayang mak ayah..Belajar Farish.Ilmu tu yang akan buat orang hormat kita"
"You tak ada kat tempat i Feeya.I bertahan pun sebab you ada.Sebab tu i takut hilang you" Afeeya menghela nafas panjang.Menggeleng mendengar jawapan Farish.Tidak matang langsung.
"I tak akan selalu ada untuk you Farish.I nak you independence sebab you lelaki.Lelaki tak boleh lembik macam ni" Lenggan Farish digosok lembut.Afeeya masih cintakan Farish. Tetapi sudah banyak peluang yang diberi pada Farish.semuanya Farish sambil lewa.Apa yang Farish harap dalam hubungan mereka,Afeeya jadi kurang jelas.
"Feeya.Please.Janji you akan ada dengan i sentiasa.."
"Farish.You janji dengan diri you dulu.Jangan sia-siakan peluang yang ada" Afeeya tidak menjawab kerana Afeeya bukan jenis seorang yang suka berjanji.Dia akan buat sesuatu mengikut kemampuannya.Dari awal Farish tahu dia bagaimana.Farish tidak benar-benar mengenali dia.
"I janji Feeya..demi you" Afeeya kembali tersenyum.
"Jom,i belanja you makan dekat cafe" Farish pelik.Biasa Afeeya lebih suka mereka makan diluar.Tapi hari itu,Afeeya hanya mengajak dia makan di cafe sahaja.
"Kenapa cafe?biasakan kita makan kat luar"
"Abang i tak izinkan i jumpa you lagi..So,for the time being kita jumpa waktu kelas je" Ujar Afeeya berterus terang.
"Kenapa?Pasal apa yang jadi malam tu ke?" Lambat-lambat Afeeya mengangguk.Dia tidak mahu ingat peristiwa malam itu lagi.
"Biar i jumpa dia.Explain dengan dia"
"You nak explain apa pada dia?Terang-terang depan mata dia kan Farish.Mujur dia tak report pada parents i" Farish diam.Menyesal kerana tidak menjaga tingkah laku ketika bersama-sama Afeeya.Dia tidak tahu pula sampai begitu abang Afeeya mengongkong kekasihnya itu.Afeeya bukan budak kecil lagi hendak dikawal.Semak betullah abang Afeeya tu.
"Hurm.Kalau macam tu.i terpaksa sabarlah" Tiada kata yang mampu Afeeya ucap lagi.Biar nanti Afeeya cari waktu yang sesuai untuk berterus terang dengan Farish.Dia hanya memandang Farish dengan pandangan yang penuh rasa bersalah.Selagi dia masih isteri Akif,dia tidak patut menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.Akif yang patut dia layan,bukan Farish.Tapi bagaimana dia hendak melayan Akif yang tidak dia cintai?.Tidak?.
***********
"Kau borak apa dengan Farish tadi?Lama betul.Tu aku jalan pergi library dulu" Buku-buku diatas meja,Shima kemas untuk disusun kerak semula.Dia sudah dapat apa yang dia mahukan.Afeeya lambat sangat.Sekarang jam sudah tiga petang.Jika lambat betolak balik,pasti mereka akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas nanti.
"Dia tanya pasal aku hilang dua minggu ni"
"So,kau cakap apa?" Soal Shima ingin tahu.
"Aku cakap,ikut family vacation.Tempat tak ada line" Jawab Afeeya dengan malas.
"Kau tipu dia?.sampai bila?" Afeeya duduk bersandar,merehatkan diri untuk seketika.
"Entahlah..Aku pun tak tahu.Pasal aku dengan Akif pun aku tak tahu Shima.Aku rasa,hidup aku dah up side down" Luah Afeeya.
"Senang Feeya.Cintai pada yang berhak" Pendek nasihat Shima tapi penuh makna.Afeeya harus memilih mana yang lebih penting.
"Kenapa benda ni jadi kat aku Shima?"
"Bukan semua orang dapat rasa ujian ni.Kau pilihlah guna akal bukan nafsu"Makin pening Afeeya mendengar nasihat Shima.Berpusing-pusing.Cuba cakap jer terus.Baru dia faham.
"Aku malas nak fikir.." Afeeya bangun dan berjalan ke rak buku.Baik dia sambung menelaah dari sibuk fikirkan hal cinta tiga seginya.Buat pening kepala.Just follow the flow Afeeya.
Setelah siap separuh kerjanya di perpustakaan,Afeeya dan Shima terus pulang.Mereka tidak larat hendak singgah kemana-mana.Afeeya ingat mahu sambung kerja dirumah nanti.Sementara Akif belum pulang,bilik mereka adalah hak mutlak dia.Dia boleh buat apa sahaja dibilik itu.Bila Afeeya sampai dirumah,kedengaran suara ibu mentuanya dan Mak Ros sedang berbual.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."Jawab Datin Nora dan Mak Ros serentak.
"Awal sampai hari ni?"Tanya Datin Nora.Lihat buku-buku ditangan Afeeya tahulah dia,Afeeya sedang sibuk. Wajah Afeeya kelihatan letih.
"Saja Ma.Tak larat dah nak duduk kat library lama-lama.Kat rumah,Feeya boleh guling-guling sambil buat kerja"Buku Afeeya letak dimeja dan masih berdiri di bar counter di dapur.
"Mak Ros masak apa tu?"Tanya afeeya bila lihat Mak Ros sibuk menghiris bawang.
"Karipap.Saja nak buat stock frozen.Feeya nak ke?"Soal Mak Ros.Jika Afeeya mahu,dia boleh gorengkan.Afeeya memang suka karipap buatannya.
"Belum lagi Mak Ros.Feeya kenyang"
"Semalam Akif balik pukul berapa Feeya?"Baru Datin Nora teringat.Semalam sewaktu dia ingin tutup langsir,dia ternampak Akif pulang.Lewat malam.
"Pukul 12 macam tu.Pergi gym katanya" Beritahu Afeeya.Gym dimana,Afeeya tidak tanya pula.
"Oh,Gym Eric lah tu kot Feeya"Lama Afeeya berfikir.Dan kemudian teringat tentang sepupu Akif,Eric.Lama Afeeya tidak dengar cerita tentang Eric yang dua kali putus tunang.Kasihan betullah.Dia pun lama sudah tidak kesitu kerana kengkangan kerja-kerja kuliahnya.
"Ya kot Ma,Ma.Feeya naik dulu ya.Nak mandi"
"Ya lah,Nak mama panggil makan tak nanti?"Soal Datin Nora.Anak-anaknya semua memang jarang makan malam.Jadi,kebiasaan dia akan masak sedikit sahaja kerana takut membazir.
Tak la ma..Feeya tunggu Akif"
"Ermm,okay.Nnati jangan tak turun langsung makan"Afeeya menghenyak tubuh katil,melepaskan lelah sehingga tidak sedar dia terlelap.
***********
Bila Afeeya sedar,Akif sudah baring disebelahnya.awal pula lelaki itu pulang.Afeeya lihat jam didinding.Baru jam 10.30 malam.Lama juga dia tertidur.Beg sukan akif disofa.Pasti Akif singgah gym dahulu sebelum balik.Futsal tidak mungkin dia pulang seawal itu.lelaki itu cuma tidur dengan hanya berseluar pendek.Tak sejuk agaknya.Afeeya menyelimuti tubuh Akif sebelum berlalu kebilik mandi.Dia mahu menyegarkan badan sebelum menyambung semula kerja-kerjanya yang terbengkalai tadi di perpustakaan.Jika boleh,Afeeya mahu cepat siap.Nanti dia boleh tumpukan perhatian pada tugasan lain.Akif penat benar agaknya hingga dia buka televisyen pun Akif tidak sedar.
"You tak tidur lagi Feeya?" Akif memisat mata.Jarang dia tidur awal.Tadi dia penat sangat.Balik dari pejabat terus ke gym.
"I ada kerja nak siapkan.You tidurlah dulu"Akif mengerling jam dinding.Sudah pukul tiga pagi.Kasihan Afeeya.Akif bangun menyaup wajah.
"You nak air coffee or anything,i buatkan nak?"
"Tak nak.I dah nak habis dah ni..You tidur dulu" Wanita itu masih tekun menaip di lap top tanpa menoleh Akif.
"Tak apa,i temankan you" Remote televisyen diatas tilam Akif capai dan menukar ke siaran sukan.Dia tidak mahu menganggu Afeeya.Sekadar ingin menemani isteinya sahaja.
"I ganggu you tidur ke tadi Kif?" Afeeya memaling kebelakang,kearah Akif sekejap.Serba salah pula dia sudah membuatkan Akif terjaga.
"Tak lah..I nak tengok bola.You buat jer kerja you.If nak tanya apa-apa,i ada" Kepala yang tidak gatal,digaru dengan pen.Diam-diam Afeeya tersenyum.Bersemangat pula bila ada yang menemaninya.Afeeya kadang kala rasa marah dengan Akif kerana peristiwa malam keramat itu.Tapi kadang kala perasaan marah itu tiba-tiba hilang bila melihat layanan Akif pada dia.Lelaki itu sangat mengambil berat.Lihat sahaja masa mereka keluar berdua kelmarin.Afeeya langsung tidak perasan yang Akif tetap membeli pakaian yang dia tidak jadi beli kerana protes dengan Akif.Sewaktu sudah sampai dirumah,Akif letak diatas meja study dia.Bukankah itu sangat romantik.sesuatu yang dia tidak pernah dapat sebelum ini.Bukan hendak membandingkan antara Akif dan Farish tetapi itulah hakikatnya.