Chapter 24: Love is complicated

1447 Words
Bab 24 Pagi itu Afeeya lihat Akif bergegas bersiap.Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi.Akif bekejar hendak kemana. "Tergesa-gesa ni you nak kemana Kif?"  "I nak ambil Riana.I lupa dia balik hari ni" Beritahu Akif sambil membetulkan kolar baju.Dahi Afeeya bekerut.Kenapa Riana pulang ke Malaysia tiba-tiba.Minta Akif ambil dah kenapa.Bukan Riana tiada driver. "Bukan dia baru balik ke?" "Ada family matters" Pendek jawapan Akif.Malas Afeeya hendak bertanya kalau sependek itu jawapan Akif.Tiba-tiba Afeeya teringat yang Akif dan Riana pernah ada hubungan istimewa.Tapi lama sudah.Masa mereka sekolah menengah jika tidak silap.Itupun Afeeya tidak tahu mengapa Akif memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan Riana. "I balik lambat ya.You tak payah tunggu" Afeeya gumam bila tiba-tiba Akif mengucup kepalanya. "Tak balik pun tak apa"Akif tersenyum.Sudah mengagak reaksi Afeeya. "Mana boleh tak balik.Nanti rindu you"Geli Afeeya dengar.Rindu konon.Entah-entah bila jumpa Riana lupa pada dia. "Pergilah.Tadi macam nak cepat sangat"Ditolak Akif yang menghalang laluannya. "I nak pergilah ni.You jangan balik lambat ya"Tangan Afeeya dicapai dan dikucup lembut.Afeeya sekali lagi gumam.Tidak mampu untuk menjawab kata-kata Akif lagi.Lelaki itu tersenyum sebelum keluar dari bilik.Afeeya terduduk di tepi katil.Mimpi ke dia?. "Ya Allah..Kenapa makin lama,aku tengok kau makin handsome ni Akif Ikhmal!" Afeeya terjerit kecil sambil menutup wajah dengan kedua belah tangan.Malunya dia kalau Akif perasan yang dia terkaku tadi.Nampak sangat dia suka bila Akif buat begitu tadi. "Ah,dah lambat ni" Jam menunjukkan pukul 8.Shima pasti sudah sampai dibawah.Baik dia mengemas buku cepat. ********** "You lambat!" Bentak Riana bila lihat Akif muncul dihadapannya. "I bukan driver you nak cepat-cepat tahu" Riana mencuit hidung mancung Akif.Akif masih sama.Kayu. "Amboi.I gurau pun dah tak boleh..Daddy i dah balik ke?" Akif mengangguk.Bagasi Riana beralih tangan.Riana menurut langkah Akif menuju ke kereta. "You nak i hantar balik mana?Rumah Pak Ngah or rumah you?" Tanya Akif bila mereka sudah sampai dikereta Akif.Bagasi dimasukkan kedalam kereta. "Balik rumah i lah Akif.You tahukan i malas nak jumpa daddy" Ujar Riana berterus terang.Dia balik pun kerana terpaksa.Hubungan Riana dan bapanya tidak berapa baik setelah Datuk Zamri berkahwin dengan kawan baik ibunya. "Tak jumpa Mak ngah dulu?" "Mummy kat rumah i pun..Itu sebab i nak balik sana terus" Beritahu Riana sambil menyandar kepala kecermin kereta.Pandangan dilempar keluar cermin.Terlalu banyak bebanan yang terpaksa Riana tanggung sebagai anak tunggal Datuk Zamri.Benar,wang tidak menjamin kebahagian. "Akif,macam mana relationship you dengan Dian?Biasa you rajin bercerita pasal dia?"Setelah agak lama membisu,Riana bersuara.Teringat pada kekasih hati kesayangan Akif.Wanita yang membuatkan dia frust menonggeng dahulu.Akif diam tidak menjawab.Riana menjeling.Terlihat cincin dijari manis Akif.Lelaki itu tidak pernah pakai cincin sebelum ini.Sewaktu bertunang dengan Dian pun Akif tidak memakai cincin.Buang tabiat agaknya Akif.Ada nama diatas cincin silver itu tetapi Riana tidak dapat membaca tulisan yang terukir kerana kecil dan sulit untuk dibaca tulisannya. "You dah bertunang?" Riana mencapai tangan Akif yang sedang memegang gear. "Apa ni Yana?i tengah drive kan?" Akif menarik tangannya yang dipegang Riana.Sudah berkali dia mengingatkan Riana,jangan mengejutkan dia begitu. "I cakap dengan you tapi you buat dont know jer..Ni cincin tunang ke?" Dahi Akif berkerut.Dia tengah mengelamun memikirkan Afeeya tadi sampai tidak dengar panggilan Riana. "Serius you tak tahu ni Yana?" Akif menjeling Riana sekilas. "Kenapa?You dah kahwin?"Riana ketawa.Sengaja mengusik Akif. "Mak Ngah tak cakap?" Riana menggeleng.Tawa termati.suasana menjadi sedikit serius.Kalau Akif sudah bernikah,kenapa dia tidak tahu sedangkan dia rapat dengan Akif dalam ramai-ramai sepupu mereka. "Tak..You kahwin dengan Dian?"Akif menggeleng. "Habis tu dengan siapa?You kena tangkap khalwat ke?Ish,cerita jer lah.Malas i nak teka-teka" Riana rasa tidak puas hati.Bagaimana dia menjadi orang terakhir tahu.Patutlah Akif tidak pernah lagi buat video call dengan dia.Bila dia talifon pun malam-malam pun Akif tidak pernah hendak menjawab. "Feeya...Dah nak dekat tujuh bulan i kahwin dengan dia" Kali ini Riana benar-benar terkejut.Dia kenal sangat Afeeya.Macam mana Akif dan Afeeya boleh bernikah?.Pelik..Riana benar-benar pelik. "Serius?Bukan you dah anggap dia macam adik kandung you?Tak rasa macam korang buat sumbang mahram ke?"Dahi Riana bekerut.Mereka membesar bersama-sama.Dia tidak boleh hadam dengan berita itu.Afeeya sudah punya kekasih setahu Riana. "Merepek you ni.Dia dengan i tak ada pertalian darah pun.Mana datang sumbang mahramnya" Akif menyangkal sedangkan dahulu memang dia selalu menidakkan perasaan dia pada Afeeya dengan mengatakan dia anggap Afeeya seperti adik kandungnya.Walhal dia memang suka pada Afeeya sejak dulu lagi.Cuma dia takut untuk mengakuinya. "Cerita dengan i macam mana Dian boleh kalah dengan Baby Feeya tu?" Riana memang memanggil Faeeya dengan gelaran 'Baby Feeya' kerana perangai Afeeya yang manja.Kadangkala menyampah,tapi memang Afeeya jenis begitu. "Nanti i ceritalah.Panjang sangat" "Hai,melepas lagi lah i kan Kif" Akif ketawa kecil.Menggeleng.Riana memang suka bergurau. "You lambat sangat tackle i" Gurau Akif. "You yang jual mahal sangat.You sayang Feeya?"Tanya Riana.Kali ini suara Riana serius. "I cintakan Feeya lebih dari yang i pernah rasa dengan Dian" Riana tersenyum mendengar pengakuan Akif itu.Dian tidak layak untuk lelaki sebaik Akif.Memang mereka sekeluarga tidak suka dengan hubungan Dian dan Akif.Tapi Riana tidak terfikir pula bagaimana Akif boleh berkahwin dengan Afeeya.Bertapa beruntung Afeeya mendapatkan Akif.Walaupun ramai yang mengejar lelaki itu,tapi Akif jenis bercinta biar satu.Betul kata orang.lelaki yang ada rupa ini selalunya setia,yang muka pecah selalunya yang kaki perempuan.Riana tersenggih sendiri. Hampir sejam perjalanan,mereka sampai kerumah semi D dua tingkat milik Riana dia Bangsar.Jika Akif tidak silap,rumah itu pemberian Datuk Zamri buat Riana sewaktu ulangtahun Riana yang ke 23.Sejak itu,Riana tinggal dirumah itu sendirian.Wanita itu sangat berdikari,semua Riana lakukan sendiri.Cuma Riana seorang yang sangat ego,tidak kena dengan Akif.Itu sebab dahulu mereka bercinta hanya sekejap.Akif tidak tahan dengan perangai dominan Riana. "Mummy!"Jerit Riana sebaik keluar dari kereta.Dipeluk erat tubuh wanita separuh abad yang begitu dia rindui. "Akif,masuk..."Pelawa Datin Noriah.Akif hanya menurut.Bagasi Afeeya dikeluarkan dari kereta dan dibawa masuk kedalam. "Akif dah breakfast?Mak Ngah ada masak nasi lemak" Akif menjengah ke meja makan.Langkah kanan.Perutnya pun sudah berkeroncong.Dia tidak sempat menjamah apa-apa pun tadi kerana hendak cepat menjemput Riana. "Belum.Nak cepat jemput Tuan puteri ni tadilah.Tak sempat minum air kosong pun"  "Drama..You memang sadis kan Kif?" akif ketawa.Mengikut ibu saudaranya kedapur.Begitu juga Riana.Selepas sarapan.Akif fikir mahu masuk ke pejabat dahulu.Nanti petang baru dia akan berjumpa Riana semula. "I masuk office dulu.You rehat.Anything.you just let me know okay?" Akif memegang bahu Riana.Dia tahu Riana sedang serabut dengan hal Datuk Zamri.Keran itu Riana pulang.Dia mahu bersemuka dengan bapanya. "Thanks Akif..Esok sajalah kita jumpa.Hari ni i nak rehat dengan Mummy"  "Lagi bagus macam tu.." "Eleh..Suka kan?Boleh balik awal..Boleh beaming dengan Baby Feeya kan?"Akif tersenggih. "You tahukan Feeya macam mana?Siapa tak geram" "Hah,gatal nak mampus!" Akif ketawa bila Riana membuat muka geli. "Haha..I gerak dulu.Jangan nak pening-pening.I ada jer untuk you"  "I tahu..Dah,pergilah" Riana menolak Akif hingga ke kereta.Dia tidak mahu Akif lambat. Takut jalan sesak sewaktu tengahari.Riana menghantar Akif dengan pandangan sehingga kereta lelaki itu hilang dari pandangan.kemudian dengan langkah longlai Riana berjalan masuk. "Frust nampak muka?" Tegur Datin Noriah.Di tahu apa yang terbuku dihati Riana.Sudah lama Riana menaruh hati dengan Akif.Dahulu Dian,kini Afeeya.Memang Riana tiada jodoh dengan Akif. "Hurm,frust jugalah ma.Tapi better Feeya kan dari Dian?" Lama baru Datin Noriah mengangguk. "Akif tu baik sangat mummy..Mana-mana perempuan pun akan jatuh cinta" "Sudahlah tu.Riana dah boleh lupakan Akif dan cari cinta baru" Kepala disandar ke bahu ibunya.Riana redha.Dia bahagia jika Akif bahagia. ************* Shima menjeling Afeeya yang sedang kusyuk mendengar apa yang dibebelkan pensyarah mereka dihadapan.Farish masuk lambat,jadi dia tidak dapat duduk disebelah Afeeya.Shima menggeleng.Lima belas minit kelas hendak habis baru masuk.Baik tak datang terus. "Feeya,Farish.."Shima mencuit lenggan Afeeya. "Mana?"Afeeya mencari-cari.Lega kerana Farish tidak ponteng hari itu. "Lepas habis kelas,kau nak balik ke nak pergi mana-mana?"Tanya Shima sewaktu kelas tamat.Alat tulis dimasuk kedalam beg.Malas hendak kemas. "Aku nak pergi beli barang kejap,boleh?" Hari itu Afeeya menumpang kereta Shima.Jadi,dia perlu bertanya Shima dahulu. "Boleh tapi tu?Dia dah datang" Shima menjeling kearah Farish yang sedang berjalan menghampiri mereka. "Sayang..Jom pergi makan" Ajak Farish. "Alamak farish.I nak keluar dengan Shima lepas ni" Shima mengangguk. "Kalau macam tu,i ikut boleh?" "Mana boleh.Ladies matter."Farish mendengus.Dia tahu Shima yang tidak mahu dia ikut. "You ni sibuk jer lah Shima" "I tumpang kereta Shima..So,i kena balik dengan dia"Ujar Afeeya. "You ikut i sekejap boleh?I nak cakap dengan you berdua sahaja" Farish menjeling Shima.Memberi isyarat supaya Shima meninggalkan mereka berdua. "Feeya,aku tunggu dekat kereta.Jangan lama" Pesan Shima.Bangun dan meninggalkan mereka berdua. "Kenapa Farish?" Tanya Afeeya acuh tak acuh. "Kenapa?You yang patut tanya diri you sendiri.Kenapa you layan i macam ni sekarang?" Afeeya berlagak tenang.Walhal didalam hati,bertapa dia serba salah dengan Farish. "I layan you macam mana?" "I call you memang tak angkatlah.I whatapp you,dua tiga jam nanti baru you balas.You kenapa ni?" Tangan Afeeya dicapai tapi cepat-cepat Afeeya tarik. "I busy buat assignment.You memang sentiasa free ke Farish?" Soal Afeeya kembali. "Tak kan study 24 jam Feeya.Sampai tak ada masa untuk i" Farish mengeluh.Dia tahu Afeeya sudah banyak berubah.Tapi mengapa.Farish ingin tahu.Jika Afeeya mahu dia berubah,dia akan berubah demi Afeeya.Dia tidak mahu kehilangan wanita itu. "I nak concentrate dengan final exam"  "Bukan sebab you dah ada orang lain?"Afeeya tersenyum sinis.Farish bila mereka bertengkar,tiada lain.Pasti tuduh dia sudah punya kekasih lain.Mungkin doa Farish termakbul.Memang antara mereka sudah ada orang.Orang lain itu Akif.Suaminya. "As you wish...I dah lambat ni"Afeeya terus bangun ingin beredar. "Afeeya.Apa maksud you?"Afeeya memaling kebelakang.Memandang Farish seketika. "You memang suka doakan i ada orang lain kan?So,i nak makbulkan doa you tu.Dah lah Farish. I penat.Tolong bagi i ruang" Farish terduduk.Apa yang Afeeya cakap tadi benar-benar membuatkan dia takut.Dia harap itu cuma amaran sahaja dari Afeeya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD