Bab 25
Afeeya terkejut bila sampai dirumah Akif sudah menanti ruang taman dihadapan rumah.Masih dengan baju kerja.Tadi Akif beritahu akan pulang lewat.Waktu itu baru jam enam setengah petang.Awal lagi. Afeeya membawa barang-barang yang baru dibelinya menuju kearah Akif.
"Awal balik?"Tanya Afeeya,meletakkan barang-barang di kerusi kosong sebelum melabuhkan punggung menghadap Akif.
"Kerja habis awal,awal lah balik.Ingat you balik awal,nak ajak you dinner dekat luar.Ni nampak macam dah makan before balik ni" Afeeya tersenyum melihat Akif.
"Riana sihat?" Afeeya teringat yang Akif mengambil Riana pagi tadi.Tentu seronok jumpa kekasih lama.
"Alhamdulillah sihat.Dia kirim salam dengan you" Afeeya menjawab salam.
"Seronok jumpa dia?"
"Tak seseronok bila jumpa you..Kita dinner luar ya?" Tangan Afeeya dicapai.Akif lihat cincin nikah mereka tersarung dijari manis Afeeya.Jari Akif menyentuh cincin dijari Afeeya tapi dia tidak berkata apa.Hatinya berbunga.Afeeya hanya membiarkan sahaja jarinya diramas lembut oleh Akif.Suka bila melihat cincin dijari manis Akif.Lelaki itu tidak takut jika orang tahu dia sudah bernikah?.
"Nak pergi pukul berapa?"Tanya Afeeya.Dibiarkan tangannya yang masih digenggam Akif.
"Lepas maghrib boleh" Afeeya mengangguk.
"Amboi..Bukan main romantik Kak Feeya dengan Angah maghrib-maghrib ni ya?"Usik Jannah.Dari tadi dia memerhati Akif dan Afeeya .Seronok melihat abang dan kakak iparnya yang sudah bertambah mesra.
"Mengendap ya?"Soal Afeeya.Jannah tersenggih.
"Aduh...Cepatlah Jannah dapat anak buah.Rumah ni sunyi sangatlah" Jannah memeluk belakang Akif manja.Seronok jika rumah mereka ada anak kecil.Kawan-kawan dia semua sudah punya anak buah.Jika digabung wajah abang dan kakak iparnya,mesti bayi yang terhasil nanti comel.
"Ingat Kak Feeya ni Kilang produce baby ke dik?" Afeeya menahan tawa bila mendengar kata-kata Akif.
"Alah Angah ni.."Jannah memuncungkan mulut.
"Jom masuk.Banyak nyamuklah kat luar ni" Ajak Afeeya.Gatal pula kulitnya digigit nyamuk.
"Jom.."Ajak Akif.Memang banyak nyamuk kerana mereka duduk dibahagian yang terdapat banyak pokok-pokok yang Afeeya dan Datin Nora sendiri tanam.Mereka masuk kedalam kerana hari sudah semakin gelap.Akif membawa barang Afeeya yang ditinggalkan begitu sahaja oleh isterinya
**************
Akif menghadap laptop sementara menanti Afeeya bersiap.Ada email yang perlu dia hantar malam itu juga kepada Shamil.Tadi dia tidak sempat kerana mahu pulang awal.
"Okay tak?" Akif memandang Afeeya dari atas kebawah.Wanita itu sangat cantik dengan baju blouse bunga-bunga biru dan seluar jeans slim fit high cut.Macam model.Lelaki manalah tak gila tengok perempuan seperti Afeeya.
"Macam ni lah wife i.Still up to date kan?Cantik sangat,rasa tak nak keluar pula" Afeeya mencebik.Dah pakai cantik-cantik,tapi Akif cakap tak jadi keluar memang boleh mencetuskan pergaduhan.
"Jangan mengada-ngada"
"I gurau jer la..Jom" Tangan Afeeya ditarik keluar setelah selesai.Mereka berbual-bual sambil menuruni anak tangga ketingkat bawah.
"Nak pergi mana ni.Tak makan dirumah?"Tegur Mak Ros yang tiba-tiba muncul dengan bertelekung.Akif dan Afeeya mengurut dada kerana terkejut.
"Mak Ros ni.Buat terkejut orang.Tak.Akif nak bawa Feeya makan luar.Nanti tolong beritahu Mama ya Mak Ros"Akif dan Afeeya meminta diri untuk keluar kerana takut terlewat.
"Kita nak makan kat mana ni?"Afeeya lupa hendak tanya.
"Tempat favorite you" Afeeya tersenyum lebar.Akif masih ingat.
"You ingat lagi?"
"Of course i ingat..Feeya.Cuba you tengok apa ada dikerusi belakang" Afeeya memusingkan badan kebelakang.Pergerakan agak terbatas kerana tubuhnya dibaluti tali pinggang keledar.Lama baru dia tersenyum.Afeeya melihat beg kertas dari butik jenama kegemarannya.Hati yang penasaran ingin tahu apa isi didalam membuatkan Afeeya bersusah payah mencapai beg kertas dibahagian belakang kereta.
"Hei,careful lah Feeya"Tangan Akif memegang belakang Afeeya kerana takut wanita itu tersepit.
"Yeah.Dapat.Apa ni?"Tanya Afeeya.
"Dah ambil,bukalah" Dengan perasaan teruja Afeeya mencapai kotak didalam beg kertas tersebut.Kemudian dia tersenyum.
"You stalk IG i ya?"
"Habis,i nak stalk IG siapa lagi?Suka?" Sebenarnya sudah dua hari Akif membeli tas tangan yang Afeeya mahu milik sangat-sangat itu.Akif tahu,bukan Afeeya tidak mampu.Tapi Afeeya bukan jenis suka membazir jika tidak penting walau hati sangat teringin.
"Sukalah..Tapi kan membazir.Bukan boleh selalu pakai.I tak kerja lagi" Afeeya mencuba tas tangan itu berkali-kali.Seronok dapat pemberian begitu.Rasa diri begitu dihargai.
"Tak lama lagi you nak kerja dah kan?So,kenalah belajar pakai office attire. Tapi tak nak lah seksi ya" Berkali-kali Akif sudah ingatkan Afeeya supaya tidak lagi memakai pakaian yang terlalu mencolok mata.
"Seksi sangat ke i,Akif?" Akif mengerling Afeeya sekali.
"Feeya.. Seksi ni subjetif.Kalau you pakai Tshirt i pun,i rasa seksi" Afeeya mengangkat kening.
"Ya ke?" Afeeya memalingkan tubuh menghadap Akif.
"Ya sayang.Dekat luar tak perlu lah tayang apa yang suami you saja patut tengok.Lagipun bahaya Feeya.Lelaki memang suka tengok,lagi-lagi perempuan cantik macam you.Kulit putih gebu.Lagi lelaki geram tahu,ramai nak ambil kesempatan" Pipi Afeeya dielus lembut.Afeeya mengetap bibir.Dia tidak pernah terfikir semua itu sebelum ini.Dia fikir,berpakaian begitu hanya untuk keselesaan dia sahaja.Bukan niat untuk menarik perhatian lelaki.Lagipun Farish suka dia berpakaian begitu.
"Dah sampai dah.." Akif mencari parking berhampiran restoran.Malas dia hendak berjalan jauh.Sebaik sampai dia turun dahulu membukakan pintu untuk Afeeya dan mereka jalan beriringan masuk kerestoran kegemaran Afeeya itu.Seronok Afeeya malam itu.Sudahlah dapat hadiah.Dapat makan di restoran kegemarannya.Dan yang penting,layanan Akif pada dia membuatkan Afeeya rasa sangat bahagia.Sudah lama Afeeya tidak rasa begitu.Semua begitu sempurna.Sehingga dirosakkan dengan kehadiran Dian Awina.
"Wahh..Loving couple" Dian menepuk tangan dihadapan Akif dan Afeeya.
"You nak apa lagi Dian?"Soal Akif tenang.Wajah Afeeya sudah berubah.Risau kerana takut dia dituduh perampas.
"I nak you..dan kau perempuan perampas,kau ingat..Kau dah bagi body kau pada Akif,dia boleh gilakan kau"Wajah Afeeya merona merah dimalukan begitu.Dia rasa maruahnya bagai diinjak-injak.
"Dian..Sedar diri you sikit siapa.Feeya wife i tahu.Memang i gilakan isteri i.Jadi apa masalah you?" Akif cuba mengawal suara.Orang-orang didalam restoran sudah mengalihkan tumpuan kepada mereka.
"Apa lebihnya dia dari i?"
"She didn't sleep with another man behind me"Lancar ayat yang paling Akif tidak suka itu keluar dari mulutnya.Dia terpaksa.Jika tidak,Dian tidak akan sedar.
"You pun sama kan?"
"Dia isteri i yang sah.What do you expect?Sayang,jom.."Tangan Afeeya ditarik keluar bagi mengelakkan perkara makin besar.Akif faham sangat dengar perangai Dian.Silap haribulan,Afeeya boleh cedera.
"Apa pandang-pandang.Tak pernah tengok perempuan cantik!"Tengking Dian bila ada yang mula memandang sinis kearahnya.Sakitnya hati Dian lihat wajah tidak bersalah Afeeya.Pura-pura baik tetapi perampas.
Akif tidak bersuara bila mereka sudah berada dalam kereta.
"Betul ke apa yang you cakap tadi Akif?" Afeeya cuba mengajak Akif berbual.Dia juga terkejut dengan apa yang jadi malam itu.
"I tak suka cerita perkara yang dah lepas.Lagi-lagi perkara yang mengaibkan Dian.Macam mana sekalipun,dia pernah ada dalam hidup i"Jelas Akif dengan berat.Afeeya menghela nafas panjang.Simpati dengan apa yang menimpa Akif.Patut lama Akif tidak berhubung dengan Dian.Hari tu bila Afeeya sebut tentang Dian,Akif mengelak.
"Sorry ya Feeya.Tak jadi makan.You lapar?" Tanya Akif.Serba salah dengan Afeeya.
"You tak habis cerita pun.Bila you break dengan Dian sebenarnya" Afeeya ingin tahu apa terjadi sebenarnya.Dia berhak tahu.Afeeya tidak mahu dia menjadi punca.
"Empat bulan lepas masa honeymoon kita tu.Masa tu lah.I sendiri yang dapat tahu,yang dia curang dengan i..I malas nak ingat Feeya" Kasihan pula Afeeya lihat Akif.Patutlah Akif tidak mahu mendengar nama Dian.Tetapi Akif langsung tidak pernah bercerita buruk tentang Dian.Jika malam itu Dian tidak menyerang mereka,sampai bila pun Afeeya tidak tahu yang Akif pernah dilukai begitu sekali. Dan jika dia meneruskan hubungan dengan Farish,itu bermakna dia dan Dian tiada beza.
"Kita pergi makan McD jer nak?Drive thru,then kita balik" Ajak Afeeya.Dia sudah tiada mood hendak makan diluar.Akif pun nampak sedih.Akif masih cintakan Dian ke?.
"Tak apa ke?"
"I tak kisah.Jom,i lapar dah ni" Renggek Afeeya manja.Akif menghidupkan enjin kereta.Memandu kearah restoran Mc Donald berhampiran.Perutnya juga sudah lapar.sakit hati dengan Dian kerana merosakkan makan malam dia dan Afeeya.Bagaimanalah selama ini dia boleh bertahan dengan perangai gila Dian.Setelah membeli makanan menggunakan kaunter pandu lalu,Akif dan Afeeya terus makan didalam kereta.
"Haish..Finally, macam ni dating kita Feeya" Akif mengeluh sambil mengunyah burger sambil memandu.
"Hihi..apa nak buat.Ish.I tak boleh bayangkan tadi kalau dia siram air dimuka you atau i.Tadi pun i dah malu habis dah bila orang dalam restoran pandang kita"Bersungguh-sungguh Afeeya bercerita.Jika kena tadi,hendak melawan atau biarkan sahaja,dia pun tidak tahu.
"Berani dia buat macam-macam dengan you.Tapi after this i nak you more careful ya.Sebab Dian you tahu dia macam mana kan?" Afeeya berhenti mengunyah kentang.Gerun juga bila dengar Akif kata begitu.Dian memang tidak boleh dipercayai.Wanita itu boleh buat apa sahaja.
"You jangan risau.I okey jer" Afeeya yakin dia boleh menjaga diri dari diperlakukan sesuka hati oleh Dian.
**********
Bila mereka sampai dirumah,semua ahli keluarga sudah berada didalam bilik masing-masing.Akif dan Afeeya terus naik kebilik mereka.Badan masing-masing sudah letih.Afeeya setelah membersihkan diri terus naik kekatil.Manakala Akif setelah menunaikan solat baru mengikut jejak Afeeya.Akif rasa hari itu terlalu meletihkan.
"Tidur ke Feeya" Akif menjengah,melihat Afeeya yang berbaring berlawan arah dengannya.
"Belum.Baru nak lelap.kenapa?"Soal Afeeya ragu-ragu.Jangan Akif minta yang bukan-bukan sudah.Dia masih belum bersedia.
"Tak ada apa.Nak berbual dengan you sebelum tidur.Pandanglah i"Pinta Akif.
"Ermmmm"
"I janji tak buat apa-apa pun.You janganlah goda i" Ujar Akif berseloroh.
"Itu yang i malas dengan you ni" Akif ketawa kecil.Afeeya memalingkan tubuh menghadap Akif.Itu memang kelemahan dia.
"Orang gurau jer lah..Pegang-pegang sikit pun tak boleh?"
"Tak boleh.."
"Kedekut.."Afeeya mencebik.
"Biarlah"Bentak Afeeya.
"Feeya.Sorry ya pasal tadi.I betul-betul risaukan you.Please take care of yourself" Tubuh Afeeya ditarik dakapannya.Afeeya hanya menurut.Selesa berada dalam pelukan Akif.
"Tak apa.I faham..."
"Dah,tidurlah.Esok ada kelas"Kepala Afeeya diusap lembut sebelum dikucup berkali.Afeeya melelapkan mata dan menyembam wajah ke dada bidang Akif yang tidak beralas.Rasa ingin biar waktu terus disitu tidak berganjak.Dia terbuai dengan layanan Akif.semuanya indah belaka.Afeeya tidak mahu fikir tentang Dian lagi.
"I love you so much" Bisik Akif lembut sebelum sama-sama terlena.Akif berharap,Moga hubungan mereka akan terus baik dan Afeeya dapat menerima dia sebagai suami.Kerak jika direndam,lama-lama akan lembut juga.