Chapter 26

1233 Words
Bab 26 Afeeya terjaga bila terasa pinggangnya dirangkul Akif  dari belakang.Perlahan dia memusingkan badan supaya dapat melihat wajah Akif tanpa lelaki itu sedar.Jika Akif dalam keadaan terjaga,Afeeya takut hendak berlawan pandang.Mata Akif yang redup bisa buat dia teringat-ingat.Hidung mancung,bibir merah basah.Kenapa Afeeya tidak pernah perasan lelaki itu punya wajah sekacak itu.Mungkin selama ini dia pandang Akif sebagai seorang abang,kerana itu dia tidak nampak kelebihan Akif.Dengan tubuh sasa.Patutlah ramai wanita tergila-gilakan lelaki itu.Lagi-lagi Akif jenis gentlemen.Mudah sahaja buat wanita cair. Bila teringat apa yang Dian buat pada Akif,timbul rasa simpati.Sampai hati Dian buat Akif begitu kerana Afeeya tahu Akif begitu mencintai Dian. "Morning"Terkejut Afeeya bila ditegur Akif.Bertapa khayalnya dia membelek wajah Akif hingga dia tidak sedar sejak bila lelaki itu sudah bangun.Malunya Afeeya jika Akif perasan yang dia syok merenung wajah lelaki itu. "Err,morning..."Afeeya meleraikan rangkulan Akif tetapi ditahan lelaki itu. "Nak pergi mana?Dah puas tengok muka i yang handsome ni?"Afeeya mencebik. "Perasannya..I nak mandilah.." "I masuk office lambat pagi ni?" Afeeya mengangkat kening. "So,apa kena mengena  dengan i?" Akif mengeluh.Afeeya memang tidak faham atau buat-buat tidak faham. "Nothing..Mandilah.Nanti you lambat" Perlahan rangkulan dileraikan.Afeeya mengigit bibir.Dia memang tidak faham sebenarnya bila Akif berkias-kias begitu.Afeeya mencapai tangan Akif yang ingin bangun dari katil.Akif mengangkat kening. "Its okay Feeya.I tak nak paksa you"Tangan Afeeya diusap lembut.Walaupun Akif sedikit kecewa tetapi dia seorang yang sangat releven.Mungkin Afeeya masih trauma dengan apa yang dia telah buat dahulu.Afeeya teragak-agak menarik tangan Akif.Dia malu hendak memulakannya.Nanti Akif kata dia over pula. "Ermm..If you tak nak,tak apalah" Baru Afeeya hendak melepaskan tangan AKif,lelaki itu sudah berada disebelahnya.Afeeya ketawa kecil. "Gopoh" "You dah panggilkan,tak kan i nak tolak" Akif tersenyum.Merenung wajah Afeeya lama.Dielus lembut pipi Afeeya.Akif tidak tahu bagaimana hendak diungkap rasa sayang pada Afeeya.Tangan Akif dipipi Afeeya capai.Jantungnya berdegup kencang bila Akif mendekatkan wajah mereka.Sejuk tangan Afeeya.Benarkah apa yang dia buat itu?. "I love you so much Afeeya"Ditelan air liur bila bibir mereka sudah menyatu.Lama terkaku baru Afeeya membalas ciuman Akif.Hangat.Akif dan Afeeya semakin hanyut dibuai gelodak rasa yang bercampur baur.Suasana dingin pula menjadi semakin hangat.Lama berkucupan,sentuhan Akif beralih menaikkan berahi Afeeya.Bermacam-macam yang muncul dimindanya.Semuanya kacau bilau.Afeeya tidak pernah rasa begitu.Rasa darah naik hingga kewajah. "Farish..No.."Akif berhenti.Tubuh Afeeya ditolak keras.Dia dengar dengan jelas bukan nama dia yang disebut Afeeya.Hampir sahaja Afeeya terjelepuk jatuh dari katil. "You sebut nama siapa tadi?"Soal Akif keras.Dia bangun dari katil.Diketap gigi menahan marah.Wajah Afeeya sudah pucat lesi.Bagaimana dia boleh tersilap sebut.Matilah dia kali ini. "Akif...sorry..I tak sengaja"Ucap Afeeya terketar-ketar.Tentu punah hati Akif.Tapi dia benar-benar tidak sengaja.Afeeya rasa sangat bersalah. "You dengan dia?" Akif tidak sanggup hendak meneruskan kata-kata.Terbayang bagaimana sewaktu Dian kantoi dengan dia.Dengan Dian dia boleh tinggalkan begitu sahaja.Tapi Afeeya?.Wanita itu isterinya.Lagi sakit.Akif cintakan Afeeya. "Sumpah Akif...Tak pernah.You sahaja yang pernah sentuh i"Jelas Afeeya sambil mengangkat tangan tanda dia bersumpah.Dia bukan begitu.Akif tersenyum sinis. "Kalau tak pernah,macam mana boleh tersilap sebut?"Sindir Akif kasar.Nafasnya turun naik menahan marah. "Akif..." "Jangan sebut nama i..You sebutlah nama jantan tu"Akif benar-benar sakit hati.Afeeya bersama dia tapi minda Afeeya bersama lelaki lain.Akif benar-benar sakit hati. "Im sorry Akif,Im sorry..I tak sengaja.."Akif menepis tangan Afeeya bila wanita itu mencapai tangannya. "Jangan sebut nama i" Akif mencapai tuala.Lagi lama dia disitu macam-macam boleh jadi.Akif  takut jika hubungan Afeeya dan Farish melewati batas.Jika tidak,mengapa sampai Afeeya boleh tersilap sebut dalam keadaan tidak sedar begitu.Siapa dia?.Akif tidak pernah rasa sakit begitu sekali.Airmata Akif mengalir tanpa sedar.Dia suami sampai merayu-rayu mahukan Afeeya tapi isterinya boleh sebut nama lelaki lain bila bersama dia.Apa teruk sangatkah dia?. "You...I minta maaf" Terkejut Akif bila dia keluar dari bilik mandi,Afeeya sedang menunggunya di pintu.Akif diam.Tidak menjawab.Lelaki itu bersiap sepantas mungkin supaya tidak berlama-lama dengan Afeeya didalam bilik itu.Wajah sugul Afeeya tidak meredakan amarah Akif langsung.Dia masih terasa hati dengan Afeeya.Rasa diperbodohkan.Air mata Afeeya gugur bila Akif pergi begitu sahaja tanpa menoleh pada dia sperti biasa.Afeeya rasa bagai hentak kepala kedinding.Bagaimana dia boleh menyebut nama Farish?.Kenapa laju sahaja nama itu meluncur dari mulutnya sedangkan didalam otaknya hanya ada Akif waktu itu.Dia terlalu gementar barangkali. *********** "Masam mencuka jer muka.Ada apa ni?" Soal Riana sebaik masuk kedalam kereta Akif.Tadi Akif kata masuk lambat.Tiba-tiba tadi tinggalkan mesej,beritahu sudah on the way.Mujur dia sudah bersiap awal. "Tak ada apa.You wanna have your breakfast first or,just go straight to the office?" Riana menjeling jam ditangan.Pukul 10 pagi.Breakfast apa waktu itu. "Dah pukul sepuluh Akif Ikhmal.Orang nak ready for lunch pula..You tak breakfast kat rumah tadi ke?" Soal Riana.Sandwich yang dibekalkan ibunya pagi tadi,Riana keluarkan dari tas tangan serbagunanya dan dihulur pada Akif. "Apa ni?"  "Ni?Pencil box...Sandwichlah sayang oi.Teruk dah you ni" Akif terkulat-kulat dipermainkan Riana.Dia pun bodoh.Sudah terang-terang yang dihulurkan Riana itu roti sandwich. "Sorry..i banyak fikir" Akif mengunyah Sandwich ketika mereka berhenti di persimpangan lampu merah. "Fikir apa?Ada masalah dengan Baby Feeya ke?" Akif menggeleng.Dia tidak akan ceritah hal rumahtangganya pada Riana.Akif tahu Riana ada hati pada dia.Jika dia cerita tentang masalah mereka,itu membuka ruang untuk orang lain menambah rasa.Akif tidak suka. "Habis tu,hal office?" "Maybe" Riana menghela nafas panjang.Hal Maria agaknya tu. "You rasa patut i jumpa Maria?" "If you feel worth it.. You think She wants to confess about her relationship with your dad?"Riana terdiam.Perempuan itu sudah melampau.Buat syarikat bapanya seperti hak milik sendiri.Bapanya pula sudah tua-tua masih menggatal.Dua tidak cukup agaknya.Mujur Akif sentiasa memberitahu dia perkembangan semasa tentang keadaan syarikat.Jika tidak boleh lingkup dibuat perempuan satu itu.Memang Maria tidak ambil banyak,tapi tetap aset syarikat.Dia sendiri tidak pernah sesuka guna duit atau aset syarikat. "Maria tu semacam Kif.You hati-hati sebab before ni dia pernah fitnah Alysha sampai daddy berhentikan" Akif terseenggih. "Pak ngah nak terminate i pun tak ada hal lah Yana..Babah i ada" Akif sengaja kata begitu.Dia tidak bermaksud pun kerana seboleh-bolehnya Akif tidak mahu bekerja dengan syarikat Dato Mirza.Dia dan Dato Mirza lain aliran. "Berlagak..." "Betul lah kan..." "Malas nak layan you.Petang ni i nak ikut you balik.Nak jumpa Pak Lang,Mak Lang,Kak Long,Jannnah and especially baby Feeya you"  "Perlu ke?" Riana menepuk bahu Akif. "Eh,tu saudara i tahu.Suka hati i lah" Akif ketawa bila Riana buat-buat marah.Menggada. "Gedik.Nanti you balik sendiri lah boleh?"Malas Akif hendak keluar masuk dua tiga kali.Dia kalau dah balik,hendak keluar saja-saja memang malas. "I boleh minta driver Pak Lang hantarkan" Akif menggeleng.Riana memang tidak suka memandu sendiri.Jika boleh,dia mahu kereta yang boleh pandu sendir.Bagi Riana,memandu di Kuala Lumpur sangat menyesakkan. Bila mereka sampai dipejabat,Akif dan Riana membawa haluan masing-masing kerana pejabat mereka berlainan tingkat.Banyak kerja yang perlu Akif selesaikan.Kepalanya semakin sendat memikirkan tentang Afeeya.Peristiwa pagi tadi membuatkan Akif tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerjanya. Buat sementara waktu,Riana ada.Jadi,dapatlah dia bernafas.Jika Akif tidak salah dengar,Riana cuti satu semester kerana mahu menguruskan hal kekasih gelap Datuk Zamri.Nampak sangat Riana tidak puas hati dengan Maria kerana wanita itu sebaya dengannya. "Kif,Riana dah masuk?" Soal Shamil sebaik terserempak dengan Akif di lobby lif tingkat Akif. "Dah.Rasanya nak jumpa Maria hari ni.Kau buat apa kat sini?" Tanya Akif semula.Jarang Shamil naik ketingkat itu jika tiada hal mustahak.Paling tidak,melepak dibiliknya. "Hantar barang dekat Damia.Dia kirim semalam.Ingat kau dah masuk.Lately ni,lambat jer masuk.Futsal pun dah jarang..Ada apa-apa progress ke?" Bisik Shamil.Akif menjeling.Menyibuk betul. "Aku busy.Next week pun kena pergi Kuantan dengan Yana" "Berdua?" akif mengangguk. "Feeya?" Dahi Akif berkerut.Tidak faham. "Aku kerja mana pernah bawa dia" "Maksud aku,dia tak jealous kalau kau pergi berdua dengan Riana?" Akif mengeluarkan tangan dari kocek,menggaru kening. "Tak lah kot.Feeya mana reti jealous" Shamil perasan ada perubahan diwajah Akif.Dia pasti ada yang cuba diselindungkan Akif tentang rumahtangganya. "Lain macam bunyi.Masih tak okay ke bro?"  "Okay..Malas aku nak cakap..Esok pergi gym nak?Eric ada equipment baru.Macam best"Akif memang suka mengubah topik perbualan.Dan Shamil juga sudah biasa.Mungkin Akif ada masalah yang tidak boleh dikongsi.Privasi Akif dia tidak akan berlebihan walau mereka bagai isi dengan kuku. "Ada masa pula?Angkat Feeya jer lah Kif" Akif ketawa.Boleh dicuba nanti. " Hahaha..Tu lain.Dah la.Aku layan kau sampai esok pun tak habis.Nanti lunch sekali.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD