Chapter 27

1391 Words
Bab 27 Afeeya temenung memikirkan kejadian pagi tadi.Afeeya rasa sangat bersalah buat Akif begitu.Dia langsung tidak terniat hendak menyebut nama Farish.Entah mengapa terpacul nama Farish.Gila!. Apa agaknya yang Akif fikir tentang dia. "Sayang..You okay tak ni?I panggil tak menyahut pun.Kelas dah abis pun" Afeeya tersedar bila Farish mengetuk mejanya.Lama betul dia menggelamun. "Ermm,okay..Sorry" "Its okay.Kita minum dulu nak?" Ajak Farish.Sekarang hubungan mereka agak terbatas.Afeeya sudah tidak mahu lagi jumpa diluar.takut teserempak dengan Abang kekasihnya itu. "Ermm...I nak balik"Wajah Afeeya memang nampak sangat tiada mood hari itu. "Lah..kenapa dengan you ni.Tak sihat?" Farish meletak tangan ke dahi Afeeya tetapi wanita itu menggelak pantas. "Apa ni Farish..I sihatlah" Afeeya rimas bila Farish asyik menyentuh dia disana sini.Afeeya bingkas bangun. "Eh Feeya.What wrong with you?Biasa tak macam ni?You kenapa?"Bentak Farish.Mula bosan dengan tingkah Afeeya.Apa salah dia hingga Afeeya layan dia begitu. "I rimas..You tahu tak i rimas..."Afeeya meninggikan suara.Membalas kata-kata  Farish.Dia tidak suka dibentak-bentak begitu. "You tak pernah macam ni.there's something wrong with you. I know you have something to hide from me" Farish membuat andaian kerana selama ini Afeeya tidak pernah beperangai sebegitu.Perubahan Afeeya terlalu drastik. "Nothing. I just want you to give me some space. I'm tired of you" Akhirnya terluah apa yang Afeeya pendam selama ini.Cinta yang ditabur dengan duit tak akan kemana.Afeeya sedar,selama ini dia dibutakan dengan layanan Farish yang dia tidak pernah dapat dari sesiapa.Farish dahulu terlalu mengambil berat,tetapi bila Afeeya terlalu manjakan Farish dengan duit,hadiah yang mahal-mahal,lelaki itu berubah.Asyik dengan kehidupan malam.Terikut dengan cara mereka.Salah dia juga.Dia yang ajar Farish hidup begitu.Farish pula bagai orang mengantuk disorongkan bantal bila dapat peluang hidup begitu. "You penat dengan i?"Afeeya tersedar dari lamunan. "You tak nak i cakap bukan-bukan you bagi i balik dahulu.I tengah serabut..Sorry Farish"Sebaik menghabiskan kata-katanya,Afeeya lantas bergerak meninggalkan dewan kuliah.Afeeya buntu.Apa yang patut dia buat?.Berterus terang dengan Farish?Afeeya takut Farish buat perkara yang bukan-bukan lagi.Dahulu mereka pernah putus seketika tapi Afeeya tidak sampai hati bila Farish pernah pengsan kerana overdose.Farish telan pil tidur atas alasan sangat tertekan bila Afeeya meninggalkan dia.Syukur tiada apa yang serius.Afeeya bimbang Farish buat lagi. ************ Suasana di tingkat bawah riuh rendah membuat Afeeya hairan.Lap top di ketepikan.Mungkin Mama ada tamu.Biasalah bagi Afeeya bila kediaman mereka dikunjungi tetamu.Datin Nora rajin buat makan-makan,berkumpul dengan teman-teman persatuannya.Afeeya melihat jam.Sudah pukul enam petang.Akif pulang lewat agaknya.Lagi-lagi Akif marah pasal hal pagi tadi.Akif jika merajuk boleh tahan juga,Afeeya bergegas bangun dari kerusi bila pintu diketuk dari luar.Siapa agaknya.Akif tidak mungkin ketuk-ketuk begitu.Untuk apa?. "Jannah.Nak apa?" "Angah panggil turun"Beritahu Jannah. "Kenapa Angah tak naik?" "Entah..Akak turunlah.Nanti bising Angah.Mak Ngah dengan Kak Yana pun ada" Baru Afeeya faham kerana Akif tidak naik.Buah hati ada sekali rupanya. Jannah beredar kebiliknya yang bersebelahan bilik Afeeya dan Akif setelah menyampaikan pesan.Afeeya menukar pakaian yang lebih sopan sebelum turun.Dia perlu nampak lebih cantik dari Riana kerana dia tahu,Riana sentiasa mahu mencuri perhatian Akif.Pesaing Afeeya sudah pulang. "Hah,baru turun?" Tegur Riana bila Afeeya muncul dari tangga.Afeeya senyum.pura-pura mesra dengan Riana.Dia bersalam dan berpelukan dengan Datin Noriah dan Riana sebelum mengambil tempat disebelah Datin Nora.Tempatnya yang sepatutnya disebelah Akif telah diambil alih oleh Riana.Tak malu. "I ada assignment nak kena siapkan tadi.Lama sampai?" Soal Afeeya berbasa basi.Dia menjeling kearah Akif tetapi lelaki itu buat muka selamba.langsung tidak peduli pada dia. "Oh..I dah lama sampai.Dari office dengan Akif" "Mak Ngah?"Pertanyaan Afeeya beralih kepada Datin Noriah. "Mak Ngah datang dengan driver.Nanti tak perlu Akif nak hantar Yana balik..Feeya sihat?" Afeeya tersenyum.Sihat.Hati dia sahaja yang sakit lihat Riana bermesra-mesra dengan Akif dihadapan dia begitu. "Sihat Mak Ngah..." "Eh,You all borak dulu..Mama nak ke belakang kejap tengok dinner dah siapa ke" Datin Nora bangun,teringat masakan didapur.Dia lebih suka buat sendiri.Mak Ros cuma siapkan bahan dan tengok sahaja bila bahan-bahan sudah dimasak kedalm periuk. "Feeya tolong mama" Afeeya ingin bangun.Duduk disitu lama-lama pun buat sakit mata lihat Akif dan Riana bermesra-mesra. "Tak apa,Feeya duduk dulu berbual dengan Yana.Biar Mak Ngah jer tolong Mama.Banyak yang Mak Ngah nak bualkan dengan Mama awak ni" Datin Noriah menahan Afeeya dari bangun.Manakala dia yang yang bangun untuk mengikut Datin Nora ke dapur.Mahu tidak mahu Afeeya terpaksa tinggal.Keadaan sedikit janggal.Cepatlah Imani atau Jannah turun atau dia akan jadi tukun disitu.Malangnya nasib. "Feeya..Lepas habis study nak kerja mana?" "Of course dengan Babah.You stole Akif from us. So I have to stay to help Kak Long right?" Riana tersenyum.Ada bau-bau cemburu.Dahulu Afeeya tidak sensetif begitu. "Riana has no siblings. How could she possibly manage her own company? Isn't it wrong to help Riana?"Geramnya Afeeya.Akif lebih sebelahkan Riana dari dia.Sampai hati Akif. "Auch..Baby Feeya you jealous ni?" "Jealous? Just waste my time."Akif tersenyum sinis.Afeeya menafikan,tapi jelas sekali Afeeya tidak boleh sembunyikan wajah cemburu itu. "Jangan risaulah Feeya.I respect hubungan you dengan Akif.Lainlah Dian kan?" Riana ketawa.Jika Dian yang Akif pilih,dia tentu tak akan lepaskan Akif. "Ye lah Riana.Kalau Akif tak layan.Kalau Akif layan?" Getus hati Afeeya.Bukan dia tidak tahu bagaimana Riana sukakan suaminya itu.Ini hari-hari jumpa dipejabat entah apa yang dibuat dibelakang dia. "You bila balik sana?" "Ermm..I'm taking a semester off. There are important things to do here. So, a lot of Akif time will come with this" Jelas Riana.Dia tidak mahu nanti Afeeya salah sangka.  "Dont worry Yana.Afeeya okay jer.Dia tak kisah.Ya kan sayang?"Afeeya mengetap bibir menahan geram sebelum tersenyum.Akif sengaja menduga dia. "Rancak berbual?Yana pun ada?Sihat?"Soal Imani yang baru sampai.Afeeya lega bila Imani mengambil tempat disisinya.Back up besar Afeeya sudah sampai.Berani Akif dan Riana kata bukan-bukan. "Salah partner ke?Kenapa Feeya duduk sini pula?"Ringan mulut Imani menegur.Dia tidak suka Akif berperangai begitu.Riana perlu hormati Afeeya sebagai isteri Akif.Akif pula tak reti menegur agaknya.Hati Afeeya melonjak gembira bila lihat wajah Riana dan Akif berubah bila ditegur begitu.Padan muka. "Tadi memang Yana duduk sini before Feeya turun" Akif mula bersuara.Tidak mahu Riana berkecil hati.Imani memang pro Afeeya.Dari kecil Imani yang menjaga Afeeya.Teman sebilik Afeeya selama dua puluh tahun. "Whatever.Tapi tak sopan macam tu.Next time jangan macam tu lagi okay.Akif tu bukan bujang lagi"Tegur Imani lagi. "Baik Kak Long.."Riana bangun dan beralih ke sofa kosong bersebelahan. "Hah,cam gini lah.Nampak lebih proper.." Imani selaku sepupu paling sulung memang sangat dihormati oleh sepupu-sepupu mereka yang lain.Jadi,apa kata Imani,semua mereka akan ikut sahaja.Lagipun,biasa Imani akan tegur pekara-pekara yang memang masuk akal. "Kejap lagi kita sambung bual ya.Kak Long nak naik kejap.Hantar barang" Imani bingkas bangun untuk naik keatas.Suasana agak sunyi seketika bila Riana mula menghadap talifon bimbit.Wanita itu meminta diri seketika kerana ingin mendapat panggilan penting. "Marah lagi?" Afeeya bangun dan duduk disisi Akif.Lelaki itu diam. "Sampai bila tak nak cakap dengan i ni?I tahu i salah..I tak sengaja" Ditarik-tarik hujung baju Akif berkali bila tiada respond dari lelaki itu. "Tak perlu minta maaf.I tahu i siapa..Dah lah Feeya.I nak naik kejap.Maghrib.Nanti i turun" Afeeya mendengus.Akif betul-betul marah.Afeeya bersandar ke sofa seketika sambil merenung siling yang berukir cantik.Lagi bagus cakap dengan siling dari bercakap dengan Akif.Tidak tahu smpai bila Akif mahu protes.Malam itu,Akif langsung tidak endahkan Afeeya.Dengan Riana bukan main mesra.Akif tidak tahu ke yang dia CEMBURU!. "You suka Riana lagi ya?"Tanya Afeeya bila mereka sudah masuk kedalam bilik.Akif masih diam. "I cakap dengan you,bukan dinding Akif Ikhmal"Bentak Afeeya geram. "Oh,you cakap dengan i?" Soal Akif selamba sambil membuka butang baju.Sehari suntuk pakai baju yang sama.Rimas Akif. "You marahkan i lagi?" Afeeya mengendurkan suara.Dia berdiri dihadapan Akif sambil merenung wajah lelaki itu. "Tak..You nak apa ni?I nak mandi" Afeeya tidak berganjak.Dia tidak puas hati dengan jawapan Akif.Afeeya tidak kisah Akif hendak buat sahaja pada dia.Asalkan Akif memaafkan dirinya.Afeeya tidak mahu dihantui rasa bersalah.Dia takut Akif pergi pada Riana. "I tahu you marah..I minta maaf..you can punish me with...But don't punish me with your silence". Jari Afeeya menyentuh dada bidang Akif. "Feeya.I bukan macam you fikir..I tak akan sentuh you selagi you tak lupakan dia.I don't want you to having s*x with me.But in your head he is still there" Ucap Akif terus terang.Akif mengucup bibir Afeeya sebelum beredar.Afeeya terduduk.Terasa panas telinga Afeeya mendengar ucapan Akif.Lelaki itu benar-benar berkecil hati.Dia yang tak mahu disentuh Akif kerana Farish bukan.Sekarang Akif sudah beri dia ruang itu tapi mengapa dia pula tidak mahu.Apa dia sudah jatuh cinta dengan suami sendiri?.Malam terasa terlalu panjang bila dia dan Akif hanya membuat hal sendiri.Tanpa bicara,tanpa kata.Hanya kesunyian.Apa seterusnya.Afeeya buntu.Akif kusyuk menghadap lap toptanpa hiraukan dia.Afeeya tidak pandai memujuk. "Esok tak ada kelas?" Afeeya menunduk malu.Akif perasan ke yang dia merenung lelaki itu dari tadi. "Ada..Akif..I'm sorry pasal pagi tadi...I tak sengaja"Akif tersenyum.Mana ada orang tidak sengaja dalam keadaan tidak sedar begitu. "Kenapa you senyum?" "Nothing..Jangan risau..I still loving you walaupun i tahu you tak cintakan i sayang" Akif bangun,mencapai bantal. "You nak pergi mana?" "I tidur sini"Akif  membuka sofa bed dan berbaring. "You nak biarkan i tidur sendiri?" "I tak nak ganggu you..You boleh mimpikan dia"Afeeya mengeluh.Bagaimana dia hendak tidur tanpa Akif malam itu.Afeeya tidak tahu Akif akan merajuk sampai begitu sekali.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD