Bab 28
Hari itu Afeeya keluar bersiar-siar dengan Shima kerana mereka tiada kelas.Lama mereka berdua tidak menghabiskan masa bersama-sama berdua.Akif pagi-pagi sudah keluar.Biasa ada juga whatapp romantik dari Akif,tapi dua minggu ini,lelaki itu langsung tidak pernah mengirimkan lagi mesej cinta.Rindunya Afeeya pada Akif.Apa Akif buat waktu itu.
"Kau kenapa monyok jer ni Feeya?Gaduh dengan Farish?" Shima tidak jadi hendak menyuap makanan kedalam mulut bila lihat Afeeya hanya merenung mee goreng didalam pinggan.Masalah apa lagi Afeeya.
"Feeya..Akif!" Serentak itu Afeeya mencari sekeliling.
"Hah..Ni takut ke,gila bayang?" Panjang muncung Afeeya bila dipermainkan Shima begitu.Shima tahu tak rasa hendak gugur jantung dia.
"Mana ada lah."Afeeya menafikan.
"Alah.Dengan aku kau nak tipu?Aku dapat baca apa dalam kepala kau tu?"Afeeya kemudian mengeluh sendiri.Apa yang patut dia cerita pada Shima.Apa yang jadi,hal didalam selimutnya.
"Dia merajuk dengan aku"Luah Afeeya.
"Siapa? Akif?" Afeeya mengangguk.Makanan didalam pinggan dikuis-kuis dengan garfu.Shima ketawa.
"Kenapa kau gelak?" Marah Afeeya.Tiada yang lawak dia rasa.
"Akif merajuk kau nak risau?Bukan kau lagi suka ke?Kalau Farish merajuk kau macam mati laki,percayalah aku" Kata-kata Shima buat Afeeya terfikir.Begitu sekali ke dia?.Selama ini teruk sangatkah layanan dia pada Akif.
"Aku seriuslah Shima.."Shima berhenti ketawa dan memberi tumpuan pada Afeeya.Shamil ada cerita juga yang Akif lihat seperti ada masalah dengan Afeeya.Shima bukan tidak mahu ambil tahu,nanti Afeeya marah lagi.Dia malas hendak bergaduh dengan Afeeya.Jika Afeeya buka cerita,baru dia akan dengar.
"Cuba cerita dengan aku apa jadi sebenarnya ni?" Afeeya diam seketika.Mencari kata yang sesuai untuk diterangkan pada Shima.
"I don't know what's in my mind. I called him, Farish at that time.."Mata Shima membulat.Dia faham apa yang Afeeya hendak kata selanjutnya.Gila betul Afeeya.
"Ya Allah..Apa kau buat ni?Memang kau tengah fikirkan Farish ke?"
"No..Aku pun tak tahu macam mana aku boleh out of my mind" Shima melepaskan nafas panjang.Sudah sepatutnya Akif merajuk.
"Potong betul kau ni"
"Memang potonglah.."Mereka sama-sama tersenyum menggeleng.Afeeya masih terbayang-bayang ciuman Akif.Hangat.
"So,dah pujuk?"
"Huh,Macam-macam aku buat tapi tak jalan..He's different.Kau buat pool dance depan dia pun,belum tentu dia cair"Kali ini Afeeya sendiri ketawa.Sudah bermacam-macam cara dia memujuk Akif tapi lelaki itu langsung tidak layan.Hendak lebih-lebih,Afeeya takut.
"Pernah buat ke?Beria gelak?"Shima turut ketawa.Membayangkan Afeeya buat tarian tiang.Mesti disaster.
"Tak kuasa aku..Tercabut tiang nanti" Mereka ketawa membayangkan apa yang dikata.Lega sedikit hati Afeeya bila dapat becerita dengan Shima.Sakit jika disimpan sendiri.
"So,macam mana dengan Farish?" Tawa Afeeya termati.Shima betul-betul merossakan mood dia.
"Aku tak tahu.Masih tengah cari solution"
"Cepat-cepat settlekan.Nanti makin rumit keadaan" Ujar Shima.Dia pun penat menjadi posmen antara Afeeya dan Farish.Farish tidak habis-habis mencarinya semata-mata hendak tahu sebab mengapa Afeeya berubah.
"Aku tahu.."Pendek jawapan Afeeya.Dia sudah tidak berminat hendak bercerita tentang Farish.Sedang rancak berbual tiba-tiba Shima terdapan Akif dan seorang wanita yang Shima rasa seperti biasa nampak.Kedua mereka masuk kedalam restoran tempat mereka makan.Pasangan itu mengambil tempat dibelakang tempat duduk mereka.Kerana tempat duduk restoran yang agak tinggi,maka mereka tidak nampak antara satu sama lain.
"Feeya,Akif.."Afeeya tersenggih.Kali ini dia tidak akan tertipu lagi.
"Aku tak tipulah.Kat belakang" Shima memberi isyarat pada Afeeya supaya diam.Afeeya beralih kebahagian tempat duduk Shima agar dapat dengar dengan jelas perbualan Akif.Bila mendengar suara Akif,barulah Afeeya percaya.Siap berabang..abang.Siapa?Kalau Jannah mesti Shima kenal.Suara pun Afeeya tidak biasa dengar.Mesra semacam.Akif ada simpan perempuan lainkah dibelakang dia.
"Jom lah Shima.Tak selera nak makan dah"Shima memanggil pelayan untuk membuat bayaran tetapi Afeeya sudah bangun.Dia rasa tidak sabar hendak lihat siapa wanita yang duduk semeja dengan Akif.Banyak pula perempuan muncul disekeliling Akif saat hatinya mula terpaut pada lelaki itu.
"Eh,Akif Ikhmal..."Afeeya pura-pura tersenyum.Walhal didalam hatinya terasa bodoh.
"Feeya..Buat apa kat sini?"Soal Akif kaget.Tidak sangka berjumpa Afeeya disitu.Afeeya tidak pernah sampai kesitu.Akif yakin.Pasti Afeeya fikir bukan-bukan.
"Farah?"Afeeya agak terkejut dengan wanita yang berada dihadapan Akif.Wajah Farah ternyata kurang senang dengan kehadiran Afeeya.Afeeya kenal Akif?.
"Siapa ni bang?"Tanya Farah tidak puas hati.
"Ermm,sorry menganggu Cik Farah..." Afeeya tersenyum sinis.Berlalu meninggalkan meja Akif dan Farah begitu sahaja.Afeeya sengaja hendak Akif tahu kehadiran dia disitu.
"Sayang.Afeeya....Farah.Take this money.Nanti apa-apa abang call"Ucap Akif sebelum bangun mengejar langkah Afeeya.Akif yakin Afeeya sudah salah faham.Dia tidak mahu isterinya merajuk.
"Kesian kau Farah..Dulu nak Farish tak dapat..Sekarang Akif pula" Sindir Shima yang masih berdiri menghadap Shima yang masih terkulat-kulat ditinggalkan Akif.
"Apa maksud kau?Aku dengan Akif dah lama" Shima ketawa kecil.
"Rumah kau memang tak ada cermin ya?Akif tu husband Feeya,Cik Farah oi" Wajah Farah bertukar merah,marah.Sejak bila?.Akif tak pernah ada sesiapa selain dia.Kenapa balik-balik Afeeya yang menganggu hidupnya.Tak cukup dengan Farish?.
"Kau jangan nak buat cerita ya Shima.."
"Kau tanyalah Akif sendiri kalau tak percaya" Ujar Shima sebelum berlalu.Farah menekup wajah.Ingin menjerit tidak puas hati.Kenapa Akif tidak pernah beritahu dia. Dia tidak pernah tahu Akif itu suami orang.
************
"Feeya..stop!"Jerit Akif bila Afeeya tidak mahu berhenti.
"Nak apa?Pergilah pada girlfriend you tu" Akif mengangkat kening.
"Siapa?Farah?"Afeeya mengangkat bahu.
"Habis tu you ada berapa ramai lagi girlfriends yang i tak tahu?" Afeeya memeluk tubuh,berdiri menghadap Akif.
"Ramai.Tapi yang i sayang dan cinta you sorang jer" Tangan Afeeya Akif capai.Afeeya mendengus.
"I tak suka share dengan orang..Pergilah.."Akif ketawa.
"Habis?i suka share?" Afeeya menelan air liur.Kata-katanya memakan diri sendiri.
"Sudahlah..You pergilah pada dia.I nak balik"
"Feeya...Farah tu adik angkat i sahaja" Akif beterus terang.Dia memang mahu temukan Afeeya dan Farah tapi masa yang tidak mengizinkan.
"You tak pernah cerita pun.Dia tu roomate i masa tahun satu dan dia tak pernah suka i" Luah Afeeya.
"Ada juga orang tak suka you sayang.Ke berebut boyfriend ni?"Duga Akif.Afeeya melarikan lirikan matanya.
"Pasal budak tu?" Afeeya tetap tidak menjawab.Lama baru Akif melepaskan nafas panjang.
"Jom balik dengan i...Shima.Feeya balik dengan i" Lambat-lambat Shima yang berdiri berhampiran mereka, mengangguk. Shima tahu Akif pula yang tidak puas hati.
"I tak nak balik dengan you" Afeeya mengeraskan diri disitu.Tidak mahu menerima ajakkan Akif.
"Ke you nak i cium you kat sini?" Afeeya menelan air liur melihat renungan Akif.Lelaki itu bukan boleh percaya.Akif jika hendak buat apa sahaja,bukan kira tempat.
"Baiklah.I ikut...I ikut..Shima.Jumpa esok..Girlfriend you tu macam mana?"Soal Afeeya keras tanda protes.
"Grab banyak..you lagi penting.Cepat jalan" Afeeya terjerit kecil bila Akif menepuk punggungnya.Malu Afeeya.Akif kadangkala memang tidak senonoh.
"Bye Feeya...Jumpa esok ya" Shima melambai tangan,hanya melihat Akif dan Afeeya beredar dari situ.Moga Akif dan Afeeya baik-baik sahaja.Shima bahagia melihat Akif dan Afeeya bahagia.
"Macam mana you kenal Farah?"Soal Afeeya sewaktu dalam perjalanan pulang.Akif masih fokus memandu.
"Tiga tahun lepas masa you all tahun satu.I tak pernah tahu pun you roommate dia" Ujar Akif berterus terang.
"I tak faham..Macam mana you boleh jumpa dia..Siap berabang-abang bagai.I dengan Jannah pun tak pernah panggil you abang" Afeeya meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Akif.Jika sudah panggil begitu,tentu akif dan Farah rapat.
"You yang tak nak panggil..Now you boleh lah panggil i abang ke,B ke..." Geram Afeeya bila Akif buat main-main perkara itu.Akif tidak sensetif langsung.
"Tak ingin"
"Dah tu.."Afeeya mendengus.Menghenyak tubuh ke kerusi kereta.Akif tersenyum.
"I tak suka lah you beradik angkat"
"At least jelas lagi nyata,i memang anggap dia adik,tak lebih dari tu" Afeeya mengetap bibir.
"I dulu pun you anggap macam tu kan?Tapi tengok sekarang" Kata-kata Afeeya membuatkan Akif tersenyum.Afeeya cemburu.
"You lain Feeya.Jangan sama dia dengan you.Kalau i nak dia,dah lama i try.But i cant.Dulukan i ada Dian?" Susah Afeeya hendak terima kata-kata Akif.Dasar lelaki.Sampai dirumah,Afeeya terus meluru masuk kebilik hingga tidak sedar kehadiran Datin Nora diruang tamu.
"Kenapa tu Kif..?"Tegur Datin Nora.Awal pula Akif dan Afeeya pulang hari itu.Baru pukul tiga setengah.
"Merajuk..plus cemburu dengan kawan Akif"Jelas Akif tanpa berselindung.
"Siapa pula ni?Dah lah dia cemburu dengan Yana.Ni ada lagi?"Akif ketawa.Ramai pula perempuan yang Afeeya cemburu kan.
"Dia ada kata dia cemburu dengan Yana ke Ma?" Akif mengangkat kening.Seronok,ingin tahu cerita.
"Tanya Kak Long.Feeya kan mana nak cakap.Tapi Mama dengar dia borak dengan Kak Long yang dia tak suka Yana bersandar-sandar dengan kamu..Ni,esok nak pergi Kuantan dengan Yana.Dah beritahu Feeya belum?"Akif menggeleng.Memang dia hendak beritahu tapi takut Afeeya merajuk.Hendak bawa Afeeya,isterinya itu masih ada kuliah.
"Beritahu cepat.Jangan dah last minit.Tadi siapa kawan Akif yang Feeya jealous kan sangat tu?"
"Farah.Yang Akif pernah beritahu Mama dulu" Lama Datin Nora berfikir.Akif ramai kawan perempuan sampai dia susah hendak ingat yang mana satu.
"Budak Kuala Selangor tu?"Tanya Datin Nora inginkan kepastian.Akif mengangguk.
"Oh..Akif memang nak tolong dia jer kan?Tak ada niat lain kan?"Akif menggeleng.
"Feeya seorang cukuplah Ma" Kata Akif dengan nada mendatar.Afeeya sudah cukup buat dia.Buat dia gila bayang.
"Baguslah kalau macam tu..Dahlah.Mama nak keluar sekejap dengan Mak Ros beli kuih kat depan sana tu"
"Ya la Ma.Akif naik dulu"