Chapter 29: Touch my heart

1343 Words
Bab 29 "Feeya.."Panggil Akif.Afeeya diam kaku tidak menjawab.Dia masih berbaring memeluk bantal.Malas hendak melayan Akif. "Sayang..Bangunlah"Tubuh Afeeya digoncang perlahan.Lama kemudian bau minyak wangi Akif makin jauh.Lelaki itu sudah bangun meninggalkannya.Afeeya menoleh kesebelah,tiada.Dia bangun apabila pasti Akif sudah tiada. "Kuss semangat,Apa ni" Terkejut Afeeya apabila Akif tiba-tiba berada dihadapan mukanya.Di tepi katil.Bagaimana Akif boleh sampai kesitu.Afeeya tidak dengar langsung bunyi tapak kaki Akif.Akif terbang ke apa?. "Cari i?Tadi jual mahal" Akif mengangkat kening bekali-kali,memandang Afeeya nakal. "Buat apa cari you?" Akif mengangkat Afeeya kepangkuannya. Afeeya agak terkejut tetapi dibiarkan sahaja kerana dia rindukan Akif. "Buat apa?Sebab you banyak hutang dengan i"Dahi Afeeya berkerut.Tidak faham.Akif tidak tahu hendak buat apa dengan wanita dihadapan dia itu.Yang Akif tahu,dia rindukan Afeeya. "Ermmm..I boleh bayar.Berapa?"Akif mencebik. "I tak nak duit you.." Akif mengigit bibir.Merenung mata Afeeya tajam. "Habis nak apa?"Soal Afeeya manja.Kolar baju Akif dipintal-pintal. "Boleh?"Lambat-lambat Afeeya mengangguk.Akif mengucup dahi,pipi dan bibir Afeeya lama sehingga Afeeya terlupa seketika rajuknya.Butang baju Akif dibuka satu persatu sebelum ditanggal.Baru Akif hendak membaringkan Afeeya,talifon bimbit Akif berbunyi.Tertera nama Riana di skrin talifon.Afeeya mendengus.Membetulkan semula pakaiannya yang telah diusik Akif.Akif tidak mengangkat tapi Afeeya sudah hilang mood. "Riana nak apa call you?You tak beritahu yang you tak masuk office?"Afeeya memeluk tubuh setelah menolak Akif yang mendatangi dia semula.Akif menyaup rambut kebelakang.Bagaimana dia hendak beritahu pada Afeeya.Dia pasti wanita itu akan merajuk lagi. "Ermmm..Actually esok i kena pergi Kuantan dengan Yana.Tiga hari" Afeeya mengigit bibir.Wajahnya bertukar masam mencuka.Kenapa baru sekarang Akif ingin beritahu. "Why now? Why don't you tell me tomorrow?" Sakit hati Afeeya.Lepas satu,satu.Kenapa perlu pergi berdua dengan Riana. "Sayang,listen me" "Don't ever call me sayang.I tak suka..I tak ada mood.You pergilah pada perempuan-perempuan you tu" Kemeja Akif,Afeeya lempar kedada lelaki itu.Akif mendengus.Ada sahaja halangan.Malam itu Afeeya masih lagi marah.Dia langsung tidak beri Akif peluang menyentuh dia.Akif terpaksa melayankan juga rajuk Afeeya.Jika dia berani-berani ingkar,alamatnya putih matalah dia.Perempuan memang.Bila dia buat salah sedikit bukan main.Tapi lihatlah,apa Afeeya buat sewaktu tersilap sebut nama Farish.Nothing. ********** Akif merenung lama keskrin talifon.Sesekali mata Akif tertancap pada anak-anak kecil yang sedang berlari-lari,bermain pasir pantai.Hati Akif tercuit dengan gelagat anak-anak kecil itu.Pengunjung masih ramai walaupun hari beransur senja.Riana beli aiskrim atau buat aiskrim.Tadi dia hendak pergi beli,Riana mengada-ngada hendak pergi sendiri. "Mc Flurry" Aiskrim yang dihulur Riana,Akif sambut. "Tunggu Baby Feeya call?" Akif mengangguk. "Lah..You lah yang call kalau dia tak call you.Itu pun nak kena ajar" Marah Riana.Dia tidak suka masuk campur hal rumahtangga orang.Hatta hal rumahtangga ibu bapa dia sendiri pun,Riana tidak pernah ambil pusing.Kecuali ada sangkut paut dengan syarikat. "Tak apa lah..Dia merajuk.Nanti okaylah tu" Akif menyimpan talifon bimbit kedalam kocek sebelum menjilat aiskrim yang dibeli Riana kusyuk. "Suka hati you.Baby Feeya tu kan manja.Dari kecil memang dia nak perhatian sebab you tahu kan keluarga dia macam mana.Patut you fahamlah Akif" Riana mahu Akif ingat semula latar belakang Afeeya.Riana tahu Afeeya sangat sensentif. Oleh sebab itu Riana tidak ambil hati langsung bila Afeeya cemburu pada dia kerana rapat dengan Akif.Isteri mana yang tidak cemburu bila ada suami seperti Akif. "Ermm..I lupa.Tapi i takut nak bagi seluruh hati i pada dia.Takut Feeya buat apa yang Dian buat pada i dulu" Riana menggeleng. "Kalau macam tu,you tak percaya dengan dia.Setahu i,Feeya tu kalau dah sayang orang,dia akan sayang gila-gila.Lagi-lagi kalau orang tu caring gila-gila dengan dia"Akif menjeling Riana sambil tersenggih. "Berapa  banyak gila Yana?Lama-lama i pun gila" Mereka ketawa serentak.Akif tidak akan cerita kisah cinta tiga seginya.Cinta antara dia,Afeeya dan Farish.Ini Akif tinggalkan tiga hari,apa agaknya Afeeya buat.Apa Afeeya ada bertemu dengan Farish lagi. "Esok dah balik.You surprised her.Macam pick her up from college?" Riana memberi cadangan. "Bagus juga idea you tu.Esok InshaAllah i ambil dia dekat kampus.Tapi sempat ke?" Riana memuncungkan mulut.Takkan itupun dia hendak ajar. "You ni.Fikirlah alternative.Tanya BFF Feeya ke" Baru Akif terfikir akan Shima.Mungkin Akif boleh minta tolong Shima berkenaan rancangannya.Tapi tak apa lah.Nanti tak surprise pula. "Eh,dah maghrib.Jom kita balik.Esok lepas meeting pagi kita balik terus ya"Sebaik mendengar seruan azan di masjid berhampiran,mereka beredar dari pantai Teluk Kemang yang semakin ramai.Fikiran Akif sudah tiada disitu.Dia fikir mahu cepat balik dan bertemu kekasih hatinya.Argh.Parah dah kau ni Kif. Afeeya pula dirumah bagai cacing kepanasan menunggu panggilan dari Akif.Sedih kerana Akif langsung tidak berhubung dengan dia dua hari itu.Seronok sangat agaknya dapat bersama-sama Riana.Afeeya rindu pada Akif.Dia belum rasa seperti itu sebelum ini.Inilah agaknya pungguk yang merindukan bulan.Ah,Afeeya keliru dengan perasaan dia sendiri.Akhirnya wanita itu terlena berbantalkan kemeja Akif yang masih belum dicuci. ************ Selepas habis kelas petang itu,Afeeya terus bertemu Shima di tempat parking kereta kerana dia menumpang Shima hari itu.Pelik Afeeya.Tadi,Shima keluar dahulu dari kelas.Shima mahu ke koperasi fakulti.Ketika sedang menunggu,Farish datang kepadanya membuatkan Afeeya terkejut. "You memang tak nak jumpa i lagi ya Feeya?" Dahi Afeeya berkerut.Tadi Farish tidak masuk kelas. "Hurm.Macam nilah Farish.I think we should just end our relationship"Afeeya sudah penat berbohong.Farish patut tahu yang hubungan mereka tidak berjaya. "Just like that?Senang you cakap Feeya" Farish jadi tidak tentu arah bila dengar Afeeya kata begitu.Hubungan mereka sudah sejauh itu dan Afeeya dengan mudah buat keputusan untuk meninggalkan dia. "I dah ada orang lain" Afeeya menunjuk cincin dijari manisnya.Farish ketawa yang dibuat-buat.Matanya merah kerana menahan tangis.Tangan Afeeya dicapai dan dibelek cincin ditangan Afeeya.Afeeya terkedu.Dia cuba menarik tangannya tapi dipegang kuat oleh Farish hingga hampir tercabut cincin dari jari. "Apa ni Farish..sakitlah.Let me go.." "I tak percaya..You cakap macam ni sebab you marah kan?I janji,i akan berubah Feeya"Rayuan Farish sudah tidak Afeeya endahkan.Farish sudah banyak kali berjanji.Tapi satu pun tak tertunai. "Oi..Lepaskan tangan Feeya" Farish menelan air liur.Melepaskan tangan Afeeya perlahan-lahan.Afeeya menggosok pergelanggan tangannya yang rasa sakit kerana dikasari Farish.Dia juga terkejut dengan kemunculan Akif dikampus mereka. "Tak malu ke dalam kampus ni?"Tengking Akif.Afeeya memandang sekeliling.Mujur tiada siapa disitu.Jika tidak,malu dia.Shima yang baru sampai berlari-lari anak menuju kearah Afeeya,Farish dan Akif. "Akif.."Panggil Afeeya takut-takut.Muka Akif sudah merah padam.Afeeya takut Akif salah faham.Dia tidak mahu ada yang tercedera. "You diam!masuk dalam kereta"Ditolak Afeeya kearah kereta.Shima tidak berani masuk campur tetapi memberi isyarat pada Afeeya supaya masuk kedalam kereta. "Kau dengar sini.Aku tak nak tengok kau dekat dengan Feeya lagi kalau nak lama hidup"Akif menunjal kepala Farish kasar membuatkan Farish hampir tersungkur.Dia tidak berani hendak melawan Akif kerana lelaki itu lebih tinggi dan sasa dari dia.Afeeya pernah beritahu yang Akif ada silat.Lihat pada Daniel yang ada taekwondo pun lunyai dikerjakan oleh Akif. "Farish.Dahlah tu.Jangan kacau Feeya dah"Kasihan pula shima lihat Farish waktu itu. "Kau tahulah?Siapa?"Soal Farish bertalu-talu. "Kau tanya Feeya sendiri.Tapi aku rasa cukuplah.Dia dah lama sabar dengan kau" "Kau diamlah Shima.Apa?Korang ingat korang kaya boleh tindas orang lain macam tu?Bila kau sayang,kau simpan?Bila tak nak kau buang?"Shima gumam.Ah,sudah.Dia pula jadi tempat Farish melepaskan geram. "Entahlah.Ikut kaulah nak cakap apa Farish.Aku nak balik dah ni" Malas Shima hendak layan.Farish bukan betul.Nanti silap hari bulan,Farish bunuh pula dia disitu.Cepat-cepat Shima berjalan masuk kedalam kereta dan mengunci pintu.Farish masih berdiri ditempat sama sewaktu Shima bergerak melalui hadapan Farish. Didalam kereta Afeeya hanya diam membisu.Takut Akif mengamuk.Wajah Akif serius. "I balik penat-penat dari Kuantan terus kesini sebab rindu you.You boleh bermesra-mesra dengan budak tu"Suara Akif serak.Perlahan tetapi agak beremosi.Wajah Akif kelihatan penat. "I tak buat apa pun.Dia yang pegang tangan i.I try tarik tangan i ni" Afeeya menunjuk lenggannya tetapi sedikitpun tidak diendahkan Akif. "Sudahlah..i Minta you tinggalkan dia pun you tak boleh buat..I sayang you Feeya.i cintakan you.susah sangat ke you nak faham?"Tangan dihentak ke steering kuat hingga hon berbunyi.Afeeya terkejut. "Akif,I try to love you. But please give me time.." Akif merengus.Menekan minyak supaya kelajuan kereta bertambah.Dia sudah rasa panas didalam kereta berdua dengan Afeeya.Penat Akif hilang.Marah lebih menguasai diri.Sampai dirumah Akif terus masuk kebilik dan menghenyak tubuh kekatil.Fikiran Akif serabut memikirkan tentang dia dan Afeeya. "Akif"Akif tidak menyahut.Wajahnya sudah ditekup dengan bantal.Akif malas hendak mendengar apa-apa dari mulut Afeeya. Malam itu,Akif ambil keputusan untuk ikut bermain futsal dengan kawan-kawannya.Dia takut jika amarahnya hilang kawalan.Nanti kejadian lama berulang lagi.Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti Afeeya lagi.Baik dia keluar. "You nak pergi mana?"Soal Afeeya bila Akif sudah bersiap dengan baju sukan.Akif baru sahaja sampai petang tadi.Sekarang Akif sudah mahu keluar lagi. "Nikah seorang lagi" Afeeya mengetap bibir melihat reaksi Akif yang menjengkelkan. Perkara begitu bukan untuk dibuat main-main. "Akif,tu tak kelakar ya" "You nampak kan i pakai baju macam ni" "You baru balik.Then nak keluar"Afeeya cuba merendahkan nada suara.Akif mungkin sedang marah lagi. "I duduk rumah lagi penat.I nak keluar"Kunci kereta diatas meja Akif capai.Jika lama-lama disitu,cair hati Akif.Wajah Afeeya mula cembeng bila tidak dipedulikan Akif begitu.Dikesat air matanya tumpah.Itu semua salah Farish hingga Akif salah faham.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD