Chapter 30

1212 Words
Bab 30 Afeeya menghentikan kereta disebelah kereta Akif.Dia hendak pastikan Akif memang disitu.Afeeya berfikir sama ada dia mahu masuk atau tidak.Rasanya tiada siapa tahu Akif suaminya. "Ermm..Redah jer Afeeya.Mana tahu laki kau jumpa perempuan lain kat dalam tu"Afeeya bercakap dengan diri sendiri.Berkira-kira mahu masuk atau tidak.Akhirnya Afeeya ambil keputusan untuk masuk juga.Biarlah apa orang hendak kata.Afeeya keluar dari kereta dan terus masuk kedalam dewan futsal.Mata Afeeya liar mencari-cari Akif digelanggang yang mana satu sehingga dia terlihat Akif sedang bermain futsal didalam gelanggang  yang paling hujung.Afeeya berjalan menuju kearah suaminya. "Feeya.."Tiba-tiba Afeeya ditegur Norlin.Isteri Kamarul.Afeeya pernah jumpa dua tiga kali sebelum ini. "Ermm..Kak Norlin.Apa khabar?" Soal Afeeya sambil memeluk wanita itu seperti biasa. "Cari Akif..?"Afeeya mengangguk. "Singgah kejap.." Norlin tersenyum melihat Afeeya.Dia tahu Akif sudah bernikah dengan Afeeya beberapa bulan lepas.Tapi Kamarul minta diam kerana Kamarul pun tahu dari Eric,sepupu Akif. "Duduk dulu.." "Feeya kejap jer ni kak.ada kerja"Beritahu Afeeya.Malu jika Akif nampak dia disitu. "Tak tunggu Akif?" "Tak apa kak.Jumpa kat rumah saja nanti" Afeeya tersenyum mesra mengucap selamat tinggal.Baru berpusing,Afeeya terserempak dengan seorang yang dia rasa paling menjengkelkan. "Kau pun ada?Tengok Akif main futsal?" Afeeya memeluk tubuh sambil memandang Farah atas dan bawah. Patutlah Akif beria-ia hendak datang kesitu malam itu. "Erm..Aku tengok jer,jangan salah faham" Ujar Farah. "Okay.Pandang jer lah sebab itu saja yang kau mampu.."Farah mengetap bibir.Menjeling kearah lain.Dia bersabar kerana Akif ada disitu.tidak mahu Akif lihat mereka bergaduh disitu. "Apa masalah kau ni ya Feeya?" "Apa masalah kau pula?Kau tahu kan Akif tu suami orang"Getus Afeeya.Dia tidak suka cara pandangan Farah pada Akif. "Suami orang?Tapi kenapa ya dia tak pernah beritahu Aku yang dia dah kahwin?" Afeeya tersenyum sinis.Rasa ingin ditampar muka Farah.Dasar tak tahu malu. "Lelaki kan?Tapi kita yang perempuan,kena sedar diri..Kalau tak malu,teruskan..." Afeeya memberikan kata-kata terakhir kepada Farah sebelum beredar.Norlin dan beberapa orang disitu hanya tersenyum.Farah patut sedar mengapa selama ini Akif melayan dia sebagai adik sahaja sedangkan mereka sudah tiga tahun berkenalan. "Kif,bini kau"Tegur shamil.Akif hanya memerhatikan Afeeya berlalu dari gelanggang sambil merenungnya. "Biarlah.Pandai datang,pandai lah balik sendiri"Shamil menggeleng.Apa lagi tidak kena agaknya.Mereka kembali mengejar bola. ********** sudah jam empat pagi,Afeeya masih lagi tidak muncul-muncul.Akif fikir,dia yang lewat tapi Afeeya lebih lewat dari dia.Setahu Akif,Afeeya tidak singgah lama pun digelanggang futsal.Mana Afeeya merayap agaknya.Buat orang risau.Akif mencapai talifon bimbit diatas tilam untuk menghubungi Afeeya tetapi talifonnya kehabisan bateri.Bagaimana dia tidak perasan.Cepat-cepat Akif mengambil pengecas.Seketika kemudian pintu bilik terkuak membuat Akif sedikit terkejut.Lega dia kerana Afeeya sudah pulang tapi mengapa muka Afeeya nampak letih?.Afeeya dari mana?. "You dari mana ni?Tak dengar pun bunyi kereta you?" Berbagai soalan yang muncul dari mulut Akif.Melihat keadaan Afeeya buat dia fikir bukan-bukan.Afeeya nampak letih. "You fikir i dari mana?" "I have no idea..I harap you tak buat perkara bukan-bukan dibelakang i"Afeeya tersenyum sinis.Jika hati penuh rasa curiga begitulah. "I lambat sampai rumah you tak cari..Oh ya,tadikan you dengan Farah..I harap,you pun tak buat perkara bukan-bukan dibelakang i" "You cakap apa ni? i habis saja futsal,terus balik rumah.I tak hantar Farah pun" Jelas Akif. "So,kenapa phone you tutup?Jumpa Riana?" Akif semakin geram bila Afeeya menuduh dia begitu. "You faham tak?i terus balik rumah.I tak jumpa sesiapa pun?Or you yang jumpa sesiapa,sebab tu you cari salah i.Dengan muka  you tu.Cuba tengok cermin"Bentak Akif. "You ingat i buat apa?Layan jantan lain?I call you banyak kali,phone you off..Kereta i rosak.I balik jalan kaki dari OU tu sampai rumah tahu!"Afeeya sudah habis sabar dengan Akif.Sakit hati,geram,semua bercampur baur. "Kenapa tak call Farish?Mesti berdesup dia datang" Rasa ingin menangis Afeeya bila Akif kata begitu.Mata Afeeya mula berkaca.Dalam fikiran dia cuma ada Akif waktu itu tapi Akif memang tidak boleh diharap. "Oh,i lupa Farish yang sentiasa ada untuk i.Bodohnya i mengharap bantuan pada orang yang tak pedulikan i.untung Farahkan?Bila motor dia rosak sejengkal pun you dah gelabah..Kalau you sayang dia.You pergi saja pada dia"Suara Afeeya bergetar.Afeeya tidak tahu apa yang dia katakan.Dia cuma luahkan apa yang dia rasa.Afeeya berjalan kebilik mandi.Badannya sudah berlenggas.Didalam bilik mandi,Afeeya menangis semahu-mahunya. Akif menepuk dahi.Kenapa dia buat Afeeya menangis.Patutnya dia bersyukur kerana Afeeya sampai rumah dengan selamat.Jika terjadi sesuatu pada Afeeya,apa dia hendak jawab pada keluarga mereka.Afeeya tanggungjawab dia. "Im sorry Feeya"Ucap Akif sebaik Afeeya keluar dari bilik mandi.Afeeya hanya membisu.Matanya bengkak.Akif jadi serba salah.Bila disentuh bahu Afeeya,wanita itu sudah menolak.Afeeya letih. "Feeya..im really sorry..i cant control my emotion.I cemburu.I takut you cari dia"Akif berterus terang.Dia mahu Afeeya tahu perasaannya.Bukan mudah untuk dia mengawal perasaan cemburu.Lagi-lagi dia tidak pasti status hubungan Farish dan Afeeya. "You nak cemburu buat apa?You ada Farah kan?"Masih ada sendu yang tersisa.Afeeya benar-benar sedih. "Feeya..I dengan Farah tak ada apa-apa.Dia adik angkat jer"Jelas Akif. "Dahlah..i penat.i nak tidur.." Akif menghela nafas panjang.Tidak tahu bagaimana lagi hendak memujuk Afeeya.Biarlah malam itu Afeeya berehat.Akif tidak mahu menganggu Afeeya.Esok sahaja dia buat sesuatu untuk memujuk isterinya. ************* I keluar pergi bengkel kereta dengan shima -afeeya Akif mengosok mata.Talifon diletak semula ke atas meja.Kenapa Afeeya tidak mahu menunggu dia.Kejutkan dia pun tidak.Ini pasti kes merajuk lagi.Cepat-cepat Akif bersiap.Dia tahu Afeeya menggunakan khidmat bengkel kereta yang mana. "Kelam kabut nak pergi mana Kif?"Soal Dato Mirza yang sedang membaca surat khabar.Awal Akif keluar. "Keluar kejap Ba.." "Cari Feeya?"Soal Datin Nora spontan.Siapa lagi yang Akif cari jika sudah begitu. "Ya bu.Dia keluar tak beritahu Akif bu"Beritahu Akif. "Tadi Feeya kata dah leave message.Feeya pergi Bengkel Saiful" "Tak apa Ma.Akif pergi sana"Datin Nora hanya mengangguk.Datin Nora berpandangan dengan Dato Mirza sebelum sama-sama menggeleng.Adalah yang tidak kena dengan Akif dan Afeeya itu. Apabila Akif sampai di bengkel Saiful.Dia lihat,Afeeya dan Shima sudah ada disana.Sedang duduk menanti kereta dibaiki. "Feeya.Laki kau"Bisik Shima bila ternampak Akif menghampiri mereka.Akif tetap nampak segak walaupun hanya berkemeja t dan seluar pendek Khaki.Kacamata hitam Akif angkat kekepala bila sudah masuk kedalam bengkel menampakkan mata redup lelaki itu. "Pul,kereta bini aku kenapa?" Akif bersalaman dengan pemilik bengkel yang dipanggil Saiful itu. "Battery kong.Boleh jer panggil dan tukar disitu saja tadi tapi Feeya ni kan MCgyver?" Ujar Saiful berseloroh.Kerana Afeeya pandai-pandai mengusik,bahagian yang tidak rosak jadi rosak.Mujur sikit sahaja kerosakkan yang dibuat Afeeya.Jika tidak,kereta perlu ditinggalkan disitu sehingga siap. "Dah siap?" "Dah nak siap.Aku tukar air cooling sekali tadi" Jelas Saiful.Akif hanya mengangguk.Afeeya dan Shima hanya memerhati dua lelaki itu berbual sementara pekerja Saiful menyiapkan kereta Afeeya. "Eh Kif.Tadi kau kata bini kau..Siapa?Feeya?Bila korang kahwin?" Tanya Saiful bila teringat apa yang dia dengar diawal tadi.Mereka sudah berkawan lama.Bagaimana dia tidak tahu.Aunty Nora pun selalu datang menghantar kereta Jannah tapi tidak pula cerita apa-apa pada dia.Saiful tahu,kekasih Akif Dian.Bercinta dengan orang lain,kahwin dengan orang lain lah pula. "Feeyalah tu...Nanti aku ceritalah.Panjang sangat.Berapa semua?" Tanya Akif. "Nanti aku minta bill pada cashier" Saiful berlalu ke pejabat dibengkelnya untuk mendapatkan bil sementara Akif mendapatkan Afeeya dan Shima. "Thanks"Ucap Afeeya pendek. 'Next time tak boleh tunggu i?" Soal Akif dengan suara mendatar. "You tidur.."Afeeya masih lagi tiada mood hendak bercakap dengan Akif.Masih terasa hati dengan Akif. "I tidur tak boleh kejut?Merajuk lagi?" Shima menutup mulut,menahan tawa.Merajuk rupanya Afeeya.Patut dari tadi muka selenga. "Mana ada..buat penat merajuk dengan you pun" Luah Afeeya.Akif menggeleng sebelum duduk disebelah Afeeya. "Kan i dah minta maaf..." Afeeya menjeling kearah lain.Meluat hendak lihat wajah tak bersalah Akif. "Malas..I nak keluar lepas ni.."Sengaja Afeeya kata begitu kerana dia tahu Akif cuti. "Keluar dengan i nak?" Pujuk Akif. "Tak nak lah.Baik i keluar dengan Shima" Afeeya masih menjual mahal.Shima mengangkat bahu bila Akif megerling kearahnya.Dia tidak masuk campur.Lagipun Afeeya dan dia tidak merancang apa-apa aktiviti selepas itu. "Tak apa lah macam tu.I beri izin you keluar dengan Shima.Tapi jangan balik lambat.Pergi dulu" "Habis kereta i?" Soal Afeeya. "Nanti pandailah i..Dah,Shima.Jaga Feeya.Jangan bagi terlepas"Afeeya mencebik.Dia bukan budak kecil lagi Akif hendak pesan begitu. "Jangan risau.I ikat tangan dia sepanjang jalan" "Shima,aku bukan kucing tau" Akif dan Shima ketawa melihat wajah Afeeya yang sudah memerah kerana marah.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD