Chapter 31

1162 Words
Bab 31 "Auch" Afeeya menggosok bahu.Sakit dilanggar seseorang.Barang yang terjatuh cepat-cepat Shima kutipkan untuk Afeeya. "Buta ke?"Tengking wanita dihadapannya itu. "Sorry..sorry cik.." Kata-kata Afeeya terhenti.Bagaimana pula dia boleh terserempak dengan bekas kekasih Akif itu. "Hei..perempuan perampas" Dian berkata dengan nada suara yang sinis dengan wajah yang menjengkelkan.Afeeya masih diam kerana dia tidak mahu buat kecoh disitu. "Dia buka perampas..You tu yang tak sedar diri.Perempuan curang" Bentak shima.Dia pula yang rasa sangat emosi dengan sikap kurang ajar Dian. "Eh,kau siapa ya nak masuk campur.Aku tak ada masalah dengan kau.Aku ada masalah dengan perempuan yang dah rampas boyfriend aku ni" Ujar Dian dengan bongkaknya.Dia menghampiri Afeeya. "Kau ingat,lepas kau bagi body kau pada dia,dia akan gilakan kau?" "Dian,you tak malu ke bergaduh disebabkan lelaki depan public begini?"Afeeya mula bersuara.Orang sudah ramai memerhati mereka. "Malu..You tu patut malu sebab rampas hak orang"Dian menolak dada Afeeya hingga dia tertolak kepada Shima.Afeeya menyelitkan rambut yang asyik terjuntai menutupi wajah.Rimas. "I isteri Akif yang sah tahu Dian?I dah beri peluang tapi apa you buat?You curang belakang dia" Sudah hilang sabar Afeeya bila diperlakukan begitu. "Eh..Aku tak peduli.Kau kena tinggalkan dia.Dia hak aku kalau tak..."Afeeya terkejut bila Dian bertindak menampar wajahnya tetapi belum sempat sampai tapak tangan Dian kemuka Afeeya seseorang menahan. "Kalau tak apa?" Soal Riana dengan wajah selamba.Dian menarik tangannya yang dipegang kuat oleh Riana. "Lepaslah.Ni lagi seorang...Kau memang dengki dengan aku kan sebab kau tak dapat Akif?" Riana hanya tersenyum.Memandang Dian dengan rasa kasihan.Wanita itu nampak begitu hopeless.Itu ke wanita yang pernah digilai Akif. "Haah..Memang..Tapi aku puas hati sebab dia tak pilih kau..Kau tahu tak?Perempuan macam kau ni tak layak pun untuk dia" Riana menunding jari kemuka Dian.Afeeya mengigit bibir.Kagum sebentar melihat keyakinan Riana. "Hahaha...Hei.Akif tu cintakan aku faham?Lainlah kalau perempuan ni boleh beri service yang aku beri pada Akif" Riana pula yang ketawa.Dia tahu Akif tak akan buat begitu.Kasihan Dian.Sanggup menjatuhkan maruah sendiri kerana gilakan suami orang. "Kesian kau ni kan?Tak malu ke nak bagi tahu semua orang tentang perangai kau tu?" Riana memang suka melakukan provokasi.Lagi Dian melawan,lagi Rina rasa dia menang.Setakat Dian,tiada apa pada Riana. "Dah lah tu Dian..malu orang tengok"Sampuk Afeeya.Kerana dia pula Riana terlibat sama. "Biar dia Feeya.Perempuan macam Dian ni,kadang-kadang kena ajar sikit" "Oh..Bersubahat?Feeya..Kau jangan ingat kau boleh lepas,Aku masih tak puas hati dengan kau.." Riana mengejek-ngejek cakap Dian hingga membuatkan wanita itu tidak tahan lagi.Jika tiada Riana tadi,pasti sudah teruk Afeeya dia kerjakan. "Berambus!"Tengking Riana. "Tunggulah...Siap kau!"Dian memberi amaran sebelum berlalu dengan rasa tidak puas hati.Afeeya perlu diajar.Dia tidak akan lepaskan Afeeya begitu sahaja.Peluang untuk dia masih ada.Tunggu waktu yang yang sesuai.Dian tersenyum memikirkan agenda jahatnya untuk menghancurkan Afeeya dan mendapatkan Akif. "Thanks Riana"Ucap Afeeya bila Dian sudah pergi. "Welcome..Korang berdua saja?" Soal Riana.Akif kata tadi hendak keluar. "Ya..Saja..You?" "Sorang jer.Tak ada boyfriendkan?"Riana ketawa ketawa kecil diikuti Afeeya.Dia serba salah kerana selalu berfikir buruk tentang Riana kerana cemburunya. "Carilah seorang.You kan cantik,kaya" Ujar Afeeya jujur. "Nantilah.Eh,i nak jumpa client kat tingkat bawah.Nanti ada masa kita lepak ya"  "Cuti-cuti pun kerja?Memang genetik you semua workaholic ya?"Afeeya menggeleng.Kalau macam tu gayanya,lelaki yang bagaimana sesuai dengan Riana. "Haha...Dalam darah.Okay Feeya.Take care.Perempuan tu bukan boleh percaya sangat.Bahaya" Pesan Riana sebelum berlalu.Dia agak takut juga dengan ugutan Dian tadi.Takut Dian apa-apakan Afeeya.Nanti dia perlu ceritakan tentang itu pada Akif.Akif perlu tahu. "Cantik kan dia Feeya?"Puji Shima setelah Riana berlalu. "Sangat cantik.Ex Akif dulu a.k.a cousin dia"Beritahu Afeeya.Shima ternganga.Semua bekas kekasih Akif hot belaka. "Selera laki kau,tak nak kalah" Kata-kata Shima membuatkan Afeeya agak tercabar.Dia tidak cukup hot ke?. "Kau pun hot kan?Cuma tak pandai nak cari peluang.Kalau aku.Aku ikat dia ketat-ketat..Biar dia nampak aku jer" Ujar Shima berseloroh. "Merepek lah kau ni" Afeeya cuba menafikan tetapi didalam hatinya,ada benar kata Shima.Sudah berkali-kali dia menolak secara halus,tetapi Akif tidak pernah kisahpun.hendak kata Akif tidak bernafsu,malam itu teruk juga dia dikerjakan Akif hingga dia trauma.Apa yang perlu dia lakukan sekarang?.Berapa lama lagi AKif boleh bersabar dengan kerenah dia. ********** Afeeya pulang awal.Niat untuk lepak dengan Shima terbantut gara-gara peperangan dengan Dian Awina tadi.Bila masuk kedalam bilik,Afeeya lihat ada beg diatas meja.Akif hendak outstation lagi ke?Kenapa dia tidak tahu. "You outstation lagi ke?"Soal Afeeya sebaik melihat Akif keluar dari bilik mandi.Lelaki itu baru selesai mandi. "Tak lah"Jawab Akif pendek dan terus melangkah ke ruang yang menempatkan pakaiannya. "Habis beg ni?" Afeeya semakin penasaran.Afeeya membelek beg diatas katil. "I tak masukkan baju you lagi sebab tak tahu yang mana you nak bawa"Afeeya terpingga-pingga mendengar kata-kata Akif. "Nak pergi mana ni?" "Bawa you lari" Geram Afeeya.Ingat lawak agaknya. "Cakaplah betul-betul Kif"Bentak Afeeya.Dia tidak suka Akif main-main begitu. "Pergi Melaka.Jalan-jalan.I dah ambil cuti lusa.You pun tak ada kelas kan?" Afeeya mengetap bibir.Menahan senyum.Tidak mahu Akif lihat dia tersenyum. "Siap cepat.Nanti lambat sampai" "Kita berdua sahaja?" Afeeya inginkan kepastian. "You nak bawa siapa pula?I bawa you jauh-jauh sebab nak privasi dengan you.Nak bawa orang lain buat apa.Just keep busy" Akif mengomel.Afeeya seperti tidak suka pula dengan rancangan dia itu. "Janganlah marah.I siap kejap.Tunggu tau" Afeeya melompat dari katil.Mengambil pakaian dan barang-barang yang hendak dibawa dan dimasukkan kedalam beg.Akif hanya melihat telatah Afeeya.Harap Afeeya gembira dengan percutian pendek mereka itu.Akif tidak rancang pun percutian itu tapi entah kenapa bila dia tinggal sendiri tadi,Akif terfikir.Mungkin mereka perlu lebih privasi.Lagipun Akif hendak berdua sahaja dengan Afeeya. "Menung..Teringat pada siapa tu?"Jerkah Afeeya.Akif tersenyum.Melihat Afeeya sudah menukar pakaian. "Teringat you.Dah siap?Jom sayang"Akif mencapai beg pakaian diatas katil.Afeeya hanya menurut.Rasanya semua sudah dibawa. "Dah nak pergi dah?"Tegur Datin Nora ketika Akif dan Afeeya menuju kekereta. "Ya Ma.Takut lambat sampai" Beritahu Akif. "Feeya jangan tidur tau.Takut Akif terlelap"Datin Nora risau tiap kali anak-anaknya memandu keluar kota.Lagi-lagi Akif suka memandu laju. "Baik Ma...Jangan risau ya" Afeeya memeluk Datin Nora manja. "Dah...dah...lambat nanti"Beg dimasukkan kedalam kereta. "Kami pergi dulu ya ma" Tangan Datin Nora AKif dan Afeeya salam sebelum bergerak kedestinasi yang dituju.Lagi lama,lagi lambat mereka sampai.Bila  sudah masuk lebuh raya PLUS,sudah okey.Nanti nak melepasi Air Keroh,mereka perlu menempuh kesesakan lalu lintas lagi.Akif pilih ke Bandaraya Melaka kerana disitu paling dekat walau perlu menepuh kesesakan lalu lintas nanti. "Kenapa tiba-tiba bawa i pergi Melaka?"Soal Afeeya ingin tahu.Setahu Afeeya,Akif tidak suka bersesak-sesak. "Saja..You okay tak?" "I okay jer.Tapi macam pelik sebab tiba-tiba..Nak pujuk i pasal semalam?" Afeeya memandang Akif sambil mengangkat kening. "Kalau you tak merajuk pun,i rasa nak bawa you,i bawa.Tak ada siapa nak marah kan?" Pertanyaan Akif membuatkan Afeeya diam.Akif maksudkan Farish agaknya. "I isteri you.Tak ada siapa boleh marah kan?" Lambat-lambat Akif tersenyum walau belum puas hati dengan jawapan Afeeya.Dia takut jika didalam hati Afeeya masih ada Farish. "You tidur dulu.Nanti dah sampai i beritahu you" "Tak apa,i temankan you" Afeeya menyulam tangan,dengan tangan kiri Akif.Disandar kepala kebahu lelaki itu sebelum sambung berbual dengan Akif semula. "Manja sangat ni Feeya?Ada apa-apa ke?" Soal Akif hairan.Biasa bukan main garang. "You tak suka?" Afeeya mengangkat kepala merenung Akif. "Suka tapi i tengah drive.Cant focus" Beritahu Akif jujur. "Gatal kan you ni?" Afeeya menepuk peha Akif geram. "Auch.Sakitlah sayang.Betul lah.Rasa nak berhenti kat mana-mana jer"Afeeya ketawa mendengar kata-kata Akif. "Jangan mengada-ngada.Tak senonoh tahu" Akif ketawa bila lihat wajah Afeeya merona merah.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD