Chapter 32: Second honeymoon

1566 Words
Bab 32 Hampir jam enam petang baru mereka sampai dihotel yang telah Akif tempat diaatas talian.Itupun Akif bernasib baik kerana bilik yang dia ingingkan masih ada kosong. "why there are two beds?"Soal Afeeya sebaik menjejakkan kaki kedalam bilik."Mana tahu you tak nak tidur dengan i?" Afeeya menjeling.Biar betul Akif ni?.Getus hati Afeeya. "I gurau lah...Mana boleh asing.You kan bantal peluk i.Bilik ni favorite i" Afeeya mengangkat kening. "Kan i dengan kawan-kawan lelaki i selalu pergi Melaka kalau cuti tak panjang.Kami stay hotel ni lah"Jelas Akif sambil mengemas barang-barang mereka.Afeeya berpusing keliling. "Ada pintulah Kif?"  "Buka lah" Tanpa menunggu Afeeya terus membuka pintu cermin,seterusnya pintu kayu yang bertutup. "Wahhhhh...Swimming pool front the room?"Jerit Afeeya kagum.Boleh nampak sebahagian bandaraya Melaka dari bilik mereka.Cantik.Akif datang dari belakang lantas memeluk Afeeya. "Cantik tak?"Tangan Akif dipinggang Afeeya pegang lembut sambil mengangguk. "Betul ke you datang sini dengan kawan-kawan you?" Tanya Afeeya inginkan kepastian. "Sumpah.I mana pernah bercuti dengan perempuan.Mana yang kahwin pun tak bawa isteri" "Tu lagi bahaya"Akif ketawa.Mereka menoleh pada bahagian sebelah.Ada beberapa orang sedang mandi manda.Suasana agak meriah kerana waktu itu hujung minggu. "Mandi nak?"Ajak Akif. "Tak nak lah..Sejuk.."Belum sempat Afeeya menolak,Akif sudah menolaknya kedalam kolam dan Akif juga turut sama terjun kedalam kolam. "Basah i...."Bentak Afeeya. "Memang i nak basahkan you pun sayang"Afeeya menepuk air sehingga terpercik kemuka Akif tanpa lelaki itu sempat menggelak. "Suka kan..Nanti you.."Terjerit-jerit Afeeya bila Akif cuba mengejarnya.Pasangan itu kelihatan begitu bahagia dengan gurau senda tanpa menghiraukan orang sekeliling.Akif mahu menikmati waktu yang ada ketika itu kerana selepas ini dia tidak tahu samaada Afeeya masih manja begitu atau tidak. *********** Selesai mandi,mereka membuat pesanan makanan untuk dihantar dibilik kerana Akif sudah lapar. Mungkin kerana berendam lama dikolam renang.Afeeya membancuh Nescafe untuk mereka. Trut..Trut.... Afeeya menjeling nama yang keluar dari skrin talifon.Apa Farah hendak dengan Akif malam-malam begitu.Tidak tahu ke hari minggu begitu,hari untuk Akif bersama-sama keluarga.Kacau daun. "Farah tu kan?" Akif mengangkat kening.Dibiarkan talifon yang masing berdering.Pinggang yang sudah kosong,Akif letak diatas meja. "Akif..Kenapa tak angkat.Bising"Ditekan sedikit suara.Afeeya kurang senang "Malas..Biarlah.Nanti penat,dia berhentilah tu" Ujar Akif.Dia kemudiannya melabuhkan punggung disisi Afeeya. "Kenapa tak habis makan?Diet?"Soal Akif. "Banyak portion nasi goreng ni.I kenyang" Pinggan Afeeya tolak ketepi.Yang sebenar seleranya terbantut kerana panggilan Farah. "Feeya.You sayang i tak?" Dahi Afeeya berkerut.Akif tidak pernah tanya begitu.Dia tidak bersedia. "Sayang" "Cinta?"Berpeluh tangan Afeeya hendak menjawab. "Soalan apa ni Kif?" "You masih cintakan Farish?"Akif terus-menerus menyoal.Kali ini soalan berani mati.Jika Afeeya jawab masih cintakkan Farish.Remuklah hati dia malam itu. "You tak jawab.Tak apalah.Take you time.I boleh tunggu"Diusap lembut kepala Afeeya sebelum dikucup lembut. "Im sorry Akif"Afeeya mengigit.Serba salah.Kenapa sukar bibirnya untuk mengiakan kan sahaja yang sebenarnya dia sudah jatuh cinta dengan Akif.Jatuh cinta dengan suami sendiri..Oh My god! "Its okey.I nak turun kejap lagi.Nak ikut or nak rehat?"Afeeya terdiam seketika.Memang tidaklah dia hendak lepaskan AKif keluar sendiri.Dia sanggup ikut sekali. "I nak ikut,jom"Akif tersenyum. "Jom?Dengan pakai macam ni?"Afeeya melihat dirinya dicermin.Seluar jeans pendek dan Tube biru. "Ermm..I tukar..I tukar..." Afeeya menggomel sendirian sambil menukar seluar trousers hitam dan cardigan hitam menututupi tube yang dipakainya. "Cantik.."Puji Akif.Tangan yang dihulur,pantas disambut Afeeya.Mereka hanya berjalan kaki keluar dari hotel.Mengambil angin malam.Semakin larut malam,semakin ramai pula orang.Mereka berhenti melihat persembahan kumpulan busking ditepi jalan.Menikmati beberapa buah lagu.Afeey menjeling kearah beberapa orang gadis yang sedang bercakap sesama sendiri sambil memandang kearah Akif dengan senyuman nakal. "Jealous ya sayang" Akif merangkul pinggang Afeeya bila perasan yang Afeeya kurang senang dengan pandangan beberapa orang gadis pada dia.Siap melambai-lambai tangan.Mata Akif masih tertumpu pada persembahan kumpulan busking yang sedang bermain lagu kegemarannya.Afeeya mencebik puas.padan muka.Suami orang pun hendak try.Kumpulan gadis itu berlalu dengan muka jengkel. Setelah agak lama disitu,mereka meneruskan perjalan ke tepi sungai.Dari situ mereka boleh terus pulang ke hotel.Terdapat beberapa buah restoran yang masih dibuka.ada beberapa pasangan yang sedang lepak-lepak di tepi sungai menikmati pemandangan malam. "You nak cemburu buat apa?Diorang boleh pandang saja i.Tapi you?" Dicuit hidung mancung Afeeya. "Mengada..I tak tahu you suka lepak tempat-tempat macam ni?" Akif mengangkat kening.Bersandar dipalang pagar sungai sambil mendepa tangan.Lega seluruh urat saraf. "You mana pernah nak ambil tahu tentang hidup i Feeya" "Eh,you silap..I tahu banyak pasal you tau"Bidas Afeeya.Dia tahu apa yang Akif suka dan tidak suka.Warna kegemaran Akif,jenama pakaian Akif.Bukan dia tidak tahu langsung. "Betul?Paling simple..Apa warna mata i?" Akif mencapai tangan Afeeya dan diletakkan dipinggangnya.Afeeya merenung mata Akif seketika. "Coklat gelap" Akif mengenyit mata. "Lepas ni you boleh renung mata i selalu.Baru you tahu...dark gray la sayang" Dahi Afeeya berkerut,Direnung mata Akif lama.Betul lah..Dark gray.Tanpa Afeeya sedar,Akif mengucup bibir seketika. "Akif,U ingat ni US ke?" Afeeya menolak tubuh Akif spontan bila tersedar.Akif ketawa.Seronok melihat Afeeya malu. "Mahu tapi malu..Sambung dibilik nak?" Afeeya mencebik sebelum melarikan diri dari Akif.Dengan pantas Akif mengejar Afeeya hingga dapat.Derai tawa Afeeya tenggelam dek suasana bising dari restoran seberang sungai. ********* Afeeya ketawa berdekah-dekah mendengar cerita Akif.sudah lama mereka tidak semesra itu.Selepas menikah,mereka lebih banyak bergaduh kerana ego masing-masing.Afeeya rasa ada satu perasaan lain yang dia tidak pernah rasa sebelum ini.Perasaan yang sukar dia ungkapkan.Afeeya merenung wajah Akif lama. "Feeya.I nak minta maaf kalau i ada sakitkan hati you" Akif mengenggam tangan Afeeya yang duduk dikerusi menghadap kolam renang. "I yang patut minta maaf dengan you.Lagi-lagi pasal i salah sebut tu" Akif tersenyum menggeleng.Dia sudah lama lupa perkara itu,Mungkin benar Afeeya tidak sengaja. "You memang tak sengaja kan?"Afeeya mengangguk jujur.Dia bercelaru waktu itu.Masakkan tidak gelabah jika itu kali pertama dia dengan rela memberi Akif dirinya. "I nervous  masa tu..That is my first time" "First?"Soal Akif merenung mata Afeeya. "Yang you paksa i tak kira sebab waktu tu i takut." "You maafkan i tak?"Tiada respond.Akif mengalihkan pandangan ke kolam renang.Bukan marah tetapi dia tidak mampu pandang Afeeya lama-lama.Gugur imannya. "Akif..Kenapa diam?"Afeeya risau.Disentuh pipi Akif lembut. "You cantik sangat.I tak boleh nak pandang lama-lama" Afeeya tersenyum malu dipuji Akif.Dia menunduk seketika. "Pandang Sahaja?" Soal Afeeya. "Pandang sahajalah yang i mampu"Afeeya mencebik.Akif berkias-kias pula. "You maafkan i tak ni?"Tanya Afeeya semula.Akif masih belum menjawab. "I maafkan.Tapi ada syarat" Afeeya mengangkat kening.Begitu juga Akif.Ditambah dengan senyuman Akif yang penuh tanda tanya. "Dahlah sayang,jom masuk tidur" Akif menarik hidung Afeeya.Tangan Afeeya ditarik masuk kedalam. "Macam tu saja?"Tanya Afeeya. "Nanti lain jadinya.."Pendek jawapan Akif.Afeeya kurang faham.Apa maksud Akif.Akif masuk kedalam bilik mandi untuk membersihkan diri.Badannya rasa melekit kerana berjalan kaki tadi.Tidak selesa jika terus tidur. Afeeya duduk disofa merenung pintu bilik mandi.Akif masih terasa hati dengan dia agaknya.Atau Akif tidak kisah kerana Akif ada orang lain. "Tak mungkin,dia kata,dia cintakan aku..Apa kau ni Feeya.Dia suami kau.Bila lagi?" Afeeya mengigit jari.Ragu-ragu.Tapi Afeeya tidak mahu Akif pandang wanita lain.Lelaki itu untuk dia sahaja. "Tak mandi dulu Feeya"Akif menghulur tuala kering kepada Afeeya.Afeeya gumam bila Akif hanya memakai tuala dihadapan dia dengan rambut yang masih basah. "Ermm..Thanks.."Itu sahaja yang mampu Afeeya ucap kerana gugup berhadapan dengan Akif dalam keadaan begitu.Air pancuran dibuka hingga seluruh tubuhnya basah lencun.Lega Afeeya bila tubuhnya disirami air panas.Dia mandi sambil bernyanyi kecil. "Apa ni?"Afeeya lihat ada kotak berwarna hitam dengan reben berwarna emas.Tertera nama dia diatas kad.Afeeya tersenyum.Kejutan apa lagi untuk dia kali ini.Perlahan-lahan Afeeya membuka kotak itu untuk mengetahui isi dalamnya. "I tak sangka you ni  naughty juga ya" Ucap Afeeya sebaik melangkah keluar dari bilik mandi.Memakai baju tidur nipis merah yang Akif hadiahkan untuk dia. "Suka?" Lambat-lambat Afeeya mengangguk.Akif memberi isyarat supaya Afeeya datang pada dia yang sedang baring di atas katil. "Bila you beli?Tak malu ke beli lingerie?" Soal Afeeya bila sudah berada disisi Akif. "Buat apa nak malu?I beli untuk isteri i.."  Akif merenung Afeeya lama.Pakaian tidur itu sangat cocok dengan Afeeya yang berkulit putih gebu.  "Jangan pandang macam tu..Malulah"Afeeya menutup mata Akif dengan tapak tangannya. "Habis,you nak i pandang perempuan lain?" Tangan Afeeya dicapai dan dikucup lembut.Akif tidak tahu bagaimana hendak meluahkan rasa sayang dia pada Afeeya. "Pandanglah kalau you berani"Akif ketawa kecil melihat Afeeya begitu.Comel. "Dah.Jom tidur" Ajak Akif.Dia sengaja ingin lihat sejauh mana Afeeya inginkan dia.Akif tidak akan memaksa jika Afeeya tidak bersedia.Cukuplah sekali dia menyakiti Afeeya. "Errr..Tidur?"Tanya Afeeya.Apa Akif benar-benar tiada perasaan ke?.Tak cukup menggodakah dia. "Tidurlah sayang.Kenapa?"Akif menyelit rambut Afeeya yang terjuntai menutupi separuh wajah.Direnung wajah Afeeya lama. "Nothing..Tidurlah" Afeeya tidak tahu hendak mulakan bagaimana. "Feeya...you dengan Farish macam mana?" Tanya Akif tiba-tiba. Afeeya meniarap menghadap Akif.Akif merangkul belakang pinggang Afeeya sambil tangan kanannya mengusap lenggan Afeeya. "You nak tahu?" Akif mengangguk. "Ingat yang you nampak Farish pegang tangan i hari tu?"  "Ermmm..." "Masa tu lah i break off dengan dia" Akif mengangkat kening. "Are sure sayang?" Afeeya mengangguk. "You yang cemburu tak tentu pasal.." "Mestilah i cemburu.You isteri i.I tak nak mana-mana lelaki sentuh you"Kata Akif dengan nada perlahan tapi cukup jelas ditelinga Afeeya. "You ikhlas dengan i Akif?" "Demi Allah Feeya..I cintakan you lebih dari yang i pernah rasa masa dengan Dian" Tangan Afeeya dikucup berkali-kali.Afeeya tersenyum sambil mencium dahi Akif. "Thanks..." "Tapi i takut kalau dalam hati you masih ada dia"Luah Akif jujur. "Sebab itu you takut nak sentuh i?" Untuk kesekian kalinya Akif mengangguk.Memang itu yang ditakuti.Takut Afeeya berdosa kerana terpaksa. "I tak nak you rasa terpaksa..Kita masih banyak masa lagi"Afeeya mengigit bibir.Masih ada lagi ke lelaki seperti Akif?.Boleh ke keinginan itu ditahan-tahan. "Ermm..why do we want to waste time when opportunities are in front of us?"Bisik Afeeya dengan suara menggoda. "If you jual,i beli sayang" Balas Akif sebelum merangkul tubuh Afeeya kemas. "But before that, i nak ingat kan you,don't be rude like before" Akif mengangkat tangan tanda dia berjanji tidak akan mengulangi pekara yang sama lagi. "Masa tu i marah sangat..But this time.I promise..i will make you forget about anything else" Afeeya tersenyum manis.Senyuman yang membuatkan Akif Ikhmal rebah dan tak mungkin berpaling lagi. "I love you so much Nur Afeeya,I love you..."Akif memeluk Afeeya erat,diusap rambut Afeeya lembut.Akif boleh gila kerana wanita yang berada dalam dakapan dia itu. Angin malam yang dingin tidak terasa.Afeeya terasa hangat dalam rangkulan Akif.Afeeya tidak mahu waktu berlalu.Biar mereka berdua melayari malam yang terasa begitu pantas bergerak.Afeeya rasa seperti mimpi indah.Dia lupa terus dengan apa yang akif pernah buat pada dia sebelum itu.Tiada rasa terpaksa,kerana dia yang menyerah diri pada Akif berbeza dengan yang sebelumnya.Akif buat dia lupa segalanya.Dimata Afeeya cuma ada Akif.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD