Bab 33
Akif mengucup pipi Afeeya sebelum bangun meninggalkan katil.Dia tersenyum sendiri.Semua bagai mimpi.Afeeya memang cukup mempesona dan manja.Akif berjanji untuk menjaga amanah yang diberikan pada dia itu dengan sebaiknya.Cuma Afeeya belum pernah mengaku yang Afeeya cintakan dia.Afeeya juga tidak pernah membalas ungkapan cinta darinya.Apa hati Afeeya masih ragu-ragu dengan keikhlasan dirinya.Akif memejam mata membiarkan air pancuran membasahi seluruh tubuhnya.Dia tidak mahu fikir yang bukan-bukan tentang Afeeya.Biar waktu yang menentukan segalanya kerana bagi Akif,dia sudah serahkan seluruh jiwa raga untuk wanita kesayangan dia itu.Dalam tidak sedar Akif terasa ada yang melingkar dipinggangnya.Mata dibuka perlahan dan kemudian tersenyum bila melihat Afeeya.Akif mengucup bahu Afeeya yang tidak beralas.
"Mandi tak ajak" Ujar Afeeya separuh merajuk.
"I nak mandi wajiblah sayang oi..."Afeeya terkekek melihat reaksi Akif.Kacaknya Akif bila basah lencun begitu.
"Nantilah.."Pelukan diketatkan lagi seperti tidak mahu dilepaskan.Afeeya belum puas bermanja dengan Akif.
"Hermmm...mengadanya" Afeeya terjerit sebelum ketawa bila Akif mengangkatnya.Sudah Afeeya yang menganggunya,jangan salah dia pula.Tak kan dia hendak lihat sahaja isterinya yang sebegitu menggiurkan.Walaupun sudah hampir lapan bulan bernikah,baru waktu itu Akif rasa nikmat berumahtangga.Jika sebelum itu,Afeeya cukup dingin.Puas dia goda pun wanita itu tak termakan langsung godaannya.Sekarang,Afeeya pula yang tak mahu lepaskan dia dari semalam.
"Dah tak trauma ke sayang?"Soal Akif mengusik.Afeeya menggeleng malu-malu.Kalau beginilah caranya Akif,dari dulu lagi Afeeya menyerah.Bukan seperti kali pertama.Waktu itu Afeeya sangat takut dan jika boleh,tidak mahu Akif menyentuh dia lagi.Tapi Akif yang dihadapan dia itu sungguh berbeza dari yang malam itu.Afeeya rasa tidak mahu lepaskan Akif.Teruk betul penangan lelaki itu.
"Ermm,you jangan sesekali layan perempuan lain macam mana you layan i ya"
"I promise sayang..Only you"Jari Afeeya bermain dibibir Akif manja.Dia takut jika Akif akan berubah bila dia sudah serahkan segala-galanya buat Akif.
"Please,jangan tinggalkan i sayang..I love you damn much Feeya.."Afeeya mengetap bibir sebelum mengucup leher suaminya berkali-kali hingga meninggalkan kesan.Afeeya mahu orang tahu,Akif sudah berpunya.Dia tahu Akif pasti tidak perasan perbuatan dia itu.
Ting Tong....
"You ada order apa-apa ke Akif?"Soal Afeeya.Akif menggeleng.Siapa pula yang menganggu mereka waktu-waktu begitu.
"Kejap ya sayang.I check"Tuala di tepi katil Akif capai dan dengan malas dia melangkah ke pintu.Terkejut Akif melihat siapa yang sudah berada di pintu hadapan.
"Sayang...Shamil dengan Shimalah" Afeeya masih didalam selimut melompat dari katil.Aduh.Memang kacau daun budak berdua itu.Akif ingin ketawa bila Afeeya hampir tergelincir kerana kelam kabut kebilik mandi.Apabila sudah pasti Afeeya masuk kedalam bilik air,Akif membuka pintu.
"Lambat buka bro?" soal Shamil sambil menjeling Akif atas bawah.Shamil tersenyum sumbing melihat kissmark di leher Akif.Boleh tahan juga Afeeya.
"Sibuklah.." shamil dan Shima masuk kedalam bila Akif membuka pintu luas,memberi laluan kepada mereka.
"Perang dunia apa?"Soal Shamil bergurau bila lihat bilik sahabatnya itu yang berantakkan.Akif bukan begitu.Biasanya,pagi-pagi katil sudah tersisip rapi.
"Ingat main-main.betul kau datang Mil" Akif sengaja menukar topik perbualan.
"Saja.Boring kan..Kacau ke?"
"Kacau jugalah..."Akif dan Shamil sama-sama ketawa.Shima hanya diam kerana tidak faham apa yang kelakar sangat.
"Feeya mana Kif?"Soal Shima setelah lama membisu.
"Mandi..Kejap ya.Korang duduk dulu.Aku pun nak siap" Akif mengambil pakaian dia dan Afeeya sebelum hilang kedalam bilik mandi.
"Amboi..Mandi sekali" Shima menutup mulut,menahan senyum.
"Kenapa?You nak juga?Nanti kita dah nikah,hari-hari pun boleh mandi sekali" Gurau Shamil nakal.
"Nikah?Siapa nak nikah dengan you?" Shima mencebik.Pura-pura marah.
"Tak nak? Tak nak i cari lain lah" Serentak cubitan hinggap di peha Shamil membuatkan lelaki itu terjerit kecil.Shima tersenyum.Betul ke apa yang Shamil katakan.Bagaimana jika Shamil tahu siapa dia sebenarnya.Dia bukan gadis suci dambaan para teruna.
**********
Setelah bersiap mereka keluar untuk bersarapan pagi diluar hotel sahaja.Akif tidak berapa suka makan makanan hotel.Mereka singgah makan direstoran berhampiran.Selesai sarapan mereka sambung bersiar-siar disekitar bandar Melaka dengan hanya berjalan kaki.
"Kau tak masuk office esok Mil?" Tanya Akif sewaktu mereka sedang berjalan-jalan.
"Tak..Aku pun cuti sampai rabu.."
"Nak balik rumah parents kau terus ke?"Soal Akif lagi.Shamil memang berasal dari Melaka.Cuma lelaki itu jarang-jarang dapat balik kerana tuntutan kerja.Shamil menjeling Shima.
"Kalau Shima nak ikutlah"Wajah Shima berubah bila semua mata memandang kearahnya.Dia tidak tahu Shamil berasal dari Melaka.Dan dia tidak bersedia untuk bertemu orang tua Shamil.
"Pergi sahaja lah Shima.Shamil dah jumpa mak ayah kau.Kau bila lagi?"Bisik Afeeya.
"Malu lah i,Mil..Mana i ada bawa baju yang sesuai nak jumpa parent you" Shima melihat-lihat diri sendiri.Malu.
"Alah.Kedai banyak.Minta Shamil belikan lah baju kurung ke?" Kata-kata Akif membuatkan Afeeya hampir ketawa.Shima nak pakai baju kurung?.
"Kenapa gelak sayang"
"Dia dengki Kif"Bentak Shima.
"Tak pakai baju kurung pun apa salahnya..Parent i bukan kolot sangat Shima" Ujar Shamil.Kasihan melihat Shima diusik begitu.Shima memang seorang yang cepat mengelabah.Kerana sifat itu yang membuatkan Shamil jatuh hati.Shima sangat comel bila menggelabah.
"Ermmm...Esoklah.Hari ni lepak dengan kami jer nak?"Akif memberi cadangan.
"Nak tidur satu bilik dengan korang?"Soal Shamil dengan mata membulat.
"Ye lah.Tak kan korang nak sewa bilik lain..Kena tangkap khalwat nanti.Kahwin free" Sampuk Afeeya.
"Tak nak..Nak tengok korang punya drama lagi.Tak sanggup" Shima pula bersuara.
"Apa,korang ingat kami berdua ni tak ada kerja lain?"Akif memeluk pinggang Afeeya.Sengaja mengusik Shamil dan Shima.
"Mana tahu kan?Orang tengah honeymoon.Tak nak ganggu"
"Hello.Ni bukan ganggu ke?Kalau korang tak datang,kami tak keluar lagi tahu" Shamil mencebik mendengar kata-kata Akif.Afeeya dan Shima berpandangan sesama sendiri kemudian menggeleng.Shamil dan Akif jika sudah bertemu.Tidak sah jika tidak mengusik sesama sendiri.Hari itu seharian mereka berjalan di sekitar bandar Melaka menghabiskan waktu dan hanya pulang kehotel bila hari hampir senja.Sebelum pulang ke bilik,mereka sudah membungkus makanan.Jadi,mereka tidak perlu keluar lagi malam itu.
"Berendam seronok ni" Shima mencecah kaki ke mukaan air.
"Aku tolak nak"Shima terjerit bila kakinya hampir tergelincir ditolak Afeeya.Mujur dia sempat berpaut pada lenggan Afeeya.
"Bodohlah dia ni"Afeeya menahan tawa melihat reaksi Shima.Kalau Shamil nampak tadi.Tentu kelakar.
"Kau tak ikut Akif solat ke?" Tanya Shima menjeling kedalam,melihat Shamil dan Akif sedang solat maghrib berjemaah.
"Kau?"Shima mengigit bibir.
"Perlahan-lahan lah kot.Akif selalu juga ajak tapi kau tahu aku kan?"Suasana menjadi sedikit serius.Afeeya tahu dia sepatutnya sudah mula berubah kerana dia tanggungjawab Akif.
"Tak apa lah.Aku pun baru nak mula.Tapi malu.."Ujar Shima berterus terang.Dia lahir dalam keluarga yang agak moden.Ibu bapanya bersolat tapi tidak pernah memaksa dia untuk bersolat.Kerana itu Shima sambil lewa dalam bab-bab agama.
"Trust me,Shamil tu memang sesuai untuk kau.Dia baik sangat" Afeeya menyakinkan Shima.
"Macam Akif?"Soal Shima sambil mengangkat kening.
"Mana boleh samakan dengan laki aku"Shima ketawa kecil.Sensetif betul Afeeya.
"Amboi..Sejak dah kena penangan Akif ni.Sentuh sikit tak boleh..Tengoklah Kissmark tu" Afeeya tersenyum sumbing.Memang dia tidak akan berkongsi Akif dengan sesiapa pun.
"Gatal...aku ni tak tahu nak berterus terang dengan Shamil macam mana.Takut dia tak boleh terima siapa aku" Luah Shima sambil menundukkan wajah.
"Hei..Shamil bukan macam tu.Kau tak pernah cuba nak berterus terangkan?Mana kau tahu result dia" Afeeya memegang tangan Shima memberi kekuatan pada sahabatnya itu.
"Aku taku Feeya.."
"Apa yang takut?"Perbualan Afeeya dan Shima terhenti seketika bila Shamil muncul dari belakang.
"Tak ada apalah.Jom makan nak?"Afeeya mengubah topik perbualan.
"Akif kata swimming dulu baru makan" Beritahu Shamil.Biasa mereka memang begitu.
"Haah..Jom sayang.."Akif menarik Afeeya masuk kedalam kolam renang sebelum Afeeya sempat mengelak.
"Basahlah oi!"Tempik Shamil.Dia masih belum menukar pakaian.Shima ketawa.
"Takut air ke you ni?"Usik Shima.
"I takut air?You tu..Mari.."Tangan Shima ditarik hingga wanita itu jatuh kedalam kolam renang.Akif dan Afeeya ketawa melihat Shamil dan Shima.Afeeya tidak sangka yang Shamil dan Shima boleh jadi pasangan kekasih.Tidak sia-sia pertemuan mereka di langkawi dulu.Selesai mandi,mereka duduk berbual didalam bilik sahaja.Masing-masing sudah penat dan tidak larat lagi untuk keluar.
"Mengantuk ke?"Soal Akif bila melihat Shima terlentuk-lentuk dibahu Shamil berkali-kali.Akif menjeling jam tangannya.Sudah pukul dua pagi.Memang patutlah Shima mengantuk.
"Haah..Biasa i tidur lambat tapi hari ni rasa penat pula"Ujar Shima berterus terang.Shamil mengusap rambut Shima lembut.Kasihan Shima.
"You tidur dulu atas katil sebelah..Mil,kang kau tidur kat sofa sebelah devider tu.."
"Jangan menggatal pula nak tidur sekatil dengan Shima"Pintas Afeeya sambil menutup mulut dengan tangan menahan tawa.
"Tahu lah..Jangan risau.I tak miang macam husband you"Afeeya menjeling Akif sebelum ketawa.Sempat juga Shamil mengenakan Akif.
"Bini aku suka lelaki miang..Tak apa"Ciuman hinggap ke bibir Afeeya sekali membuatkan wajah Afeeya merah padam.Akif memang sesuka hati sahaja jika hendak bermesra.
"Err..i mengantuk ni..You all sambung lah berbual"Shima menggosok mata berkali-kali.Tidak tahan lagi.Matanya sudah tidak boleh diangkat.Mengantuk yang teramat.Shima naik ke atas katil dahulu.Shamil bangun menyelimutkan Shima.
"Sayang,mengantuk tak?"Soal Akif bila lihat mata Afeeya pun sudah merah.
"Sikit.."
"Tidurlah.Aku pun dah mengantuk ni Kif.."Shamil berlalu ke sofa bed disatu lagi bahagian bilik.Akif sudah minta pihak hotel menghantar selimut dan bantal lebih untuk Shamil.
"Ya la..Malam ni kalau dengar apa-apa tu buat pekak jer la ya"Pesan Akif sengaja mengusik.
"Suka hati koranglah..Aku tidur pakai earphone.Tak dengar apa pun"Jawab Shamil selamba.
"You..apa cakap macam tu?"Marah Afeeya.Shamil ketawa.Dia benar-benar tidak kisah jika benar sekalipun.
"I gurau jerlah sayang..Tapi kalau ya pun,Shamil tak kisah pun..Zaman study dulu ada yang bawa girlfriend balik,kami yang single ni biasa dapat tengok tayangan free tau"Afeeya mengerut kening.
"You pernah buat?"Afeeya memperlahankan suara,merenung mata Akif tajam.Akif mengangkat tangan tanda dia tidak pernah buat begitu.
"You first sayang.."Afeeya mengangkat kening,inginkan kepastian.
"Sure sayang..I tak pernah tipu bab-bab dalam selimut macam ni"Afeeya mencuit hidung mancung Akif sebelum dikucup sekali.
"I percaya..Jom tidur"Tangan Akif ditarik kekatil.
"Tidur jer?"
"Akif...."Akif menekup mulut Afeeya bila isterinya ingin menjerit sewaktu dia mengangkat Afeeya kekatil
"Baru thrill kan sayang?"Bisik Akif.Afeeya menggeleng sebelum tersenyum.Akif bukan boleh ditegah.Akif menarik selimut hingga menutup seluruh tubuh mereka berdua.Afeeya benar-benar buat dia hilang akal.Sesekali terdengar tawa,gurauan serta suara manja Akif dan Afeeya memecah keheningan malam.Pasangan itu benar-benar dilamun cinta.Tiada apa yang dapat menghalang gelodak rasa yang sedang membuak-buak waktu itu.
***********
Bunyi riuh dikolam renang diluar mengejutkan Shima dari lena.Dia menoleh kekatil sebelah.Afeeya dan Akif masih lena berpelukan didalam slimut.Beruntung Afeeya mendapat Akif.Apalah jadi malam tadi.Afeeya dan Akif fikir dia tidur mati agaknya.Manja benar Afeeya bila bersama Akif.Berbeza dengan Afeeya yang dia kenal.Selimut Afeeya dibetulkan kerana sudah mendedahkan peha putih gebu Afeeya.Shamil ternampak pula nanti.Shamil?Mana Shamil?.Shima terdengar bunyi air pancuran didalam bilik mandi.Shamil mandi agaknya.Baik dia buatkan air panas dahulu untuk Shamil.
"Assalamualaikum..Morning Shima" Hampir terjatuh sudu ditangan Shima bila Shamil tiba-tiba muncul dari belakang.
"Waalaikumusalam...terkejut i" Shima mengurut dada.Lagi terkejut dia bila berpaling melihat Shamil hanya bersinglet dan bertuala sahaja dengan rambut yang masih basah.
"Kenapa tak pakai seluar,pakai baju?Malu lah"Shamil ketawa kecil.
"Apa..?Tuala i ni labuh la.Tutup aurat lagi..Kenapa?Tak sangka body i pun tough macam Akif?"Shima mencebik.Tapi memang betul pun.Shamil pun ada six pax rupa-rupanya.
"Apalah you ni.."Shima menafikan khayalannya.
"You suka kan?"
"Jangan mengada..Nah..I dah buat coffee untuk you"Shima menghulur secawan kopi yang baru dia bancuh buat Shamil.Mereka berdua duduk disofa sambil minum dan berbual.
"Lena tidur?"Soal Shamil sambil melihat Shima.Wanita itu cantik tanpa sekelumit make up.Nampak semulajadi.Itulah wajah Shima nanti bila bangun pagi setelah mereka bernikah.Jauh benar angan-angan Shamil.
"Lena tapi half way.."
"Why?"Shamil mengangkat kening.
"Tu..budak berdua tu.."Shamil menjeling Akif dan Afeeya yang masih tidur sebelum ketawa kecil.Mungkin Shima tidak biasa.
"Nampak ke?"Shima membuat wajah geli.Shamil ketawa lagi.
"Tak kuasa i nak jeling tengok.I dengar jer..Clear okay..Next time tak bolehlah kacau orang tengah honeymoon.."
"Hahaha..Kenapa?"
"You boleh tanya kenapa?You tak dengar apa-apa ke?"Pelik Shima.Shamil menunjuk earphone kepada Shima.Dia memang tidak dengar apa-apa.Tapi dia tak kisah pun,dia sudah biasa.Dahulu Akif dengan Dian dia sudah biasa lihat adengan yang ringan-ringan.Akif bukan peduli.Cuma dengan Afeeya,Akif sedikit tertutup tidak seperti dahulu.
"Patutlah.."
"You rasa terganggu or you suka?"Duga Shamil sekadar mengusik.
"Ishhh..You ni..Kesitu pula dia"
"Rancak berbual?"Perbualan Shamil dan Shima terhenti bila AKif muncul dan terus duduk disebelah Shamil.Akif mengibas-gibas tangan kiri yang lengguh kerana menampung kepala Afeeya sepanjang malam.
"Mengumpat pasal kau dengan Feeya"Akif mengangkat kening.
"Kami ada pun on ya.."Usik Shima.Akif tersenggih.Shima terjaga ke semalam?.Akif fikir Shima tidur mati kerana Afeeya panggil berkali-kali semalam,Shima tidak sedar langsung.
"You menghendap ya?"
"Apa pula..Terang-terang kan?Clear okay.."
"Apa yang clear?"Sampuk Afeeya pula.Entah bila pula Afeeya bangun.Shamil bangun,beralih kesebelah sofa Shima,memberi laluan kepada Afeeya untuk duduk di sebelah Akif.
"it's clear that someone's voice is ticking off last night..."Afeeya menjeling Akif.Itu semua olah Akif.
"Tutup lah telinga kalau dah dengar,Nak jugalah tu"Shima mencebik.
"Sejak bila pervert ni?"Akif dan shamil menahan tawa melihat dua sahabat itu berbalah tentang kejadian semalam.Memang Akif yang memujuk rayu Afeeya untuk tetap melayan dia semalam.Niat Akif cuma mahu bermanja-manja dengan Afeeya sahaja.Tidak sangka diluar kawalan.Isteri seperti Afeeya,siapa yang boleh tahan.
"I yang salah..Sorry kalau ganggu you semalam"Akif ketawa sambil menarik Afeeya kedalam dakapannya.
"Shima,i cintakan Feeya sepenuh hati i..I gilakan kawan you ni" Sambung Akif.Dia harap shima faham.Shima tersenyum dihujungnya.Lega kerana mendengar dari mulut Akif sendiri.
"Thanks.."Ucap Afeeya.Shamil turut tersenyum.Dia gembira melihat Akif kembali menemui cinta dan kali ini,Shamil lihat cinta Akif pada Afeeya lebih dari Dian.Dia tidak pernah lihat Akif gembira begitu.
"I think,Feeya dah curse i"
"Merepeklah you ni"Akif mengelak bila Afeeya ingin mencubit pehanya.
"Ye kot..Sebab tu you asyik nak jer dua puluh empat jam Kif"Shima menambah.
"Kan..."Sambung Akif.Wajah Afeeya merona merah diusik begitu.
"Orang tu tak kahwin lagi boleh cakap..Nanti dah kahwin tengok macam mana pula.Kot nak turun katil pun merangkak"Kali ini Shamil ketawa mendengar kata-kata Afeeya.
"Nonsense.."
"Kif..Nanti kita tengok ya.."