Bab 33
Afeeya menjeling jam dinding.dikesat matanya sekali lagi untuk memastikan pandangan dia tidak silap.Alamak,Afeeya sudah lewat bangun.Ini gara-gara melayan Akif malam tadi hingga dia kesiangan.Tentu sebentar lagi Shima akan sampai.
"Akif..Bangun.You tak masuk office ke?I dah lewat ni"Ujar Afeeya sambil mengenakan pakaian.Akif memisat mata berkali.Dia sendiri tidak sedar kepenatan.Semalam pulang dari bermain futsal,Akif fikir mahu terus tidur sahaja.Tapi kerana Afeeya yang menggoda,rancangan asal terpaksa ditukar.Pagi itu,dua-dua telat.Padan muka.
"Pukul berapa Feeya?"
"8.30 dah.I ada class 9.30 pagi ni.you punya pasal lah ni"Akif mengelak bila Afeeya melempar bantal kearahnya.
"I pula yang salah.Jam bunyi you tak sedar?"
"Tak..You ni relax jer.Tak masuk office?"Pelik Afeeya.Biasa waktu begitu Akif sudah gelabah jika terlewat bangun.
"Masuk tapi lambat sikit.I nak jumpa orang terus" Beritahu Akif.Afeeya mendengus.Patut Akif bersahaja seperti tiada apa.Baik Afeeya cepat.Dia tidak mahu terlewat masuk kelas Puan Erni.Hari ini giliran dia dan Shima membuat pembentangan.
"Excited betul nak masuk kelas?Dengan make up beria.Nak tunjuk pada siapa?" Soal Akif sambil bangun mencapai tuala di penyidai.Beria-ia Afeeya bersiap.Seronok agaknya hendak jumpa bekas buah hati.Hati Akif jadi tidak senang.Hatinya mula rasa curiga.Dia takut jika Afeeya bertemu Farish.Sejak mereka mula bersama,Akif jadi makin takut kehilangan Afeeya.Cemburunya makin menjadi-jadi.
"I kan ada presentation hari ni.Mestilah kena cantik.Nak markah lebih"
"Ermmm..Okay"
"Kenapa ni Akif?" Afeeya bangun dari kerusi,berganjak dari meja solek,mendapatkan AKif yang mahu beredar ke bilik mandi.
"Tak ada apa.."
"You kalau tak ada apa tu,maknanya ada apa-apa" Afeeya menyentuh dagu Akif dengan jari telunjuknya.Leher Akif dikucup seketika.
"Petang ni you balik dengan i.I ambil"
"Tapi.."Akif mengkat kening merenung Afeeya.
"Tapi apa?Ada janji dengan Farish?" Akhirnya terkeluar juga nama Farish pagi itu.Akif memang allergic dengan lelaki itu.
"Eh,tak lah..You cemburu ya?" Duga Afeeya.Akif tersenyum sinis.Apa soalan Afeeya,Sudah tentu dia cemburu.Bukan dia tidak tahu Afeeya dan Farish sebelum ini bagaimana.
"Janganlah macam ni.I kan satu kelas dengan dia"Terang Afeeya.Dia mahu Akif percayakannya.Afeeya tidak mungkin lagi berpaling pada Farish kerana Akif sudah mencuri hatinya.
"Sorry..I emo bila fikirkan you akan jumpa dengan di.I sayang you tau Feeya.You jangan macam-macam belakang i" Akif memberi amaran.
"Tak..mana i berani"
"I will punish you kalau you nakal-nakal"Suara Akif sudah semakin kendur.Afeeya tersenyum sebelum mencium bibir suaminya seketika.Mahu tidak mahu,Akif terpaksa melepaskan Afeeya kerana isterinya masih ada beberapa bulan untuk menghabiskan pelajarannya.Lepas itu,Akif memang tidak akan izinkan Afeeya berhubung dengan Farish lagi.
"I tak akan nakal-nakal,sebab i ada you"Bisik Afeeya manja.
"Nak pergi dah ke?"Akif menarik pinggang ramping Afeeya rapat kepadanya.
"Jangan mengada-ngada.."Akif mendengus.
"But I’m really looking forward to seeing you tonight. I think we should have some fun"Wajah Akif yang tadinya muram,kembali ceria.Ada perkembangan.Afeeya sudah pandai menggoda dia begitu.
"Sayang i dah pandai dirty talk..so,you should probably already have your pants off when I get home… I’m feeling playful"Afeeya ketawa manja.
"I’ve got a sexy surprise waiting for you tonight but now i kena pergi kelas dulu ya Akif?"Sekali lagi Afeeya mengucup bibir Akif dan kali ini agak lama sehingga terdengar bunyi kereta Shima masuk kehalaman kediaman mereka.
"Feeya..I love you sayang"Berat untuk Akif melepaskan Afeeya tetapi dia terpaksa.Akif duduk dibirai katil setelah Afeeya pergi.
************
Akif berpatah semula bila terdengar ada pertengkaran dibilik Riana.Dia naik ketingkat itu untuk bertemu Maria tetapi Akif rasa,Maria ada didalam bilik Riana.
"Encik Akif,masuklah.Tadi saya call Damia tapi Damia kata Encik Akif memang dah naik atas.Cik Riana panggil" Akif hanya mengangguk.Apa masalah lagi agaknya.Pintu diketuk dan Akif lihat memang benar Maria ada dibilik itu.Riana melempar beberapa keping gambar diatas meja.Akif mengutip dan membelek satu persatu.
"Siapa buat?"Soal Akif tenang.Dia menjeling kepada Maria dan Riana berulang.Akif tahu itu gambar super impose.Jika Afeeya lihat.Mahu Afeeya minta cerai dengannya.
"You tanya perempuan ni?" Bentak Riana.
"Kenapa nak tuduh i?I tak ada kena mengena dengan benda ni" Maria menafikan sekeras-kerasnya.
"Sebab you sahaja yang tak suka kami berdua dalam pejabat ni"Tengking Riana.
"Walaupun i tak suka tapi i tak kan tergamak nak buat pekara macam ni" Akif duduk menyandar sambil menghela nafas panjang.Akif bimbang ada soft copy pada sesiapa.Pekara itu boleh menjejaskan imejnya.Akif tak pernah terfikir hendak merosakkan Riana begitu.
"Tak apa lah.Just make a police report.." Akif memberi cadangan.Wajah Maria sedikit berubah tapi dia cuba untuk tidak nampak bersalah.
"Akif..if orang tahu,malulah kita.."
"Nak malu buat apa?Kita tak buatkan?"Riana menepuk dahi.Akif masih boleh tenang dalam keadaan begitu.sungguh Riana tidak mengerti.
"You tak nak mengaku tak apa.Tapi kalau i tahu you yang buat.I will make sure,Daddy sendiri yang pecat you..."Ugut Riana.Maria hanya tersenyum menggeleng.Riana tidak akan kesan siapa punya angkara kerana dia sudah meminta orang upahannya menghapuskan bukti.Sedikit masa lagi,Datuk Zamri akan mati terkejut kerana dapat tahu anak kesayangan dia melakukan perkara tidak senonoh dengan anak buah yang paling Datuk Zamri percaya.
"Saya yang boleh buat report sebab cik Riana ugut saya macam tu" Ucap Maria selamba sebelum meminta izin untuk keluar.
"Pelacur murahan!" Tempik Riana.Belum ada sesiapa yang baru mengugut dia sebelum ini.Riana bimbang jika bapanya juga menerima gambar yang sama.
"oi..Kasarnya bahasa?"Marah Akif.Tidak suka Riana makin hamun orang begitu.
"You tak sakit hati ke tengok gambar ni?"
"Biar jer lah Yana.Benda tak betul" Akif malas hendak kusutkan kepalanya dengan hal-hal sebegitu.
"You tak takut kalau Feeya tahu?"Akif ketawa membuatkan Riana geram.
"You tunjuk gambar ni kat Feeya.Dia mesti dapat bezakan i punya yang original dengan yang dalam gambar ni lah"Seraya Riana melempar majalah diatas meja kepada Akif yang duduk menhadap dia.
"Bencilah kalau cakap dengan orang macam you ni.Suka main-main" Akhirnya Riana ketawa dalam geram.
"Kan cantik tu bila you senyum.Rugi marah-marah ni.Nanti gambar ni i bagi pada Shamil untuk check gambar siapa yang orang ni edit sebenarnya" Akif membelek sekali lagi beberapa keping gambar yang ada ditangannya.Shamil lebih pakar dalam bahagian IT,jadi lebih baik diserahkan pada Shamil untuk buat analisis.Jika mereka risau sekalipun,tidak dapat apa.Cuma Akif mungkin akan cari masa untuk berkongsi hal itu dengan Afeeya,Dia tidak mahu Afeeya dapat tahu dari mulut orang lain.
"I malulah..."
"Nak malu apa..Bukan you pun kan?"Akif menjeling Riana dengan pandangan sangsi.
"Of course bukan i.I tak akan buat perkara bodoh macam tu"Bentak Riana,seakan tahu apa ada dalam fikiran Akif.
"I tadi nak jumpa Maria.Nak serahkan file biru ni by hand.Tapi dah jadi macam ni,nantilah.You pun satu.Patutnya you tak perlu lah nak serang dia.Benda tak tahu betul ke tak"Ujar Akif.Dia memang tidak setuju cara Riana.Bila musuh sudah tahu yang mereka tahu,susahlah hendak bertindak.
"I geram sangat dan i tahu memang kerja dia.I tak ada musuh tahu"
"Confident level you tinggi juga ya?"Akif menahan tawa.
"Nak cakap apa,cakaplah.Ni satu lagi.Feeya ada cakap tak yang Dian serang dia masa kat mall last week?"Dahi Akif berkerut.Afeeya tak ada cerita apa-apa pun dengan dia.
"Afeeya tak ada cakap apa pun"
"Hurmm..Baby Feeya you tu memang tau.Dari kecil,orang buli dia pun,dia buat derk jer.Mujur i ada.Kalau tak,makan penampar muka dia yang putih gebu tu"Luah Riana.Dia sudah agak yang Afeeya tak akan cerita apa-apa pada Akif.Memang begitulah perangai Afeeya.
"Hei..I tak tahu macam mana lagi nak fahamkan Dian tu lagi..Degil.Kelmarin dia hantar gambar lama kami pada Afeeya.Thank goodness she didn't care..Sebab dia tahu tu memang gambar lama i" Akif membuka cerita kelmarin sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.Mula-mula Afeeya cemburu juga tapi bila dia jelaskan perkara sebenar,Afeeya dapat terima.
"You hati-hati juga Kif.Takut dia frame you ke,apa ke.Sekarang ni macam-macam.Orang gila ramai" Riana meluahkan rasa gusarnya.Dia tidak boleh lupa bertapa gilanya perangai Dian yang pernah menyerang dia hingga kaki dia patah.Sejak itu,memang dia masukkan Dian dalam senarai musuhnya.
"You jangan lupa,kaki i pernah patah disebabkan dia.Masa tu you pun tak boleh buat apa-apa kan?"Riana mengingatkan Akif peristiwa enam tahu lepas.Akif mendengus.Risau juga jika Dian apa-apakan Afeeya.
"If you sayangkan wife you yang cantik tu.Hati-hati..Selagi Dian tu tak move on,selagi tulah bahaya ada untuk you dan Feeya" Panjang nasihat Riana.Dia tidak mahu Akif sambil lewa.Orang seperti Dian,banyak akal.
"Nanti i tengok macam mana.Risau pula i Feeya balik sorang"Akif meluahkan rasa bimbang.Dia tidak akan dapatkan dirinya jika sesuatu terjadi pada Afeeya.Banyak pula masalah disekeliling bila bahagia baru sahaja bermula.
"Ingat Akif..kadang-kadang kita rasa sesuatu perkara itu tak seberapa.Tapi effect dia nanti.."
"Thanks Yana..Thanks beritahu i pasal Dian.I don't want her to be close to my wife" Akif menarik nafas kemudian dilepaskan perlahan-lahan.Jam sudah menunjukan pukul 5 petang.Akif perlu menjemput Afeeya petang itu.Jika lambat nanti,bising pula isterinya.
"I nak terus balik ya,Nak ambil Feeya..Nak bawa dia tengok rumah baru kami"
"Elok lah tu duduk sendiri.More privacy" Akif tersenyum.Itulah yang cuba dia buat.Dia mahukan Afeeya rasa bebas jika dirumah mereka sendiri.