Bab 35
"You nak pergi mana?" Farish menarik tangan Afeeya ketepi bila Afeeya laju keluar dari perpustakaan kerana gusar Akif sampai.Shima sudah pulang dahulu.
"Apa ni,lepaslah"Afeeya menarik tangannya semula.
"Feeya..I rindu you"Adu Farish.Sejak Afeeya bertindak meninggalkan dia,hidup Farish jadi tidak tentu arah.Tiada siapa mahu pedulikan dia lagi.
"Rindu i?Bukan you lagi rindu kawan-kawan party you ke?"
"I dah lama tak join diorang.Kan i kata i nak berubah.Tak boleh ke you beri peluang pada i Feeya?"Afeeya menggaru kening.Farish masih tidak faham agaknya.
"You beri sahaja lah alasan apa sekalipun.I dah tak nak you faham"Afeeya menekan suara.
"Tapi kenapa?Kenapa sekelip mata you berubah?" Soal Farish masih tidak puas hati.
"I need someone yang matang..bukan macam you.Banyak kali i beri peluang tapi you take for granted" Afeeya menjelaskan apa yang patut Farish faham.Semua sudah jelas.Dia tidak mahukan Farish lagi.
"I need one more chance Feeya"
"Dah terlewat Farish..One more thing.Kalau you sayang i,you tak cerita perkara yang mengaibkan i.You kata i tak akan lari sebab you dah tidur dengan i"Bentak Afeeya.Jika Rekha tidak tunjuk video yang Farish dengan bangga cerita perkara bohong itu pada dia,mungkin dia tidak tahu.Patut ramai yang pandang serong pada dia.Mesti mereka fikir dia seorang wanita yang tiada maruah.
"I tak pernah cakap macam tu sayang..Percayalah" Farish merayu pada Afeeya untuk mempercayai dia.
"You nak i sent you video yang you tengah bercerita pasal i?I buta selama ni sebab cintakan you Farish.Tak apalah.I halalkan apa yang i pernah beri pada you" Afeeya menghembus nafas panjang.Dia harap Farish faham.
"I buat semua tu sebab i nak orang tahu,you i punya.Dan i tak nak hilang you Nur Afeeya Please"Afeeya mendengus.Memeluk buku kedada.Gusar Farish menyentuh tangannya lagi.
"Tak ada peluang lagi untuk you Farish.I dah ada orang lain"Farish tersenyum sinis,menggeleng.Patut Afeeya berubah.Tentu lelaki baru itu sama taraf dengan Afeeya.Kerana itu Afeeya berubah.
"Patutlah..I tahu i siapa.Tak layak dengan perempuan kaya macam you.Cepat betul you jumpa pengganti kan?"Tuduhan Farish membuatkan Afeeya benggang,Bukan harta yang Afeeya pandang tapi sikap.Kerana sikap sabar Akif melayan kerenah dia buat cintanya beralih arah.
"Selama ni you ada apa?I sayang dan cintakan you kan?Tapi you yang tak hargai.You injak-injak kasih sayang i pada you..You tak sedar diri"Afeeya menemplak Farish disitu juga.Dia mahu Farish sedar yang selama ini Farish langsung tidak hargai dia.
"Feeya..I tak akan lepaskan you faham!"Tengking Farish.
"Suka hati you lah Farish..I malas nak layan orang macam you ni..Stress"Bentak Afeeya.
"I will make sure you balik pada i Feeya..You i punya!"Afeeya terus beredar tidak menghiraukan Farish yang sedang marah.Farish mecampak buku-buku kedinding.Afeeya agak terkejut tapi dia berjalan pantas ketempat parking dengan harapan Akif sudah sampai.Terperanjat Afeeya bila Akif membunyikan hon kereta.Entah bila Akif muncul.Dengan pantas Afeeya masuk kedalam kereta.
"Ni kenapa muka macam nampak hantu ni sayang?"Akif mengesat peluh didahi Afeeya dengan sapu tangannya.Afeeya bersandar di kerusi menahan lelah.
"I rasa Farish tu dah gila lah you" Luah Afeeya.Dahi Akif berkerut,menjenguk keluar.Memang dia nampak Farish di lorong menuju ketempat letak kereta.
"You nak i jumpa dia?"Afeeya menahan Akif.Tidak mahu membesarkan cerita.
"Tak apalah Akif..Maybe memang salah i..Yelah kan,tiba-tiba i tinggalkan dia..Kalau you ada kat tempat dia macam mana?"Akif diam.Melepaskan nafas berat.Memang salah cuma Akif berpegang pada jodoh.
"I harap dia dapat terima.Tapi knowing him.sometimes,Faris tu psycho sikit."Akif menyaup wajah.Memikirkan solusi seterusnya.Banyak pula masalah dan banyak pula bahaya untuk Afeeya.
"Feeya..Please Feeya.Jaga diri you untuk i.I risau.."Akif mengusap tangan Afeeya.
"Akif,jom kita balik"Akif mengangguk.Dia membatalkan niatnya untuk membawa Afeeya kerumah baru mereka.Afeeya nampak seperti terkejut.Jika Farish berani apa-apakan Afeeya mati Farish dia kerjakan.
***********
"Kau kenapa Farish?"Tanya Emran bila melihat Farish asyik berkurung sejak akhir-akhir itu.
"Faeeya dah tinggalkan aku" Emran ketawa.Sudah mengangak begitu akhirnya cerita cinta agung Farish dan Afeeya.
"Kan aku dah kata dengan kau dari dulu...Ikat dia..Ni tak..duit dia kau kikis.Bosanlah dia" Farish menarik rambut,menahan geram.
"Kau n dah macam orang sewel aku tengok Farish..Lupakan jer lah perempuan tu.Dia dah nak habis belajar dah kan.Tu yang dia tinggalkan kau" Kata-kata Emran membuatkan Farish makin panas.Afeeya tak mungkin buat begitu pada dia.Ini tentu Shima yang menghasut Afeeya.Perempuan itu memang tidak suka pada dia.
"Arghhhhhh!!!!! setan!"Tempik Farish lantas menyerakkan semua barang didalam bilik.Habis semua gambar Afeeya berserak dilantai.Teman-teman serumah Farish sudah tidak tahu hendak nasihatkan Farish bagaimana lagi.Ini bukan kali pertama Farish bererangai begitu.Tiap kali bergaduh dengan Afeeya pasti Farish naik gila.
"Aku tak kan lepaskan kau Feeya..Aku cintakan kau.Kau milik aku"Farish bercakap sendiri sambil menilik gambar Afeeya yang dipegangan persis orang hilang akal.
"Nah"Emran menghulurkan plastik berisi serbuk putih.
"Aku belum ada duit nak bayar"Ujar Farish.
"Kau ambil sajalah.Dari kau melalak tak tentu arah macam ni,baik kau layan benda ni lagi bagus.Mana tahu kau nampak Ariana grande ke"Ujar Emran berseloroh.Farish menarik nafas panjang dan terus mencapai plastik yang berisi serbuk putih itu.Malam itu dia hendak tenangkan fikiran kerana buat waktu itu otak Farish sudah tepu memikirkan tentang Afeeya.
"Kau buat apa ni Farish?"Tegur Rudy,teman sebilik Farish.Belum pernah dia lihat Farish berani-berani menghidu heroin dihadapannya.Biasa Farish lepak dibilik Emran.Ini terang-terang dan melampau bagi Rudy.
"Kau nak layan sekali ke?"Soal Farish dalam keadaan separuh sedar.
"Farish..Kau dah dua bulan tak bayar sewa bilik.Ni beli benda haram ni ada duit pula?"Bentak Rudy.Bilik bersepah-sepah.Serabut Rudy memikirkan masalah Farish.
"Em bagila.."Rudy mendengus.
"Ni mesti kau gaduh dengan Feeya kan?Orang bercinta,kau nak bercinta.Awek pandai tapi kau?" Farish mengetap bibir.Tidak senang bila Rudy menyebut nama Afeeya.
"Kau jangan sebut nama dia boleh tak..Kau jangan menyibuk hal hidup aku!Berambus!"Tempik Farish.Naik angin tiba-tiba.Tidak tahan mendengar bebelan Rudy.
"Aku berambus?!Kau tu yang patutnya berambus!Aku yang bayar sewa bilik ni tau tak.Duit tak ada lagi nak berlagak!"Bengang Rudy bila Farish menengking dia.Sudah lama dia bersabar dengan Farish.
"Kau saja cari pasal dengan Aku kan?" Farish sudah tidak tahan lagi dengan hinaan Rudy.Dia bangun ingin menumbuk muka Rudy tapi sempat dielak teman sebiliknya itu hingga Farish sendiri tersungkur.
"Sedarlah Farish.Kesian dengan mak ayah kau kat kampung tu..Tinggalkan benda jahanam ni"Rudy cuba berlembut.
"Kau tak payah nak nasihatkan aku kalau kau sendiri pun tak betul!" Farish cuba bangun hendak menyerang Rusy lagi tapi kepalanya rasa melayang dan jatuh.Rudy mengetap bibir.Dia tahu dia tidak baik,tapi dia tidak pernah mengajar Farish mengambil barangan larangan begitu walau dia seorang 'Pusher' sebelum ini.
"Nak jalan pun tak mampu ada hati nak belasah orang..Kau,kalau nak duduk sini lagi,perangai tu elok sikit!"Bentak Rudy.sewaktu ingin keluar dari bilik,Emran dan seorang lagi teman serumah mereka menerpa masuk kerana terdengar bunyi bising dari bilik Rudy dan Farish.
"Apahal korang ni?"Tanya Emran ingin tahu.
"Apahal..?Ni sebab kau lah setan.Ajar budak tu main barang dah kenapa?"Rudy menunjal kepala Emran sebelum keluar.Emran tidak berani melawan kerana Rudy bukan calang-calang orang.Kerana itu mereka rasa selamat selamat berada serumah dengan Rudy.Emran mengangkat Farish yang sudah khayal teruk.Menyesal pula Emran beri pada Farish untuk cuba jenis yang agak kuat.Bukan dia tidak tahu Farish jenis yang tidak tahan.Apa-apa jadi pada Farish tadi,matilah dia hendak menjawab.