Bab 36 Farah berjalan laju menuju kearah Akif yang sedang bersiap.Masih awal dan belum ramai yang datang.Lega Farah kerana Afeeya tidak ada.Jika tidak,tentu dia tiada peluang untuk dekat dengan Akif. Akif sekarang sejak Afeeya tahu tentang dia,seperti mahu jauhkan diri sahaja.Sudah lama Farah tidak dapat melepak dengan Akif.Rindu dia pada Akif hanya tuhan sahaja tahu. "Asalamualaikum" "Waalaikumusalam.Eh,Farah.Mana tahu abang ada game kat sini?"Soal Akif.Rasanya Farah tidak pernah tahu tempat Futsal itu.Farah melabuhkan punggung disebelah Akif tanpa dipelawa.Akif menjarakkan sedikit ruang duduk antara mereka berdua.Takut Afeeya sampai. "Abang Rizal,Dia yang ajak Farah datang sini tapi dia pun tak muncul-muncul lagi" Akif menjeling dengan senyuman mengusik. "Rizal suka Farah ya?" Farah

