Bab 37 Afeeya berjalan laju bila rasa dia diekori.Sudah beberapa hari Afeeya rasa begitu.Afeeya malas hendak terlalu memikir,mungkin perasaan dia sahaja.Dia bukan ada musuh pun.Menyesal pula Afeeya tidak tunggu Shima tadi.Sudahlah di basement shopping mall itu tiada orang.Mati dia kalau jadi apa-apa. "Feeya.."Hampir luruh jantung Afeeya bila tiba-tiba Farish muncul dibelakang dia. "Teperanjat i..You ikut i ke?" Lambat-lambat Farish mengangguk. "I rindu pada you" Ucap Farish.Afeeya melihat Farish atas bawah.Farish terlihat agak tidak terurus.Afeeya jadi tidak sampai hati untuk membiarkan Farish begitu sahaja. "You okay tak ni?Dah seminggu you tak masuk kelas?" Tanya Afeeya dengan suara yang agak keras.Dia amat risau dengan prestasi kehadiran Farish yang sangat teruk.Berkemungkinan bes

