Disini semuanya bermula

2229 Words
Prolog Akif Ikmal duduk termenung memikirkan rancangan orang tuanya. Akif rasa seperti mimpi. Bagaimana Afeeya yang dia anggap seperti adik kandung hendak di terima sebagai isteri? Langsung tidak masuk akal. Lagi pun Akif sudah punya Dian. Akif pasti, idea untuk kahwinkan dia dengan Afeeya Datang dari mama. Mama cukup tidak berkenaan dengan Dian. Akif tidak tahu apa yang kurang dengan Dian jika hendak dibanding kan dengan Afeeya. Dian juga cantik. Jika kata tidak berkenan dengan Dian kerana wanita itu beterampilan seksi, Afeeya lagi Akif rasa seksa mata memandang. Ah, pening Akif memikirkan hal rancangan mama baba nya.Mummy Afeeya yang menetap di London sudah selalu berjenaka dengan dia tentang niat hendak menjodohkan dia dan Afeeya. Kelakar betul Akif rasa. Zaman moden begini, masih ada lagi perkahwinan yang diatur keluarga. Mereka membesar bersama-sama di rumah itu kerana mama mengambil Afeeya sebagai anak angkat bagi membantu ibu Afeeya yang waktu itu baru berpisah dengan bapa Afeeya. Mummy Afeeya, Rita memilih untuk berhijrah ke London kerana mendapat tawaran kerja disana. Memandangkan waktu itu Afeeya baru berusia Lima tahun, jadi mama yang juga sahabat mummy menawarkan diri untuk menjaga Afeeya. Masa berlalu terlalu pantas. Dahulu dia dan Afeeya memang rapat sehingga Afeeya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh dan kemudian dia pula menyambung pelajaran ke Universiti luar negara. Jadi, memang lama mereka berjauhan.Bila jumpa sesekali memang susah hendak coop. Afeeya pula jenis suka main-main. Suka buat Akif naik darah. "Jauh menung?" Soal Afeeya ramah. Duduk menghadap Akif sambil makan biskut didalam piring. Santai benar. Apa Afeeya masih tidak tahu?. "Senang hati nampak? Baru balik dating?" Afeeya tersenyum simpul. Macam tahu-tahu pula Akif. "Yang you muka keruh semacam kenapa? Fighting dengan Dian lagi?" Akif menggeleng. Sah Afeeya tidak tahu.Kepala dia bagai hendak pecah fikir tentang mereka.Afeeya boleh seronok-seronok berdating. "I ada problem lagi besar dari fighting dengan Dian. Feeya, seriously you don't know anything?" Afeeya mengangkat kening. pelik pula dengan Akif malam itu. "You biasanya straight to the point. Ni kenapa corner banyak sangat ni" Kata - kata Afeeya yang berbau sindiran dijawab dengan wajah sebal. Senyumlah. Akif pasti bila tahu nanti, Afeeya mesti meraung. Gadis itu baru 22 tahun. Muda sangat untuk jd isteri orang. "Nanti you tahu la. I nak naik solat isyaq Kejap. Nak minta petunjuk sekali" Afeeya ketawa. Akif kalau berjenaka memang tak kena tempat. "You tu, pakai macam tu nak tunjuk kat siapa?" Afeeya mencebik sambil megepit baju yang terdedah dengan tangan. Akif berlalu dengan wajah selamba.Ada sahaja yang tidak kena dimata Akif. Dian seksi tidak apa pula.Dia masih muda.Kalau dah tua pakai seksi lain lah cerita. Bab 1 Pagi itu Afeeya bangun lebih awal dari Imani. Kakak sulung Akif. Dari kecil lagi Imani menjadi teman sebilik Afeeya. Buruk baik Afeeya, semua dalam kocek Imani. Afeeya sudah siap dengan pakaian Sukan. Dia mahu jogging disekitar kejiranan mereka. Hari minggu begitu biasanya, mereka sekeluarga bebas dengan aktiviti sendiri. Sarapan pada hari minggu ikut keadaan. Kadang - kadang bersama - sama. Kadang-kadang sendiri. Hampir satu jam Afeeya juga masa yang diambil Afeeya untuk menghabiskan satu pusingan kejiranan mereka. Apabila sampai, dia lihat Akif sudah bersiap untuk keluar dengan baju sukan.Kebiasaan hari minggu begitu jarang Akif lekat dirumah.Jika tidak bermain bola,Akif pasti lepak dengan kawan-kawan lelakinya entah dimana. "Ada match ke pagi ni?" Soal Afeeya. Menegur Akif seperti kebiasaan. "yup" pendek jawapan Akif. Lelaki itu masih tekun mengemas barang di dalam kereta.Afeeya pelik. Akif tidak mesra seperti biasa. Mood akif masih belum okey agaknya. Afeeya terus masuk ke dalam rumah.  "Feeya tak ikut Akif?" Soal Datin Nora bila Afeeya masuk ke dalam rumah. Dia masih mencari idea, bagaimana hendak beterus terang dengan Afeeya tentang rancangan dia dan Rita. Datin Nora semahunya tidak mahu Afeeya hilang dari mata dia. Kerana itu mereka mahu Afeeya disatukan dengan Akif secepatnya. Datin Nora tidak mahu sampai hubungan Akif dan Dian makin serius. Datin Nora cukup tidak berkenan dengan perangai Dian yang tidak pandai bercampur gaul dengan keluarga mereka. Afeeya Walau masih tidak matang, tetapi tahu me bawa diri, hormat orang tua, dan yang paling penting, Afeeya ringan tulang dan dia menyanyagi Afeeya seperti mana dia sayangkan Imani dan Jannah,anak-anak perempuan dia. "Mama. Jauh menung. Hai.. Kenapa la orang dalam rumah ni asyik menung dari semalam ni" Ujar Afeeya berseloroh. Dipeluk tubuh Datin Nora dari belakang. Afeeya memang manja. "Feeya.." Datin Nora teragak-agak untuk memulakan bicara. "Ada apa Ma?" "Feeya, Feeya sayang Akif tak?" Afeeya ketawa. "Sayanglah Ma. Akif tu kan abang Feeya" "Sayang macam abang sahaja?" Kali ini Afeeya berhenti ketawa. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan soalan Datin Nora itu. Afeeya Berdiri menghadap Datin Nora.Merenung Datin Nora meminta jawapan. "Mama nak cakap apa sebenarnya?" Afeeya inginkan kepastian. "Feeya, baba, mama dan mummy dah decide nak kahwinkan Feeya dengan Akif. Akif dah setuju" Dahi Afeeya bekerut mendengar penjelasan Dato Mirza yang baru muncul dari dapur. Afeeya menelan air liur. Patut wajah Akif kelat dari semalam. "Ma, kenapa tak discuss dulu dengan Feeya. Feeya study lagi ma" Wajah Afeeya yang tadi cerita bertukar keruh. Dia tidak mahu dijodohkan dengan Akif. Dia sudah punya Farish. Tapi bagaimana dia hendak beritahu tentang Farish. Mummy pasti akan tentang habis-habisan. Mummy paling pantang jika Afeeya berteman dengan mana-mana lelaki yang tidak jelas latar belakangnya. "Feeya tahu kan, mama sayang sangat pada Feeya. Mama tak nak Feeya nanti hilang dari pandangan mama" kata-kata Datin Nora itu menjadi kelemaham Afeeya. Dia juga terlalu sayangkan Datin Nora. datin Nora yang menjaga dia dengan penuh kasih sayang sedari kecil. Kerana itu dia lebih memilih untuk tinggal di Malaysia dari tinggal dengan ibu kandung sendiri. Mummy terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga baru Mummy.Balik ke Malaysia pun jarang sekali. "Tapi ma.." "Tak apa lah kalau Feeya tolak. Mama tak boleh nak paksa.."Berat suara Datin Nora. Dato Mirza hanya mampu mendiamkan diri. Agak kecewa dengan jawapan Afeeya. Tapi apakan daya mereka,Afeeya punya jalan hidup sendiri. "Mama.. Bagi Feeya masa okey. Jangan sedih macam ni. Nanti Feeya sedih" Pujuk Afeeya. Dia tidak tahu hendak menjanjikan apa. Dia bukan tidak kenal dengan Dian. Takut Afeeya hendak membayangkan dia diganyang oleh Dian kerana merampas Akif. Bagaimana pula dengan Farish? Sudah setahun mereka bercinta. Tak mungkin hendak dia tinggal kan Farish begitu sahaja. Dia cintakan Farish sepenuh hatinya. Kusut kepala Afeeya. Patutlah Akif muncung dari semalam. Kenapa Akif tidak beterus terang dengan dia. Kenapa Akif tidak menolak sedangkan Akif sudah punya Dian?. Berbagai persoalan yang timbul dipundaknya. Afeeya tidak betah lagi menunggu Akif pulang.Dia ingin penjelasan dari mulu Akif sendiri.Afeeya tidak percaya,semudah itu sahaja Akif terima cadangan keluarga mereka.Bukankah Akif sudah punya Dian.Bila terdengar bunyi kereta Akif masuk kepengkarangan rumah mereka,Afeeya segera berlari keluar bilik.Menunggu Akif dihadapan pintu bilik lelaki itu. Akif terkejut melihat Afeeya terpacak di pintu biliknya.  "Sejak bila jadi jaga ni?"  "Kenapa you tak cakap tentang plan parents kita?" Akif mengetap bibir. Tombol pintu bilik dicapai, menolak tubuh Afeeya sedikit meminta laluan. Afeeya menurut langkah Akif masuk kebilik.Sudah lama dia tidak masuk kebilik Akif.Kemas sebagaimana pemiliknya. "Eh, belum masa lagi you nak masuk bilik I ni sesuka hati ya" Afeeya mencebik. Akif fikir dia mahu sangat masuk bilik itu jika tiada pekara penting untuk dibincangkan.  " I pun tak ingin masuk bilik you ni tau. I cuma nak tahu, kenapa you setuju?" Afeeya inginkan kepastian. Direnung wajah Akif tajam tetapi lelaki itu buat seperti tiada apa. "Apa keputusan you? Your mum call I merayu.. So, how should I say?" Ujar Akif tenang.  "I tak nak jadi perampas. You dah ada Dian" Akif diam. Teringat pada Dian yang pasti kecewa dengan keputusan mendadak dia itu nanti. Tapi apakan daya.Dahulu dia pernah kecewakan mama.Kali ini tidak mungkin dia buat lagi.Lagipun mummy berharap sangat dia dapat merubah Afeeya yang agak liar. Mummy takut Afeeya semakin hanyut jika tidak siapa yang guided. Pening Akif. Masa dia di London,mummy yang sentiasa ambil berat tentang apa sahaja keperluan dia. Kadangkala Akif sendiri tidak faham mengapa Afeeya selalu kata,mummy tidak kisahkan dia.Padahal,selama dia empat tahun di London,mummy la yang sentiasa ada untuk dia.Memang mummy sentiasa sibuk tapi mummy selalu kata,apa yang dibuat semua untuk Afeeya. Mummy tidak mahu Afeeya jadi sepertinya. "Jangan sampai Dian tahu. Dia tak ada kat Malaysia sampai bulan Jun" Afeeya terpana. Akif cakap apa ni. Dia tidak menyangka itu solusi yang diberi lelaki itu. Cukup mudah. Gila.  "Akif. You dah fikir masak-masak ke ni? I tak nak kahwin. I muda lagi"  "Bukan sebab you dah ada boyfriend kpop you tu" Afeeya mencerlang. Bagaimana Akif tahu.  "You ni busy body kan?" Akif tersenyum sinis. "Dah la Feeya. I nak mandi ni. Penat. You keluar dulu" Afeeya menghentak kaki. Tidak puas hati. Tiada kesepakatan yang dicapai. Akif seolah-olah redha dengan keputusan keluarga mereka. Akif Langsung tidak membantah bagi mempertahankan hubungan dengan Dian. Setahu Afeeya, Dian cinta mati Akif.  Farah Arwina  Tepat jam 6 petang, Akif bersiap untuk pulang. Biasa dia jarang pulang awal. Tapi hari itu badannya terlalu letih. Semalam dia dan Dian berkomunikasi melalu aplikasi panggilan video hingga jam empat pagi.Sesudah itu dia tidak terus tidur.Tunggu waktu subuh.Jika tertidur,alamatnya kelaut lah solat subuh dia.Ketika mengemas beg untuk dibawa pulang,Akif menerima panggilan daripada Farah. Adik angkatnya. "Assalamualaikum abang.Kat Office lagi ke?" Ceria suara dicorong talifon seperti biasa, "Waalaikumusalam.Ya Farah.Abang baru nak balik.Nak jumpa ke?" Farah tersenyum dihujung talian walaupun Akif tidak nampak. "Ya.Kalau abang tak ada apa plan." "Wah..Nak belanja abang ke?Ni mesti baru dapat gaji ni" "Abang ni.Macam tahu-tahu jer.Abang ambil Farah kat rumah ya. Farah siap sekarang" Belum sempat Akif memberi kata putus,Farah sudah mematikan talian. Akif menggeleng sambil tersenyum. Talifon bimbit dimasukkan semula ke dalam kocek. Jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang.Baik di jemput Farah sebelum Maghrib. Akif tidak suka bertandang kerumah orang lagi-lagi anak dara pada jam waktu begitu.Tidak manis dipandang orang. Akif memandu Range Rover hitamnya laju ke rumah sewa Farah. Tidak sampai 15 minit dia sudah sampai.Jalan agak clear petang itu.Akif hanya meninggalkan pesan supaya Farah segera keluar kerana dia sudah sampai dihadapan rumah sewa Farah.Tidak lama kemudian, gadis berwajah chinese look itu keluar dan masuk kedalam perut kereta Akif. "  Lambat.Buat tutorial make up sekali ke?" Sindiran Akif dijawab dengan cebikan. Teringat pada Dian.Dian juga begitu.Jika hendak tunggu Dian bersiap.Dia sempat bermain satu match FIFA dia PSP4. " Perempuan,biasalah bersiap."  " Nak makan mana ni?" Soal Akif pendek. "  Tempat biasa"Lelaki itu hanya mengangguk.Melepaskan handbreak dan memandu terus ke tempat yang biasa mereka makan. Akif lebih suka tempat-tempat santai begitu.Dengan Dian tidak boleh kerana teman wanita dia itu terlalu menjaga standard.Mereka mencari tempat berhampiran dengan tempat makanan kegemaran Farah.Malas Akif hendak berjalan jauh. "Kenapa muka abang nak letih?Tak cukup tidur apa?" Akif menyaup wajah.Nampak sangat agaknya wajahnya yang kusut.Banyak hal yang menganggu fikiran Akif dua tiga hari itu. "Banyak kerja. Hari ni tak masuk kerja ke?" Akif bertanya kembali. "Tak.Abang Eric tak buka gym hari i.Ada hal"Jelas Farah. "Hari tu kata nak ikut program U kan?Abang dah transfer 500.Kalau tak cukup beritahu abang ya" Farah menggeleng.Baki yang Akif beri pada dia dua bulan lepas untuk beli buku masih ada lagi.Serba salah Farah dibuat Akif. "Abang,berapa kali Farah nak cakap.Farah kan dah kerja.Farah ada duit lah.Abang tak perlu lah susah-susah" "Duit yang kerja tu simpan lah.Tak lama lagi nak habis study.Banyak duit nak pakai LI nanti"  "Abang ni,baik sangat lah.Tu buat Farah sayang kat abang ni" Akif tersenyum bila Farah mencuit hidung mancungnya. Dahulu Farah agak malu-malu dengan dia,sekarang Farah sesuka hati mengusik dia tapi Akif tidak kisah.Dia senang Farah melayan dia begitu.Jarang ada gadis yang berani dekat dengan dia.Mungkin kerana dia jenis serius pada sesiapa yang tidak mengenali dia. Akif tidak berminat untuk beradik angkat tetapi dengan Farah berbeza.Ada sebab kenapa dia mengubah fikiran tentang pekara itu.Tiga tahun lepas sewaktu dia ke kedai buku,secara tidak sengaja dia ternampak Farah.Anak gadis itu berdiri lama memegang buku rujukan. Sepertinya sedang berbelah bagi samaada mahu beli atau tidak.Alih-alih,Akif diam-diam buat mahu membeli buku tersebut yang kebetulan tinggal satu sahaja. "Cik nak beli atau tidak buku ni?" Tanya Akif ringkas. Farah teragak-agak hendak menggeleng atau mengangguk. "Tak apa lah.Encik ambil lah dulu.Saya tengok-tengok jer" Berat untuk Farah melepaskan buku yang begitu dia perlukan itu kepada Akif. Tapi apa kan daya.Dia tidak mampu. "Kalau macam tu saya ambil ya?"Farah menangguk dengan wajah sugul. Akif mengambil dan terus ke kauter membuat pembayaran.Sesudah itu Akif terus keluar. Farah juga terus keluar dari kedai dengan wajah hampa. "Ehem.." Farah berhenti melangkah bila ada seseorang menahan jalannya dengan beg kertas.Farah mengangkat muka dan berpaling.Dia agak terkejut melihat lelaki yang dia jumpa dikedai tadi menahannya. "Maaf encik.Ada apa?" Soal Farah ragu-ragu. "Sorry.Tadi cik nak beli buku ni kan?" "Ya.Tapi next time lah" "Its okey. Saya belikan memang untuk awak" Farah menelan air liur. Apa niat lelaki itu. Ada ke orang  baik dan handsome macam lelaki didepan dia itu. "Tak apa lah. Mak saya pesan tak boleh ambil apa-apa dari orang yang kita tak kenal" Akif ketawa mendengar kata-kata Farah.Comel.Lurus bendul betul gadis dihadapan dia itu.  "Kenapa gelak?"Merah padam wajah Farah rasa dipermainkan pula saat itu. "Tadi saya tengok awak,pakai tag sama universiti dengan adik perempuan saya.So,saya tahu yang awak perlu sangat buku ni.Ambil lah.Kalau tak nak esok saya minta adik saya beri jer pada sesiapa yang perlu" Akif beterus terang.Tidak mahu Farah tersalah erti niatnya. "Erm..okey.Thanks.By the way nama awak siapa?" "Akif Ikmal.Panggil abang Akif jer la.Tengok muka mesti baru abis foundation ni kan?" Lambat-lambat Farah mengangguk.Banyak betul lelaki itu tahu. "Ni kad abang.Anything just whatapp.Nanti abang reply.See you later" Farah termanggu-manggu ditinggalkan begitu sahaja.Kad ditangan Farah belek seketika sebelum tersenyum. Charming.Menang loteri dia hari itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD