Aku terima nikahnya

2255 Words
Bab 2 "Feeya.Tunggu.."Afeeya berhenti melangkah. Dia menjeling jam ditangan. Ah,dia sudah lewat.Mati jika Akif naik angin. Mereka sudah berjanji untuk sama-sama pulang ke kampung petang itu. "Ada apa Farish?"Soal Afeeya lembut sambil menutup semula pintu kereta. "You nak pergi mana gopoh gapah ni?" Dielus pipi Afeeya lembut.Esok cuti.Biasa Afeeya ada sahaja rancangan hendak dibuat berdua. "I kena balik kampung.Abang i dah tunggu.You tahu kan abang i macam mana?Nanti lambat bising dia" Jelas Afeeya. Farish selalu dengar Afeeya becerita tentang Akif tetapi Farish tidak pernah berkesempatan berjumpa abang kesayangan kekasih dia itu secara berhadapan.Jika bertembung pun sewaktu Akif mengambil Afeeya dikampus. Didalam social media Afeeya juga ada gambar Akif tetapi tidak banyak. Hendak bertanya lebih Farish bimbang Afeeya marah.Afeeya tidak suka Farish bertanya lebih-lebih tentang keluarganya.Afeeya perahsia. "Aik..Nak buat apa balik kampung sayang?" "Farish,kan i dah beritahu you yang hujung bulan ni Opah i buat kenduri" Lama Farish berfikir.Dia langsung tidak ingat.Bulan itu mereka jarang bertemu kerana Afeeya asyik sibuk dengan urusan keluarga.Kadang-kadang naik pelik Farish. "I nak ikut boleh?" Afeeya terkejut.  "Eh,mana boleh.Apa i nak cakap nanti kalau family i tanya?" Afeeya cuba mencari alasan terbaik. "Cakap jer la i boyfriend you?"Afeeya ketawa. Farish tidak tahu keluarga dia bagaimana.Selagi tidak habis belajar,jangan gatal-gatal nak bawa kekasih balik.Dia masih ingat dahulu bagaimana Akif dimarahi keluarga kerana pandai-pandai bawa perempuan balik rumah. "You jangan mengada.Habiskan belajar dulu. Dapatkan kerja bagus baru blh menghadap Baba i okey?" Afeeya memegang kolar baju Farish dengan pandangan nakal.Keningnya diangkat-angkat. "Lambat lagi la macam tu...I risau lah sayang"  "Risau kenapa pula?" "Takut girlfriend i yang cantik ni diambil orang"Dicuit hidung Afeeya sekali.Ikutkan hati,mau sahaja dicium Afeeya disitu juga.Geram tengok wajah menggoda Afeeya. "Ah,jangan merepek.I love you so much.Tiada siapa akan ambil i dari you" Ucap Afeeya dengan yakin. "Janji.." "Ya,i janji.." Afeeya menyatukan jari kelingking dia dan Farish tanda mengikat janji.Dia cintakan Farish sepenuh hatinya.Hanya Farish yang berjaya membuka pintu hatinya untuk menerima seorang lelaki sebagai kekasih. sebelum itu,lelaki yang dia ada cuma Akif.Tetapi bila Akif sudah ada Dian,perhatian Akif lebih kepada wanita itu.Mungkin kerana it dia membuka pintu hati untuk lelaki lain sebagai kekasih. ************ "Afeeya,cepatlah!" Bengang Akif.Mesti mereka akan sangkut di dalam kesesakan lalu lintas gara-gara Afeeya lewat. "Sabarlah..Akif ni.Kak Long tengok asyik nak marah jer" Imani menjenggah keluar tingkap.Afeeya sedang menarik luggage ke arah kereta.Akif mendengus sebelum berjalan menuju kearah Afeeya dan mengambil Alih menarik luggage Afeeya masuk kedalam bonet. "Bawa apa agaknya beg besar-besar macam ni.You nak pindah terus rumah opah ke apa?Kita balik tiga hari jer pun lah" Bebel Akif. "Suka hati i lah.Beg i...Macam-macam tau i bawa dalam tu" Imani menggeleng.Menepuk dahi melihat gelagat Akif dan Afeeya. "Padanlah mama nak kahwinkan korang ni.Dari kecil sampai besar ada jer nak jadi gaduh" "Eiii...merepek la Kak Long ni" Afeeya buat muka geli. Tak mimpi pula dia akan berkahwin Akif.Dia sudah lupa tentang rancangan keluarga mereka. " Dah..dah...masuk cepat.Kang i tinggalkan karang!"Akif membuka pintu untuk Afeeya ,meminta gadis itu untuk masuk kedalam kereta.Lagi dilayan nanti,lagi menjadi.Afeeya memuncungkan bibir geram.Tidak puas hati dengan Akif yang memulakan pertelagahan mereka. akif tersenyum menggeleng sewaktu pintu ditutup.Afeeya memang mengada-ngada. Empat jam perjalanan biasa terasa lambat pula bagi Afeeya.Sudah dua kali dia terlelap. Imani pantang masuk kedalam kereta pasti lelap.Afeeya jarang tidur kerana biasa dia akan menemani Akif memandu.Sebab itu dia selalu duduk di bahagian hadapan. "Akif..You lama-lama tak jumpa Dian tak rindu ke?" Tiba-tiba keluar soalan itu dari mulut Afeeya. "Rindu..Tapi nak buat macam mana.i have no choice.Itu pilihan dia" Afeeya melepaskan nafas panjang. "Kalau i jadi you memang tak boleh. I tak boleh long distance partnership"  "Itu you." "Eleh..you tu entah-entah ada sparepart.Lelaki bukan boleh percaya"  "Sorry.i bukan macam tu." "Lima tahun,lama tu Akif.Kalau kahwin dah ada dua,tiga orang anak dah?" Afeeya ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri.Akif turut ketawa. "Uish..lima tahun dua,tiga anak?mahu sangatlah Dian tu" Afeeya menyambung tawa.Benar juga.Dian mana suka pada budak-budak. "Sedap you mengata girlfiend i..Boyfriend you Kpop tu lagi la" "I lempang you nanti.Kpop,Kpop...Dia ada nama lah" Akif ketawa melihat Afeeya marah. "Akif,i laparlah.Nanti kita berhenti kat RNR dulu" Seketika kemudian Afeeya bersuara kembali setelah tawa reda.Baru teringat dia belum sempat makan lagi. "You tak makan lagi ke?"Afeeya menggeleng. "You kan ada gastric?Dah berapa kali i pesan jangan lewat makan? Kejap lah. Tak jauh lagi RNR tu" Afeeya sudah agak Akif pasti akan bising tapi perut baru terasa lapar.Tadi dirumah lupa pula dia hendak bawa roti. Akif menekan minyak,memandu lebih laju supaya cepat sampai ke RNR.Dia bimbang Afeeya diserang gastric lagi. "Jangan la bawa laju..I ni anak dara lagi tau..Tak kahwin lagi" Bentak Afeeya. "Mana ada laju.Kalau bawa 20,60,bila nak sampai?" "Suka hati you la..I nak tidur kejap" "You dengan Kak Long sama jer.Tak ada function.Baik bawa Jannah naik dengan i" Akif merungut sendiri tapi tidak diendahkan Afeeya.Earphone disumbat ketelinga.Malas hendak mendengar Akif membebel. Majlis siapa? Akif mengejutkan Afeeya apabila mereka sampai ke destinasi.Khemah-khemah sudah didirikan.. Tetamu masih ramai di pekarangan rumah.Akif pelik.Mama kata cuma kenduri doa selamat kerana Jannah  dan dua lagi sepupu mereka mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tapi lihat gaya seperti kenduri kahwin. "Wah,,meriahnya.."Imani kelihatan begitu teruja.Sudah lama keluarga mereka tidak buat kenduri besar-besaran begitu.Afeeya mengesat mata yang masih mengantuk.Lepas makan tadi dia terus terlelap. "Dah sampai?" "Dah.Jom lah.Opah mesti rindu you.Cucu mat salleh celup dia ni" Afeeya tersenggih. Dia memang sudah rindu pada opah. "Akif..Bukan ke kenduri doa selamat jer?Ni kenapa i tengok macam kenduri kahwin pula ni?" akif menggaru kepala yang tidak gatal.Dia tiada jawapan kepada soalan Afeeya. "Kenduri kahwin korang kot" Ujar Imani selamba sebelum keluar dari kereta dan meninggalkan Akif dan Afeeya berdua. Akif dan Afeeya berpandangan. Takut jika itu benar. "Tak lah kot. Baba dengan mama tak cakap apa-apa pun" Kata Akif sekadar menyedapkan hati sendiri.Jauh disudut hati dia juga gusar sebenarnya.Afeeya tidak berkata sepatah pun.Fikiran Afeeya melayang.Akif mengajak Afeeya turun dari kereta. "Dah sampai pun..." "Mummy pun ada?" Akif terkejut bila Mummy Rita muncul tiba-tiba. Afeeya apatah lagi.Mahu gembira atau mahu terkejut.Terkejut bercampur takut.Mummy tidak akan pulang jika tiada perkara yang benar-benar mustahak.Rita memeluk Afeeya erat.Rindu dengan anak tunggalnya. "Kenapa dua-dua tengok mummy macam nampak hantu ni?" Rita sudah agak reaksi dari Afeeya dan Akif. "Nothing.Bila mummy sampai?"Soal Afeeya setelah melepaskan pelukan ibunya. "Yesterday.Baba pick me up dekat KLIA before balik sini" "Akif..Feeya..Masuk!"Jerit Opah dari dalam rumah. Afeeya memberi isyarat supaya Akif masuk dahulu.Dia punya urusan dengan mummy. "Mummy.Are you hiding something from me?" Kedua-dua tangan ibunya digenggam kemas.Afeeya yakin ada sesuatu yang mereka sorokan dari dia dan Akif. "Sorry sayang.." "Sorry?"Afeeya tidak faham.Dikecilkan mata,merenung mata ibunya dalam-dalam. "Jom masuk..Nanti mummy explain"Rita menarik tangan Afeeya masuk kedalam rumah.Waktu itu Afeeya lihat keluarga mereka semua sudah berkumpul diruang tamu.Akif berdiri memeluk tubuh dengan wajah masam mencuka.Afeeya rasa dia tahu mengapa. "Idea siapa semua ni?" Akif mula bersuara bila Afeeya sudah masuk kedalam rumah.Akif kasihan pada Afeeya sebenarnya.Dia sudah redha tapi Akif tahu Afeeya belum bersedia.Dia juga begitu.Mereka berdua sudah ada pilihan hati masing-masing. "Idea opah. Akif kan dah setuju?" "Akif tak terfikirpun Mama dengan Mummy serius" Akif cuba menyangkal. "Nikah kahwin tak kan mummy dengan mama nak main-main Akif?" Datin Nora mencelah. Menghampiri Akif yang masih berdiri. "Feeya tak ready..Akif dah ada Dian"  Afeeya menekan suara.Dia rasa seperti dianiaya keluarga sendiri. "Betul Ma..Akif dah lima tahun dengan Dian..Feeya ni Akif dah anggap macam adik Akif sendiri" Akif memberi alasan yang dia rasakan kukuh untuk membatalkan majlis mereka.  "Akif,lupa ke apa yang Dian buat tiga tahun lepas?Sebulan lagi nak kahwin dengan kamu dia boleh cancelkan wedding and pilih nak sambung study ke oversea?" Akif mengetap bibir.Tangan digenggam menahan geram. Balik-balik perkara itu yang dijadikan modal keluarga dia. Akif beristiqfar didalam hati.Moga amarah dia reda. "Afeeya..Afeeya nak ke kami tanggung malu sebab terpaksa batalkan majlis nikah kamu berdua ni esok?" Rita mengosok belakang Afeeya.Dia kenal sangat Afeeya.Gadis itu sangat utamakan keluarga. "Hurmm..Macam ginilah.Kita batalkan majlis esok.kita memang nak buat doa selamat untuk Jannah,Khairil dengan Adiba kan?Tak apa, tak apa...Feeya..mari ikut opah masuk bilik dulu"Afeeya cepat-cepat berjalan mendapatkan opah yang sedang bangun dari sofa.Akif turut beredar meninggalkan ruang tamu naik kebiliknya.Kepala Akif pening. Didalam bilik Opah,Afeeya duduk di sofa bersandar. "Feeya tunggu kejap ya.Opah nak ke toilet kejap" Afeeya mengangguk.Sementara menunggu opah,Afeeya membelek buku-buku opah diatas meja.Kemudian matanya tertancap pada kad undangan perkahwinan berwarna Navy blue.Warna kegemaran dia. ada tertera nama dia dan Akif dihadapan kad.  "Itu Kad kahwin kamu dengan Akif..Cantik?" Afeeya tidak menjawab. "Kad ni dah diedarkan ke opah?" "Sudah..Uncle Rosham pergi edarkan minggu lepas.Opah tak kisah pun.Opah ingatkan Feeya dengan Akif sama-sama setuju" Afeeya merenung lama wajah opah yang sudah dimamah usia itu.tapi opah masih cantik.Opah duduk disisi Afeeya.Mengenggam tangan Afeeya. Afeeya tahu opah cakap sahaja tidak kisah demi menjaga hati dia tetapi Afeeya dapat lihat wajah kecewa opah.Mesti keluarga mereka malu jika majlis pernikahan mereka terbatal secara tiba-tiba.Aduh,Afeeya serba salah. "Afeeya dengan Akif memang tak tahu apa-apa opah" "Tak ada jodohlah macam tu.." "Opah masih sayangkan Feeya kan kalau Feeya tak kahwin dengan Akif sekalipun" Opah mengusap pipi Afeeya lembut. "Opah sayangkan Feeya macam cucu opah sendiri.Kahwin dengan Akif atau tidak sama sahaja.Cuma Opah memang berharap kalau Akif kahwin dengan Feeya..Opah tahu Akif akan jadi suami yang baik.Opah yang jaga Akif dengan Feeya" Afeeya menghela nafas panjang.Kepala dilentok kebahu opah.Sungguh berat apa yang terbeban difikiran Afeeya waktu itu. Setiap keputusan yang dia akan buat,adalah penentu masa hadapan dia sendiri. Bip....Bip...Bippp Akif mencapai talifon bimbit diatas tilam.. Akif,i tunggu you dekat khemah depan. Talifon bimbit dicampak semula ke tilam.Akif bangun dan terus turun untuk bertemu Afeeya di luar.Ada hal apa Afeeya mahu berjumpa dia tengah malam begitu.Nak ajak dia lari ke?. Akif mematikan khayalan. Afeeya tidak akan buat begitu. Akif menghmpiri Afeeya yang sedang termenung .Serabut nampnya Afeeya. "Ada apa nak jumpa i ni?" Soal Akif terus. "I nak bincang pasal kita" "Pasal kita apa lagi?Kan you dah reject" Akif malas hendak fikir lagi.Biarlah apa orang hendak kata.Lama-lama nanti orang akan lupa juga. Elok juga Afeeya membantah.Tidak perlulah dia susah payah hendak menolak. "I kesian tengok parents kita especially opah.Mesti opah malu kalau kenduri esok batal"  "Nanti lama-lama orang lupa lah" Afeeya mendengus.Akif cuma fikirkan diri sendiri. Patutnya Akif fikirkan perasan opah.Siapa yang tidak kenal dengan Hajah Maznah di daerah itu. Afeeya tidak mahu memalit najis kewajah nenek kesayangan dia itu. "Memanglah.Kita tak duduk sini,Yang nak kena hadap lepas ni opah" Akif terkejut dengan kesungguhan Afeeya memikirkan hati opah.Padahal Afeeya cuma cucu angkat opah.Dia cucu kandung opah pun tidak terfikir sampai kesitu. "Habis tu?you nak teruskan juga pernikahan kita?you kan dah ada boyfriend?" Akif inginkan kepastian. Akif tidak suka main-main soal itu.Dia sudah pernah terluka sekali.Kerana itu bila sekarang Dian mengajak Akif kahwin,Akif sering menggelak.Dia serik dimalukan lagi.Dia lebih selesa berpacaran dengan Dian begitu. "Itu yang i nak bincang dengan you.i setuju tapi dengan syarat" Dahi Akif berkerut. "You ni banyak sangat tengok drama petang-petang ni.Nak bersyarat pula" Afeeya mengigit bibir.Dia serius,Akif main-main pula.Dia perlu jelas kerana itu masa hadapan dia.Akif lain.Lelaki tiada masalah pun dikemudian hari. "Tak kisah lah you nak cakap apa. Kalau you tak setuju tak apa.Biarlah keluarga kita malu" Akif terdiam.Wajah Akif kembali serius. "Apa dia.Cakap lah"Akif memberi peluang untuk Afeeya bercakap.Biar dia mendengar. Kalau masuk akal,dia terima. "Kita proceed jer. Tapi after that life kita sama sahaja macam sekarang.Nothing change" Akif menyaup wajah..Berfikir sejenak. "Maksud you?"Akif kurang mengerti.Kening diangkat. "You buat hal you..i dengan hal i. Maksud i,you tak boleh masuk campur hal i and no.." "feeling?"Akif tersenyum.Faham dengan maksud Afeeya. "Ya..and no.." Akif makin galak tersenyum.Jauh betul fikiran Afeeya. "No apa?"Akif menunggu kata-kata seterusnya dari Afeeya.Seronok mengusik Afeeya yang kadang kala lurus bendul. "I tahu you faham..I bukan Dian tau" Afeeya mengingatkan Akif. "Oi..You ingat i apa?I never do that with her okey. I teruna lagi tau" Afeeya mencebik.Bukan dia tidak pernah lihat Akif dan Dian berkucupan di basement office. "You ingat i tak pernah nampak ke you bercium dengan Dian?" Afeeya mengejek. Rasa satu kemenangan melihat wajah putih Akif merah padam.Tahu malu. "Itu dulu..Dah lah.Kesitu pula dia" Akif tidak suka pekara lama diungkit semula.Dahulu dia memang tidak ingat batas itu semua kerana gilakan Dian.sekarang semua masih dalam kawalan. "Jadi you setuju..?Deal?"Afeeya menghulur tangan lantas disambut Akif tanda setuju. "Okey.Its up to you.Tapi sampai bila Feeya?"  "Sampai i habis study..Sebelum Dian tahu" "Gila lah you ni Feeya" Akif terduduk dikerusi. Digaru kepala yang tidak gatal. "Akif..Nanti i cakap lah kita memang tak boleh hidup bersama.Nanti i influence lah family kita untuk terima Dian"  "Ikut you lah Feeya. I penat nak fikir.Ada apa-apa lagi tak?i nak naik. You pun masuk. Tak ada orang kat luar ni"Akif berjalan dahulu dan menunggu Afeeya dipintu. Dia tidak mahu Afeeya bersendirian di luar malam-malam begitu.Tentang hal esok.Dia sendiri yang akan uruskan. Aku terima nikahnya Bagaikan mimpi kini Afeeya sah bergelar isteri Akif Ikhmal.Seluruh keluarga kelihatan gembira dengan pernikahan mereka.Rita dan Datin Nora begitu gembira kerana impian mereka untuk bersaudara menjadi kenyataan.Akif dan Afeeya masing-masing tabah membendung perasan masing-masing. Kadang-kadang Afeeya rasa menyesal dengan keputusan yang dibuat secara mendadak itu.Sekarang semua sudah terjadi.Dia tidak boleh lari lagi tetapi Afeeya berharap Akif berpegang pada syarat yang mereka telah persetujui semalam. Setelah majlis selesai,Afeeya terus hilang masuk ke bilik.Dia tidak betah untuk berlakon seolah-olah sedang bahagia dengan pernikahan yang diatur itu.Akif seperti biasa,tenang sahaja bila berhadapan dengan orang.Mujur mereka tidak perlu bersanding-sanding kerana opah tidak suka. Kata Opah,kita buat yang wajib sahaja. "Semua dah balik?" Afeeya bertanya sambil sibuk memadam make up yang menempel diwajah dia dari pagi.Afeeya tidak suka make up tebal. Dia rimas.Biasa dia hanya bersolek nipis untuk kemana-mana. "Dah.Tinggal family kita jer.Kenapa awal naik?" Soal Akif pula.Wajah Akif juga kelihatan lelah. "I malas nak bersoal jawab dengan guest..I nak mandi"  "Pergi jer lah.Kenapa,you nak ajak i mandi sekali?" Usik Akif.Wajah Afeeya merona merah.Berani Akif kata begitu.Lelaki itu masih bersahaja. "You lupa ke yang kita ni ada syarat?" "I peduli apa dengan syarat tu.You isteri i" Telinga Afeeya yang putih merona merah.Afeeya berundur bila Akif berjalan semakin hampir.Akif gelihati lihat Afeeya jadi serba tidak kena,Akif ketawa tiba-tiba.Songkok disarung ke kepala Afeeya dan berlalu ke bilik mandi. "I ingat lah Feeya.Lagipun i tak rasa nak curang dengan Dian lagi" Ucap Akif sebelum menghilang kedalam bilik mandi.Afeeya mencebik.Lelaki bukan boleh percaya. Afeeya mencapai talifon bimbit didalam handbag sementara menunggu Akif siap mandi.Dia mahu menghantar whatapp kepada Farish.Hari itu senyap sahaja Farish.Merajuk agaknya dengan dia..Nanti tahu lah Afeeya hendak memujuk.Untuk waktu itu biarlah. Badan dia juga sudah lelah dengan keadaan sekarang.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD