Chapter 3

2393 Words
Bab 3 Akif mengangkat bantal ke sofa Bed didalam biliknya.Semalam dikampung,Akif tidur disofa ruang tamu dan pagi-pagi masuk kebilik sebelum orang dirumah nampak.Akif terasa janggal berdua-duaan dengan Afeeya didalam bilik.Afeeya dari sampai tadi masih tidak nampak batang hidung.Mungkin sibuk mengemas barang-barang dari bilik Imani untuk dipindah kebiliknya. Akif mengambil talifon bimbit diatas meja.Satu hari itu dia tidak menghubungi Dian kerana sibuk memandu.Nombor Dian didail laju. Akif berbaring diatas sofa bed empuk itu. "Hai love" Terdengar suara manja menyambut dari corong talifon. "Hai baby.Lambat angkat.Buat apa tu?" Soal Akif lembut. Rindu Akif pada Dian. "Mandi.i baru balik dari kampus.Busy sekarang ni sebab this month ada runaway" Jelas Dian. "Mandi?" Akif tersenyum sendiri.Mula berigiminasi nakal tentang kekasih dia yang seksi itu. "Hah,diam fikir apa tu?"Bentak Dian. "Rindu you la sayang" "Rindu datang lah sini jenguk i..." Rengek Dian manja. "Sayang,you tahu kan i busy sekarang ni..Tengok macam mana.I try my best okey" Dian mendengus. Akif memang susah hendak cuti.Asyik dengan kerja. Kadang-kadang bosan Dian dibuatnya. "Sayang..jangan macam ni.." Akif perasan Dian hanya diam.Itu menandakan Dian sedang merajuk dan minta dipujuk.Bukan Akif tidak mahu menjenguk Dian disana tetapi dia memang sibuk dengan kerja.hendak lepas dari mama satu hal.Mama elergi bila dia kata ingin bercuti ke Paris kerana mama tahu Dian ada disana. "You tak sayang i lagi kan?" "Eh,kenapa cakap macam tu?i sayang you...dulu dah nak kahwin,you yang cancelkan"  "Akif!" Bentak Dian.Dia tidak suka Akif mengungkit hal itu lagi.Waktu itu dia masih muda.Belum bersedia untuk jadi isteri orang.Dia punya cita-cita. "Sorry..sorry..i tak cakap lagi..Tapi kalau you isteri i,senang lah i nak gomol you" Akif ketawa kecil. "Alah,sekarang boleh apa..You yang tolak" "Bukan tak nak..Tapi i nak halalkan you dulu.."  "Ermm..." Dian kehabisan kata-kata. Akif memang sukar untuk digoda. Sudah diberi,selalu menolak. "Sayang..i call you back" Akif cepat-cepat mematikan talian bila terdengar pintu terkuak.Bimbang jika mama terdengar perbualan dia dan Dian.Hanya mama yang sering keluar masuk biliknya tanpa mengetuk dahulu.Akif pula lupa kunci pintu kerana Afeeya belum masuk lagi.Mati Akif jika mama dapat tahu dia masih berhubung dengan Dian lagi.Mama sudah berulang kali mengingatkan dia untuk putuskan hubungan dengan Dian.Jika tidak,Mama sendiri yang akan buat perhitungan dengan Dian kerana menganggu rumahtangga Akif dan Afeeya. Mama cukup sensetif dengan hal berkaitan orang ketiga. "You,i ingat siapa tadi?" Akif menarik nafas lega.Afeeya rupanya.Dia bangun dan membantu Afeeya yang tidak cukup tangan dengan barang-barang peribadi milik Afeeya. "Kenapa?Ni mesti tengah VC dengan Dian kan?Takut kantoi lah tu" Afeeya mengusik. "Mana ada.Ni yang you bawa barang banyak-banyak ni nak letak mana?" Pening kepala Akif lihat barang Afeeya yang mula menyemakkan pandangannya. "Abis tu,you nak i campak mana barang i?" "You bawa yang penting jer.Yang lain-lain tu you tinggalkan di bilik Kak Long dulu" Afeeya melepaskan nafas panjang.Susahlah dia lepas ni.Nak kongsi bilik dengan mat smart seperti Akif. "Okey..By the way sorry ya Akif.." Akif mengangkat kening. "I yang kena say thank you sebab you sanggup kahwin dengan i supaya keluarga i tak malu" Akif tersenyum.Dia bersyukur kerana Afeeya sanggup pertaruhkan masa depannya demi menjaga air muka keluarga mereka. "Feeya..for the time being,you tidur kat katil i,dan i tidur kat sofa bed ni.Tapi jangan sampai sesiapa tahu okey" Kata-kata Akif membuatkan Afeeya sedikit lega.Dia juga dari semalam ingin bertanya tentang itu. "You ingatkan syarat kita?" Afeeya cuba mengingatkan Akif jika lelaki itu lupa. "Dont worry. I tak lupa..No feeling,do not interfere with each other's personal affairs and NO SEX" Sengaja Akif menekan perkataan terakhir itu.Dia tahu Afeeya akan jadi malu jika dia cakap soal itu. "Baguslah jika you ingat" "Tapi yang last tu i tak janji" Afeeya mencegil mata mendengar kata-kata Akif. "I dah ada boyfriend tau..You dah ada Dian..Ingat sikit" Akif ketawa.Makin seronok mengusik Afeeya yang sudah memeluk tubuh,merenung Akif dengan wajah garang. "Diorang bukan tahu pun kan kalau kita buat apa" "Akif..you ni" "You isteri i tau Feeya.." "Tapi kita dah janji" "Janji manusia..i ni lelaki.." Akif seronok berlawan kata dengan Afeeya.dia ingin lihat sampai mana Afeeya ingin menjawab.Selama ini dia tidak pernah mengusik Afeeya dengan perkataan begitu kerana menjaga batas mereka sebagai abang dan adik. "you kata anggap i macam adik kandung you.Mana boleh you cakap macam ni" Bentak Afeeya geram. "Tu sebelum ni.." "Menyesal i setuju kahwin dengan you kalau tahu perangai you gatal macam ni" Akif menggelak bila Afeeya melempar teddy bear kearahnya.Tawa Akif memecah keheningan malam. "Dahlah, i nak tidur..Malas nak layan you"  "eh..eh,kemas dulu barang you" Afeeya tidak mengendahkan suruhan Akif.Dia menghenyak tubuh ketilam empuk milik Akif yang kini menjadi milik dia juga.Akif menggeleng.Sebentar kemudian Akif bangun dan mengemas barang-barang Afeeya masuk kedalam almari. ********* Pagi-pagi lagi Akif sudah bersiap untuk ke pejabat.Mama minta dia bercuti tapi Akif punya meeting penting pagi itu.Esok baru dia bercadang untuk ambil cuti dua hari kerana ibu mentuanya masih ada dirumah mereka. Akif melihat Afeeya masih tidur berselubung di dalam selimut.Akif mematikan aircond.Mungkin Afeeya sejuk. "Feeya.Wake up..You tak ada kelas ke?"Akif mengoncang perlahan bahu Afeeya yang sedang lena.untuk seketika Akif merenung wajah putih bersih Afeeya.Cantik. "Kelas i cancel..i penat.." "Ish dia ni..I yang drive dia yang over penat" Akif mengomel.Jadi kerja dia pula hendak mengejutkan Afeeya. "I penat.."Afeeya menarik selimut hingga menutup seluruh tubuhnya. "Feeya,i nak pergi kerja ni..bangun"Kejut Akif lagi. "Tak nak" "You tak bangun,i tak pergi kerja tapi biar i kerjakan you"Serentak itu Afeeya bangun.Matanya membulat.Terkebil-kebil melihat Akif yang sedang berdiri menghadap dia dengan lengkap berpakaian pejabat. "Bangun pun.apa lah orang perempuan susah nak bangun tidur" "Kan i kata i penat" "Penat apanya? Nanti sent i nombor Shima.Anything senang i nak contact dia"Pinta Akif. "You nak buat apa?" "Nak mengorat kawan baik you tu" Afeeya mencebik. "You ingat dia nak ke kat you?" "Tak cuba,tak tahu Puan Afeeya" Afeeya membuat muka geram.Ada-ada sahaja Akif buat untuk menyakitkan hati dia. "Dah.I dah lambat ni.Jangan lupa.Lagi satu.Tidur tu jangan seksi sangat.Siksa mata i ni" Akif tersenggih sebelum keluar dari bilik.Dia sudah lewat.Afeeya mendengus kesal.Melihat dirinya.Dia sudah biasa berpakaian begitu.Tidak boleh jadi kalau begitu pandangan Akif.Bahaya.Ah,malas hendak fikir.Baik dia tidur balik. "Akif,tergesa-gesa.Lambat?" Langkah Akif terhenti bila ditegur ibu mentuanya. "Ya mummy..Tidur lambat semalam.Mummy nak pergi mana cantik-cantik ni?"Akif tidak nafikan,ibu mentua dia memang cantik walau sudah berumur lebih empat puluh tahun.Kecantikan yang diwarisi Afeeya. "Pengantin baru tidur lambat..Feeya tak bangun lagi?" Rita tersenyum-senyum melihat menantunya.Cepatlah dia jadi nenek begitu.semalam sewaktu lalu dibilik anak menantunya,dia tak sengaja terdengar tawa Afeeya dan Akif.Itu bermakna,anak menantu dia itu tidak ada masalah dengan perkahwinan yang diaturkan keluarga. "Feeya penat kot mummy" "Tak apa lah..Akif pergi dulu..Mummy nak tengok Feeya kejap"Akif mengangguk.Elok juga tu.Biar Afeeya kena bebel dengan mummy pula.Akif yakin,Afeeya masih berselubung. "Okey Mummy.Petang nanti jumpa" Akif mencapai tangan Rita dan dikucup sebelum meminta diri.Dia sudah lewat.Takut tersangkut dalam kesesakan jalan raya.Rita menghantar AKif dengan senyuman.Sebentar lagi dia hendak keluar dengan Datin Nora membeli belah.sementara itu dia mahu melihat Afeeya.Apa hendak jadi dengan anak manja itu.Sudah punya suami pun masih lagi dengan perangai lama.Bangun lambat.Memalukan betul. "Nur Afeeya Richardson,Bangun!" Rita meregut selimut tebal yang membaluti tubuh Afeeya kasar. Geram melihat Afeeya yang masih berselubung begitu.Afeeya masih tidak perasan siapa yang memangil dia.Afeeya masih mamai. "Nak apa lagi Akif..pergi lah kerja" "Amboi...Macam tu sahaja cakap dengan suami?"Demi mendengar suara mummy,Afeeya bingkas bangun.Habislah berdarah telinga dia dengar ceramah mummy. "Feeya ingat Akif tadi" "Kalau ya pun Akif,macam tu ke layan husband?Akif pergi kerja dengan tak bersarapan..Mummy confident baju tu pun Akif yang gosokkan?"Afeeya menjeling ke tempat pengantung baju.Akif memang sengaja mahu dia dimarahi. "Feeya tak suruh pun" "Feeya..jangan ambil kesempatan dengan kebaikan suami kita Feeya"Afeeya melepaskan keluhan panjang. "Feeya tak suruh pun.."Ulang Afeeya. "Memanglah Feeya tak suruh.Tapi Feeya tengok baju apa yang Akif gosok tu?" Afeeya terdiam.Baju kebaya.Sejak bila pula hari biasa Afeeya pakai baju begitu. "Maknanya,Akif tak nak Feeya dedah-dedahkan body lagi..Apa yang ada pada Feeya unyuk pandangan dia sahaja" Afeeya hampir ingin ketawa tapi tidak berani.Mummy tidak tahu perkara sebenar. "Mummy ni,Akif bukan kolot macam tu..Girlfriend dia..eh,exgirlfriend dia pun bukan mummy tak tahu macam mana" Rita kurang senang bila Afeeya bersahaja sahaja menyebut tentang wanita yang pernah menjadi kekasih Akif itu.Afeeya sepatutnya rasa tergugat. "Itu lain.Kekasih dengan wife tak sama...Feeya..Akif tu baik sangat tau.Rugi kalau Feeya take for granted" Rita mengusap rambut ikal anak kesayangan dia itu.Rita tidak mahu Afeeya jadi seperti dia.Bernikah biarlah dengan satu lelaki sahaja.Bapa Afeeya tinggalkan mereka kerana wanita lain.Sampai kini Rita tidak pernah mendengar khabar bekas suaminya itu.Tapi Rita bersyukur suami barunya yang juga seorang mualaf sangat baik dan menyanyangi dia dan menerima Afeeya seadaanya. "Hurmm..Mummy rindu kat Daddy Jacob ke?" Sengaja Afeeya merubah topik perbualan.Dia tahu mummy pasti teringat pada bapanya.Sesungguhnya Afeeya tidak pernah kisah tentang lelaki yang bernama Richardson.Bagi Afeeya,jika boleh mahu sahaja dia menukar terus nama belakang kepada Muhammad Mirza.Selama ini pun,Afeeya memang gunakan nama Nur Afeeya Muhammad Mirza.Farish sendiri tidak tahu nama sebenar dia.Untuk urusan rasmi sahaja Afeeya menggunakan nama Afeeya Richardson. "Rindulah.Daddy minta maaf sebab tak dapat datang majlis Feeya dengan Akif tapi Daddy ada bagi hadiah.."Afeeya mengangkat kening.Mesti hadiah mahal lagi.Bapa tirinya itu tidak kedekut berbelanja untuk dia walau dia hanya anak tiri lelaki inggeris itu. "Hadiah?wahhhh"Afeeya tidak sabar hendak menanti apa yang akan dikeluarkan mummy dari tas tangan. "Feeya kata,Feeya nak pergi Paris kan?So,daddy nak tunaikan impian Feeya" Afeeya rasa ingin bersorak.seronoknya dapat bercuti ke Paris.Sudah lama dia hendak kenegara yang penuh dengan barangan berjenama itu.Tentu heaven. "Thanks mummy.."Afeeya membelek kertas tempahan tiket yang dibuat mummy untuk dia dan Akif. "Kenapa diam..Tak excited ke?" Pelik Rita melihat reaksi Afeeya yang tiba-tiba berubah.Tadi bukan main seronok. "Err...excited mummy ...sampaikan terima kasih Feeya pada Daddy tau" Afeeya memeluk Rita dengan erat.Bagaimanapun dia tetap beterima kasih kerana mummy tetap ada disini,disisi dia walaupun dia tidak setuju dengan keputusan mummy mengahwinkan dia dengan Akif. *********** Shima hampir ketawa melihat Afeeya memakai baju kebaya ke kuliah. Biasa Afeeya akan memakai pakaian casual dan berkot kerana ingin menyembunyikan baju seksi dedalamnya. "Kenapa pandang aku macam tu?" Afeeya menjeling Shima. "Kau demam ya?"Shima menempel tangan ke dahi Afeeya.Normal. "Aku okeylah,Farish mana?Aku call dia tak dapat-dapat" Shima mendengus.Sibuk betul Afeeya dengan Farish. "Dia tak masuk.Aku rasa malam tadi mesti overdose" Afeeya mengangkat kening. "Kau pun join Party Rekha semalam?" Soal Afeeya ingin tahu. Afeeya sudah pesan pada Farish supaya jangan ikut mana-mana party lagi kerana  mereka sudah ditahun Akhir.Bukan masa untuk main-main lagi.Lagipun Farish sepatutnya berjimat.Afeeya kadang-kadang bimbang dengan perangai Farish yang masih tidak matang. "Aku pergi sekejap jer.Kau tak ada.Malas lah aku"  "Shima..Aku ada benda nak story dengan kau.Tapi after class ni..Kat luar" Dahi Shima bekerut.Jarang Afeeya serius begitu. "Kenapa tak cerita kat sini jer" "tak boleh.." "kau ni,buat aku curious jer la" Afeeya mengigit bibir.Shima teman baik dia dari sekolah menengah lagi.Dia tidak ada rahsia dengan Shima.Sepanjang kelas Afeeya tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang diajar pensyarah dihadapan kelas.Afeeya risaukan Farish.Nanti lepas dia selesai dengan Shima,Afeeya akan ke rumah sewa Farish. Selesai kelas,Afeeya mengajak Shima minum di restoran kegemaran kedua sahabat itu.Afeeya tahu tiada siapa mengenali mereka disitu. "Kenapa kusut jer aku tengok muka kau Feeya?" Shima agak risau melihat Afeeya yang asyik termenung dari dalam kelas tadi.Afeeya mengeluarkan cincin dari tas tangan dan disua ke arah Shima. "Farish bagi ke?ermmm..tapi aku tak rasa dia mampu bagi kau cincin semahal ni"Shima membelek sebentuk cincin yang sudah tersarung dijarinya yang sama size dengan jari manis Afeeya. "Kalau aku cakap kau jangan terkejut tau" "Apa dia?Cakap lah "Shima sudah tidak sabar lagi hendak tahu rahsia Afeeya. "Aku dah kahwin" Hampir tersembur air yang baru masuk kemulut Shima.Dia merenung tajam mata Afeeya mencari kepastian.Tiada tanda-tanda Afeeya menipu. "Kau kena tangkap basah ke?dengan siapa?"Berbagai soalan yang ingin Shima tanya.bagaimana dia sahabat Afeeya,dia tidak tahu. "Akif.." "Akif Ikhmal?" Ulang Shima.Inginkan kepastian.Dia merenung Afeeya tajam.Bagaikan tidak percaya. "Ada Akif lain ke?" "Bukan abang kau tu masih lagi dengan Dian?" Berat untuk Afeeya mengangguk.Malu menjadi perampas. "Aku tak faham lah.Macam mana boleh tiba-tiba pula family kau boleh buat keputusan nak nikahkan korang berdua?" Shima ingin tahu sedetail mungkin.Dia berhak tahu kerana dia sahabat Afeeya.Petang itu,Afeeya menceritakan dari mula apa yang menyebabkan mereka dinikahkan secara paksa rela. "Seriuslah Feeya.Macam novel pula cerita korang..Hai,melepaslah aku nak try abang kau yang handsome tu" Afeeya  membuat memek pelik.Tidak tahu pula dia,Shima menaruh hati pada Akif. "Apa yang handsomenya?Aku tengok biasa jer" Shima menjuih bibir. Mata Afeeya sudah buta agaknya. Farish dengan Akif jauh berbeza dari segala segi. Shima suka lelaki matang. Akif mempunyai pakej lengkap sebagai suami. Afeeya tidak perasan agaknya jika Akif menjemput mereka di kampus bagaimana rakan-rakan mereka memandang Akif.Hot kot?!. "Mata kau tu dah tertutup dengan mamat KPop tu" "Kau dengan Akif sama jer..Apa yang Kpop sangat dengan Farish tu?" "Dah la..Aku tak nak cerita pasal Farish,aku nak tahu pasal kau dengan Akif" Afeeya mengerut dahi.Shima menyampah betul dengan Farish.Tak faham betul Afeeya. "Nak tahu apa?" "Dah kahwin kan...Kalau aku lah dapat lelaki hot macam Akif tu,memang tak lepaslah" "Tak ada maknanya..Dia dengan hal dia,aku dengan hal aku..Kami dah janji tak interfere dengan hidup masing-masing"Jelas Afeeya.Dia yakin yang dia tidak akan ada perasaan terhadap Akif kerana dia sudah punya Farish. Pernikahan dia dan Akif tidak akan berlangsung lama kerana beberapa bulan lagi Dian akan balik.Akif sudah tentu tidak mahu kekasihnya tahu tentang mereka.Afeeya yakin tentang itu. "Kau ni yakin sangat kan? Jangan nanti kau melutut pada dia Feeya" Afeeya ketawa.Pandai Shima melawak. "No way..Aku anggap dia macam abang jer tau..aku nak remind kau.Aku dah ada Farish.." "Balik balik Farish... Kau tu bini orang babe.Jaga batas tu sikit.jahil-jahil aku,kalau aku kahwin nanti,aku tak akan buat macam kau ni" Shima mengingatkan Afeeya.Selama ini dia cuma tengok dalam drama sahaja.Sekarang perkara itu terjadi didepan mata.Afeeya memang gila. "Akif pun kau tahu macam mana kan?Dia dengan girlfriend dia entah buat apa.Kita mana tahu" Afeeya tidak mahu kalah. "Dia dah setahun kan tak jumpa girlfriend dia tu kan?" Afeeya mengangguk. "Kau jaga-jaga...lama tu dia lonely"  "Ish kau ni..." Afeeya tiba-tiba teringat akan gurauan Akif semalam dan pagi tadi.Takut juga dia jika Akif buat yang bukan-bukan pada dia.Lelaki bukan boleh percaya.Akif yang dia nikahi itu berbeza dengan Akif yang dia kenali sebelumnya. "Tahu takut..Kau jadi ke nak jumpa Farish hari ni?" "Jadi.Aku call dia tak angkat.Risau pula aku" Shima mendengus. Farish memang tidak sedar diri.Berpesta guna duit Afeeya.Entah sampai bila Afeeya baru sedar Farish hanya gunakan Afeeya untuk kesenangan lelaki itu sahaja. "Kau pergilah ya.Aku nak balik.Lagipun malas aku nak teserempak dengan Emran"  "Kau marah lagi dengan Emran ke?" Wajah Shima menunjukkan bertapa dia bencikan Emran.Kerana Emran sehingga kini dia rasakan diri dia tidak layak untuk mana-mana lelaki. "Tak payahlah sebut tentang dia lagi" "Kan benda tu dah lama" Afeeya cuba menenangkan Shima.Dia tahu Shima kesal dengan kejadian yang tidak disengajakan itu. Tapi hendak buat bagaimana.Semua terjadi kerana kelalaian mereka sendiri.Hendak salahkan siapa pun tidak boleh. "Kau ni..kalau ada kaitan dengan Farish mesti kau pandang remehkan? cuba jadi pada kau?" Afeeya mengetap bibir.Dia salah cakap ke? "Kau tu jaga diri Feeya.Kau isteri orang.Jaga kehormatan kau untuk yang berhak jer" Shima sangat emosi jika hal-hal berkaitan tentang hubungan terlarang.Dia tidak mahu Afeeya jadi seperti dia.Kerana itu Shima sudah jarang berparty kerana dia takut perkara sama berulang lagi. "Kau ni,serius sangat pasal aku dengan Akif.Bukan aku nak jadi isteri dia sampai mati pun" "Ikut suka kau lah Feeya.Orang nasihat bukan nak dengar" Bosan Shima hendak bertelagah dengan Afeeya tentang lelaki.Afeeya tidak akan dengar.Bagi Afeeya.Farish segala-galanya.Shima tidak nampak apa yang istimewanya Farish untuk dicintai sebegitu sekali.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD