Chapter 4

2269 Words
Bab 4 Afeeya mengetuk pintu bertalu bila salam tidak dijawab.Tidur mati agaknya penghuni rumah itu.Sudahlah tidak masuk kelas.Tidur sampai kepetang.Sakit pula hati Afeeya. Tidak lama kemudian,pintu terkuak.Keluar seorang lelaki yang tidak Afeeya kenali.Mungkin teman serumah baru Farish. "Cari siapa cik?"Afeeya menutup hidung menahan bau rokok.Macam manalah agaknya Farish boleh hidup dengan suasana yang merimaskan sebegitu.Mual Afeeya dibuatnya. "Farish ada?"  "Eh,Feeya...Kejap-kejap..."Tiba-tiba Farish keluar dengan bertuala dan masuk semula.Mungkin menukar pakaian.Afeeya menunggu diluar rumah sahaja.Mustahil dia hendak masuk kerumah bujang yang penghuninya kesemua lelaki. "Kenapa tak call sebelum datang?" Afeeya mengetap bibir. "Phone you mana?I dah berpuluh kali call.Whatapp pun one thick jer.You pergi mana?Class absent?" Afeeya mula membebel seperti ibu memarahi anak.Afeeya paling pantang jika ponteng kelas tanpa sebab. "Sorry sayang..I tidur satu hari ni" Kepala yang tidak gatal digaru. "Tidur sepanjang hari?Apa nak jadi dengan you ni?" Afeeya menggeleng. "Ermm..kenapa ni sayang?Angin tak baik jer ni?" "Farish..kan i dah kata,no more party..You spent berapa pula kali ni?" "I tak spent apa-apa pun.Rekha invite.i pergilah.You pun tak ada.i bosan" Jelas Farish lembut.Dengan Afeeya kena berhati-hati.Jika tersilap kata,teruk dia. "I tak boleh lama ni.Esok you jangan skip class lagi tau.Nanti siap you" Afeeya baru teringat yang mummy minta dia supaya pulang awal. "Kejap jer ke? Tak nak pergi makan dulu?" "Tak kot.Esok kita jumpa ya sayang" Farish mencapai tangan Afeeya sebelum dikucup lembut.Afeeya tersenyum bahagia.Dia terlupa seketika siapa dia. "I rindu you ni Feeya.." "Jangan mengada-ngada..Nanti orang nampak" Afeeya menggelak bila Farish mendekatkan wajah ke wajahnya. "Aduh you ni.." Farish mendengus kecewa.Ada sahaja alasan Afeeya untuk menggelak. "Esok jumpa ya sayang"Dielus pipi Farish lembut sebelum beredar.Afeeya masuk kedalam kereta,menghidupkan enjin dan terus memandu pulang.Dia tidak mahu lewat sampai.Nanti bising pula ibunya. *********** Seperti berjanji Afeeya sampai dirumah seiring dengan Akif.Akif memarkir kereta dibelakang kereta Afeeya.Lelaki itu kelihatan letih. "Awal balik?" Akif tersenyum kelat.Dia baru bertengkar dengan Dian. "I penat" Pendek jawapan Akif.Afeeya mengangkat bahu sambil berjalan seiring dengan Akif masuk kerumah.Sunyi.Tadi mummy minta dia balik awal tapi bila balik,tiada seorang pun dirumah.Mereka berdua terus naik kebilik. "Mana semua orang?"Soal Akif. "Entah.Tadi mummy whatapp i,minta balik awal.." "Mama pun suruh i balik awal" Afeeya dan Akif berpandangan sebelum masing-masing ketawa dan menggeleng. "Ni kes nak cepat dapat cucu lah ni" Bicara Akif spontan. "Tunggu you kahwin dengan Dian lah macam tu" Kata-kata Afeeya membuatkan Akif melepaskan keluhan. "Lambat lagi lah macam tu" "Kenapa ni.You gaduh dengan Dian lagi?Sebab tu i tak suka long distance relationship" Afeeya menghampiri Akif dan mengosok belakang lelaki itu lembut.Moga dapat melegakan hati Akif. "Dia minta i datang sana jenguk dia.Kalau mama tahu mati i tau" Afeeya mengembungkan pipi.Berfikir sejenak.Bukankah pagi tadi mummy hadiahkan mereka tiket percutian ke Paris?.Mungkin itu dapat membantu Akif memujuk Dian.Afeeya mengeluarkan pakej percutian yang diberi mummy pagi tadi kepada Akif. "Nah.."Akif mencapai  dan dibelek lama. "So?"Akif mengangkat kening. "You ni lembab tau..Kan ni pakej percutian pergi Paris.Dian kat sana kan? i nak pergi dah lama tapi tak ada orang teman.Kita pergi sama tapi you jumpa lah Dian.i pergilah jalan-jalan" Afeeya memberi cadangan. "You ni memang buat sesuatu ikut suka you jer ya Feeya.You wife i tau.Then you nak hantar i pergi jumpa girlfriend i pula" Akif kurang bersetuju dengan cadangan Afeeya.Walaupun mereka bernikah bukan atas dasar cinta,tetapi Akif sangat menghormati status mereka.Nikah kahwin bukan perkara main-main. "Hurmm...kalau kita tak pergi,mesti mummy and daddy ingat kita tak appreciate gift mereka" Afeeya cuba memancing. "Tengoklah dulu macam mana..I fikir dulu..Apalah yang best sangat dekat Paris tu.Peliklah i" Akif bangun dari sofa,mencapai tuala dan terus kebilik mandi.Lama-lama dengan Afeeya buat dia seram pula.Lagi-lagi tengok Afeeya berbaju kebaya begitu.Cantik. "Akif,thanks gosokkan baju i..next time boleh gosok untuk seminggu" Akif berundur keluar semula dari bilik mandi. "Boleh..Tapi ada upahlah" Lelaki itu ketawa dan terus masuk semula kedalam bilik mandi.Afeeya rasa lelaki itu menyebalkan.Niat hendak mengenakan Akif,Akhirnya,dia pula yang terkena.Afeeya mencapai gitar milik Akif sementara menunggu lelaki itu selesai mandi.Dipetik gitar sambil menyanyikan laju kegemaran dia .Afeeya terlalu asyik memetik gitar hingga tidak sedar Akif sudah berdiri dihadapan dia dengan hanya berseluar jogger tanpa baju. "Not bad..Sejak bila pandai main gitar ni?" Akif memberi isyarat agar Afeeya memberikan dia gitar pada dia.  "Dah lama.Kadang you tinggalkan gitar you kat luar, i practice la"Akif tersenyum.Tak sangka Afeeya minat muzik.Dia tahu Afeeya rajin buat tutorial make up walaupun Afeeya sendiri jarang bermake up bila diluar. Akif suka begitu lagi.Cuma Pakaian Afeeya yang terlalu mencolok mata membuatkan Akif kurang senang.Akif memetik gitar,memainkan lagu kegemaran Afeeya.Jantung Afeeya berdegup kencang melihat Akif sedang berdiri bersandar di dinding sambil memetik gitar dan bernyanyi.Akif sedang menggoda dia kah?. Mahluk apa didepan dia sekarang ni.Seksi.Afeeya mengigit jari sendiri.Lemas melihat Akif lama-lama begitu. "Ermm...i nak mandi pula.you lama sangat mandi tadi"  "Eh, i tak habis lagi main gitar untuk ni" Akif menahan tawa.Melihat wajah merah Afeeya.Feeling lah tu. "Tak apa.You mainlah sorang-sorang" Afeeya bingkas bangun dan beredar.  "Ya Allah.Kenapa handsome pula mamat ni aku tengok..Feeya.ingat Farish Feeya..ingat Akif tu dah ada Dian" Afeeya mengurut dada.menyumpah diri sendiri.Bukan dia tidak pernah dengar suara Akif.Tapi dia tidak pernah lihat Akif tidak berbaju begitu.Six pack Akif pun baru kali pertama dia lihat.Afeeya menyimbah air kewajah.Biar hilang bayangan Akif.Tidak boleh jika terus begitu. ********** Sewaktu Afeeya keluar dari bilik mandi,lelaki itu bangun dan menuju keberanda.Afeeya tahu siapa yang membuat panggilan itu.Wajah Akif serius.Bergaduh lagi agaknya tu.Afeeya berbaring diatas katil sambil bermain dengan talifon.Senyuman terukir bila telihat ada notifikasi baru dari Farish. Sayang,jom keluar..  Farish* Tak bolehlah.This week i tak boleh keluar malam.  Feeya* Kenapa?I rindu you.Sent pict you sekarang sayang.  Farish* Okey,kejap ya  Feeya* Afeeya membetulkan rambut,mencari angle yang dia rasakan cantik.Baru ingin menekan butang snap,Akif sudah merampas talifon dari Afeeya dan terus menekan butang back sebelum diserahkan talifon semula kepada Afeeya. "You selalu sent gambar macam tu pada Farish ke?" Wajah Akif serius.Tiada senyuman. "Kenapa?" Akif menggeleng.Dia harap Afeeya faham.Pakaian terdedah begitu.Berkongsi gambar seksi dengan lelaki lain,sedangkan Afeeya isteri orang.Baru dua tiga hari jadi suami Afeeya,Akif sudah rasa teruji. Afeeya tergumam bila Akif keluar dari bilik dan menutup pintu dengan kasar. "Kenapa masam jer muka ni Kif?" Tegur imani.Keruh muka adik lelaki dia seorang itu.Siapa pula yang buat Akif marah begitu. "Nothing.Mana yang lain Kak Long?" "Jannah ada kot dalam bilik dia.Mummy,mama and baba ada dinner kat luar" Akif mencapai mug yang dihulur Imani,lalu dihirup perlahan air kopi panas buatan Imani. "Kak Long tak minum..?" "Air tu untuk Kak Long,tapi dah Akif datang.Kak Long bagi Akif dulu lah.Kejap lagi Kak Long buat baru.Feeya mana?Dia tidur lasak tak?" Imani menutup mulut menahan senyum. "Kenapa Kak Long?" "Wife Akif tu tidur lasak..Dahlah baju tidur bukan main seksi" Akif tersenggih. "Patutlah.." "Feeya tu manja.Akif kenalah tahan sikit.Akif bukan tak kenal dia macam mana" "Ermm.." "Akif dengan Dian macam mana?"Soalan Imani membuatkan Akif berhenti minum. Dia menyaup rambut yang terjuntai di dahi. Patutkah dia berterus terang?Selama ini dia tidak pernah berahsia dengan Imani. "Kenapa Kak Long tanya?" "Kak Long tahu Akif dengan Dian masih on lagi kan?Jangan tipu.." Imani merenung mata Akif lama. "Akif cintakan Dian Kak Long" Imani menghela nafas panjang.Dia mengerti perasaan Akif tapi Akif sudah ada tanggungjawab.  "Macam mana dengan Feeya?"  "Feeya isteri Akif.." "Akif cintakan Feeya?" Soalan Imani tidak dapat dijawab oleh Akif.Mana mungkin dia cintakan Afeeya. "Beri masa untuk kenal Afeeya sebagai isteri.Bukan sebagai adik macam sebelum ni.Kak Long yakin,Akif mesti fall in love dengan dia.Feeya tu sweet..and one more thing,Feeya tu attractive tau" Akif mengigit bibir.Dia tidak nafikan tentang itu. "Dahlah.Kak Long nak naik ni.nak makan, Mak Ros ada masak tadi" "Kak Long naik dulu.kejap lagi Akif tanya Feeya di nak makan ke" Imani menepuk bahu Akif sebelum beredar.Dia mahu Akif berfikir sendriri.Adiknya sudah dewasa.Pandai-pandailah hendak dahulukan mana yang lebih utama. Baru Akif hendak naik memanggil Afeeya,isterinya itu sudah berdiri dibelakangnya. "Kenapa pakai tshirt i?" Akif menarik hujung baju dia yang dipakai Afeeya. "Tshirt i kat bilik Kak Long.Nak masuk ketuk takut Kak Long dah tidur.I pinjam lah" Afeeya membuat muka comel agar dia tidak dimarahi oleh Akif. "Eh,pakai jer la singlet you yang you pakai masa nak hantar gambar pada boyfriend you tadi" Sindiran Akif membuatkan Afeeya terasa jengkel. "Tak habis lagi?Don't be so busy with my business" Ucap Afeeya angkuh. "Suka hati you la,nak bogel ke,nak apa ke..Body you kan?"  "Akif,jaga sikit mulut you tu ya" Afeeya rasa hendak cili-cilikan sahaja mulut Akif.Suka-suka hati sahaja hendak kata begitu pada dia. "I lapar.Nak makan.you nak makan tak?" Afeeya pelik.Akif boleh tiba-tiba sinis,boleh tiba-tiba begitu baik. "Tak ada selera nak makan tengok you" Afeeya baru hendak beredar tapi cepat-cepat Akif menarik tangan Afeeya hingga dia hampir jatuh kepangkuan Akif. "Apa ni?" "Makanlah..Mak Ros masak untuk kita dah" Akif mengambil dua pinggan.disenduk nasi untuk Afeeya dan dia. "I makan sebab Mak Ros tau.bukan sebab you" Akif tersenyum sinis.Mengada-ngada betul Afeeya.Dia tahu Afeeya lapar kerana roti yang Afeeya beli untuk makan tengahari masih tidak berusik. "Sikit jer you makan Kif?" "Tak ada selera.You makanlah. I teman" "Tadi kata lapar?" Risau pula Afeeya.Biasa Akif banyak juga makan. "Tadi rasa lapar..Dah makan rasa tak lalu pula.Esok ada kelas?" Sisa kuah didalam pinggan Akif kuis-kuis sambil memerhatikan Afeeya makan. "Ada,pukul 2..Satu kelas jer.Kenapa?" "I cuti esok dengan lusa.."Afeeya hanya mengangguk tanda faham.Esok dia hendak keluar awal.Mahu makan tengahari dengan Farish. "Esok teman i lunch..Then i hantar you pergi kampus" "Err..No..no..esok i dah janji nak keluar makan dengan Farish before kelas" Beritahu Afeeya jujur. "Oh..Okey.." Akif bangun,mengangkat pinggan untuk dibasuh. "You tinggalkan pinggan tu.Nanti basuh" "Tak  apa.I basuh sendiri.Dah biasa" Ujar Akif dengan suara mendatar. Sesudah siap mencuci,Akif naik kebilik.Apa dia hendak buat esok.Futsal malam.Oh,Akif baru teringat yang dia masih belum bertemu Shamil.Dia belum ceritakan pada sahabatnya tentang pernikahan dia dan Shamil.Akif pasti Shamil akan terasa hati kerana dia lambat beritahu tentang berita itu sedangkan mereka bersahabat baik. Didalam bilik Akif menyambung kerja-kerja yang masih tertangguh.Ada email yang perlu dia hantar malam itu juga. Akif tidak mengendahkan kehadiran Afeeya.Dia banyak kerja. Afeeya perasan Akif hanya diam sejak dari dia masuk tetapi dia tidak berani menegur kerana selama dia kenal Akif,lelaki itu kalau sudah mula bekerja,dia tidak suka diganggu.Jadi,baik dia buat hal sendiri.Malam masih awal tetapi Afeeya tidak tahu hendak buat apa.Baik dia whatapp Shima.Dia pasti Shima masih belum tidur. Farish?Afeeya tiada mood hendak bemesra-mesra dengan Farish malam itu.Esok sahaja baru dia jumpa Farish.Dapat melepaskan rindu. **************** "Feeya ada kelas ke hari ni?" Tanya Rita sewaktu mereka sedang bersarapan. "Ada mummy..Pukul 2 tapi Feeya keluar awal.Ada janji dengan kawan" Akif hanya diam.Terasa dayus pula dia membiarkan isterinya sesuka hati keluar dengan lelaki lain.Tapi apa harus dia buat.Jika Dian ada pun,mungkin dia juga begitu.Akif tidak boleh melarang. "Akif cuti?" Akif hanya mengangguk. "Senyap jer..Hari ni ada program tak?" Soal Datin Nora.Biasa Akif jika bercuti tidak lekat dirumah. "Siang tak ada.Malam nanti ada futsal" Dato Mirza menggeleng.Baru beberapa hari kahwin sudah mahu bermain futsal. "Lah..baru jer kahwin dah nak main futsal" Tegur Datin Nora. "Ada match.Dah janji dari last week.nanti tak cukup orang"  "Tak apa lah Ma..Biarlah Akif pergi.Tak kan nak berkepit jer 24" Afeeya mencelah.Kesian pula Akif.Tak mungkinlah sebab perkahwinan mereka,pergerakkan Akif terbatas.Akif bebas untuk buat apa sahaja.Sama seperti sebelum mereka menjadi suami isteri. "Tapi janganlah nak melepak macam orang bujang pula ya.Pukul 2,3 pagi baru nak balik"Datin Nora mengingatkan Akif.Biasa memang Akif akan pulang paling awal 2,3 pagi.Jika tidak,Akif tidur dirumah Shamil. "Ya ma.Akif tahu Akif suami orang..Dont worry okey" Senyuman paksa Akif berikan.Dia tidak mahu bersuara lebih-lebih. "Macam mana.Jadi tak pergi honeymoon tu?" Afeeya dan Akif berhenti mengunyah.Datin Nora agak terkejut kerana dia tidak tahu Akif dan Afeeya ada perancangan untuk berbulan madu. "Honeymoon?Kenapa akak tak tahu Rita?' "Jacob yang bagi kak Nor..Paris" Dahi Datin Nora bekerut.Akif sudah agak reaksi mama.Mama alergi dengan perkataan Paris. "Kenapa Paris?"  "Feeya memang nak bercuti ke sana..."Afeeya mengenggam tangan ibu mentuanya erat.Dia tidak mahu AKif disalahkan atau tidak mahu mama fikir itu idea Akif. "Hurmmm.." "Kak Nor risau Akif jumpa exnya ke?"Duga Rita walaupun dia tidak pasti. "Alah awak ni Nor.Risau sangat..Paris tu bukan kecil.Lagipun Akif dengan Feeya kan dah kahwin,Tak mungkin lah Dian tu nak kacau" Dato Mirza cuba menyakinkan Datin Nora yang tampak risau. "Akif dengan Feeya pun tak decide lagi Ma..Akif busy dengan kerja.Tak tahu dapat cuti ke tidak" Akif tidak mahu keadaan bertambah tegang. "Kalu macam tu kita tukar destination?"Cadang Rita. "Mama setuju" "Feeya tak nak..Feeya nak ke Paris juga"Afeeya masih bekeras.Niatnya memang hendak Akif bertemu Dian.Feeya kasihan lihat hubungan Dian dan Akif yang agak kusut kebelakangan itu. "Feeya tak kisah?" "Tak lah Ma...Jangan risau.feeya tahu lah nak control Akif macam mana" Afeeya cuba menyakinkan ibu mentuanya yang kelihatan sangat khuatir jika Akif mengambil kesempatan bertemu Dian. Akif banyak berdiam diri.Dia tidak terlalu teruja dengan cadangan Afeeya itu.Jika boleh memang Akif tidak mahu pergi.Banyak yang tidak baik dari yang baik terjadi nanti. "Kalau Feeya dah kata macam tu,Mama tak boleh halang,Tapi ingat ya Akif.."Akif hanya mengangguk.Dia malas hendak memanjangkan cerita.Selesai sarapan Akif naik keatas.Duduk disofa sambil bermain gitar seperti biasa.Menyesal pula dia bercuti selama dua hari.Jika isteri dia Dian,cuti sebulan pun tidak mengapa.Tentu sekarang dia sedang menghabiskan masa bermesra dengan Dian. "Senyum sorang-sorang teringat pada kekasih yang jauh dimata ke?"Lamunan Akif terhenti bila Afeeya tiba-tiba muncul.Kacau daun betul. "Abis,nak ingat pada siapa lagi?" Akif mengengsot ketepi.menjarakkan kedudukan mereka berdua.Dia tidak selesa.Lihat Afeeya sahaja boleh buat dia berpeluh. "You memang tak ada perempuan lain selain Dian ke?"  "Soalan apa you tanya ni..I ni setia pada yang satu" "Susah nak percaya" "Kenapa?boyfriend you tu banyak perempuan ke?" Afeeya mencebik. "Eh,dia setia dengan i jer tau" Akif tersenyum sinis.Cinta budak-budak. "Ye lah tu.." "Ya lah.." "suruh boyfriend you belajar pandai-pandai..nanti dah habis study,dapat kerja bagus,baru tackle anak dara orang"  "You dulu pun tak abis belajar lagi dah bawa Dian balik kan?"Afeeya menggenakan Akif semula. "feeya,At least i scholarship student,and kerja memang dah tunggu i tau bila habis study" Akif mengangkat-angkat kening beberapa kali. "Berlagak.." "Kenyataan..You ingat i tak tahu ke boyfriend you tu dua kali repeat sem..Kaki clubbing,party macam you juga..Siapa nak guide siapa macam tu" Afeeya terkejut.Bagaimana Akif tahu itu semua. "You stalk dia ya..?" Akif mendengus. "Sorry..i tak ada masa nak stalk Farish you tu..Rekha tu adik Ilham kan?" Lambat-lambat Afeeya mengangguk. "Ilham tu siapa?"Soal Akif. "Husband Kak Mira..,ex classmate you masa di u dulu" "Then..tanya lagi...Nak i tunjukkan ke gambar-gambar you?"Afeeya menelan air liur.Selama ini Akif tahu.Patutlah Akif tidak suka dengan Farish. "Feeya..i tak nak you mabuk,party lagi..." "I dah lama lah tinggalkan tu semua..." Akif diam.Dia memang maksudkan apa yang dia kata. "Jaga batas you selagi you jadi isteri i...Jaga air muka i" Pesan Akif.Tiada sekelumit senyuman.  "i bagi you kebebesan,,i tak masuk campur urusan you tapi tak bermakna i kena ikut sahaja rentak you" Afeeya terdiam.cuba menghadam kata-kata Akif.Kenapa Akif begitu serius?.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD