Chapter 5

1114 Words
"Farish..Do you love me?" "Yes i do..Kenapa Feeya?" Afeeya menggeleng.Lama sudah mereka tidak dapat meluangkan masa begitu.Berdua tanpa gangguan. Farish mengenggam tangan Afeeya erat.Ada kelainan pada kekasihnya hari itu tetapi Farish tidak tahu apa. "I dah nak habis hujung tahun ni..You ada dua sem lagi tau.." "Itu yang you risaukan sayang?" "Of course i risau.Nanti i tak ada,macam mana dengan you?"  Jujur Afeeya memang risaukan Farish. Bila tiada didepan mata Farish.siapa yang mahu melihat-lihat Farish?.Afeeya tidak mahu Farish terus hanyut kerana dia sayangkan lelaki itu. "You ni.I kan dah besar.Nanti habis study,i cari kerja bagus then i masuk meminang you" Afeeya tersenyum manis.Gembira mendengar kata-kata Farish.Sekurang-kurangnya.Afeeya tahu Farish mahu juga berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka. "you janji jangan curang tau.." "I ada you jer Feeya" "Betul?" Farish menganggukkan kepala. "Jom makan.Nanti lewat masuk kelas.." Afeeya makan dengan berselera.Farish menggeleng.Comel betul Afeeya.Bila lah dia dapat memiliki gadis itu sepenuhnya.Bila fikir-fikir semula,jauh betul  perbezaan antara dia dan Afeeya.Gadis itu lahir dalam keluarga yang kaya raya,manakala dia,hanya anak petani.Tapi selama ini,Afeeya tidak pernah pandang itu semua.Kerana itu Farish sangat cintakan Afeeya.Lagipun,Afeeya banyak membantu dia dari segi kewangan. ********* Akif keluar awal malam itu.Afeeya masih tidak pulang.Tadi Akif ada whatapp Shima.Sahabat Afeeya itu beritahu Afeeya tidak ada bersama dia kerana Shima pulang awal siang tadi.Akif mendengus. Tak cukup agaknya jumpa disiang hari.Akif menyaup wajah bila dia mula berfikir yang bukan-bukan tentang Afeeya dan Farish. "Oi.Jauh menung?" Akif terkejut bila Shamil tiba-tiba menepuk bahunya.Hampir sahaja botol air yang dipegang jatuh. "Tak ada apa..Mana yang lain?" Shamil melihat jam.Awal lagi.Biasa mereka mula bermain pukul 9 malam.Sekarang baru 7.45 malam. "Awal lagi..Kau kenapa suruh aku datang awal?" Akif menyua jari yang tersarung cincin.Shamil tersenyum. "Kau ada awek baru ke?" Akif tersenyum menggeleng.Dua pun dia tidak terkawal,hendak tambah satu lagi. "Habis tu?" Shamil mengambil tempat disebelah Akif.Ada cerita menarik nampaknya yang dia tidak tahu. "Kau ingat tak last month aku ada cakap mama aku suruh kahwin dengan Feeya?" "Haa...Ingat-ingat...So?" Shamil malas hendak meneka-neka. "Ni lah hasilnya..Last week diorg dah kahwinkan aku dengan Feeya" Shamil gumam.Antara percaya dan tidak.Tak percaya Akif boleh terima begitu sahaja.Bagaimana dengan Dian. "Dian macam mana?" "Macam mana apa?Dia kan tak ada.Aku kahwin pun semua family kiteorang yang uruskan" Penjelasan Akif buat Shamil agak lega.Dia lebih suka jika dari dahulu Akif memilih wanita lain.Shamil tidak suka dengan perangai gila Dian. Sudah banyak kali Dian mempermainkan hati Akif.Shamil bukan tidak tahu yang Dian ada lelaki lain.cuma Akif sahaja buta.Akif tidak pernah mahu percaya.Setia tidak bertempat. "Feeya..?" "Feeya?Tu pun satu...Entahlah..Dah elok tak jadi,dia pula setuju nak kahwin...Takut opah malu katanya.Kau tahulah dia rapat dengan Opah aku macam mana" Seperti biasa,Akif menyaup wajah tanda dia sedang kusut. "So,on ke tak?" Akif mengangkat kening sebelum tersenyum. "Tengok jer lah.Feeya Mil..Dia siap letak syarat..Buat hal masing-masing,no feeling,and no sex..Tapi belanja aku hari-hari" Terhambur tawa Shamil.Patut serabut sahaja Akif dia tengok.Tersiksa rupanya. "Haha..sabarlah..Dia ada boyfriend kan?" Akif mengangguk. "Aku harap dia pandai jaga diri.." "Kau pun kenalah pandai main peranan" "Buat masa ni aku tak nak harap apa-apa dari pernikahan aku dengan Feeya ni..Dia ada life dia Mil.Dia muda lagi..Lagipun,aku tengok dia sayang betul dengan Farish tu" Shamil menghela nafas panjang. rumit juga masalah Akif. "Kau sayangkan Dian lagi?"  "Eh,of courselah aku sayangkan dia...love till the end" Shamil mencebik.Shamil yakin satu hari,Akif akan berubah hati.Afeeya.Kata orang wanita itu seperti magnet.Afeeya tak perlu buka mulut pun orang lelaki sudah tergoda,ini pula Akif hari-hari hendak menghadap Afeeya. "Hurmm..ye lah.Kalau aku,awal-awal lagi aku dah ikat Feeya tu" "Merepek lah kau ni.Apa kau ingat Feeya tu anak patung..Nak redah macam tu memang tak lah bro"  "Kau fikirlah baik-baik Kif. Nikah kahwin bukan main-main.Hari ni kahwin,esok cerai.Cinta tu boleh dipupuk" Nasihat Shamil ada benarnya tapi Akif perlu fikirkan perasaan Dian. "Kau nasihatkan orang macam hebat sangat.Awek pun tak ada" "Aku ni pilih yang berkualiti,sebab tu nak kena screening dulu" Akif dan Shamil ketawa.Merepek sahaja Shamil.Kalau dilayan,makin melalut. "Malam ni aku tak boleh lepak dengan korang ya.Mak mentua aku ada" "Eleh,bukan sebab mak mentua.Sebab bini kau kan?" Akif tersenggih.Itu pun sebab kenapa dia hendak pulang awal. Dari tadi dia whatapp.Afeeya tidak balas-balas. "Orang ada bini kan" "Jangan nanti Futsal pun kau tak turun dah Kif" "Tak lah sampai macam tu bro" Akif menafikan.Dari kecil dia dan bola tidak dapat dipisahkan. "Tu Farah..Dari haritu dia tanya kau.Kau tak contact dia ke?" "Tak..aku busy.Tak perasan pun whatapp dia" Akif dan Shamil membalas lambaian Farah yang sedang berjalan menghampiri mereka.Semua kawan-kawan tahu Farah merupakan adik angkat Akif,cuma tiada siapa yang berani beritahu tentang Dian kerana akif tidak mengizinkan. Kerana apa mereka tidak pasti. "Baru nampak muka" Ucap Farah lantas melabuhkan punggung disisi Akif seperti biasa. "Sorry.Abang busy..Datang sorang?Kenapa tak call?Abang boleh ambil tadi" Biasa Farah akan menelefon dia jika hendak mengikut. "Malas nak susahkan abang.Dekat jer pun.Tu pun Farah tengok dalam IG abang Idrus yang korang ada match malam ni" Terang Farah,Kecil hatinya kerana Akif lupa hendak mengajak.Tidak seperti selalu.Akif akan tanya dia samaada mahu ikut atau tidak. "Ermm,sorry tau.Nanti abang belanja makan" "Nanti?" Farah pelik.Kenapa bukan malam itu. "Malam ni abang kena balik awal." "Kenapa?" "Ada hal..Next time okey?"Lambat-lambat Farah mengangguk.Apa agaknya yang disorokkan Akif dari dia.Dah seminggu Akif mendiamkan diri.Hendak call pun payah. "Kif,budak-budak dah sampai..Jom" Shamil yang dari hanya menjadi pemerhati lega bila teman-teman sepasukan mereka sudah sampai.Malas dia hendak lihat drama Akif dan Farah. "Jom Farah" Tangan Farah ditarik mengikut dia menuju kearah teman-teman sepasukan yang lain. Bosan Farah.Niat hendak lepak dengan Akif lepas tamat futsal.Tapi Akif pula hendak terus balik. Farah menjadi permerhati diluar gelanggang. Biasa memang dia suka bersendiri dari bercampur dengan teman wanita serta isteri-isteri kawan-kawan Akif kerana faktor usia.Lagipun Farah lihat,mereka semua seperti kurang senang dengan dia.Cemburu mungkin kerana dia dapat Akif. ******* Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Akif lihat kereta Afeeya tiada.Mana Afeeya pergi,tengah malam pun masih belum pulang. Akif mengangkat beg masuk kedalam rumah.semua orang sudah tidur agaknya. Baik dia mandi dan solat isyaq dahulu.Belum apa-apa Afeeya sudah buat perangai. Usai solat isyaq,Akif duduk bermain talifon di sofa menunggu Afeeya.Jika pukul 2 pagi,Afeeya masih tidak balik,baru Akif akan cari.Seketika kemudian,Pintu terkuak.Afeeya sudah pulang. "Lambat balik?" Pertanyaan pertama Akif sebaik Afeeya masuk kebilik.Afeeya menjeling jam ditangan.Sudah hampir pukul satu pagi. "i tengok wayang" Beritahu Afeeya sambil membuka ikatan rambut.Terasa lelah seharian berjalan di mall. "Dengan Farish?" Afeeya mengangguk. "Mummy ada lagi kan?Kenapa you tak boleh tunggu.nak dating ke,nak balik sampai pagi,tak balik ke,tunggu lah sampai Mummy balik" Afeeya mendengus.Mengetap bibir.Menahan telinga mendengar bebelan Akif. "I tak boleh tunggu.Dah berapa lama i tak jumpa dengan dia" Akif menyaup wajah. Bagaimana hendak beri Afeeya faham. "You tu isteri orang tahu Afeeya" Akif cuba mengingatkan kedudukan Afeeya sebagai seorang isteri. "Do i care..You jealous kan? Jealous sebab girlfriend you tak ada.you tak boleh nak keluar date macam i" Kata-kata Afeeya membuatkan Akif sedikit tercabar. "Jelaous? Jelaous pada siapa?You?Farish?"That not me Feeya..I boleh buat lebih dari you buat tapi i hormat keluarga kita faham" Afeeya menelan air liur bila terasa dekat sangat suara Akif dicuping telinga Afeeya.Jika dia memaling wajah,sudah pasti wajahnya dan Akif bertembung. Lelaki itu menolak bahu Afeeya lembut sebelum beredar.Akif rasa panas pula menghadap Afeeya lama-lama disitu. 
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD