Chapter 6

1594 Words
Bab 6 Sudah beberapa hari Akif pulang lewat dari kebiasaan.Pelik Afeeya.Sudah lama Akif tidak balik lewat malam,Sejak mummy pulang,Akif kembali kepada rutin lamanya.Bila balik,Afeeya lihat.Akif tidak banyak berbual.Akif asyik dengan talifon atau terus tidur.Jika pulang awal,Akif akan keluar balik untuk bermain Futsal.Akif pun sudah lama tidak bermain PSP4 seperti dahulu.Bosan juga Afeeya begitu.Jika dahulu dengan Kak Long,ada juga dia teman untuk berbual. "You nak pergi mana Kif?" Afeeya pelik melihat Akif membawa bantal keluar bilik.  "Tengok movie kat movie room.." "Dalam bilik bukan tak ada tv?" Afeeya menunding kearah tv 50 inci yang tergantung didinding.Televisyen sebesar itu pun masih tidak cukup?. "Nanti bising.You tidur dulu" "Ke nak VC dengan Dian?" Afeeya cuba menarik Akif untuk terus berbual dengan dia.Afeeya rindu hendak bergaduh dengan Akif. "Phone i atas tu kan?i nak tengok movie jer" Perlahan suara Akif.Mendatar. "I nak ikut..Esok i tak ada kelas..Saturday kan?" Akif mengangkat bahu.Tidak mengiakan atau tidak membantah.Afeeya segera mencapai Teddy Bear dan melompat dari katil mengikut Akif ke bilik khas untuk mereka sekeluarga menonton filem.Akif menyucuk pendrive.Dia sudah memuat turun beberapa filem baru untuk ditonton dirumah.Akif memilih Filem Perfect date lakonan Noah Centineo untuk ditonton malam itu. Afeeya mengeluarkan Air botol didalam peti ais dan keropok didalam alamari khas untuk dimakan sepanjang menonton. "Nak makan ke nak tengok movie?" Akif menjeling Afeeya yang sudah mula mengunyah. "Alah..Biasa tengok movie memang macam ni kan?" Akif menggeleng.Suka hati Afeeya lah. Afeeya mengambil tempat disofa manakala Akif lebih selesa duduk dikarpet sambil bersandar disofa. "Handsome kan Noah ni?" Akif berpaling kearah Afeeya yang sedang tersenyum-senyum. "Amboi.Gatal juga you ni kan?" "Normal lah perempuan suka tengok lelaki handsome" Ujar Afeeya. "Husband you ni tak cukup handsome ke?"  "Perasan.." "Handsome kan?" Afeeya menolak bahu Akif bila lelaki itu menjeling dia.Memanglah handsome.Getus hati Afeeya.Tapi hak orang. "Tak nak mengaku.." Akif kembali memberi tumpuan pada skrin televisyen. Afeeya turun dari sofa dan duduk disamping Akif untuk berbual.Dia memang suka bertanya itu ini tentang sesuatu filem yang ditontonnya.Biasa memang Akif yang rajin melayan. "Dia kerja apa actually Kif?"  "Macam call girl..Temankan orang perempuan yg single date.Dibayar.Lebih kurang macam tu" Terang Akif. "Boleh macam tu?Tak falling in love ke kalau dah tiga empat kali girl yang sama book dia untuk date?" Akif menggaru kepala yang tidak gatal.Susah juga soalan Afeeya itu untuk dijawab. "Kenapa tak jawab?" Afeeya mencuit lenggan Akif. "Entah.Mana i tahu.." Afeeya mengeluh dengan jawapan Akif. "Jadi tak kita nak honeymoon ke Paris ni?" Akif diam.Tidak menjawab. Akif sudah beberapa hari tidak menghubungi Dian. "Akif.." "Ikut you lah Feeya.I ikut jer.Nanti beritahu date bila,i apply cuti.." Jawab Akif acuh tak acuh. "Lagi dua minggu i cuti mid term..Kita pergi masa tu"Afeeya memberi cadangan. "Boyfriend you macam mana?" Akif tiba-tiba teringatkan Farish. "Alah,seminggu .Bukan sebulan.Biasa kalau i balik jumpa Mummy pun lama kan?" "You nak cakap apa?" "I cakap lah i pergi dengan abang i ni.." Akif mengigit bibir.Sudah lama dia ingin bertanya Afeeya tentang perkara itu tapi asyik lupa. "Dia tak tahu i ni bukan abang kandung you?" Afeeya menggeleng. "Macam mana pula tu.You bercinta tapi basic personal details macam tu pun dia tak tahu?" Afeeya menggeleng.Memang dia tidak mahu tahu siapa dia dengan Akif sebenarnya. "I tak suka orang ambil tahu hal peribadi i termasuk Farish" Fahamlah Akif.Memang Afeeya jenis yang bagaimana.Dengan Farish pun Afeeya berahsia. "Dia tak tahu nama you Nur Afeeya Richardson bukan Nur Afeeya Muhammad Mirza?" "Tak..Student card i nama Nur Afeeya jer.Lagipun i daftar guna nama Baba..jangan tanya lebih-lebih.I malas nak jawab" Tak faham betul Akif.Apa susah sangat Afeeya hendak menerima kenyataan yang bapanya Richardson bukan Mirza. "Akif,i mengantuklah"Beberapa kali Afeeya menguap.Terlentok-lentok dibahu Akif. "You masuk bilik dulu..Nanti habis i masuk .Tak pun i tidur sini jer"  "Tak nak..Hujan.I takut bunyi guruh" Akif menoleh kearah tingkap yang bertutup.Masih dapat lihat cahaya petir menembusi langsir. "You tidur dulu.nanti i kejut"Akif menarik Afeeya supaya bersandar dibahunya.Tinggal separuh lagi cerita akan tamat.Selimut diatas sofa Akif capai dan diselimuti tubuh Afeeya yang hanya bersinglet dan berseluar pendek.Dia kembali menonton sendirian.Semakin hendak habis semakin berat mata Akif.Dialihkan tubuh Afeeya ke posisi berbaring.Malas Akif hendak balik kebilik. "Dummm!" Akif sendiri terkejut dengan bunyi dentuman petir disertakan dengan kilat. "Akif...i takut" Kasihan pula akif lihat Afeeya.Wajah Afeeya memang kelihatan benar-benar takut.Tubuh Afeeya ditarik kepangkuan. "I ada..You tidur"Afeeya rasa selesa berada dalam rangkulan Akif.Sesekali Akif mengucup ubun-ubun Afeeya tetapi Akif tidak mahu melayan sangat perasaan.takut nanti lain jadinya.Diusap bahu Afeeya sehingga dia sendiri terlena. ********** "Eh,Bik..Kenapa tak jadi masuk?" Tanya Imani pelik bila melihat Bibik membuka pintu dan kemudian menutup pintu semula perlahan-lahan. "Encik Akif dan Cik Feeya tidur..Ngak mahu menganggu.Mungkin lagi nonton semalam" Imani menunjuk kearah bilik menonton.Bibik mengangguk.Imani tersenyum penuh makna.Ada kemajuan.Dia mengarahkan Bibik supaya beredar.Imani perlahan-lahan memulas tombol,menyusup masuk dengan niat hendak mengenakan Akif. "Sedap tidur berpeluk-peluk" Imani berkata separuh berbisik.Talifon bimbit didalam kocek dikeluarkan.Beberapa keping gambar Akif dan Afeeya diambil.Seronok lihat Akif dan Afeeya begitu.Imani kemudian keluar semula dengan senyuman meleret.Dia sudah punya modal untuk mengusik Akif. Akif mengesat mata.Terasa lengguh lenggan Akif kerana Afeeya tidur berbantalkan lenggannya. "Feeya..bangun..." Pipi Afeeya ditampar perlahan. "Ermmm..." Afeeya menggeliat dan kembali mendekatkan muka ke dada Akif.  "Seronoknya tidur..lenggan orang sakit ni tahu tak"Afeeya masih tidak berganjak.Afeeya comfirm tidur mati. Tiba-tiba timbul niat nakal Akif.Direnung wajah polos Afeeya lama. Bibir mugil merah basah Afeeya disentuh dengan jari.Akif menelan air liur.Jantungnya berdegup laju. Apabila pasti Afeeya memang tidak sedar,Akif mengucup bibir Afeeya seketika. "Ermm.." Akif segera melepaskan kucupan bila Afeeya bergerak.Dia mengurut dada,terkejut.Jika Afeeya sedar tentu dia sudah makan penampar Afeeya pagi-pagi begitu.Lambat-lambat Akif tersenyum.Tidak pernah terfikir untuk buat begitu pada Afeeya.Akif mengalihkan kepala Afeeya kebantal.Lagi lama dia begitu dengan Afeeya,lagi macam-macam boleh jadi.Akif bangun,keluar dari bilik untuk kebiliknya.Baik dia mandi dahulu. ********* Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.Afeeya mencari Akif.Lantai bilik mandi basah.Bermakna Akif sudah bangun.Mana pula Akif pergi pagi-pagi begitu. "Cari i ke?" Afeeya melihat AKif dari atas ke bawah.Akif bersiap hendak kemana. "Nak keluar ke?" "I nak keluar breakfast dengan kawan i kejap"  "Nak ikut"  "Eh,mana boleh" Afeeya merampas kunci kereta sebelum Akif sempat ambil. "Kenapa tak boleh?You nak keluar dengan perempuan ya?" Akif mendengus. "Ya..Dengan perempuan.My friend" "Kalau kawan jer kenapa i tak boleh ikut" Akif mengetap bibir. "Nak ikut jomlah.." Afeeya tersenyum puas.Itu bermakna memang kawan biasa sahaja.Jika tidak,Akif memang tidak akan bawa dia. "You pergilah..i tak nak kacau daun" Kunci diserahkan semula kepada Akif. "Sure tak nak ikut?" Akif bertanya sekali lagi.Sekurang-kurangnya Akif boleh kenalkan Afeeya dengan Farah. "Tak nak..Pergilah.."  "Okey,i pergi dulu"  Setelah Akif keluar Afeeya terus masuk kedalam bilik mandi.Dia merenung cermin lama sambil menyentuh bibirnya lama.Dia mimpi Akif mengucup bibirnya sewaktu dia sedang lena.Tak mungkin sampai termimpi-mimpikan Akif.Afeeya menggeleng dengan senyuman.Mengarut. ************ "Farah dua minggu lagi cuti mid term ya?"Akif memulakan perbualan setelah membuat pesanan makanan. "Ya..Kenapa?Nak ajak Farah holiday macam last year dengan kawan-kawan abang?" Ada kegembiraan diraut wajah Farah. "Tak lah.Farah dah lama tak balik kampung.Baik Farah balik kampung..Nanti abang  beritahu Abang Eric yang Farah nak balik kampung"   "Alah..Nanti lama lah Farah tak jumpa abang" Farah mengeluh dengan nada kecewa. "Abang pun memang tak ada.Abang ada hal semimggu dua tu nanti"  "Abang nak pergi mana?" Farah terus bertanya. "Honeymoon..." "Honeymoon?" Akif tersentak.Dia kata begitukah tadi?. "Eh..abang gurau jer..Abang ada kerja.." Akif tersenggih sambil menggaru tengkuk yang tidak gatal.Bagaimana dia terlepas kata. "Ye ke ni? Abang ada rahsiakan apa-apa dari Farah?"  "Tak ada lah.Nak rahsia apa.." Akif mengelak bila Farah merenung anak matanya.Akif bukan takut,tapi dia tidak selesa. "Okey.Farah percayalah macam tu.Lepas ni kita tengok movie ya" "Okey,boleh..Makan cepat." Sesekali Akif menjeling talifon bimbit.Mana tahu ada whatapp dari Dian atau Feeya.Dian merajuk lagi dengan diakah.Selesai bersarapan,Akif dan Farah terus menuju ke One utama untuk menonton wayang disana.Akif tidak dapat menumpukan perhatian pada Farah hari itu kerana fikiran Akif melayang teringatkan Afeeya dirumah.Tadi kita beritahu,dia hanya keluar untuk sarapan pagi.Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2.20 petang. "Farah,lepas ni abang hantar Farah balik ya" Farah menoleh jam.Masih awal. "Awal lagi.." "Abang ada hal dengan Shamil"Bohong Akif. "Ya ke?Farah ikut tak boleh?" "Hal orang lelaki..Mana boleh ikut" Farah memuncungkan bibir. Mana agaknya Akif hendak pergi hari minggu begitu. "Ye lah..ye lah...Abang ni teruk tau" Farah mendengus. "Farah kalau merajuk,comel.."Usik Akif.Dia tidak suka Farah merajuk.Akif tidak tahu bagaimana nanti reaksi Farah jika tahu status dirinya.Bukan niat untuk menyembunyikan tentang Afeeya dan Dian ,tetapi Akif tidak mahu Farah rasa ada sempadan antara mereka.Dia memang tiada perasan pada Farah.Farah sudah dia anggap seperti adik sendiri.Dia yang tetapkan sempadan perasan itu buat Farah.Dia sering mengingatkan Farah tentang sejauh mana hubungan mereka dan Farah sendiri sudah bersetuju. Bip...Bippp...... Dari Dian.Akif segera membuka pesanan yang dikirimkan Dian.its your scandal? Bederau darah Akif bila dibuka gambar yang baru dikirim Dian.Kereta di parkir ke tepi untuk seketika.Gambar dia dan Farah di restoran mereka bersarapan pagi tadi.Akif cuba menghubungi nombor Dian.Dian pasti salah faham. "Ah,siapa pula jadi reporter tak berbayar ni" Akif menyumpah-nyumpah didalam hati.Selama ini tidak pernah pula ada sesiapa yang memerhati gerak geri dia.Atau Dian sudah tidak percaya pada dia lagi.Akif menghentak steering bila Dian tidak menjawab panggilan dari dia.Whatapp hanya bluetick.Baik dia balik kerumah dahulu. "Laju jalan sampai tak nampak Mama..Akif dari mana?" Langkah Akif terhenti.Dia memang tidak perasan langsung mama yang sedang menyusun pokok bunga di taman bersama tukang kebun mereka. "keluar dengan kawan.Feeya ada Ma?" Datin Nora memuncungkan mulut kearah satu bahagian lagi taman.Afeeya sedang menggembur tanah. Akif tersenyum. Afeeya memang rajin mengemas taman jika ada waktu terluang.Akif berjalan perlahan kearah Afeeya dengan niat mengejutkan Afeeya.Datin Nora menggeleng melihat perangai Akif yang suka mengusik Afeeya. "Feeya!" Penggembur tanah ditangan tercampak.Afeeya terduduk di atas tanah. "Hei you ni..Kan i pegang cangkul ni.Kalau kena tadi macam mana?" Bebel Afeeya.Akif menghulur tangan.Membangunkan Afeeya yang masih terduduk. "Sorry..sorry..kusyuk sangat menggembur tanah tu" Afeeya menepuk-nepuk belakang seluar yang berpasir.Habis seluarnya kotor. "Nak i tolong bersihkan tak?" Belum sempat Akif membantu Afeeya sudah menepuk tangan Akif. "Bukan nak tolong sebenarnya kan?Nak ambil kesempatan lebih" "Haha...Tak baik tuduh tau..By the way i tak pernah tengok tukang kebun seksi macam you ni" Usik Akif lagi.Afeeya mengomel sendiri.Geram dengan usikan Akif. "You dari mana?Tadi kata breakfast jer?" Afeeya baru teringat.Tadi Akif kata sekejap.Ini sudah pukul empat baru sampai dirumah. "I ada hal tadi. Kenapa.Rindu i?" "Tak kuasa.." Akif tersenyum lebar melihat Afeeya marah-marah. Tanpa diminta,Akif turut membantu Afeeya mengemas taman.Dia terlupa seketika tentang hal hendak memujuk Dian.Semua kerana Afeeya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD