Chapter 7

1964 Words
Bab 8 Mereka tiba di Roissy Airport jam 8 pagi waktu tempatan.Rita sudah menyediakan semua untuk anak menantunya.Afeeya dan Akif perlu menikmati bulan madu mereka,atau lebih tepat,bulan madu untuk Akif dan Dian.Mereka menginap di Maison FL,berhampiran dengan menara Eiffel. Akif menempah uberX sepertimana yang dia lakukan sebelum ini jika ke negara itu.Lebih mudah.Afeeya hanya mengikut kerana dia tidak pernah menjejakan kaki kesitu.  "You nak terus pergi jumpa Dian ke Akif?" Afeeya lihat Akif sibuk menggemas barang. "Tak lah Feeya.Esok.hari ni i temankan you" Afeeya menepuk-nepuk bantal empuk sebelum berbaring. "Kalau you nak jumpa dia pun tak apa..I nak rehat kejap.Jet lag" Afeeya sudah menghantar mesej kepada Farish,Beritahu dia sudah pun selamat sampai.Kemudian Afeeya terus menyimpan talifon bimbit.Tidak mahu diganggu. "Tak apa.Dian pun buka tahu yang i nak datang sini"  Afeeya memaling tubuh kearah Akif. Terkejut, "You tak beritahu dia? "Surprise .Kata nak pujuk kan"  Afeeya memeluk bantal,berguling melepaskan lelah. "Romantik la kononnya kan?"Sindiran Afeeya dijawab dengan senyuman. "I memang romantik.You nak i layan lebih dari Dian pun boleh sebab you wife i" Kata-kata Akif ikhlas tetapi dia tidak tahu Afeeya percaya atau tidak.Afeeya mencebik.Tidak percaya.Dia tahu Akif sengaja mengusik dia.Afeeya menutup mulut menahan dari menguap kerana mengantuk. "You mengantuk,tidur dulu.I nak mandi.then i pun nak tidur" "You tidur jer atas katil ni" Dia kasihan lihat Akif tidur diatas sofa.Di bilik hotel mereka ini pula tiada sofa panjang,Mana mungkin Afeeya membiarkan Akif tidur dilantai. "You tak kisah?" "Tidur jer.Jangan menggatal pula" Pesan Afeeya. "I mengantuk sangat.Rasa macam tak larat nak fikir untuk benda lain Feeya..Lah ,tidur dah" Akif menjengah Afeeya yang sudah terlena. Sarung kaki didalam beg galas Akif keluarkan.Disarung ke kedua belah kaki Afeeya.Akif tidak mahu Afeeya demam kerana perubahan cuaca.Setelah itu lelaki itu mandi,membersihkan badan yang terasa melekit kemudian Akif juga turut tidur bagi melepaskan lelah.Bila Afeeya bangun petang itu,dia sudah dalam pelukan Akif.Perlahan-lahan Afeeya meleraikan pelukan lelaki itu.Afeeya lihat sarung kaki yang tersarung dikakinya.Mesti Akif yang pakaikan.Akif memang seorang lelaki yang sangat mengambil berat.Afeeya menyaup wajah.Teringat pada Farish.Dia sedap dipeluk Akif begitu.Farish? Salahkah dia kerna Akif suami dia?. ********** Akif membawa Afeeya makan di sebuah restoran Arab yang berhampiran dengan hotel. Malas hendak pergi jauh.Perut pun sudah terasa lapar. "You pernah ke sini?" "Pernah dengan Dian tapi dia tak suka..Dia more to Western food" Afeeya ketawa kecil. "Kenapa gelak?" "I ni darah mat salleh pun prefer makan belacan tau"  Akif turut ketawa.Geli hati melihat Afeeya ketawa. "Lepas ni nak pergi mana?" "Jalan-jalan area sini jer lah.Esok you pergi jer jumpa Dian.Nanti pandai-pandai lah i jalan" Ujar Afeeya dengan yakin.Itu bukan kali pertama dia travel seorang diri jika tiada Shima. "I risau you jalan seorang sebenarnya.you tunggu i balik,then i bawa you keluar boleh?" "Nanti Dian nampak macam mana?" Akif diam.Afeeya sudah fikirkan itu semua. "You jangan risau.i dah biasa" "Tapi you tanggungjawab i Feeya"  "Dah..Jangan cakap apa-apa lagi.Esok pergi jer.Tentang i jangan risau" Afeeya meletakkan jari dibibir sendiri.Dia tidak mahu Akif memberi berbagai alasan lagi.Dia sudah dewasa.Tahulah nanti dia hendak membawa diri.Akif melepaskan keluhan.Serba salah untuk meninggalkan Afeeya esok. Selesai makan,pasangan itu berjalan beriringan menuju ke menara Eiffel yang menjadi kebanggaan rakyat Perancis.Afeeya mengambil beberapa keping gambar untuk mengabdikan kenangan.Kagum melihat reka bentuk menara besi yang tersergam indah itu. Afeeya guman bila Akif memimpin tangannya sepanjang mereka bersiar-siar.Lelaki itu berbeza dari yang dia kenali dahulu.Akif mempunya pakej lengkap,kacak,berkerjaya dan juga pandai melayan wanita.Bertuah Dian.Bila agaknya Farish pun hendak jadi begitu.Afeeya tiba-tiba mengeluh. "Mengeluh panjang nampak.kenapa?"Akif berhenti berjalan,berdiri menghadap Afeeya. "Nothing.." "Ada apa-apa yang you nak share dengan i Feeya" Tangan Afeeya digenggam dan diramas lembut. "Nothing.Jom kita balik.Sejuk..." "Kita singgah butik sana kejap ya" Afeeya hanya menurut.Mungkin Akif ingin membeli sesuatu untuk Dian esok. "You tolong i pilih yang mana satu cantik Feeya" Afeeya membelek beberapa jam tangan yang dia rasa berkenan dihati. "You pilih yang mana satu.Semua ni cantik.." Beritahu Afeeya. "Yang paling you suka" Tanya Akif lagi. "Semua i suka..You pick jer lah yang mana-mana.Dian mesti suka" Akif mengusap kepala Afeeya seraya mengucapkan terima kasih.Afeeya berjalan keluar butik jam berjenama terkemuka itu sementara Akif membuat pembayaran.Beruntung Dian.Belum kahwin dengan akif,sudah diberi hadiah mahal begitu.Afeeya melihat cincin dijari manisnya.Itu sahaja hadiah Akif.Itupun Mama yang belikan.Afeeya menanggalkan cincin nikah mereka dan dimasukkan kedalam tas tangan.Kalau bukan mama suruh pakai,memang dia tidak ingin.Bila di kampus memang Afeeya tidak pakai.Takut Farish perasan. "Dah Feeya,Jom balik hotel" Akif menarik tangan Afeeya beredar dari situ.Apabila sampai dibilik Afeeya menukar pakaian dan terus naik kekatil.Akif perasan perubahan Afeeya.Wanita itu hanya diam.Sibuk dengan talifon bimbit. "Busynya dengan phone?" Tegur Akif.  "Search apa yang best dekat sini" Afeeya menyuakan skrin talifon kearah Akif yang sedang duduk dibirai katil.Akif sedikit lega.Dia fikir Afeeya sedang bermesej dengan Farish. "I boleh jadi google map you Feeya.." "Esok you dah busy..I tak nak kacau" Akif tersenggih.Seperti ada bau-bau cemburu. "I try cepat ya" "Mana ada orang dating sekejap" "i..." Afeeya mencebik.Tidak percaya. "Feeya..." Afeeya hanya mengangkat kening bila dipanggil Akif.Lelaki itu naik kekatil menghampiri Afeeya yang sedang bersandar dikepala katil.Wanita itu agak terkejut dengan tindakan Akif. "Nak apa ni?"Afeeya berganjak sedikit,menjarakkan mereka.Sudahlah Akif tidak berbaju,hanya berseluar.Akif mencapai beg kertas diatas meja ditepi katil.Akif menggeluarkan kotak jam tangan yang dibeli tadi membuatkan Afeeya pelik. "Sini tangan you" "Nak buat apa..?" Afeeya fikir,mesti Akif mahu mencuba jam itu ditangan dahulu kerana tangan dia dan Dian lebih kurang saiznya. "Sinilah.."Akif mencapai tangan Afeeya lantas disarung jam tangan berwarna silver itu ketangan Afeeya.Sepadan saiz yang dipilih tadi dengan Afeeya. "Feeya.Masa kita nikah hari tu i tak beri you apa-apa pun kecuali mas kahwin..Ni hadiah dari i untuk you" Ucap Akif ikhlas.Tangan Afeeya digenggam lembut.Afeeya terkedu.Dia tidak menyangka jam semahal itu untuk dia. "Tapi,bukan jam ni untuk Dian..Mahal ni tau..I tak boleh terima" Afeeya cuba menanggalkan jam yang dipakaikan akif tadi tetapi lelaki itu menghalang. "Feeya.you isteri i..I memang niat nak belikan untuk you.Kalau i beritahu you i nak belikan untuk you.Comfirm you tak nak" Akif faham sangat dengan perangai Afeeya.Afeeya tidak suka menerima hadiah yang mahal-mahal kerana dia tidak mahu terhutang budi. "Dian?"  "Kalau dia nak hadiah mahal macam ni,dia kenalah jadi isteri i dulu..Dah you rehatlah..I nak keluar kejap" Akif mengucup dahi Afeeya sebelum bangun dari katil.Dia mahu bertemu Dian malam itu.Akif ingin membuat kejutan kepada kekasihnya itu. "You nak pergi mana?" Akif tidak menjawab.Tetapi terus bersiap. Afeeya mengigit bibir.Teringat kecupan Akif tadi. "Feeya..You tidur dulu.Tak payah tunggu i.I bawa excess card" Afeeya tidak menjawab.Dia tahu akif pasti mahu pergi bertemu dengan Dian.Biarlah.Memang itu tujuan mereka kesitu. "Feeya" "Ya.I dengar.Pergilah" Jawab Afeeya dengan malas.Akif tidak tahu apa dalam fikiran Afeeya.Jika Feeya melarang,dia tidak akan pergi.Tapi Afeeya hanya diam.Mahu tidak mahu,Akif keluar juga.Nanti okeylah Afeeya agaknya. Akif berjalan dikaki lima kearah rumah sewa Dian yang tidak jauh dari hotel mereka. Dia pernah kesitu beberapa kali.Hampir 20 minit berjalan,Akif tidak sedar yang dia sudah sampai dihadapan apartment sewaan Dian. Akif menekan loceng bila sudah sampai dihadapan unit apartment Dian. "Akif?" Terkejut beruk Dian melihat Akif berdiri dihadapan pintu apartmentnya.  "Surprise..." Dian menutup mulut menahan diri dari menjerit.Serentak dia merangkul tubuh sasa Akif yang dibaluti baju sejuk. "Of course i terkejut sayang.." "Tak nak ajak i masuk?"  "Errmm..My friend semua ada.Kejap,i ambil baju.Kita keluar" Pelik Akif.Biasa Dian yang beria-ia mengajak dia masuk tapi tidak malam itu.seketika kemudian Dian muncul siap berbaju sejuk.Pasangan itu berjalan seiringan keluar dari apartment. "Kenapa you tak cakap nak datang" Soal Dian manja ketika mereka sudah sampai di tepi tebing Seine River. Masih ramai pengunjung yang berjalan disekitar tebing sungai itu.Sesekali ada cruise yang lalu membawa penumpang.Mariah. "Kan i kata surprise .Kalau i beritahu tak kira surprise lagi lah sayang" Rambut Dian yang terjuntai menutupi sebahagian muka Akif selit ketelinga kekasihnya itu.Akif merenung lama wajah Dian dibawah cahaya lampu neon dikiri kanan jalan. "I rindu you sangat" Adu Dian manja.Tubuh Akif masih dirangkul tidak mahu dilepaskan. "I pun rindu you..You yang merajuk lama sangat" "Kalau macam tu,i nak merajuk lagi lah..."Akif membalas rangkulan Dian kemas. "Sorry sebab tak inform you. I tak ada orang lain pun.That girl my friend.Tak ada apa-apa" Akif memberi penjelasan untuk kesekian kalinya.Dia mahu Dian dengar dari mulut dia sendiri. "I maafkan untuk kali ini.But you jangan buat lagi.I tak lama lagi pun" Pelukan Dian beralih ketengkuk Akif.Dia berpaut ketengkuk Akif mendekatkan wajah mereka.Baru Dian hendak mengucup bibir Akif,lelaki itu menggelak.Akif sudah banyak berubah. "Why sayang. i miss you so much"Renggek Dian. "Ramai orang kan sayang" Pujuk Akif.Dian mendengus. "Sebelum ni okey jer..Kalau macam tu,kita pergi tempat you stay nak?" Akif menggeleng.Tangan Dian dicapai dan dikucup lama.Akif cintakan wanita itu tapi dia dapat rasakan ada perasaan lain yang sedang menganggu benaknya.Ada Afeeya antara dia dan Dian. "Not now.." "Akif..Kenapa ni.I rasa you dah tak macam dulu" Rungut Dian.Dian perasan dengan perubahan Akif.Dahulu Akif tidak dingin begitu.Memang Akif tidak pernah sampai meniduri dia tapi sebelum itu,Akif melayan dia dengan sangat romantik.Dia tidak rasakan itu sekarang.Hendak berkucupan sahaja Akif menggelak. "I sama jer Dian.Mungkin sebab lama tak jumpa" Akif tahu alasan dia mungkin tidak boleh diterima Dian.Tapi itu sahaja yang mampu difikirkan dia waktu itu. "You ada perempuan lain?" "I cintakan you.Kalau tak,i tak sampai ke sini faham.Jangan merepek" Dian yang ingin pergi ditarik semula kedalam rangkulan.Akif tidak mahu Dian pergi.Dia rindukan wanita itu. "Malam ni i nak stay dengan you boleh?" Pinta Dian.Dia belum puas bemesra dengan Akif. "Malam ni you bagi i rehat.Esok i habiskan masa dengan you sampai this thursday" "You stay mana?" Dian ingin tahu.Dari tadi Akif tidak menjawab bila dia tanya dimana AKif menginap.Sejak bila Akif jadi perahsia begitu. "Dekat-dekat sini.i dengan family i..you mesti tak nak jumpa kan?" Maksud Akif,keluarga itu adalah Afeeya.Dia tidak mahu bercakap lebih.Nanti banyak pula yang terpaksa dia bohong Dian. "Are you serious?"  "So,you jangan tanya apa-apa lagi okey.Yang penting,kita dapat jumpa" Dian mengangguk tanda faham.Dapat bertemu Akif sahaja sudah cukup bagus. "Esok janji you jumpa i?" "Of course sayang..i janji.." Dian tersenyum lantas mengucup pipi Akif.Lelaki itu tidak sempat menggelak. "Nakal" Dicuit hidung Dian yang mancung. Waktu seakan terhenti waktu itu. Akif lega lihat Dian tertawa dan gembira bila bersama dia.  ********* Afeeya mengenggam hujung bajunya.Entah mengapa hatinya terasa sakit melihat adengan cium Akif dan Dian tadi.Dia terus berpaling bila ternampak pasangan yang dilamun cinta itu melepaskan rindu. Afeeya tidak mahu tahu adengan selanjutnya.Baik dia terus beredar.Langkah diatur mengikut gerak kaki. Tentu Akif sedang berseronok dengan Dian.Ah,tak sanggup Afeeya hendak bayangkan.Dia juga yang memberi idea untuk Akif bertemu Dian disitu. "Ingat Feeya..sedar...sedar....Kau ada Farish...Akif ada Dian.Pernikahan korang temporary sahaja"Afeeya mengulang kata-kata itu berkali-kali supaya melekat dikepalanya.Dia kena tahu dimana kedudukan hubungan mereka.Kenapa dia hendak merosakkan apa yang mereka rancang. Afeeya mencari cafe berhampiran hotel mereka.Dia yakin Akif pasti belum pulang.Mujur di cafe itu ada khidmat wifi.Dapat dia berhubung dengan Farish atau Shima.Seketika kemudian Afeeya mendapat panggilan video dari Farish.Gembira Afeeya bukan kepalang bila orang yang dirindu menghubunginya. "Hai sayang..Buat apa tu?" "Minum-minum." "Dengan siapa?Abang you mana?" Farish pelik Afeeya keluar seorang diri malam-malam begitu. "Abang i jumpa girlfriend dia.Kejap lagi balik lah kot.." "Afeeya..kan bahaya you seorang" "Jangan risau.i dekat dengan area hotel jer ni" Afeeya tidak mahu Farish risau dengan keselamatan dia.Afeeya tidak nampak ada yang membahayakan dia disitu. "Lepas ni balik la sayang.Nanti dah sampai call me okey.i tunggu" "Eh,you tidurlah.Dah pukul berapa ni" "I tak boleh lelap selagi i tak tahu you okey atau tak" Afeeya tersenyum. "Kalau macam tu,i balik sekarang.You tunggu kejap.Nanti i sampai,i call sebab phone i tak roaming"  "Baik sayang..Cepat balik.I tunggu" Afeeya melambai tangan,mengucap selamat tinggal kepada Farish.Setelah membayar,Afeeya terus bergerak pulang.Berjalan kaki ke arah hotel yang terletak diseberang jalan.Sampai dihotel,Afeeya segera menghubungi Farish semula,dia tidak sedar Akif sudah pulang.  "Ermm,Farish..i will call you back tomorrow..love you too" Afeeya cepat-cepat menamatkan panggilan Akif berdehem. "Love you too" Afeeya tahu Akif menyindirnya.Afeeya menjeling Akif sekilas.Lelaki itu hanya bertuala dengan rambut basah.Balik dari jumpa kekasih terus mandi.Macam Afeeya tidak tahu. "You pergi mana?" "Jalan-jalan,minum kat starbuck dekat dengan hotel" Afeeya tidak mempedulikan Akif yang sedang berdiri di hujung katil menghadap dia.Masih bertuala. "I dah kata kan,i kejap jer"  "Kejap? yelah.." "Yelah.. i dah lama sampai.I try call you tapi phone you tak ada internet" Akif memang risau bila dia balik,Afeeya tidak ada dibilik. "Tak kan kissing,hugging dekat seine river then balik" Akif tersenggih.gotcha. Afeeya cemburu. "You stalk i ya Feeya?" Duga Akif. "Sorry...tolong sikit.I lalu jer.Tak tahu pula i terserempak dengan you all..." "Then..Nampak ke apa sebenarnya terjadi"  "Buat apa nak tahu,balik terus mandi ni..dahlah I nak tidur.."Akif terkekek.Cemburu cakap sahajalah cemburu. "You nak i hugging,kissing...lebih dari tu pun boleh"Usik Akif lagi. "Jangan mengadalah...Gatal!" Geram Afeeya.Akif fikir dia main-main.Dia memang tidak akan masuk campur urusan Akif dan Dian.Mereka sama-sama sudah punya kekasih.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD