Chapter 8

1958 Words
Bab 8 Bunyi loceng talifon bimbit Akif mengejutkan Afeeya dari lena.Talifon Akif dicapai dan dimatikan.Wanita itu dengan malas,bangun dari katil.Indah pemandangan kota Paris dari bilik mereka.Afeeya tidak mengendahkan Akif yang masih lagi lena.Jarang Akif bangun lewat dari dia.Penat sangat mungkin semalam melayan kekasih hati.Pagi ini dia hendak bersarapan dimana agaknya.Baik dia keluar sebelum AKif bangun.Afeeya tidak mahu menganggu jadual lelaki itu. "Eh,sama macam aku punya?" Jam tangan diatas meja solek Afeeya capai.Dibanding dengan miliknya. Akif beli sepasang. Tapi untuk apa.Malas Afeeya hendak berteka teki.Diletak kembali ke kedudukan asal jam tangan milik Akif dan kemudian Afeeya memakai yang miliknya.Apabila rasa penampilannya sudah lengkap,Afeeya mencapai kasut but separas lutut dan disarung sebelum keluar.Afeeya tidak lupa meninggalkan nota untuk Akif. Hari itu dia akan menjelajah kota Paris sendirian seperti mana yang dia pernah buat dia Korea,Jepun dan Thailand. Akif berpusing hendak memeluk isterinya tapi Afeeya tiada.Diraba-raba bahagian sebelahnya yang kosong.Akif memisat mata. "Feeya..."Panggilan tidak berjawab.Akif melompat dari katil.Mencari didalam bilik mandi juga tiada.Kemudian Akif perasan ada nota yang dilekatkan di cermin. I keluar dulu jalan-jalan.Anything i call. You jangan risau.before 6 i balik Afeeya. Akif mendengus.Kenapa Afeeya tidak boleh menunggu sehingga dia bangun.Akif cuba menghubungi talifon bimbit Afeeya tapi wanita itu tidak menjawab. "Suka buat orang risaulah dia ni" Bipp Bipp... I tunggu you dekat tempat semalam.Dian Akif mengeluh.Dian pula sudah mencari dia.Akif mengambil keputusan untuk bertemu Dian dahulu dan dia akan cari Afeeya kemudian.Akif segera bersiap.Dian bukan jenis boleh tunggu lama.Nanti boleh jadi pertengkaran. "Sayang...sini..You berlari ke?" Dian ketawa kecil melihat Akif kepenatan. "Nanti lambat you bising" "Kalau macam tu,apa kata malam ni you stay tempat i" Dian masih mencuba nasib.Menggoda Akif. "Malam ni tak boleh lah sayang..I ada dinner dengan family i" Malam itu memang Akif mahu membawa Afeeya keluar makan. "You datang sini untuk i atau nak jalan-jalan dengan family you?" Kata Dian separuh merajuk. "Dian..jangan ulang kesilapan sama lagi.You lupa?"Dian mendengus.Keluarga Akif menjengkelkan.Itu tak boleh,ini tak boleh.Kalau dia kahwin dengan Akif,tahulah mereka. "Hurmm.Kalau macam tu,i balik nanti kita kahwin nak?i dah ready" Tangan Akif digenggam erat.Dia tidak boleh melepaskan lelaki itu.Mereka sudah lama bersama. "You sanggup tinggalkan semua?I nak isteri yang boleh duduk rumah,jaga i dan anak-anak i" Sengaja Akif kata begitu kerana dia tahu yang Dian tidak mungkin jadi seperti itu. "I belajar sampai sini,tak mungkinlah nak jadi housewife Akif?" Direnung mata bundar milik Akif lama. "its up to you sayang.I beri u masa lagi" Tangan Dian dipimpin berjalan menuju ke mall yang berdekatan. Dian masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kekasihnya.Akif yang berada disisinya itu agak dingin.Mungkin Akif sudah tawar hati pada dia. "Sayang..i nak tengok baju tu boleh?"Belum sempat Akif membuka mulut,Dian sudah menarik tangannya kedalam butik. Dian dari dahulu hingga kini,asyik dengan sikap borosnya. Boleh bankrap Akif jika selalu begitu.Betul lah orang kata,jika hati sudah berubah,segala yang buruk baru terlihat.Dahulu,apa sahaja yang Dian buat,indah dimata Akif.Cuma Akif tiada sebab untuk meninggalkan Dian kerana wanita itu masih cinta hatinya. "Sayang.Lama lagi ke? Dah berapa kedai masuk,tapi tak jumpa pun apa you nak?"Tegur Akif setelah bosan menunggu. "Semua tak cantik..I minta you pilih,you tak mahu" Akif ketawa.Sejak bila pula dia minat memilih pakaian wanita. "You know me well kan sayang?I tak retilah nak pilih-pilihkan untuk perempuan ni" Dian kembali membelek-belek pakaian di rak.Masih belum ada yang berkenan dihati.Akif menghantar whatapp kepada Afeeya tapi single tick.Wanita itu tidak menghidupkan data internet barangkali. "Sibuk you sayang" Dian cuba mengintai tapi cepat-cepat Akif memasukkan talifon bimbit kedalam kocek. "Kerja..I cuti pun kena kerja sayang" "Betul ni?" "Betul...Jom i belanja you makan apa yang you nak" Akif menukar topik perbualan.Jika tidak nanti,hingga ke lubang cacing dia akan disoal siasat oleh Dian.Tidak pelik dia tidak beri Dian melihat talifonnya kerana bagi Akif ,talifon adalah hak privasinya.Tiada siapa boleh ceroboh. "I pun dah lapar.I nak makan apa ya...I nak makan you boleh?" Gurauan nakal Dian disambut dengan cuitan dihidung wanita itu. "You ni makin lama,makin naughty kan?" "Dengan you saja" "Betul ni?" Akif merenung Dian tetapi wanita itu melarikan lirikan mata. "Betullah..I love you so much Akif Ikhmal" Akif mengelus pipi Dian lembut.Kali pertama dia tidak membalas ungkapan cinta dari Dian.Entah kenapa,Akif rasa berat pula untuk membalas. ************* "Dah sampai?" Afeeya menanggal but dan ditukar dengan selipar bilik hotel. "Ya.Cepat balik?" "Kan i dah janji.I tak akan lama" Afeeya mengangkat kening.Dia tidak minta Akif melayan dia begitu. "You patut gunakan masa seminggu ni untuk Dian.Bukan untuk i"  "Tapi you isteri i.You tanggungjawab i Feeya." Suara ditekan sedikit tapi masih perlahan. "You lupa pasal syarat kita.You boleh buat apa sahaja yang you nak.I tak akan halang and i tak nak you masuk campur urusan i" Keras suara Afeeya.satu hari itu dia keluar,memang dia mahu tenangkan fikiran.Dia mahu mereka jelas tentang kedudukan mereka. "Jangan sia-siakan Dian sebab i tak boleh jadi macam dia.I tak boleh cintakan you macam dia sebab i ada Farish" Akif terkaku.Afeeya marah atau apa. "Feeya.You sedar tak apa you cakap ni?" "I sedar Akif..i tak mabuk pun" "You cakap macam ni sebab you takut kan?You takut you falling in love pada i..isn't?" Akif menghampiri Afeeya dengan tenang.Afeeya menggelak bila Akif mengangkat dagunya.Akif merenung wajah polos Afeeya.Mata coklat Afeeya begitu menarik minat Akif. "Pandang mata i" Afeeya tidak berganjak.Matanya masih memandang keluar.Akif semakin dekat kerana Afeeya dapat rasa yang dada mereka bersentuhan.Berpeluh-peluh tangan Afeeya walau bilik sudah dipasang penghawa dingin. "Feeya.."Akif memberanikan diri merangkul pinggang ramping Afeeya.Merapatkan lagi tubuh mereka.Afeeya seperti terpaku dengan tindakan Akif.Hanya membiarkan leher jinjangnya dikucup Akif perlahan.Kebas rasa wajah Afeeya kerana itu kali pertama ada lelaki yang berani buat begitu pada dia.Kucupan Akif beralih kebibir mugil Afeeya bila tiada penolakkan dari pihak Afeeya.Lelaki itu seolah-olah sudah hilang kawalan.Untuk seketika Afeeya lupa akan syaratnya,Dia lupa pada Farish.Dia terkhayal dengan sentuhan Akif.Bibir lelaki itu manis sekali seperti orangnya.Afeeya membalas rangkulan Akif dan membiarkan sahaja tubuhnya disentuh Akif. Tung...! Gelas diatas meja terjatuh kerana dilanggar Afeeya menyebabkan dia tersedar.Pantas Afeeya meleraikan pelukan mereka.Wajah Afeeya merah padam kerana malu.Bajunya yang terlorot hingga mendedahkan bahunya dinaikkan semula.Afeeya menyumpah-nyumpah diri sendiri.Mengapa dia terlalu mudah cair dengan Akif.Afeeya spontan berlari masuk kedalam bilik mandi.Kesal dengan kelalaian diri sendiri. "Apa kau buat ni Kif?Bodoh"Akif menyaup wajah berkali.Menyesal atas keterlanjuran dia tadi.Akif sedar memang dari mula dia kalah bila berdua dengan Afeeya.Lagi-lagi dahulu dia pernah suka pada Afeeya.Ah,semua jadi kacau. "Feeya..are you okey..Im sorry Feeya"Akif mengetuk pintu bilik mandi berkali.Risau kerana Afeeya lama didalam. "Im sorry Afeeya..i janji i wont never happen again" Akif sendiri tidak pasti dengan janji yang dibuat.Tapi dia bimbangkan Afeeya. "You janji?" Pintu terkuak sedikit.Afeeya menjenguk keluar.Berdepan dengan Akif yang sedang berdiri dipintu. "I janji.."Akif mengangkat tangan. Afeeya keluar dari bilik mandi dan terus duduk memeluk kedua kaki.Akif duduk dibirai katil,menghadap Afeeya, "You dah langgar syarat" Perlahan suara Afeeya. "Mana ada?"Akif menafikan. "Habis yang you buat tadi?"Bentak Afeeya. "you tak cakap cium tak boleh" Afeeya mengetap gigi geram.Akif main-main. "Ye..ye..sorry. i salah tapi you tak tolak pun"  Akif rasa Afeeya rasa apa yang dia rasa,cuma wanita itu ego. "Diam you..I tak nak you buat macam tu lagi" "So,jangan goda i" "Bila..?" "Entah..ermm.Malam ni i treat you a dinner" Afeeya masih tidak puas hati.Begitu sahaja Akif boleh ubah topik.Dasar lelaki gatal. "Tak nak" Bentak Afeeya. "Okey,tak nak tak apa..Ada banyak masa sikit dalam bilik ni" Afeeya mencegil mata.Akif baru sahaja berjanji. "You ni kan..sakit hati jer lah cakap dengan dia.." Akif ketawa kecil.Seronok melihat Afeeya menahan geram. "So,you siap" "Dian?" "Esok baru i jumpa dia.." Afeeya pelik betul dengan Akif.Sepatutnya Akif habiskan masa dengan Dian,bukan dia.Jauh-jauh datang kalau setakat hendak berjumpa sekejap-sekejap begitu,mana puas.Jika dia,tentu sahaja tak akan berenggang dengan kekasih hati.Sudahlah susah hendak jumpa. "Suka hati you la Akif.." Akif hanya memerhati langkah Afeeya ke bilik mandi.Cantik.Dia tersenyum sendiri.Teringat bertapa hotnya kucupan Afeeya tadi.Akif mengigit bibir.Habislah,dia sudah kemaruk dengan Afeeya. ************ Makan malam berlatar belakangkan Eiffel Tower amat mengasyikan.Suasana dingin dengan musik perlahan membuatkan suasana menjadi begitu romantik walaupun terdapat orang yang lalu lalang tidak henti-henti, "You tempah makan kat sini?" Afeeya lihat,diatas meja ada nama Akif Ikhmal bila mereka sampai. "Semalam i lalu sini.Macam best jer" "Not bad" Afeeya tidak mahu memuji lebih.Nanti kembang pula Akif.Jauh dibenaknya,dia memang sukakan suasana begitu.Ini agaknya yang dikatakan Shima bila bersama dengan lelaki matang.Semua teratur. "I tahu you suka.." Sebenarnya semalam,Akif lihat Afeeya ada mengemaskini akaun instagramnya.Afeeya memaklumkan alangkah indah jika dapat makan malam bersama yang teristimewa di restoran sebegitu.Status dimuat naik dengan gambar belatar belakangkan restoran yang mereka sedang duduk itu. "Mana you tahu" "You kan species sentimental ?" Afeeya mengigit bibir sebelum buat muka mengejek Akif.Lelaki itu tersenyum.terhibur dengan keletah Afeeya. "Kif.You sure Dian tak akan trace kita kat sini?" Afeeya tiba-tiba teringat yang Dian tinggal berdekatan dengan tempat mereka menginap. "I dah hafal tempat dia akan jalan dan pergi.Dian tak akan datang area sini.Baik dia pergi shopping" Afeeya dan Akif sama-sama ketawa.Mereka memang ada kesepakatan jika bercerita tentang Dian. "You tak contact Farish?" Sengaja Akif bertanya.Dia ingin tahu sejauh mana hubungan Afeeya dan Farish. "I bukan macam you.i dah update pagi tadi dah lah..Nanti malam,i just leave message ke apa" Air jus didalam gelas,Afeeya teguk perlahan sehingga separuh.Haus pula. "Kenapa pula macam i.I lagi busy dengan kerja..Feeya.I tanya sikit boleh?Tapi you janji jangan marah"  Gelas diletak semula ke atas meja.Afeeya mengangkat kening. "Personal..i nak kalau boleh you jujur.And i pun janji,i akan jujur dengan you"  "Berbelit-belit lah you ni.Cuba straight to the point" Biasa Akif bukan jenis berputar-putar begitu.Penat pula Afeeya hendak tunggu apa yang akif ingin tanyakan. "I takut you marah" "I tak marah.i janji.." "Ermm..You dengan Farish dah lama kan?"Afeeya mengangguk. "You cintakan dia?"  "Of course i cintakan dia,kenapa you tanya?" Akif sedikit hampa.Tetapi dia sudah bersedia kerana memang sudah maklum tentang pekara itu.Cinta boleh berubah bila-bila masa. "Sejauh mana hubungan you dengan dia?" Entah kenapa,berdebar pula jantung Akif bila menanti jawapan yang satu itu.Takut jawapan Afeeya menghampakan. "Maksud you?" "You dengan Farish pernah.."Tidak sanggup Akif hendak meneruskan pertanyaan.Afeeya diam seketika sebelum ketawa. "You gila?Walau i macam ni..I tak pernah buat benda-benda macam tu tau...my virginity hanya untuk suami i yang sah dan yang i cinta sahaja" Akif menarik nafas lega.Sudah mampu tersenyum. "I suami you yang sah kan" "Ya,,tapi bukan yang i cinta" Berlagak betul jawapan Afeeya.Akif mencebik. "Yakinnya you Feeya..Perjalanan kita jauh lagi tau..Nak tunggu you habis study ada setengah tahun lagi" Sengaja Akif kata begitu.Mungkin otak Afeeya boleh berfungsi sedikit.Keyakinan Afeeya itu membuatkan dia lagi inginkan wanita itu.Susah dapat,susah mahu lepas.Presepsi dia pada Afeeya berubah 360 darjah.Afeeya wanita yang sukar untuk dilimiliki. "Yakinlah.Hati i tak akan berubah..You tanya orang.You tu?" Giliran Afeeya pula bertanya.Dia juga mahu tahu,sejauh mana batas Akif dalam perhubungan dengan Dian. "I? Dulu,but now tak ada dah..." "Tipu,baru malam hari tu i nampak you dengan Dian kissing" Akif ketawa kecil. "You nampak betul-betul i kissing dia?" Afeeya menelan air liur. "Dia tarik tengkuk i tapi i sempat menggelak lah Feeya.I suami orang.as long i ni suami orang,i tak akan buat benda-benda tak sepatutnya belakang wife i walaupun wife i tu tak sayang i pun" Wajah Afeeya berubah.Akif tuju pada dia agaknya. "I pun tak akan buat perkara yang tak sepatutnya.I respect you as my husband" Afeeya berkata sejujurnya. "One more..i tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan tau"  "I tak tanya pun" Akif terkekeh.Sudah mengagak jawapan Afeeya.Sudah senang hati Akif bila tahu bagaimana hubungan Farish dan Afeeya.Farish bukan lawan dia pun.Cuma Akif ada cara dia sendiri bagaimana untuk mendapatkan Afeeya.Buat waktu itu,dia masih ada ruang besar untuk Dian dalam hatinya.Sukar untuk dia tepis.Akif takut,rasa hati pada Afeeya itu datang kerana nafsu.Biar perasaannya jelas agar tiada hati yang terluka dikemudian hari.  "Lepas ni kita jalan-jalan nak?" Ajak Akif.Masih awal jika mereka hendak balik ke hotel sekalipun. "Boleh.Lagipun semalam masa i buat research,ada tempat cantik kat sebelah sana tu.Spot cantik untuk ambil gambar"Afeeya menunding kearah hujung jalan. "Sparkling nampak Eiffel tower dari sini kan?"  "Ya..cantik..I lapar.Kita makan dulu ya." "Sorry Feeya..This vegetarian and non alcoholic restaurant.So inshaAllah halal" Risau Akif jika Afeeya tidak suka dengan pilihan makanan yang ada di restoran itu. "No problem.You know me right?I okay sahaja" Akif kembali tersenyum.Afeeya memang mudah dan tidak cerewet.Syukur Afeeya tidak menolak apa sahaja yang diberi dia. "Friday dah nak balik Malaysia.Lepas tu i dah busy dengan kerja" Keluh Akif.Rasa sekejap pula mereka disitu.Sayang ingin meninggalkan kenangan mereka berdua dikota cinta itu. "I pun busy" "Busy dengan boyfriend you lah kan?" Soal Akif menyindir. "Adil lah kan?I dah beri you banyak masa dengan Dian disini tapi you tak guna sebaiknya"  "Apa sangat i boleh buat dengan dia.Kurang masa i dengan dia,kurang maksiat" Afeeya ketawa kecil. Ada-ada sahaja Akif. "Suka hati you lah Akif"
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD