Bab 9
Malam itu Akif minta izin Afeeya untuk bertemu Dian.Esok mereka akan begerak kebahagian lain kota Paris sebelum pulang ke Malaysia.Banyak tempat yang belum Afeeya sempat lawat.Kasihan Akif lihat Afeeya kerana Akif tidak membenarkan Afeeya berjalan diluar kawasan tanpa dia.Jadi,Akif fikir hendak bertemu Dian malam itu.Mahu habiskan masa bersama dengan wanita itu.Mulai Esok dia boleh menemani Afeeya pula berjalan-jalan di Notre dame atau disekitarnya.Dian juga asyik sibuk dengan urusan di kampus kerana sudah semesta akhir.Oleh sebab itu Akif tidak mahu menganggu.Tidak lama lagi Dian akan pulang juga ke Malaysia.Waktu itu nanti,pandailah Akif hendak uruskan soal Afeeya dan Dian.
Seperti biasa,Akif berjalan menyelusuri kaki jalan disepanjang Seine River menuju ke apartment sewaan Dian.Akif menikmati pemandangan yang dipenuhi cahaya lampu.sesekali terdengar bunyi bising Metro train yang lalu dilandasan berhampiran tempat dia berjalan.Akif teringat saat dia kesitu bertemu Dian setahun yang lepas.Terbayang tawa Dian yang pernah menjadi peneman mimpinya dikala rindu.Dia cantik,manja,berdikari tetapi sifat sombong Dian membuatkan mama sangat anti dengan kekasih dia itu.Kadang-kadang pening juga Akif fikir bagaimana hendak buat mama menerima Dian.Dian pula langsung tidak mahu berubah.Dian kata,dia bukan sombong tapi dia memang sukar hendak bercampur gaul dengan sebarangan orang.Dengan mama memang Dian tiada masalah.Tetapi dengan opah,Dian buat endah tidak endah sahaja bila bertemu.Apatah lagi dengan saudara mara dia yang lain.
"Dian..Dian..Kenapalah i sayang sangat pada you" Akif berkata pada diri sendiri.Jika lelaki lain alami apa yang dia alami tiga tahun lalu.Akif rasa,sudah lama Dian ditinggalkan.Apa tidaknya.Dian tiba-tiba membatalkan pernikahan mereka yang sudah dirancang setahun sebelum itu.Semua persiapan sudah sedia.Hingga menunggu hari untuk diijabkabulkan.Hanya wakil yang dihantar keluarga Dian untuk pulangkan cincin dan wang hantaran.Dua bulan Dian hilang begitu sahaja meninggalkan dia frust menonggeng.Apabila perasan sudah semakin reda,Dian kembali datang merayu.Dia menjelaskan keadaan sebenarnya.Waktu itu,kerana sayang,semua Akif turutkan.Dian diterima kembali dengan hati yang terbuka.Cinta yang dipupuk sekian lama,mekar kembali.Cuma kali itu,Akif lebih berhati-hati.Dia tidak lagi memberi sepenuh hatinya untuk Dian semata.Kerana itu adanya watak Farah dalam hidup Akif. Bukan niat hati Akif hendak mempermainkan Farah.Malah,acap kali Akif mengingatkan Farah sempadan hubungan mereka.Akif menekan loceng bila dia sampai ke apartment Dian.Seorang gadis yang Akif rasa melayu membuka pintu.
"Dian in?"Soal Akif sopan.
"You siapa?" Tanya gadis itu semula.Kali itu Akif pasti,gadis yang sedang bediri dihadapan dia itu melayu.
"Dian boyfriend"Beritahu Akif.Wajah sigadis berubah.Akif tidak tahu mengapa.
"I Melia.Housemate Dian.Sorry tak kenal you sebab i baru tiga bulan pindah sini" Melia mengajak Akif masuk.
"Its okey.i pun once a year jer datang sini" Melia mengangguk tanda faham.
"Kejap i panggil Dian"
"Its okey.bilik Dian masih sama kan?" Melia mengangguk ragu-ragu. Bagaimana dia hendak menghalang. Akif meminta diri untuk masuk kebilik Dian.Kenapa Dian tidak pernah beritahu ada kekasih yang kacak seperti itu.Memang Dian tidak tahu bersyukur kerna Melia lihat,Akif seperti lelaki yang baik-baik.
"Who is that babe?" Kekasih Melia yang baru keluar dari dapur bertanya.Dia tidak pernah lihat lelaki yang masuk ke bilik Dian.
"Dian boyfriend.."
"What?"Lelaki itu agak terkejut.Kemudian bercakap dalam loghat Perancis yang Melia sendiri tidak berapa faham.
"don't interfere with their business" Melia menarik tangan kekasihnya masuk ke bilik.Dia tidak mahu menyibuk urusan Dian dan Akif.
Akif masuk bilik Dian yang masih sama seperti setahun yang lalu.Semua kemas kecuali katil dan meja study.Akif terdengar bunyi pancuran air dari bilik mandi.Lewat malam begitu baru Dian mandi.Mungkin sibuk dengan assignment memandangkan atas meja study Akif lihat terdapat kertas melakar.Dibelek satu persatu.Cantik.Diatas lantai terdapat Kertas-kertas yang dikeronyok terkeluar dari bakul sampah.Akif menggeleng sebelum mengutip satu persatu sampah untuk dibuang.Sewaktu memasukkan sampah kedalam tong,Akif terlihat sesuatu yang Akif rasa tidak patut ada didalam bilik seorang gadis bujang.Akif membelek seketika.Baru digunakan.Wajah Akif terasa panas.Ada sesuatu yang tidak beres.Akif menjeling kearah laci.Tanpa izin Dian,Akif membuka laci meja solek Dian itu.Diselongkar sehingga terjumpa apa yang dia cari. Tekaan Akif tepat.Dian curang dibelakang dia.Akif duduk di tepi katil.Kakinya digoyang-goyang kerana terlalu geram.Patut Dian tidak beri dia masuk kedalam apartment itu lagi.Lagi Akif ternampak seluar jeans lelaki tersangkut dibelakang pintu.Menguatkan segala prasangkanya.
"Babe..are you in?"Akif tidak menjawab.Darahnya menyirap mendengar suara Dian.Teringat gambar yang Shamil kirim pada dia dua bulan lepas.Sepupu Shamil satu universiti dengan Dian.Akif sahaja yang tidak percaya.Akif bukan kolot sangat.setakat gambar berpelukan begitu,dia masih boleh terima.
"Damian...errr...Akif.Macam mana you boleh masuk?Kenapa tak call i dulu?" Tergagap Dian bertanya.Habislah dia.Wajah Dian pucat.Dia fikir Damian yang pulang.Tidak sangka Akif yang datang.Akif kata mahu rehat malam itu dan tidak mahu kemana-mana. kerrana itu dia berani mengajak Damian datang tadi.
"Siapa Damian?" Soal Akif,masih tenang.Dian berdiri kaku dengan tubuh hanya dibaluti tuala.sedikitpun tidak meredakan hati Akif yang sedang mengelegak.
"Ermm,my friend" Akif melemparkan kotak condom ke muka Dian membuatkan wanita itu kaget.Mana Akif jumpa.
"You nak i kutip yang dalam tong sampah tu and lempar kemuka you juga?"Bentak Akif hingga membuatkan Dian takut.
"Sayang..Tu bukan i punya.." Akif tersenyum sinis.Alasan apa yang cuba dicipta Dian kali ini.Dasar penipu.
"Habis.Manusia mana punya?" Sepantas kilat Dian duduk melutut dihadapan Akif dengan hanya bertuala.
"Akif.Sumpah tu bukan i punya...Tolong percaya i sayang"Mengigil-gigil suara Dian.Airmata sudah bercucuran.Dia tidak mahu ditinggalkan Akif.Akif ingin sahaja memaki hamun Dian tetapi tidak berguna.Semua sudah terjadi.Dia tidak kisah siapa Dian sebelum bersama dia tetapi dia memang tidak boleh terima untuk berkongsi wanita kesayangan dia dengan lelaki lain.
"You jangan main-main dengan sumpah lah Dian.Sebab tu you selalu ajak i tidur dengan you kan?.nanti boleh you claim pada i untuk bertanggujawab?"Akif menolak bahu Dian yang sedang memeluk kakinya.Jijik dengan wanita itu.Dian tetap memeluk kuat kaki Akif.Tidak mahu lelaki itu pergi.
"Betul Akif...i cintakan you...Tak kan i nak buat macam tu" Dian cuba menyakinkan Akif yang sedang mengenggam cadar,menahan geram.
"i jijik you tahu tak.I sayangkan you.Percaya pada you,tapi ni you balas?"Dian menangis-nangis seperti dirasuk bila Akif menolak-nolak tangannya yang cuba memeluk Akif.Lelaki itu benar-benar marah.Akif takut tidak dapat mengawal kemarahan dia nanti.Baik dia keluar segera dari apartment Dian itu.Melia dan kekasihnya juga keluar kerana bimbang bila terdengar suara riuh rendah dari ruang tamu.Tidak berani hendak masuk campur kerana dari apa yang dilihat Dian yang bersalah.
"What happen baby?"Tiba-tiba muncul seorang lelaki inggeris yang baru masuk kerumah.Lelaki itu meluru mendapatkan Dian tetapi Dian menolak sambil menjerit minta lepaskan dia.Lelaki itu kelihatan agak keliru dengan kejadian yang sedang berlaku.
"Damian?"Tanya Akif.Lelaki itu mengangguk.
"Please take care of her" Akif menepuk bahu Damian sebelum keluar.Tidak mungkin dia hendak bertumbuk hanya kerana seorang wanita seperti Dian.Buat sakit hati dan badan.Dian tidak layak untuk direbut.
"Akif..Jangan tinggalkan i..I love you so much babe..Akif.."Jerit Dian.Akif tidak menghiraukan Dian yang mengejar langkahnya sehingga Akif masuk kedalam lif.Bila pintu lif tertutup,air mata lelaki Akif tumpah juga.Semua kenangan bersama-sama Dian bagaikan tayangan.Hati Akif tetap merasa sakit bila Dian khianati dia sebegitu sekali.Akif menyaup wajah berkali.Menyeka air mata.Malu lelaki menangis kerana seorang wanita curang.
"Tak guna kau Dian!" Jerit Akif sekuat hati menyebabkan beberapa orang yang sedang berjalan lalu lalang menjeling kearah Akif untuk seketika.Tetapi tiada siapa yang hiraukan lelaki itu.Akif terduduk disebatang pokok menghadap sungai.Akif tidak pedulikan orang yang lalu lalang.Apa semua itu salah dia hingga Dian buat sesuatu yang diluar pemikiran dia.Akif tidak percaya Dian sanggup buat begitu.Bukan sehari dua mereka bercinta tetapi lima tahun.Dia boleh sahaja buang Dian kerana ada Afeeya tetapi sayang dan cinta dia masih bersisa untuk Dian.Kini,Dian sendiri yang menghancurkan.Ini bukan kali pertama Dian meremukkan hati Akif,sekaligus menutup terus pintu untuk Dian dalam hatinya.Tiada lagi ruang untuk Dian dihatinya.Dia tidak rugi apa pun kerana dia masih punya seorang isteri yang sah.Yang layak untuk dia.
***********
Afeeya lihat wajah Akif masam mencuka.Mata,hidung Akif merah.Lelaki itu kenapa.Tidak sihat kah?Afeeya bimbang.Akif tidak bercakap.Lelaki itu mandi solat dan terus tidur.Afeeya memberanikan diri menekap tapak tangan kedahi Akif tetapi suhu normal.Tidak panas.Kenapa lelaki itu jadi begitu.
"Akif..you okey?" Akhirnya Afeeya terpaksa bertanya.Dia bimbangkan Akif.Terakhir Afeeya lihat Akif begitu adalah sewaktu Dian membatalkan pernikahan mereka tiga tahun lepas.Apa.Akif dan Dian punya masalah berat lagi?.
"Feeya..can i hug you"Tiba-tiba Akif bersuara.Afeeya teragak-agak.Akif kenapa?
"Dont worry,i just nak hugging you saja.i need someone to make me calm" Akif tahu Afeeya takut terjadi lagi perkara seperti beberapa hari lepas.Tetapi dia benar-benar perlukan Afeeya.Hanya Afeeya sahaja bisa membuatkan dia tenang ketika itu.
"You kenapa?" Soal Afeeya sambil berbaring disebelah Akif dan membiarkan lelaki itu memeluknya erat.
"Nothing.."Afeeya tidak mahu bertanya lagi kerana bila Akif sudah berkata begitu,bermakna lelaki itu belum bersedia untuk berkongsi apa-apa.Malam berlalu dengan pantas.Afeeya terlena dalam pelukan hangat Akif.dan hanya tersedar bila dikejutkan lelaki itu pada waktu pagi.
"Feeya.Bangun" Kejut Akif.
"Breakfast on the bed"Ucap Afeeya sebaik mata terbuka.
"I tapau dekat cafe seberang jalan tu" Beritahu Akif sambil memotongkan roti untuk Afeeya.
"You okay Kif?"Afeeya lihat pagi itu Akif sudah seperti biasa tetapi tidak seceria selalu.
"I okay.Kenapa?" Afeeya menggeleng.Tidak mahu merosakan mood Akif dan dia sendiri.
"Hari ni jadi tak kita nak pergi ke ke Montrmarte..Jauh tak dari sini?" Afeeya teringat rancangan mereka hari itu.
"Tak,dalam 40 minute if kita naik Metro.Kalau you tak nak,kita naik Uber..20 minit jer kalau jalan tak sibuk" Afeeya mengangguk tanda faham.
"Mana-mana pun boleh..Tapi i nak pergi sana tau"
"Lepas breakfast siap ya" Rambut Afeeya diusap lembut sebelum bangun.Akif mahu bersiap dahulu.Jika hendak tunggu Afeeya,alamatnya,tengahari baru boleh bergerak.Akif sudah mematikan talifon bimbit sejak semalam.Akif tidak mahu Dian mencari dan menganggu fikiran dia buat masa itu.Akif tekad untuk tidak beri peluang pada Dian lagi.Akif mahu gunakan masa yang masih bersisa untuk Afeeya kerana bila pulang ke Malaysia,belum tentu lagi dia dapat bemesra dengan Afeeya seperti disitu.Afeeya mungkin sudah sibuk dengan Farish.