Bab 10
Afeeya menghentak pintu kereta membuatkan Shima terkejut.Jika bukan kerana ada mesej masuk tadi,Afeeya tidak akan tahu yang Farish menggunakan kad miliknya dimana.Wanita itu merempuh masuk kedalam kelab malam yang bingit dengan bunyi muzik.Bau rokok menyesakkan nafas Afeeya.Bagaimana selama ini dia boleh hidup dengan cara begitu.Afeeya mencelah ditengah-tengah pengunjung yang sedang rancak menari mengikut alunan muzik rancak yang sedang bergema.Dia tahu Farish masih disitu.
"Farish!"Jerit Afeeya.tetapi suaranya tenggelam dek bunyi muzik yang terlalu kuat.Dia menghampiri lelaki itu yang sedang minum bersama beberapa lagi orang kawan yang Afeeya tidak kenal.Afeeya menarik lenggan Farish keluar dari kelab.Waktu itu Farish sudah separuh sedar.Afeeya tahu Farish bukan mabuk tapi Farish mengambil pil khayal.Ditampar pipi Farish berkali.
"Farish,mana kad i?"Soal Afeeya keras.
"Kenapa ni sayang?"
"I dah cakap banyak kali.Kad i jangan guna sebarangan.Ni duit i buat paid review faham?!" Bentak Afeeya.Dia paling pantang orang menggunakan duit hasil titik peluhnya untuk kegunaan begitu.Farish ingat dia mencetak duit agaknya. Dia susah payah mencari duit,Farish senang-senang menghabiskan.
"I pinjam.Nanti i bayar baliklah" Kad yang dihulurkan Farish,Afeeya rampas.
"Nak bayar pakai apa?air liur?" Afeeya betul-betul bengang dengan Farish.Rasa ingin ditendang Farish disitu juga.
"Sejak bila berkira dengan i ni sayang?" Afeeya mengigit bibir.Menahan geram.
"I bukan berkira tetapi i tak nak you salah guna duit i tu untuk beli benda tak guna tu" Afeeya semua saku Farish,mencari jika Farish masih mempunyai baki pil khayal.Afeeya tahu harga jenis yang diambil Farish bukan murah.Duit PTPTN Farish juga selalu tidak bersisa.
"Apa ni sayang...Apa ni"
"Bagi i.."Afeeya merebut plastik berisi beberapa biji pil berwarna merah jambu itu.
"Feeya,bagi balik pada i.." Rayu Farish.Hendak berebut dengan Afeeya dia tidak berani.Afeeya jika sudah naik angin apa sahaja boleh berlaku.
"You nak?kirim salam.Ni duit i" Afeeya menolak Farish sebelum beredar.Panggilan Farish tidak diendahkan Afeeya.Afeeya terus masuk kedalam kereta.dan meminta Shima beredar.
"Macam mana?" Afeeya menyua plastik berisi pil-pil berwarna merah jambu kepada Shima.
"Ish kau ni.Kalau ada roadblock,kena tahan habis kita tau.Buang la..."Afeeya mencebik.Biar dia simpan.
"Buat apa nak buang.Membazir.."
"Habis kau nak buat apa?Nak bagi kat Akif?" Afeeya ketawa mendengar kata-kata Shima.
"Bagus juga idea kau tu.Dia kan selalu kacau aku"
"Kau jangan.Kot lain jadi nanti.Tak pasal-pasal Akif kerjakan kau pula nanti" Shima dan Afeeya sama-sama ketawa.Tentu Akif tumbang terus jika diberi sebiji pun pil itu.
"Kau hantar aku balik terus Shima.Dah pukul dua belas lebih ni.AKif comfirm bising ni"Jam tangan dijeling sekilas.Memang Afeeya risau jika balik lambat.Dia pasti AKif akan bising.Lagipun malam itu Akif tiada futsal.
"Erm.Kau dengan Akif macam mana Feeya?Dah tiga bulan dah kan korang kahwin"
"Macam tu sajalah.Dia sibuk dengan projek dekat Pahang tu.So,selalu out station.Kadang-kadang seminggu tak jumpa pun" Jelas Afeeya.Sejak mereka balik dari Paris,Afeeya jarang lihat Akif bergayut di talifon.Jika ada pun,Afeeya tidak rasa itu Dian.
"Kau tak ada feeling dengan dia ke Feeya?"Afeeya menggeleng.
"Kau sure?" Afeeya mengangguk lagi.
"Dia ada Dian,Aku ada Farish.Noktah"
"Aku tak tahu lah nak cakap apa dengan kau ni Feeya.Dosa tau tak" Shima menekan suara.Geram dengan jawapan Afeeya.Bagaimana lagi hendak Shima menyedarkan Afeeya.Afeeya pasti akan menyesal jika suatu hari nanti dia terlepas Akif.Afeeya tidak mengendahkan bebelan Shima.Dia tahu apa yang dia buat.Tiada siapa yang boleh mengatur hidupnya.
**********
Sewaktu Afeeya masuk kebilik,Akif sedang menghadap lap top dengan kertas di atas meja.Afeeya fikir Akif sudah tidur.Dia buat seperti biasa.Mengambil baju gantian untuk dibawa ke bilik mandi.Nampaknya Akif sangat sibuk hingga tidak mempedulikan kepulangan dia seperti selalu.Selesai mandi,Afeeya naik keatas katil.Sudah siap untuk tidur.Esok dia ada kelas pagi.
"You pergi clubbing?" Soal Akif pendek.
"I ada pergi sana.Tapi sekejap.drop by.Ada hal"
"Boleh tak you jangan jejakkan kaki you kesana lagi,,Berapa kali i beritahu you baru you nak faham?" Suara ditekan sedikit tapi masih perlahan.Akif tidak mahu keluarga mereka terdengar.
"I dah kata i pergi sana sebab ada hal.Bukan i pergi bersuka ria" Afeeya mula rasa tidak puas hati dengan kata-kata Akif.
"Apa pun reason you.You tak patut pergi sana"
"Akif..you jangan masuk campur hal i boleh?i dah ingatkan you berkali dah kan" Akif bangun dan duduk ditepi katil.
"Feeya..Respect i sikit boleh? i ni suami you tahu tak?" Afeeya menghenyak tubuh tanda protes.
"You nak i buat apa?i dah stuck dengan you sedangkan i ada life i sendiri"Suara Afeeya sedikit bergetar.
"You menyesal?"
"Memang i menyesal.." Untuk seketika,suasana didalam bilik menjadi sunyi sepi.Kata-kata Afeeya sedikit sebanyak melukakan hati Akif.
"I cuma nak ingatkan you satu sahaja.Jangan buat sesuatu yang boleh mencabar ego i sebagai suami you" Kata-kata akif keras.Tiada senyuman.Akif tidak berganjak.lelaki itu duduk menunduk.Afeeya cuba menghadam kata-kata Akif.Dia tidak faham.Langsung tidak mengerti.Malam itu suasana menjadi begitu sepi.Esoknya pagi-pagi lagi Akif sudah keluar kepejabat.Afeeya tidak peduli.Biarkan Akif mahu buat apa.Lebih elok begitu dari Akif menyibuk hal hidup dia.Lebih baik di segera bersiap.Pagi itu ada kelas Puan Norlin.Afeeya tidak mahu lewat.
***********
Pagi itu tiada siapa yang berani menegur Akif kerana melihat wajah masam mencuka bos mereka itu.Akif juga tidak menegur sesiapa seperti biasa.Fikirannya melayang terfikirkan Afeeya.
"Morning Encik Akif" Ucap Damia,setiausaha Akif mesra.
"Morning Mia.Ada apa-apa untuk i?" Damia membawa buku catatan kebilik Akif seperti biasa.Akif terus duduk di bersandar dibilik mendengar semua temujanji dan pesanan atasan untuk dia hari itu.
"One more Encik Akif.Tadi pejabat agama wilayah ada call,beritahu kad nikah Encik Akif dan Afeeya dah siap..Anything yang i perlu tahu Encik Akif?" Akif memberi arahan supaya Damia merapatkan pintu yang terdedah.Damia sudah lama menjadi setiausaha dia.Semua hal berkaitan kerja,malahan berkaitan peribadi dia juga Damia juga yang uruskan.Akif begitu percayakan Damia.
"I dah kahwin dengan Feeya tiga bulan lepas.Tapi i tak nak sesiapa pun tahu ya"Pinta Akif.
"Sebab Cik Dian?" Lambat-lambat Akif mengangguk.Akif tidak mahu ada yang menuduh Afeeya menjadi perampas kerana semua sedia maklum,Dian adalah kekasih Akif.
"Nanti bila dah settle semua,baru i akan maklumkan pada semua"
"Erm.Baiklah.Apa-apa pun saya doakan kebahagian Encik Akif dan Feeya.Feeya tu baik orangnya.Sweet sangat" Puji Damia ikhlas.Dia sudah lama kenal dengan Afeeya.Sebelum Damia bekerja dengan Syarikat Zamri Corporation Berhad sebagai setiausaha Akif,Damia pernah bertugas sebagai guru tuisyen Jannah dirumah Dato Mirza.Selalu juga Damia berbual dengan Afeeya selepas mengajar.Afeeya juga yang mengesyorkan dia menjadi setiausaha Akif.Kerana waktu itu,setiausaha Akif yang sedia ada baru berhenti.
"Thanks Damia.."
"Ada apa-apa lagi?"
"Tak ada apa..Anything,i let you know" Setelah Damia keluar,Akif kembali termenung.Hati Akif sakit dengan jawapan Afeeya semalam.Afeeya masih tidak tahu tentang keadaan dia dan Dian.Akif tidak mahu nanti Afeeya fikir bukan-bukan tentang Dian.Buat waktu itu hanya Shamil yang tahu.Itupun kerana Dian sendiri yang mencari Shamil.Jika tidak,Akif memang tidak akan buka cerita.Akif bukan jenis bila sudah benci,semua yang buruk dijaja kesana kemari.Pekara yang sudah lepas,biarkan sahaja jadi kenangan.
"Kif!" Terkejut Akif bila disergah Shamil begitu.
"Kau memang tak reti bagi salamya Mil?" Buku ditangan,Akif lepuk kebahu Shamil menyebabkan sahabat dia itu mengaduh.
"Sakitlah..Aku bagi salam.ketuk pintu,haram kau nak dengar.Yang kau menung ni kenapa?" Tanpa dipelawa Shamil melabuhkan punggung dikerusi menghadap Akif.
"Tak ada apa"
"Pasal Feeya ke Dian?" Dahi ditopang dengan kedua belah tangan.Akif pening.
"Feeya..Dian dah tak ada dalam kamus hidup aku" Shamil hampir ketawa.Sejak bila Akif jadi sentimental begitu.
"Apa Feeya dah buat dengan kau Kif?Teruk sangat aku tengok"
"Sebab dia tak buat apa-apa aku jadi macam ni bro" Akif tersenyum menggeleng.Malu dengan keadaan dirinya yang terkejar-kejar dengan isteri sendiri.
"Terus terang je la dengan dia Kif.Kau tak cakap,mana dia nak tahu..Perempuan ni nak kena cakap"
"Kau ingat dia nak?Dia tengah hot bercinta dengan budak lelaki tu"
"Dayus kau biarkan bini kau kehulu kehilir dengan lelaki lain macam tu Kif" Bukan niat Shamil hendak mengapi-apikan Akif tetapi Akif harus sedar,Afeeya itu isteri Akif yang sah.Tiada istilah kahwin kontrak atau kahwin bersyarat.
"Entahlah Mil.Aku sakit kepala bila fikir-fikir balik tentang kitaorang ni"
"Simple Kif..Tak nak,kau lepaskan sahaja Feeya.Jangan sebab nak jaga hati orang lain,kau biarkan Feeya tu terus berdosa" Akif cuba menghadam kata-kata Shamil sedalamnya.Mungkin dia terlalu berlembut dengan Afeeya.
"Lepaskan?"
"Ye lah..Tak kan kau nak tanggung dosa.Kau tak tahu apa Feeya dengan budak tu buat belakang kau"
"Feeya tak akan buat macam yang Dian buat Mil.."Shamil tersenyum sinis.Akif masih tidak belajar dari kesilapan.
"Dulu dengan Dian pun kau cakap macam ni.Belajar dari kesilapan"
"Tengoklah macam mana Mil.Aku tengah semak."
"Kif.Kau fikirlah apa yang aku cakap ni" Shamil kasihan melihat Akif tetapi dia tidak tahu bagaimana lagi hendak membantu Akif.Hal rumahtangga Akif,biarlah Akif sendiri yang selesaikan.Dia sebagai sahabat hanya mampu beri sokongan moral kepada Akif.
"Thanks Mil.Aku ni bodoh sikit bab-bab macam ni"
"Memang kau bodoh pun" Rasa hendak sahaja Shamil tunjal kepala Akif.
"Nanti malam ni aku datang lambat sikit.Aku ada kerja" Baru Akif teringat petang itu dia punya temujanji dengan client mereka di Bangsar.
"Kau ada meeting dengan Dato Maarof ke?"Akif mengangguk.
"Anak dara dia yang suka kau tu kan?"
"Merepek lah kau" Mereka sama-sama ketawa bila teringatkan anak gadis Dato Maarof yang menaruh hati pada Akif.Sanggup datang sendiri untuk menghantar dokumen ke tangan Akif.Sedangkan kerja itu boleh dibuat oleh dispatch syarikat.
************
Afeeya tidak mengendahkan panggilan Farish.Dia masih marah pada Farish tentang kejadian semalam.Kadang kala,Farish perlu diajar.lelaki itu tidak serik-serik.
"Sayang,tunggulah" Langkah Afeeya terhenti bila Farish menyambar lenggannya.
"Sakitlah"
"Sorrylah...You marah lagi pasal semalam ke?" Afeeya berdiri memeluk tubuh.Sedikit tidak memandang Farish.
"Jangan macam ni sayang"Pujuk Farish.
"Jangan macam mana?Kadang-kadang i pelik macam mana i boleh cintakan lelaki macam you ni Farish" Afeeya tahu,kata-kata dia agak kasar.Tapi dia tidak tahu lagi cara apa yang patut dia buat untuk menyedarkan Farish.
"Sampai hati you cakap macam tu dengan i Feeya"
"Sampai hati i?You?ada fikir hati i ke?" Farish terdiam.Sukar untuk dia meninggalkan tabiat yang satu itu kerana sudah sebati dengan dia.
"Feeya.You perasan tak.sekarang you dah jarang ambil tahu pasal i. You sibuk dengan assignment you.I rasa lonely" Afeeya hampir cair dengan kata-kata Farish tetapi dikeraskan juga hati.Dia mahu Farish berubah demi masa hadapan mereka.
"You matang sikit boleh?Jadi lelaki yang bertanggungjawab.Jangan nak sibuk clubbing..Habis duit.Cakap dengan you ni buat sakit hati jer.I ada kelas.Tadi pagi you tak masuk kelas.Petang ni jangan nak ponteng pula"Sempat Afeeya berpesan sebelum pergi.Dia sudah berjanji dengan Shima untuk menyiapakan tugasan di perpustakaan.Setelah itu,dia mahu pulang awal.Dia perlu menyiapkan video untuk instagramnya.Ada produk baru yang diterima Afeeya dua minggu lepas.Afeeya biasa akan mencuba dahulu sesuatu produk sebelum membuat ulasan.Jika hasilnya bagus,baru Afeeya akan kongsi di instagramnya.afeeya tidak mahu menipu orang yang menonton.Duit bukan keutamaan Afeeya tetapi dia suka berkongsi apa yang baik untuk para pengikutnya.