Bab 11
Balik dari pejabat,Akif terus bersiap untuk bermain futsal.Malam itu mereka bermain,berhampiran dengan kawasan perumahan Akif.Kelmarin dia tidak dapat turut serta kerana perjumpaan Akif dengan Dato Maarof berakhir lewat malam.Jadi,malam itu apa terjadi dia akan tetap pergi kerana sudah gian hendak menyepak bola.Afeeya tiada dibilik.Mungkin dibilik Imani.
"Main futsal?" Afeeya yang baru masuk kedalam bilik menegur Akif seperti biasa.
"Yup.."
"You tak pernah dah ajak i tengok you main futsal kenapa Kif.Last tiga tahun lepas"
"You nak ikut ke?" Akif sangat seronok jika Afeeya mahu ikut.
"Tak..i pun nak keluar.Farish ada futsal juga malam ni" Akif tidak bertanya lanjut.Dia hanya mengangguk sekali.Barang yang belum siap dikemas Akif sumbat kedalam beg sukan.Mood Akif sudah hilang.
"i pergi dulu" Lelaki itu mengangkat barang keluar dari bilik segera.
"Akif,tunggulah" Akif menolak tangan Afeeya yang sedang menarik lenggannya.
"Nak apa lagi.I nak cepat"
"I nak tumpang,kereta i rosak" Akif mendengus.Nak kasi Afeeya tumpang untuk jumpa Farish.memang tidaklah dia hendak tumpangkan.Afeeya fikir dia siapa.
"Ah.I nak lepak dengan kawan-kawan i malam ni.Lagipun you ingat i driver you nak hantar you jumpa boyfriend you" Bentak Akif.Afeeya tidak faham agaknya.
"Sama tempat kan?Apa salahnya..."
"Tak..i main kat tempat lain malam ni"Bohong Akif.
"Tak apa..i minta Shima hantarkan i"
"Mintalah..i nak pergi dah ni.bye" Akif cepat-cepat turun,keluar.Dia mencapai talifon bimbit didalam kocek.Di dail nombor talifon Shima pantas.Silap jika Afeeya fikir dia akan biarkan sahaja Afeeya bertemu Farish malam itu.
"Hello..Shima.Akif ni" Terkejut Shima.Tidak pernah Akif talifon dia malam-malam begitu.Ini mesti Afeeya buat hal lagi.Jika tidak mengapa Akif menghubungi dia tiba-tiba.
"Ada apa Akif?"
"Kejap lagi Feeya call you..Dia nak minta tolong hantarkan dia jumpa Farish.Jangan subahat tau.Dosa" Shima ketawa mendengar kata-kata Akif.
"Ya lah.I tahu..ni dia dah call"
"Okey.You jawablah apa-apa.Tapi jangan hantar dia" Sekali lagi Akif mengingatkan Shima sebelum panggilan terputus. Akif tersenyum.Padan muka Afeeya.Akif bersiul senang hati masuk kedalam kereta.
**********
"kenapa tak boleh pula?" Afeeya melepaskan keluhan.
"Aku tak laratlah Feeya nak keluar.Sengugut.Lagipun dah la tu.aku tak nak subahatlah dengan kau."
"Subahat apa nya?"
"Kau tu bini orang.Lepas tu nak keluar dengan lelaki lain malam-malam macam ni..Tak rasa bersalah ke Feeya?" Sudah banyak kali Shima menasihati Afeeya.Tapi satu pun Afeeya tidak mahu dengar.Apa hendak jadi agaknya.
"Akif tak cakap apa pun.Dia tak kisah,kenapalah kau nak risau Shima?"
"Kau kawan baik aku.Aku sayang kau.Nanti kau masuk neraka,aku tak ada kawan" Kata-kata Shima membuatkan Afeeya mendegus sebelum ketawa.
"Kau comfirm jer aku masuk neraka kan?"
"Isteri yang nusyuz tempat dia kat neraka.Tak payah nak hisab-hisab dah" Naik pula bulu roma Afeeya bila Shima kata begitu.
"Ye lah.Aku tak keluar malam ni.."
"Malam ni jer?" Shima sengaja memancing.
"Farish tu masih lagi kekasih aku tahu" Shima menjuih walau Afeeya tidak nampak.
"Kekasih kau tu tak boleh tolong kau apa-apa pun Feeya.Hidup dia pun tak terbimbing.Lainlah Akif tu.Kalau kau tak nak,pas pada aku lah..Aku suka lelaki hot macam tu" Usikan Shima membuatkan Afeeya sedikit terkesan.Sudah beberapa orang mengusik dia untuk cuba memikat Akif.Bagus sangatkah Akif hingga ramai wanita tergila-gila akan suaminya.
"Kau pun sama dengan budak-budak ni kan?"
"Apa salahnya.Kalau bini tak reti layan,ramai perempuan yang berderet nak layan dia.Ni dia mana?" Sengaja Shima bertanya walau dia tahu Akif tiada.
"Futsal lah.Mana lagi dia nak pergi"
"Aku gerenti ramai perempuan kat sana Feeya..Rugilah tak ikut" Shima sengaja memanaskan hati Afeeya.Dia yakin Afeeya pasti sedikit ada perasan cemburu bila Akif diganggu wanita lain.
"Pedulilah.Aku tak heran pun"
"Hah.Bunyi tu,bunyi jealous tu.Aku bukan sehari dua kenal kau"Galak Shima mentertawakan Afeeya.Dia dapat bayangkan bagamaina wajah Afeeya ketika itu.
"Kau ni,tadi kata sengugut.Ni bukan main gelakkan Aku" Alamak.Tawa Shima termati.Kantoi pula nanti dia.
"Sakit tapi kau la..Layan kau bertambah sakit aku.Okey lah.Jumpa esok Feeya.Nanti kirim salam pada Akif" Shima cepat-cepat menamatkan panggilan.Jika tidak,boleh pecah rahsia dia membantu Akif.Afeeya melepaskan keluhan panjang.Kasihan Farish.Dia fikir hendak beri kejutan pada Farish setelah beberapa hari tidak melayan sebarang mesej dan panggilan dari Farish.Itu semua Akif punya pasal.Kedekut sangat.Bukan selalu dia menumpang kereta Akif.Nanti balik,pandai-pandailah dia.
Bip..Bippp
You memang tak akan datang ya sayang? sampai hati you :(
Farish.
Sorry sayang.Kereta i breakdown.
Afeeya.
Nak i ambil you ke sayang?
Farish
Tak boleh.Nanti parent i tahu i naik motor dengan you,mati i.
Afeeya
Tak apa lah.Esok dating nak?
Farish
Tengok macam mana ya.
Afeeya
Sekarang nak kena tengok-tengok pula.Jadi tak kita nak pergi holiday ke Tioman end of this month
Farish
Jadi.Itu i pasti okay sayang.
Afeeya
Thats my girlfriend. I dah nak start game nanti kita sambung lagi ya sayang
Farish
Bye sayang.Love you
Afeeya
Love you damn much Afeeya
Farish
Afeeya tersenyum lebar sambil berguling.Menyanyi lagu kegemarannya.Tidak dapat digambarkan betapa seronok dan bahagianya percutian mereka nanti.Semua Afeeya sudah aturkan sebaiknya.Afeeya tidak beritahu Shima yang Farish akan turut serta kerana Afeeya tahu Shima akan tentang habis-habisan.Tapi Afeeya ada lagi satu masalah.Bagaimana hendak lepas dengan Akif?.Ah,peningnya kepala Afeeya.Susahnya jadi isteri paksa rela ni.Jerit hati Afeeya.
********
Farah menghampiri Akif sebaik lelaki itu keluar gelanggang.Akif mencapai botol air yang dihulur Farah dan meneguk perlahan.Mata Akif asyik memerhati kearah gelanggang sebelah.Akif rasa matanya tidak silap.Itu Farish kekasih Afeeya.Akif pernah lihat di i********: Afeeya beberapa waktu dahulu.
"Abang pandang siapa dari tadi?" Farah mengikut ekor mata Akif.Pelik.
"Tak.tengah tengok budak-budak tu main.."
"Abang kenal?tu geng budak U Farah" Akif memaling kearah Farah.Oh,ya.Akif lupa.Farah satu universiti dengan Afeeya.
"Tak kenal..Tapi Farah kenal ke budak-budak tu?"
"Kenal.Yang pakai jersi nombor 11 tu famous dekat fakulti kami sebab couple dengan hot stuff U kami tu bang"Akif rasa dia tahu siapa yang dimaksudkan Farah.Dia hanya membiarkan sahaja Farah bercerita.
"Ya ke?"
"Afeeya..Cantik orangnya.Muka macam mat salleh sikit..anak Dato" Akif mengangkat kening.Kembang isterinya dipuji begitu.
"Feeya tu exroomate Farah masa tahun 1..Tapi tak rapat sangat.sebab dia kan anak orang kaya" Akif mendengar dengan tekun.Afeeya yang dia kenal tidak kisah pun berkawan dengan siapa.Jika tidak,kenapa Afeeya memilih Farish yang tiada apa-apa.
"Kenapa dengan anak orang kaya?" Farah terkedu.Lupa siapa Akif.
"Ermmm.." Farah kematian akal.Akif terasa ke?
"Farah.Tak semua tau anak orang berada tu sombong.Farah tu abang tengok bukan nak bercampur.Cuba belajar berkawan sikit.Ni asyik berkepit dengan abang buat apa" Tegur Akif lembut.Tidak lama lagi Farah akan masuk kealam pekerjaan.farah perlu belajar bagaimana cara bergaul dengan ramai orang.Bukan asyik ikut bontot dia sahaja.
"Abang ni.." Akif menggelak bila Farah ingin memukul pehanya yang hanya berseluar pendek.
"Betul lah abang cakap.Basic,pergilah berkawan dengan Norin tu ke..Jessie..Baby.."Akif menunding kearah isteri dan kekasih teman-temannya yang sedang duduk berbul sesama sendiri.
"Tak nak lah.Dia orang bukan suka dengan Farah"
"Senangnya buat assumption sendiri" Akif menggeleng.Farah memang susah hendak bergul.Sudah banyak kali dia menegur.Tapi tetap begitu juga.
"Ermm..Kejap lagi abang nak balik.Nak abang hantar Farah atau Farah balik sendiri?" Baru Akif teringat yang dia tidak boleh lama.Mama sudah pesan pada dia sebelum keluar.
"Tadi Farah tumpang kawan.Ni kena minta tolong abang hantarlah.Boleh kan?"Akif bangun,memberi isyarat kepada Farah supaya mengikutnya.
"Kif,esok ya" Shamil mengingatkan Akif dengan rancangan mereka esok. Akif kalau tak diingatkan,pasti lupa.Banyak masalah katakan.
"Hah,ialah..Esok jumpa"Seperti biasa.Akif bersalam dahulu dengan kawan-kawan sebelum pulang.Farah kekereta Akif.Malas hendak tunggu didalam.Nanti hendak bertegur sapa dengan teman wanita serta isteri kawan-kawan Akif.
"Kenapa pergi macam tu saja Farah?" Akif bertanya sambil memasukkan barang-barang kebelakang kereta sebelum masuk kedalam perut kereta dituruti Farah.
"Malas"
"Boleh macam tu" Cermin tingkap diturunkan.Kebiasaan jika baru lepas bersukan,Akif memang tidak akan membuka penghawa dingin.
"Diorang tak suka Farah lah abang. Jealous kot" Gelihati pula Akif dengar.Sebenarnya mereka kurang senang dengan sikap Farah yang suka berkepit dengannya.
"Jealous sebab apa pula..Farah tu.Abang datang main futsal,bukan nak berdating" Wajah Akif selamba.Memandu laju kearah rumah Farah.Dia perlu menghantar Farah dahulu sebelum balik.Agak jauh,tetapi kasihan pula pada Farah.Dia tidak suka Farah naik kenderaan awam malam-malam begitu.