Bab 12
Shima menjeling jam tangan Afeeya dan Akif.Baru dia perasan.Sama.Kata tak ada hati,tetapi warna baju pun sama.Seperti berjanji.
"Sorry Shima..I yang lambat.Ada kerja nak buat tadi" berkali Akif memohon maaf kerana lewat menghantar Afeeya.Dia memang ada kerja yang perlu disiapkan sebelum keluar tadi.
"Tak apa.Kami pun masih tunggu yang lain" Beritahu Shima.Akif membantu Afeeya memasukkan beg Afeeya kedalam bonet kereta.
"Ladies semua kan?" Akif bertanya Shima.Afeeya mengigit bibir.Jika Akif tahu Farish juga ada,Haru hidup Afeeya.
"Setahu i macam tu lah.."Shima menjeling Afeeya.Dia tidak tahu rancangan Afeeya secara teperinci kerana semua sudah diaturkan oleh Afeeya.
"You tak percaya pada i?" Afeeya memeluk tubuh.Memandang Akif dengan wajah tidak puas hati.
"Memang tak percaya.Tapi kalau bukan sebab you drag mama,i tak akan izinkan tapi now,i terpaksa beri izin.Kalau i tahu you tipu i,siap you" shima membulatkan mata kemudian tersenyum kagum.Bukan senang hendak lihat Akif mengugut begitu.Biasa Akif senantiasa tenang sahaja.
"Dengar tu Feeya?" Malas Afeeya hendak menghadap Akif lagi.Yang penting dia sudah lepas dari Akif.Sampai sana nanti,Akif tidak akan tahu apa sahaja yang dia hendak buat.Shima pun satu.Bukan hendak menyokong tapi lagi menyebelahi Akif.Afeeya beredar masuk kedalam kereta. Malas hendak lihat muka Akif.
"Shima.Nanti update i ya..Actually i give her permission sebab esok i pun akan kesana.I ada conference tapi jangan beritahu Feeya ya" Meleret senyuman Shima.Bagusnya Akif.
"Dont worry.i will make sure dia tak buat benda bodoh" Janji Shima.Biarlah dia jadi rakan subahat Akif dari bersubahat dengan Afeeya.Shima memang mahu Afeeya tinggalkan Farish kerana lelaki itu tidak layak untuk Afeeya. Dia tahu Farish bukan benar-benar ikhlas.
"Ermm.I gerak dulu.Drive carefully. Tengokkan wife i ya Shima" Shima mengangguk.Menghantar Akif pergi dengan pandangan.Alahai,melting sungguh dia lihat Akif.
"Hoi...Masuklah..Tak panas ke?" Panggil Afeeya.
"Kau suka kat Akif ke Shima?" Tanya Afeeya pelik.Beria-ia pula Shima berbual dengan Akif.Macam ada sesuatu.
"Sukalah.Aku kenalah layan dia baik-baik.Kalau kau dah cerai dengan dia nanti,boleh aku masuk jarum" Afeeya buat muka geli melihat Shima yang gedik sangat.Suami sahabat sendiri pun Shima mahu caras.
"gedik eh kau ni?" Shima ketawa.Suka lihat reaksi Afeeya.
"Dah lah.Jom gerak.Nak ambil Julie dengan Emma on the way nanti"
"Diorang memang tak boleh datang sini ya?Nak berjemput pula"Rungut Afeeya.Julie memang selalu begitu.Mahu kemana-mana pasti Shima yang perlu ambil.Mujur mereka sudah lama berkawan.Jika tidak,simpang malaikat 44 lah Afeeya nak benarkan Julie naik sekali dengan mereka.
"Alah,lebih kuranglah Feeya.Vivi dengan Asma naik kereta Rina" Maklumat yang baru diterima,Shima sampaikan pada Afeeya kerana Afeeya yang merancang jadual perjalanan.Mereka sudah berjanji untuk bertemu disatu tempat.Mudah bergerak sekali. Sepanjang perjalanan mereka sangat menikmati pemandangan indah ke Pulau yang sering Afeeya dan Shima kunjungi setiap kali ada waktu yang terluang.Kali ini berbeza untuk Afeeya kerana dia sudah berjanji dengan Farish.Afeeya meminta Farish membawa dua tiga lagi rakan lelaki itu untuk mengaburi mata Shima.Afeeya terpaksa buat begitu kerana dia tahu Shima tidak suka pada Farish.Bagi Shima,Farish cuma mahu memanfaati Afeeya.Tetapi Afeeya tidak rasa seperti itu.Dia sahaja yang mengenali hati budi Farish.
Hampir jam tiga petang baru mereka tiba kedestinasi yang dituju.Dari jeti Mersing mereka akan menaiki feri ke Pulau Tioman yang mengambil masa lebih kurang satu jam.Afeeya terasa lelah kerana bergilir-gilir memandu dengan Shima.Balik nanti,barulah giliran Julie dan Emma pula yang memandu.Begitulah selalu.
"Feeya,aku lapar.Kau nak masuk bilik dulu,kau masuklah ya" Afeeya bersetuju.Dia memang tidak larat.Di lupa hendak bertanya Farish samaada sudah sampai atau belum.Masuk kebilik,Afeeya terus sahaja terlelap.Bila dia terjaga,siang pun sudah melabuhkan tirai.
"Aduh.."
"Kau kenapa?Mimpi?Tu lah.Tidur time maghrib lagi" Terkejut shima yang sedang menonton televisyen bila Afeeya tiba-tiba bangun mengejut.
"Tak ada apa...Aku keluar kejap" Shima dapat rasakan ada sesuatu yang Afeeya sorokan dari mereka.Perangai afeeya pelik sahaja dari tadi.
Kejap.Kau nak pergi mana?" Pintu yang baru dibuka Afeeya Shima tahan dengan tangan.Dia menghalang laluan Afeeya.
"tepi lah Shima,Kau ni kenapa?" Afeeya kurang senang diperlakukan sebegitu oleh Shima.Dia bukan budak-budak lagi.
"Kau ada rahsiakan something dari aku kan?"
"Rahsia apa?"
"Farish ada sekali kan?" Afeeya buat-buat terkejut.
"Eh,mana aku tahu" Shima tersenyum sinis.Sah lah Afeeya menipu dia.Dia kenal sangat dengan Afeeya.
"Sudahlah Feeya..Aku tak sangka pula kau macam ni.Kalau akif tahu.Aku sure dia kerjakan kau tau" Kecewa Shima dengan perangai Afeeya.Malu dia dengan Akif.Cetek betul fikiran Afeeya.Tidak tahu mana baik mana yang tidak.
"Aku buat apa? Sebab Akif aku terpaksa buat macam ni"
"Feeya.Kalau betul la kau kemaruk sangat dengan Farish,kau tunggulah sampai kau dengan Akif bercerai.Apapun aku tak setuju dengan apa yang kau buat ni" Panjang lebar bebelan Shima.Jika sampai bercuti bersama itu tindakan yang kurang bijak.Otak Afeeya sudah rosak agaknya.
"Kau nak pergi mana ni?" Shima menukar kasut dan terus keluar.
"Panas dalam bilik ni.Aku ni fikir kau kawan aku jer tau Feeya.Kalau tak,aku dah pecahkan rahsia kau pada Farish"Afeeya tersentak bila Shima meninggi suara begitu pada dia.Belum pernah Afeeya dimarahi Shima begitu.Apa yang bagus sangat tentang Akif hingga sanggup marah dia begitu sekali.Afeeya menyelak rambut yang ditiup angin.Afeeya juga keluar kerana Farish menunggu dia di pantai.Tentang Shima mahupun Akif,nanti sahaja Afeeya fikir.
"Masam muka"Langkah Afeeya terhenti bila ditegur Farish.Dia tidak perasan Farish ada disitu.
"Tadi you kata jumpa dekat pantai?"
"You lambat sangat.takutlah i duduk situ sorang" Tadi memang Farish tunggu Afeeya disitu tapi makin lama,makin meremang pula bulu roma seorang diri disitu.
"Penakut.Pukul berapa sampai?" Farish menjeling jam seketika.
"Baru setengah jam macam tu"
"Datang dengan siapa?"
"Dengan budak rumah i..Diorang rehat dalam bilik.Kita pergi makan dulu nak?" Baru Afeeya terasa lapar.Sejak tengahari lagi dia belum makan apa-apa lagi.
"Jomlah"Tangan Farish ditarik kearah cafe yang tidak jauh dari tempat mereka bertemu.Lagipun Afeeya mahu melapangkan minda.Hendak balik kebilik juga malas.
***********
Berkali-kali Afeeya cuba memastikan apa pandangan mata dia tidak silap.Walaupun ada ramai orang disitu tapi Afeeya yakin lelaki yang sedang berbual dengan beberapa orang wanita dihadapan dewan itu ialah Akif Ikhmal.Berdegup kencang jantung Afeeya bila Akif berjalan menuju kearah dia.Matilah Afeeya kali ini.
"Nak lari mana?" Belum sempat Afeeya beredar,Akif sudah menarik lenggan Afeeya.
"Mana ada lari.You buat apa kat sini?" Kening Akif terangkat sambil menunjuk kearah dewan dengan muncungnya.
"Kerja..Kenapa?"
"Kenapa tak cakap?" Suara Afeeya agak cemas.Akif sudah tahu ke?.Akif merenung Afeeya atas bawah.Tubuh Afeeya hanya dibaluti dengan pakaian pantai yang digelar 'two-pieces'. Sangat mencolok mata.Afeeya tidak patut berpakaian begitu.Wanita itu patut menjaga air mukanya.
"Feeya.I dah ingatkan you kan.Please jaga cara you berpakaian selagi you isteri i..Ni apa ni? You nak bagi siapa tengok?or budak tu ada sekali?" Afeeya menelan air liur.Sah-sah Akif akan menginap ditempat yang sama dengan mereka.Bagaimana hendak dia mengelak dari bertemu Akif.Pindah resort?.Shima tidak akan mahu.Esok Shima sudah tempah Pakej snorkeling. Kacau.
"You tipu i lah ni.Macam ni lah Feeya. Kalau you buat sesuatu yang diluar batasan.You jangan menyesal nanti Feeya" Terkebil-kebil mata Afeeya diugut Akif begitu.Dia tidak faham.Belum sempat dia menjawab,AKif sudah berlalu masuk semula kedalam dewan.Afeeya menyumpah-nyumpah diri sendiri.Bagaimana dia tidak tahu Akif akan kesitu.Dia fikir,dia yang bijak.Tapi Akif,one step ahead dari dia. Pasti semuanya akan berantakan.
"Habislah kau Feeya" Shima menepuk bahu Afeeya perlahan.Dia sempat mendengar ugutan Akif tadi.Padan dengan muka Afeeya.
"Kau yang bagitahu Akif,Farish kat sini ke?"
"Sumpah tak.Aku memang ada niat nak beritahu tapi aku..entah..Kau fikirlah baik-baik Feeya.Sabar lelaki ni ada batasnya tahu?" Semakin Afeeya pening.Kenapa pula keadaan jadi begitu.Sepatutnya Akif dan dia buat hal masing-masing.tetapi sejak akhir-akhir itu,Akif sudah makin pelik.Apa yang Afeeya buat,semua Akif hendak ambil tahu,lebih-lebih lagi jika melibatkan Farish.
"Aku tak faham,Dia tahu aku dah ada Farish.Dia ada Dian.Apa masalahnya."
"Kau tak faham ya?Akif tu dah start falling in love pada kau" Afeeya mencebik.
"Jangan merepek boleh tak.Dah lah.Aku ada janji dengan Farish.Malam ni jangan lupa turun" Pesan Afeeya sebelum berlalu.Gatal kepala Shima memikirkan tentang Afeeya.degil.